You are on page 1of 7

11.

A member of the insect Order Diptera (flies)

Pengelasan saintifik Haiwan (Animalia) Alam: Artropoda (Arthropoda) Filum: Serangga (Insecta) Kelas: Diptera Order:

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya. Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur. Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-

1. Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja. 2. Lalat hijau 3. Lalat tsetse sj lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur. 4. Lalat bunga 5. Lalat buah 6. Lalat askar hitam lihat Wiki English ...Black Soldier Fly (Hermetia illucens)

12. A member of the insect Order Lepidoptera (moths & butterflies)

Pengelasan saintifik Alam: Filum: Kelas: Order: Haiwan (Animalia) Artropoda (Arthropoda) Serangga (Insecta) Lepidoptera

Rama-rama merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.

Kupu-kupu dan rama-rama


Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu. Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

13. An internal skeleton of a mollusc and an external shell of a mollusc

Pengelasan saintifik Alam: Filum: Kelas: Order: Genus: Spesies: Animalia (Haiwan) Mollusca (Mollusks) Gastropoda (Gastropods) Stylommatophora (Terrestral Snails and Slugs) Helix Helix aspersa

Siput babi atau nama sainsnya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan, malah dibuat sate.

14. A Leaf and seeds of a member of the plant genus Piper (ef. Kadok)

15. One unspecified item (let your ingenuity & imagination run wild !)

RUJUKAN
Wikipedia (2011). Siput Babi. Dipetik pada 2 Oktober 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_Babi

Wikipedia (2011). Lalat. Dipetik pada 2 Oktober 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat

Wikipedia (2011). Rama-Rama. Dipetik pada 2 Oktober 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Rama-rama

Wikipedia (2011). Kupu-kupu. Dipetik pada 2 Oktober 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kupu-kupu

You might also like