You are on page 1of 14

LAPORAN AMALI PENDAWAIAN JENIS PERMUKAAN

Tajuk: PENDAWAIAN JENIS PERMUKAAN Objektif : Merancang kerja amali Menyiapkan litar pendawaian kawalan lampu dan soket jenis permukaan Menguji litar pendawaian

Bahan : Kabel 1.5 mm & 2.5 mm PVC Penebat Berkembar Kabel 4 mm PVC Kotak Agihan (Distrubution Board) MCB, ELCB dan Main Switch (isolator) Suis . Soket 3 pin 13 A Alatur Kipas Batton Holder,

Alatan / Kelengkapan : Playar Muncung Tirus, Playar Muncung Panjang, dan Playar Gabung. Pembaris meter Pelucut Dawai. Pena Ujian. Gerudi Tanpa Kord. Pemutar Skru Kepala Rata & Philips.. Kotak Alatan. Tukul Warrington

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Kapur Penanda Timah, Paku, Skru Pemotong Timah

Cara Kerja : Instructor membuat penerangan kepada para pelajar tentang pendawaian permukaan. Pelajar diminta untuk memahami litar , gambar rajah dan arahan yang diberikan. Sediakan alatan dan bahan yang diperlukan untuk amali pendawaian permukaan. Litar pendawaian dirancang terlebih dahulu dan dilukis pada papan pendawaian sebelum memulakan kerja pendawaian permukaan. Setelah perancangan pendawaian selesai, wayar dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Kemudian, pendawaian dilakukan mengikut gambarajah litar skematik pendawaian yang ditandakan. Pendawaian hendaklah disusun dengan kemas, teratur dan tegang. Setelah pendawaian siap dilakukan, pengujian litar kekutuban litar mati dilakukan.

BAHAN YANG DIGUNAKAN


KABEL Jumlah panjang kabel yang diperlukan untuk membuat pendawaian seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah : Bil. 1. 2. Saiz kabel (mm) 1.25 mm (PVC) 1.25 mm (PVC) Warna Hijau Biru Panjang (mm) 2900 mm 2900 mm

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3. 5. 6

1.25 mm (PVC) 1.25 mm (PVC) 1.25 mm (PVC)

Hitam Kuning Merah

2900 mm 2900mm 2900mm

Saiz kabel yang digunakan adalah bersesuaian dengan had kendalian arus atau beban yang akan digunakan. GAMBARAJAH

Gambarajah litar pendawaian 3 FASA

ISOLATOR

RCCB

MCB

LITAR KAWALAN SUIS

Y B

http://tangkapgambar.blogspot.com/

PERBINCANGAN 1. Terdapat 4 dawai utama dalam pendawaian 3 fasa iaitu: a) Dawai Merah (Live) b) Dawai Kuning (Live) c) Dawai Biru (Live) d) Dawai Hitam (Neutral) 2. Ketiga-tiga fasa iaitu fasa merah, fasa biru dan fasa kuning membawa voltan bernilai 415V dan voltan ini hanya dapat diturunkan kepada 240V apabila ada pengulang iaitu yang dawai neutral yang akan melengkapkan litar pendawaian 3 fasa tersebut. 3. Penggunaan pendawaian 3 fasa akan dapat menjimatkan tenaga elektrik di mana kuasa lesapan pada kabel pada sesuatu jarak yang tertentu dapat dikurangkan kerana pendawaian 3 fasa melibatkan voltan yang tinggi iaitu 11kV dan 33kV. Terdapat dua jenis sambungan yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian 3 fasa iaitu:a. Sambungan delta - digunakan bila memerlukan voltan yang tinggi. (Industri). b. Sambungan bintang atau Y Digunakan pada pendawaian domestik biasa. (Rumah Kediaman / Pengguna Voltan Rendah)

http://tangkapgambar.blogspot.com/

SOALAN BERKAITAN 1) Apakah kegunaan sambungan delta? Sambungan delta digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian adalah menggunakan voltan tinggi. Sebagai contohnya mesinmesin yang digunakan di industri. Dan sambungan delta biasanya digunakan di industri. Dan nilai rintangan pada setiap beban adalah sama. 2) Apakah kegunaan sambungan bintang? Sambungan bintang digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian adalah menggunakan voltan sederhana. Sebagai contohnya rumah-rumah kediaman. Dan kadaran arus yang diperolehi adalah sama. 3) Nyatakan jenis warna kabel yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian 3 fasa.? a) b) c) d) Dawai merah dinamakan sebagai fasa merah dan dawai hidup. Dawai kuning dinamakan sebagai fasa kuning dan dawai hidup. Dawai biru dinamakan sebagai fasa biru dan dawai hidup. Dawai hitam dawai neutral. 4) Nyatakan satu kelebihan motor 3 fasa berbanding motor 1 fasa? Motor 3 fasa lebih cekap.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

TEORI BERKAITAN 1. Pendawaian 3 fasa biasanya dilakukan dengan empat dawai utama dawai merah, dawai kuning, dawai biru dan dawai neutral. 2. Komponen-komponen dalam pendawaian 3 fasa litar akhir unit penyaman udara adalah seperti:a) Isolator b) Pemutus litar arus baki (RCCB) c) Pemutus litar jenis kenit (MCB) d) Litar akhir aircond 3. Huraian terperinci fungsi setiap komponen-komponen dalam proses kerja pendawaian 3 fasa bagi litar akhir aircond :A. Isolator Isolator adalah digunakan sebagai kawalan utama masukan punca tenaga elektrik bagi sesebuah rumah kediaman. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk bagi menyesuaikan keadaan dan penggunaan suis mengikut keperluan. B. Pemutus litar arus baki (RCCB) Pemutus litar arus baki (ELCB) digunakan untuk mematikan litar jika berlaku kebocoran arus ke casisi alatan elektrik. Ia mempunyai beberapa jenis mengikut kesesuaian iaitu pemutus litar jenis isian minyak, pemutus litar jenis hembusan gas (SF6), pemutus litar jenis hembusan udara, dan pemutus litar jenis miniatur. C. Pemutus litar jenis kenit

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Ia digunakan untuk mengawal lebihan arus bagi sejumlah beban mengikut kadaran arus untuk mengelakkan litar pintas daripada berlaku.Ia mempunyai beberapa . D. Litar akhir aircond Sebagai pengujian pada litar. ALATAN DAN KELENGKAPAN Pembaris Meter Saiz yang biasa digunakan ialah 100cm. Fungsi-fungsinya garisan lurus,dan ialah skala untuk keratan menentukan ukuran pada alat-alat,membuat mengukur permukaan . Pembaris keluli hendaklah dijaga dengan cermat untuk mengelak tepinya menjadi sumbing dan senggatannya menjadi cepat haus. jenis mengikut kadaran arus yang telah ditetapkan iaitu 6A/10A/16A/20A/32A.

Pemutar Skru Kepala Rata Pemutar skru kepala rata digunakan untuk memutarkan skru yang mempunyai kepala rata. Pemutar skru yang digunakan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

hendaklah mempunyai bilah yang sama lebar dan tebal dengan alur kepala skru. Pemutar Skru Philips Pemutar skru Philips digunakan untuk memutarkan skru yang mempunyai kepala berbentuk Philips. Pemutar skru yang digunakan hendaklah mempunyai bilah yang sama lebar dan tebal dengan alur kepala skru.

Pena Ujian

Pena ujian fungsinya adalah untuk mengesan kehadiran arus elektrik pada sesuatu jasad. Pena ujian boleh digunakan untuk mengetat dan melonggarkan skru yang kecil yang terdapat dalam peralatan elektronik. Batang pena ujian berpenebat. Bahagian mata pena ujian berbentuk seperti skru mata bilah. Pena ujian selamat dan sesuai digunakan untuk mengesan voltan antara julat 50 V hingga 500 V. Tukul Warrington Tukul Warrington digunakan untuk menukul paku kecil. Tukul Warrington mempunyai kepala melintang. Berat tukul Warrington yang biasa digunakan ialah 200g hingga 350g. Bahagian kepala melintang tukul Warrington digunakan untuk menukul paku di ruang yang sempit. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Playar Gabung Playar gabung berfungsi untuk memegang bahan, memotong dan memintal dawai atu kabel elektrik. Playar gabung mempunyai dua rahang bergigi untuk menyepit atau mencengkam batang bulat.

Playar Pemotong Sisi Playar pemotong sisi digunakan untuk memotong dawai atau kabel sahaja. Rahangnya yang pendek dan tajam sesuai untuk memotong dawai dan kabel dengan mudah.

Playar Muncung Panjang Playar muncung panjang digunakan untuk memegang dan membentuk benda kecil, memotong dawai elektrik dan melakukan kerja di ruang sempit.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pelucut Dawai

Pelucut dawai berfungsi untuk melucut penebat kabel elektrik. Pelucut dawai digunakan untuk memotong dawai. juga boleh

Gerimit

Gerimit dibuat daripada besi. Mata gerimit berbentuk seperti skru. Gerimit digunakan untuk membuat lubang pada kayu bagi memandu skru.

Gerudi Tanpa Kord

Gerudi tanpa kord menggunakan bateri. Ia digunakan untuk kerja ringan seperti menggerudi papan litar bercetak, dan memasang skru pada http://tangkapgambar.blogspot.com/ wiring bay.

Meter Pelbagai Multimeter atau meter pelbagai boleh

berfungsi sebagai meter volt, meter ampere, atau meter ohm. Tombol kawalan yang biasa terdapat pada multimeter ialah suis pemilih berfungsi dan julat, pelaras sifar rintangan dan skru pelaras sifar penunjuk

Pita Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur panjang wayar mengikut ukuran yang diberikan.

Kotak Alatan Ia digunakan sebagai tempat menyimpan pelbagai alatan bagi kerja pendawaian. Ia diperbuat daripada besi. Strukturnya yang fleksibel juga memudahkan wireman ataupun pengguna untuk menggunakan kotak alat semasa kerja menyimpan. http://tangkapgambar.blogspot.com/

KOMPONEN / BAHAN Isolator Isolator adalah digunakan sebagai kawalan utama masukan punca tenaga elektrik bagi sesebuah rumah kediaman. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk bagi menyesuaikan keadaan dan penggunaan suis mengikut keperluan.

Pemutus Litar Arus Baki (ELCB) Pemutus litar arus baki (ELCB) digunakan untuk mematikan litar jika berlaku kebocoran arus ke casisi alatan elektrik. Ia mempunyai beberapa jenis mengikut kesesuaian iaitu pemutus litar jenis isian minyak, pemutus litar jenis hembusan gas (SF6), pemutus litar jenis hembusan udara, dan pemutus litar jenis Pemutus Litar Jenis Kenit (MCB) miniatur.

Ia digunakan untuk mengawal lebihan arus bagi sejumlah beban mengikut kadaran arus untuk mengelakkan litar pintas daripada berlaku.Ia mempunyai beberapa jenis mengikut kadaran arus yang telah ditetapkan iaitu 6A/10A/16A/20A/32A. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Wayar

Kabel adalah media yang amat penting dalam pemasangan elektrik. Ia menjadi perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga eletkrik kepada peralatan elektrik. Oleh sebab kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alat dan tempat yang berbeza-beza, kabel-kabel yang dibaut berbagai-bagai jenis dan saiz bagi menyesuaikan dengan keperluan tersebut.

Tangga

Tangga digunakan untuk memudahkan kerja ketika kerja pemasangan di lakukan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

KESIMPULAN Amali ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bahagian-bahagian utama di dalam kerja pendawaian 3 fasa iaitu isolator, pemutus litar arus baki, pemutus litar jenis kenit dan litar akhir. Penggunaan warna yang berbeza pada setiap dawai adalah bagi memudahkan seseorang wireman dapat membuat pendawaian dengan tepat dan cepat untuk mengelakan sebarang kesilapan yang memungkinkan letupan ataupun kematian. Alatan utama yang diperlukan untuk amali ini ialah pemutar skru kepala rata dan Philips, pena ujian, kotak alatan, playar gabung, pemotong sisi, playar muncung panjang, dan gerudi tanpa kord sebagai alat Bantu bagi mempercepatkan lagi kerja pendawaian dapat dijalankan. Kerosakan biasa yang berlaku pada komponen, contohnya pada pemutus litar arus baki (ELCB) adalah disebabkan kesilapan penyambungan dawai-dawai pada bahan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

You might also like