You are on page 1of 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011

HBME 2203 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 3

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

800719025459002 800719-02-5459 019-4217565 syedfazli@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM PERLIS, PERLIS

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

1.O PENGENALAN Kewujudan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan kaum telah melahirkan satu budaya yang unik dan istimewa. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai komposisi kaum, etnik dan agama. Semua kaum dan kumpulan etnik ini hidup bersama dengan aman, damai dan harmoni. Ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat unik di seantero dunia. Penggabungan budaya ini bermula pada sekitar kurun ke-15 lagi, tatkala ketika Melaka, yang pada waktu itu merupakan sebuah Bandar pelabuhan dinamik yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan rempah ratus, Melaka telah menjadi pelabuhan perdagangan utama dunia pada masa tersebut ketika dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Selain daripada itu juga faktor migrasi pelbagai kaum utama ini juga disebabkan oleh faktor penjajahan British di Tanah Melayu demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka. Migrasi kaum ini dilakukan demi merancakkan beberapa sektor ekonomi yang tterdapat di Tanah Melayu pada masa tersebut antaranya di sektor perladangan dan perlombongan.Kini Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan dikenali seluruh dunia dengan keunikannya yang tersendiri. Ini disebabkan oleh kepelbagaian kaum dan etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu atas dasar toleransi, muhibbah dan perpaduan yang tinggi meskipun terdapat jurang yang memisahkan berdasarkan kepelbagaian budaya adat resam dan pantang larang bagi setiap kaum memainkan peranan Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. 1.1 Konsep Masyarakat Majmuk Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan kaum yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang seumpanya didunia yang terdiri daripada pelabagai latar bangsa dan kaum yang hidup dengan man dan harmoni. Ini sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang telah dipelopori oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Konsep Masyarakat Majmuk ini diadun dengan semangat setia kawan, kasih sayang, hormat menghormati dan memahami 3

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

serta menerima perbezaan yang terdapat pada setiap kaum yang terdapat diMalaysia dengan penuh aman dan harmoni. Konsep masyarakat majmuk ini juga lebih mempupuk nilai-nilai murni yang tinggi dalam masyarakat supaya dapat hidup dengan toleransi dan mengenepikan perbezaan individu . 1.2 Adat Resam dan Budaya Semestinya dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia telah menjadikan Malaysia unik dengan budaya dan adat resam bagi setiap kaum di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat resam dan pantang larang kaum masing-masing. Ini merupakan dintara intipati utama Rakyat Malaysia mampu hidup aman dan harmoni antara sati sama lain. Kebebasan dalam beragama dan mengamalkan adat dan kepercayaan masing-masing memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari pelabagai kaum ini mampu bersatu hati dan hidup harmoni. Adat bermaksud satu peratuan sosial yang diperturunkan dari generasi ke generasi demi mengawal tingkah laku ahli didalam setiap kaum itu. Iamerupakan saru daripada kontrak nilai yang menghalang ahli dalam sesetuap masyarakat atau kaum itu untuk melakukan sesuatu perlakuan mahupun perbuatan yang mungkin dianggap kurang bermoral. Adat juga boleh didefinisikan sebagai satu kod etika atau peraturan dalam sesebuah masyarakat . Ianya menggambarkan corak kebudayaan sesuatu bangsa tersebut. Menurut Norhayati Abu Bakar (1995) Adat kebiasaanya mempunyai hubungkait dengan agama yang dianuti oleh sesuatu bangsa . Ini adalah keranan adat yang dijalankan kebiasaanya berdasarkan agama tersebut. Adat juga mampu membentuk keperibadian seseorang. Menurutnya lagi adat juga lebih mirip kepada corak kehidupan dan kebiasaanya yang dilakukan secara individu mahupun bermasyarakat. Manakala menurut Abdul Latif (1990) Adat mempunyai pertalian yang rapaat dan kuat dengan semangat patriotisme, Ianya menjadi cirri penting dalam menentukan semangat jati diri sesuatu bangsa tersebut. Nurcahaya Iman (2005) menyatakan bahawa adat dan pantang larang merupakan sestu perkara yang dianggap sumbang pada mata masyarakat. Manakala perkara tersebut itu juga telah ditegah dan dilarang daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Ianya merupakan disiplin 4

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

secara lisan yang dimalkan sesebuah masyarakat tersebut. Ianya juga perlulah dipraktik dan diamalkan demi memastikan kesejahteraan ahli dalam masyarakat tersebut. Adat ini juga diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa adat merupakan peraturan yang ditetapkan oleh setiap mmasyarakat berlatarkan dengan proses kehidupan dalam masyarakat yang kadang-kadang turut dipengaruhi oleh nilai agama sesuatu masyarakat tersebut.Iajuga merupakan satu tradisi peraturan atau pendidikan yang diperturunkan secara lansung mahupun tidak lansung. 2.0 ADAT RESAM DAN CARA HIDUP KAUM MELAYU CINA DAN INDIA Kepelbagaian adat resam hasil daripada pelbagai etnik dan kaum di Malaysia menjadikan Ianya sesuatu yang unik di mata dunia. Inilah antara faktor utama dalam memajdikan malaysia sebuah negara yang berada di mata dunia. Seperti yang telah dibincangkan adat ini merupa set peraturan lisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi demi memastikan keharmonian sesuatu kaum tersebut. Terdapat pelbagai adat dan cara hidup kaum di Malaysia. Berikut merupakan diantara dua adat dan cara hidup kaum Melayu,Cina dan India. 2.1 Adat Resam dan Cara Hidup Kaum Melayu Adat kunjung mengunjung dikalangan jiran tetangga dalam masyarakat Melayu amat dituntut. Ianya merupakan sebahagian daripada adat yang menjadi budaya melayu sejak dahulu lagi. Melalui kunjung-mengunjung antara satu lain ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Setiap ahli dalam masyarakat dapat sentiasa berhubung dengan baik antara satu sama lain. Budaya yang molek ini bertujuan menjaga perhubungan antara satu sama lain demi memastikan hubungan antara ahli dalam sebuah masyarakat itu terjamin. Adat ini memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah masyarakat itu tersebut.Antara amalan dan cara hidup yang dipraktikkan dalam adat ini ialah dengan memastikan pengunjung memberi salam kepada tuan rumah. Sebaik-baiknya membawa buah tangan, sebagai bekal dan menanggalkan kasut sebelum masuk kedalam rumah.Semasa sampai atau hendak balikia harus bersalam dengan tuan rumahdengan dua belah tangan dan disapukan ke muka atau 5

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

dada. Sekiranya tuan rumah menghidangkan makanan adalah lebih sopan sekiranya dijamah mahupun sedikit walaupun sudah kenyang. Namun kunjungan tidak manis dilakukan ketika waktu senja kerana ketika itu orang melayu akan bersembahyang Maghrib. Manakala ketika duduk pula hendaklah duduk secara sopan. Adalah tidak sopan jika tetamu duduk menyilang kaki. Adat berikutnya merupakan adat perkahwinan kaum Melayu dalam adat perkahwinan melayu terdapat banyak adat-adat dan pantang larangnya. Adat perkahwinan orang melayu merupakan diantara adat yang paling tersusun dan sangat menarik bermulalah daripada adat merisik iaitu pihak pengantin lelaki merisik atau bertanya tentang gadis pilihannya melalui adat merisik sebentuk cincin akan diberikan kepada gadis sebagai tanda untuk bertunang. Kemudian adat bertunang pula akan dilakukan dengan pihak lelaki menyediakan cincin dan membawa bekas manisan atau hantaran mula yang terdiri daripada sirih junjung dan manisan sebagai tanda pemanis dan pembuka bicara sebelum melamar si anak dara.Seterusnya pihak perempuan akan brsetuju dan akan menetapkan tarikh pernikahan. Pernikahan akan dilaksanakan oleh bapa si gadis ataupun Imam atau Kadi yang telah diwakilkan oleh wali.Adat pernikahan ini memerlukan si teruna membawa wang sebagai mas kahwin dan juga sebagai hantaran kepada keluarga si gadis. Seterusnya Majlis dilanjutkan lagi dengan adat bersanding di majlis kenduri kahwin. Majlis kenduri kahwin akan dihadiri oleh semua ahli masyarakat setempat dan sanak saudara si gadis dan juga pengantin lelaki.Kenduri Kahwin diadakan sebagai simbol untuk memaklumkan kepada semua warga masyarakat. Sepanjang majlis perkahwinan tersebut jika terdapat adat merewang dikawasan selatan Malaysia manakala di Kawasan pantai Timur dipanggil Bek Woh . Adat ini merupakan adat gotong royong sebelum majlis perkahwinan dijalankan. Semua ahli masyarakat setempat akan bergotong-royong menyediakan khemah dan makanan sempena majlis perkahwinan.

2.2 Adat Resam dan Cara Hidup Kaum Cina 6

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Menurut Norhayati (1995) Adat resam masyarakat Cina terdiri daripada beberapa perkara anataranya adat berjiran, adat kelahiran, adat perkahwinan, adat kematian dan adat yang melibatkan amalan agama dan perayaan.Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, seperti yang kita tahu kaum Cina juga terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar belakang. Walaubagaimanapun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya . Dalam adat berjiran , Masyarakat Cina amat menggalakkan kunjungmengunjung antara jiran dan sahabat handai. Ianya dipercayai membawa tuah kepada tuan rumah yang dilawati. Apabila berkunjung kerumah orang Cina , tetamu harus duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini dalah sebagai tanda menghormati tuan rumah tersebut. Biasanya minuman akan dihidangkan dan tetamu tidak digalakkan minum setelah dipelawa berulangkali oleh tuan rumah. Walaupun kunjung-mengunjung digalakkan namun ada hari-hari tertentu yang tidak sesuai untuk dilawati. Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Ini mengelakkan daripada majlis tersebut ditimpa malang atau untuk mengelakkan sebarang bencana. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihanPengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masingmasing. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. 7

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa angpau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Ianya merupakan satu kemestian. Tetamu juga tidaklah digalakkan untuk memakai pakaian yang bewarna gelap atau bewarna hitam,biru tua atau kelabu.Tetamu juga tidak digalakkan bercerita atau menyebut perkara yang sedih,bencana,hantu atau kematian. Ini dipercayai akan membawa nasib malang kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Selepas berkahwin pasangan bebas untuk tinggal dirumah sendiri atau bersama-sama keluarga. 2.3 Adat Resam dan Cara Hidup Kaum India Orang India juga digalakkan untuk mengunjungi saudara mara,jiran dan sahabat handai. Amalan ini biasanya dijalankan pada hari-hari tahun baru ataupun hari perayaan Deepavali, Ponggal dan sebagainya. Mereka juga percaya sekiranya mereka ingin mengunjungi rumah mereka yang berpindah mereka harus menjauhi hari Ahad,Selasa dan Khamis. Kunjungan juga tidak elok dilakukan pada hari Jumaat dan pada waktu malam. Orang india juga memberi salam ketika bertemu dengan seseorang. Antara ucapan yang sering dilafazkan ialah, Vanakkam,Namasthe danSastrigal. Minuman dan makanan yang disediakan juga perlu dijamah walaupun sedikit demi menjaga perasaan tuan rumah dan supaya mendapat keberkatan. Tangan kanan juga digunakan ketika mengambil atau memberi sesuatu benda. Sekiranya makanan dimakan dengan beralaskan daun pisang , daun pisang perlu dilipat kearah dalam setelah selesai tetamu makan bagi menandakan keberkatan dan menerima pemberian makanan yang diberikan. Ianya juga sebagai tanda kesyukuran. Manakala sekiranya tetamu hendak pulang tidak dibenarkan untuk mengatakan Saya pergi kerana kata-kata tersebut seolah-olah bermaksud tetamu tersebut tidak akan datang lagi ke rumah tersebut. Sebaiknya tetamu akan berkata Saya akan datang lagi. Tuan rumah biasanya akan menghantar tetamunya hingga ke halaman rumah.

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

Adat perkahwinan merupakan diantara adat yang terpenting bagi kaum India. Segala adat yang diatur dan dilakukan dipercayai bertujuan menjamin kesejahteraan kepada kedua-dua pengantin dan keluarga mereka. Menurut Jasman Ahmad (1997) Adat perkahwinan India juga melibatkan proses merisik dan bertunang.Pihak lelaki juga perlu menyediakan udan parisam ataupun hadiah dan juga pemberian. Ianya merupakan hantaran yang perlu diserahkan mengikut bilangan ganjil sahaja dan akan dibalas oleh pengantin perempuan. Pemilihan tarikh perkahwinan akan ditentukan oleh sami berdasarkan kitab-kitab tertentu. Menurut Jasman Ahmad (1997) Antara Faktor yang penting dalam mempengaruhi adat perkahwinan masyarakat India ialah: Masa yang baik Pengertian Thali Vaalatu Kaal Pemberian Manisan Pemberian hadiah Penghormatan pada pengantin lelaki Dawri (wang hantaran) Simbol Pokok Pisang Jamuan Perkahwinan Meroboh Khemah Perkahwinan

Mengikut kepercayaan Orang Hindu bulan ketujuh merupakan bulan yang tik baik untuk melansungkan perkahwinan kerana rumah tangga akan tidak kekal lama. Biasanya pihak pengantin lelaki akan memilih tempat berlansungnya perkahwinan.Pada hari tersebut pohon pisang akan diletakkan di diluar pintu masuk sebagai simbol yang melambangkan dua insan yang akan bersatu. Upacara perkahwinan akan dilansungkan oleh sami Brahman. Sami akan embacakan mentera dan memasang api .Istiadat ini merupakan adat yang suci dan mulia bagi orang India. Tetamu yang hadir akan direnjiskan dengan air wangi serta diberikan bunga dan abu cendana untuk diletakkan di tengah-tengah dahi mereka. Setelah itu mereka akan dipersilakan duduk. Teatamu yang hadir diminta untuk mendoakan kesejahteraan 9

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

pengantin melalui tiga acara. Mereka dikehendaki menelangkupkan tangan keatas sebuah talam berisi Thali. Thali ini diperbuat daripada benang yang diwarnakan dengan kunyit. Tali ini diikat dengan lambang dewa. Tetamu juga diminta untuk menabur beras kunyit kepada pasangan pengantin sebagai tanda merestui mereka.Kemudian tetamu akan dihidangkan dengan jamuan yang berasaskan sayuran sahaja.Makanan yang terdiri daripada daging, ikan dan benda hidup adalah dilarang semasa istiadat ini. 3.0 ANALISIS DAN PERKAITAN DIANTARA CARA HIDUP PELBAGAI KAUM Berdasarkan beberapa adat dan cara hidup pelbagai kaum yang telah dibincangkan dapat dilihat dalam adat kaum Melayu, Cina dan India agak mempunyai persamaan diantara satu sama lain. Hanya sesetengah adat yang bercirikan keagamaan. Hasil daripada tinjauan adat yang terdapat diantara ketiga-tiga kaum dapat disimpulkan terdapat persamaan diantara adat kesemua kaum tersebut. Contohnya terdapat persamaan diantara adat berjiran dan perkahwinan yang telah disorotkan dalam kajian ini. Kebanyakkan adat adat tersebut mempunyai persamaan mungkin disebabkan oleh kerumpunan antara ketiga-tiga kaum yang mana merupakan kaum yang terdapat di Asia yang mempunyai rumpun budaya dan nilai yang hampir sama walaubagaimanapun masih terdapat perbezaannya. Contohnya dalam adat berjiran jika dilihat ketiga-tiga kaum mempunyai nilai yang sama iaitu menghormati tetamu yang hadir dan mempunyai semangat bermasyarakat yang tinggi. Nilai-nilai inilah yang menjamin keutuhan semangat muhibbah dalam kalangan kaum di Malaysia. Kesamaan nilai ini juga mengeratkan lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum di Malaysia. Selain daripada itu setiap kaum juga mempunyai persamaan dari segi perhubungan dengan masyarakat. Proses sosialisasi dan kesantunan dalam berkomunikasi dengan jiran tetangga juga merupakan amalan yang penting dalam mewujudkan perpaduan diantara kaum. Selain daripada itu juga dalam adat berjiran diantara ketiga-tiga kaum juga membuktikan melalui perhubungan yang akrab dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain akan merapatkan lagi jurang perhubungan. Dengan rasa hormat yang tinggi sesama jiran tetangga akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Ini akan 10

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

mengelakkan sebarangan ketegangan. Contohnya dalam adat orang cina amat menggalakkan mereka berkunjung antara satu sama lain untuk berkongsi tuah dan kemakmuran. Setiap kaum juga menunjukkan sikap dan nilai yang terpuji iaitu dengan meraikan tetamu yang hadir dengan menyediakan minuman atau hidangan. Cara hidup yang positif ini akan lebih menguatkan perhubungan antara satu sama lain. Ketiga-tiga kaum juga mempunyai persamaan dengan bersalam atau memberi salam anatara satu sama lain apabila bertemu. Adat ini lebih kepada pengukuhan dalam semangat bermasyarakat antara satu sama lain.Ini dapat mengukuhkan lagi semangat muhibbah dalam kalangan masyarakat. Hasil analisis bagi ketiga-tiga kaum juga telah menunjukkan kesemua kaum telah mengamalkan penggunaan tangan kanan dalam mengambil , memberi barang atau bersalaman dengn orang. Ini membuktikan amalan yang baik ini mempengaruhi seluruh masyarakat tidak kira apa bangsa dan kaum. Sikap bersopan santun ini merupakan teras yang amat penting dalam memastikan kelansungan sesuatu adat atau budaya tersebut diterima pakai dan relevan hingga ke hari ini. Seterusnya bagi adat perkahwinan ini merupakan perkara atau adat yang agak terpenting bagi semua kaum. Adat perkahwinan merupakan sendi utama dalam sesebuah kaum. Ianya merupakan permulaan kepada sesuatu kehidupan baru dalam erti kata lain membina sesebuah masyarakat. Bagi Masyarakat melayu adat perkahwinan akan dimulakan dengan pelbagai peringkat contohnya adat merisik, bertunang, akad nikah dan adat bersanding, begitu juga dengan adat perkahwinan India. Adat perkahwinan kaum India juga hampir mempunyai persamaan dengan adat perkahwinan kaum Melayu. Ianya terdiri daripada adat merisik, bertunang dan juga majlis perkahwinan yang disempurnakan oleh Sami . Pemberian hantaran juga turut dipraktikkan. Walalau bagaimanapun adat perkahwinan melayu menetapkan wang hantaran dan mas kahwin harus diserahkan oleh pihak pengantin lelaki. Manakala bagi kaum India pula Dowri atau mas kahwin harus diserahkan oleh pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki. Bagi masyarakat Cina pula adat perkahwinan mereka juga melibatkan proses merisik , bertunang dan majlis perkahwinan. Kaum Cina lebih meraikan 11

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

perkahwinan secara sederhana dan ahli keluarga dan sanak saudara perlu memberi angpow kepada pasangan yang baru berkahwin sebagai lambang memberi tuah dan berkongsi kekayaan. Budaya ini sesuai dipraktikkan kerana Ianya dapat membantu pasangan yang baru membina rumah tangga untuk memulakan hidup baru dan berdikari. Sellain daripada itu kesemua adat perkahwinan melibatkan majlis jamuan makan atau kenduri. Majlis jamuan makan ini amat baik dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan antara satu sama lain. Ianya juga melibatkan nilai kerjasama iaitu semasa menyediakan makanan dan membeuat persediaan perkahwinan. Semestinya acara perkahwinan memerlukan penyertaan ramai pihak dalam membantu menyumbang tenaga bagi menjayakan majlis tersebut. Adat bergotong royong ini amat baik dipraktikkan dalam kehidupan seharian secara tidak lansung juga ianya mewujudkan susana muhibbah dalam kalangan masyarakat. Selain daripada itu majlis kenduri atau jamuan makan ini menunjukkan rasa kesyukuran yang tinggi bagi sesetiap kaum setelah selesai melaksanakan sesuatu cara atau majlis perkahwinan. Ini menunjukkan bahawa kesemua kaum berpegang teguh kepada kepercayaan kepada tuhan dan tahu untuk mensyukuri nikmat yang telah diberikan Tuhan.

4.0 PROSES APLIKASI NILAI KEPELBAGAIAN KAUM DI DALAM BILIK DARJAH Hasilan atau dapatan daripada proses analisis nilai yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pelabagai nilai-nilai yang dapat diperolehi daripada tiap-tiap adat daripada setiap kaum. Kesemua nilai-nilai ini ada yang tersurat dan ada juga yang tersirat dalam setiap adat atau cara hidup sesuatu kaum tersebut.Diantara nilai nilai yang jelas ketara dalam adat-adat kaum yang telah dibincangkan ialah baik hati, berdikari,berhemah tingg,. hormat-menghormati, kasih sayang, ketajinan,kesederhanaan kesyukuran, kerjasama dan semangat bermasyarakat. Kesemua nilai-nilai ini sarat dalam cara hidup masyarakat malaysia yang berbilang kaum. Nilai-nilai ini mencerminkan kesantunan dan keunikan budaya Malaysia yang telah wujud sejak dahulu lagi dan saling mempunyai 12

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

perkaitan antara satu sama lain. Ini menjadikan kepelbagaian yang wujud dapat disatukan dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam setiap budaya masyarakat Malaysia, yang telah tersemai dengan kemas dalam setiap adat dan budaya setiap kaum dan Boleh dipraktikkan dalam pelbagai kaedah dan pendekatan. Ianya juga boleh dilaksanakan demi memastikan proses pengajaran moral dapat dilaksanakan dengan berkesan . 4.1 Pengaplikasian Nilai Dalam Bilik Darjah Penerapan nilai-nilai ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai kaedah dalam bilik darjah . Contohnya guru boleh melibatkan proses sumbang saran dalan proses pengajaran dan pembelajarannya dengan membuat pemilihan satu adat yang mempunyai persamaan diantara kesemua kaum di Malaysia. Proses ini boleh melibatkan murid berfikir secara kritis dalam menyenaraikan kepentingan sesuatu adat dan nilai-nilai yang tersembunyi didalam sesuatu adat tersebut. Guru boleh meminta murid untuk membuat pembentangan nilai-nilai yang diperolehi dalam bilik darjah dan membincangkannya dengan rakan-rakan mereka yang lain. Proses ini memberi murid kebebasan dalam meluahkan pandangan dan pendapat mereka. Selain daripada itu murid juga boleh dilibatkan dengan aktiviti main peranan contohnya dengan melakonkan watak bagi adat kunjung-mengunjung antara satu sama lain bagi setiap kaum. Bagi aktiviti ini murid akan diberikan peranan masingmasing dan cuba melakonkan perbuatan yang baik dan sepatutnya dilakukan. Setelah selesai proses main peranan guru boleh membuat sesi perbincangan berdasarkan watak yang telah dimainkan olehn murid.Murid akan lebih berminat dengan aktiviti yang melibatkan hands-on dan mind-on. Secara tidak lansung objektif pembelajaran dapat dicapai pada akhir sesi pembelajaran. Pendapat dan pandangan serta buah fikiran murid akan di bincangkan bersama-sama. Proses ini lebih jelas dalam mengaplikasikan nilai dalam kehidupan murid-murid. Ianya lebih dekat kerana murid berpeluan merasai situasi yang agak sebenar dan mereka akan lebih jelas akan pendekatan-pendekatan nilai yang ingin di laksanakan oleh guru. 13

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

Hasil daripada perbincangan tersebut guru bolehlah kaitkan nilai-nilai yang diperolehi dengan adat-adat daripada kaum lain di Malaysia. Perbezaan yang terdapat pada setiap kaum sebenarnya telah disatukan oleh nilai murni yang diamalkan bersama-sama. Penerapan nilai ini boleh menunjukkan lagi kepada semua murid akan niali-nilai baik yang telah dipraktikan sejak dahulu lagi.

5.0 KESIMPULAN Kewujudan adat dan budaya setiap kaum merupakan sebagai satu kayu ukur dalam memastikan peraturan sosial yang telah ditentukan ini dapat dipatuhi demi menjamin kesejahteraan sesutau masyarakat itu. Dengan mengamalkan dan mematuhi serta menghormati adat diantara satu sama lain, ianya akan mewujudkan masyarakat yang mempunyai sensitiviti yang tinggi dan secara tidak lansung akan mewujudkan integrasi antara kaum dan akan menjalinkan ikatan muhibbah diantara setiap kaum. Melalui amalan nilai- nilai inilah telah mewujudkan perpaduan yang amat erat diantara kaum di Malaysia. Setelah memahami adat dan budaya sesuatu kaum, barulah kaum lain akan dapat memahami keunikan kaum tersebut. Atas kepelbagaian ini boleh melibatkan kaum lain turut meraikan perayaan setiap kaum contohnya dengan mengadakan rumah terbuka dan banyak lagi.Situasi ini akan melibbatkan percampuran pelbagai kaum dan mempelajari adat dan budaya kaum lain dalam suasana yang muhibbah. Ibarat melentur buluh biar dari rebung, penerapan nilai dalam mewujudkan masyarakat yang muhibbah haruslah disemai sejak kanak-kanak dibangku sekolah lagi. Melalui proses pendidikan yang seimbang dan menyeluruh murid akan dapat menjadi seorang yang seimbang dari segenap segi dan mewujudkan budaya yang harmonis. Secara tidak lansung hasrat kerajaan untuk menyatu padukan rakyat Malaysia supaya dapat hidup dalam aman dan harmoni akan tercapai dengan jayanya.

(3300 perkataan)

14

HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Latif Abu Bakar, ( 1990 ) Adat Melayu Serumpun, Kerajaan Negeri Melaka. Alie Hassan (2007) Integrasi Nilai-Nilai Agama , Associated Educational Distributors. Aziela Hanafi , (2007) Intergrasi Dalam Pendidikan, Associated Educational Distributors.

Norhayati Abu Bakar (1995) Siri Warisan Budaya. Pustaka Cita Tinggi. Nur Cahaya Iman, (2007) Intergrasi Melalui Aktiviti Sosial, Associated Educational Distributors. Jasman Ahmad, Rosnah Ramli, (1997) Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia Masyarakat Melayu, Associated Educational Distributors Sdn Bhd. Jasman Ahmad, Rosnah Ramli, (1997) Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia Masyarakat India , Associated Educational Distributors Sdn Bhd. Zakiah Hanum,(1987), Tradisi Dan Budaya, Time Books International

15

You might also like