You are on page 1of 12

SOALAN

ABDUL QAHHAR BIN MOHD RADZI NURIUL EEZZAH BINTI AWANG NOR SHARIZA BINTI ABD RAHMAN SITI ZULAIKHA IZLIN BINTI RUSMAN

TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS BERDASARKAN SURAT PEKELILING

Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan dan merekodnya. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:Kemajuan murid Latar belakang murid Laporan kesihatan murid Hasil-hasil temubual dan rujukan

Membantu guru-guru asas dalam hal:Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas. Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

PERANAN PENGAJARAN / THERAPENTIK


PERANAN PRESKRIPTIF
(Presciptive Role) (A Teaching Therapentik)

(An Assessment Role)

PERANAN PENILAI

PERANAN KHIDMAT BANTU


(A Supportive Role)

PERANAN PERHUBUNGAN
(A Liaison Role)

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role

Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid. Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

Peranan Pengajaran / Therapentik (A Teaching Therapentik)

Mengajar murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang mana tidak dapat diatasi oleh guru asas dalam situasi kelas.

Mengajar bersama-sama dengan guru asas dengan team teaching atau guru pendamping sekiranya perlu.

Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid tertentu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

SEKIAN TERIMA KASIH


QAHHAR . EEZZAH . SHARIZA . ZULAIKHA

You might also like