You are on page 1of 7

BENGKEL LITERASI BAHASA MELAYU 2011

KERTAS KERJA PEMBENTANGAN LITERASI BAHASA MELAYU 2011

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

BONEKA
NAMA PEMBENTANG

UNIT :

TARIKH PEMBENTANGAN :

HALAMAN |1

BENGKEL LITERASI BAHASA MELAYU 2011

TAJUK BENGKEL / PEMBENTANGAN PERMAINAN BONEKA LIDI


Oleh : MOHAMAD BIN

ABSTRAK

Kemahiran membaca perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak semenjak kecil lagi. Hal ini kerana, kemahiran ini amat dititikberatkan, terutama dalam matapelajaran bahasa melayu. Kegagalan menguasai kemahiran membaca akan mengakibatkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran lain seperti matematik, sains, agama dan sebagainya kerana kesemua matapelajaran lain menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Malah mereka tidak akan dapat memahami dan menjawab soalan dengan betul dan juga tidak mampu menguasai kaedah penulisan dengan baik.

Literasi bahasa merupakan suatu pendekatan yang harus diambilberat oleh guru bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam aspek mengenal dan membaca huruf dan perkataan. Menurut Hasnah Awang (2010) dalam bukunya Literasi Bahasa Melayu, perkataan literasi membawa maksud pembelajaran bagaimana untuk membaca, melakukan pengiraan mudah, operasi asas pengiraan dan kemahiran literasi lain

dalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan literasi membawa maksud kebolehan membaca dan menulis. Menurut Bawden (2001) melalui Hasnah Awang (2010), literasi juga mencakupi beberapa bidang lain. Antaranya ialah literasi maklumat yang merangkumi literasi media, literasi rangkaian, literasi teknologi. namun untuk bengkel ini, unit PISMP Kajian Sosial telah menekankan mengenai literasi bahasa sejajar dengan matlamat untuk diaplikasi dalam pendidikan sewaktu P&P.

HALAMAN |2

BENGKEL LITERASI BAHASA MELAYU 2011

1.0

PENGENALAN

Seminar Literasi Bahasa Melayu anjuran gabungan PISMP Semester 2/2011 merupakan salah sebuah perlaksanaan bengkel kepada murid sekolah rendah berpandukan bahan bantu mengajar (BBM) bagi meneruskan serta mempelbagaikan lagi aktiviti sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam darjah. Dengan kewujudan program bengkel dan seminar seumpama ini, kesemua bakal guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail dapat mengetahui kaedah-kaedah tertentu dalam memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran subjek dicapai dan dapat diaplikasi kepada murid dengan murni dan jayanya.

2.0

OBJEKTIF

2.1

Melatih bakal guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang bernilai tinggi, berestetika dan mempunyai impak kepada murid.

2.2

Menjana

minda

bakal

guru

untuk

menghasilkan

idea

kreatif

untuk

mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 2.3 Melahirkan guru yang kreatif, inovatif dan berdaya maju untuk melahirkan suasana pembelajaran yang bermakna dan berkesan. 2.4 Mendedahkan kepada bakal guru dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar yang akan dihadapi kelak. 2.5 Memberikan pengalaman, ilmu dan ingatan kepada bakal guru bagaimana untuk mengendalikan bengkel dan pembentangan agar dapat dijadikan panduan pada masa akan datang.

HALAMAN |3

BENGKEL LITERASI BAHASA MELAYU 2011

3.0

PERLAKSANAAN BENGKEL

3.1

Bahan-bahan Yang Digunakan Komputer riba (laptop) Projektor pemancar LCD Pembesar suara (speaker) Mesin pencetak (printer) Kertas warna (pelbagai warna) Polisterin / gabus Kotak Pemotong polisterin / gunting / pisau kertas Gam Perca kain / kain Lidi kelapa Tali / benang Pita pelekat

3.2

Prosedur Perlaksanaan a) Murid-murid akan dikumpulkan di dalam darjah dan rapat ke hadapan kelas bertentangan dengan kotak wayang boneka lidi. b) Guru akan berada di belakang kotak wayang boneka dan mengambilalih watak boneka dan beberapa watak lain. c) Pengkisahan bermula dengan tirai dibuka, muzik kedengaran dan

pengenalan watak utama boneka. d) Pengkisahan seterusnya dimulakan dengan babak pertama. Watak boneka utama akan dibantu oleh beberapa watak lain yang akan dimunculkan di sepanjang pengkisahan.

HALAMAN |4

BENGKEL LITERASI BAHASA MELAYU 2011

e) Pengkisahan turut akan diselang-seli dengan nyanyian. Kesemua ini akan diadakan dengan penglibatan murid-murid / penonton. f) Latarbelakang wayang akan berubah mengikut babak dan beberapa objek seperti burung ataupun objek lain akan mengiringi sewaktu pertukaran latarbelakang. g) Pengkisahan perjalanan boneka utama akan berakhir dan tirai wayang akan ditutup. h) Seterusnya guru akan merumuskan apa yang dipelajari dan melakukan refleksi secara kolektif dengan murid / penonton dan refleksi secara individu (guru) untuk direkodkan dan dijadikan panduan penambahbaikan di masa hadapan.

4.0

REFLEKSI

Seminar literasi bahasa ini telah mewajibkan unit kami iaitu PISMP Kajian Sosial untuk merekacipta sebuah bahan bantu mengajar (BBM) yang tertentu. Setelah dilakukan undian diantara kesemua unit PISMP yang terlibat, akhirnya unit kami telah ditugaskan untuk merekacipta sebuah bahan bantu mengajar berasaskan permainan boneka. Bahan bantu mengajar (BBM) boneka ini akan bermanfaat dalam menarik minat murid untuk belajar dalam bergembira. Tanpa mereka sedari sebenarnya mereka sedang belajar dan mereka mudah mengingati segala apa yang dipelajari sewaktu sesi pengkisahan kerana minda murid alam persekolahan rendah amat peka dan mudah untuk menghafal apa sahaja yang mereka terima.

Sewaktu sesi perbincangan antara ahli-ahli dalam unit kami, terdapat pelbagai idea-idea bernas yang telah dilontarkan oleh setiap ahli. Kesemua idea tersebut amat bersesuaian dan bertepatan dengan maksud penggunaan BBM boneka dalam pengajaran. Ada antara ahli mengesyorkan untuk membuat patung boneka tangan, boneka kayu dan sebagainya. Namun setelah diteliti segala idea yang telah dilontarkan, maka kesemua ahli unit telah sebulat suara untuk memilih idea menggunakan boneka

HALAMAN |5

BENGKEL LITERASI BAHASA MELAYU 2011

patung berlidi. Rasionalnya pemilihan boneka patung berlidi ini ialah kerana ianya senang dipraktikkan di dalam pengajaran akibat dari pembuatannya yang mudah dan tidak terlalu kompleks. Malah ianya kelihatan lebih menghidupkan suasana kerana boneka tersebut mampu digerakkan ke mana sahaja di pentas boneka. Murid-murid juga akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada sesi pengkisahan kerana mereka akan mudah hanyut di dalam imiginasi mereka.

Melalui aktiviti ini juga, kami mendapati bahawa murid-murid lebih memberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran sedang berlangsung. Ianya berbeza dengan penggunaan teknik pengajaran yang lebih konvensional yang murid-murid lalui setiap hari. Dengan penggunaan alat BBM ini, ditambah pula dengan teknik penceritaan yang menarik dan wujudnya interaksi dengan murid, murid-murid akan lebih memberikan tumpuan dan sekaligus mereka dapat belajar tanpa mereka sedari. Penggunaan watak kartun yang menarik dan berwarna sudah tentu akan menarik lagi minat mereka dan mereka akan dapat belajar dengan hati yang gembira. Berkemungkinan besar, mereka tidak akan bosan sewaktu sesi pembelajaran dan sentiasa bersemangat untuk mengikuti pembelajaran subjek tersebut seterusnya.

Selain itu, hubungan antara ahli kumpulan juga dapat dikukuhkan dan dipereratkan melalui sesi perbincangan yang dijalankan. Sikap bertolak-ansur dan berani menyuarakan idea dan pendapat turut dipupuk sepanjang sesi perbincangan diadakan. Aktiviti ini juga menyedarkan kami tentang aspek pengurusan masa secara berkesan dan dapat dijadikan panduan kepada kami, khususnya dalam mengawal kelas dan menyampaikan isi pengajaran dengan jelas setelah bergelar guru suatu hari nanti. Sewaktu memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru, bengkel ini mampu untuk meningkatkan kreativiti seorang pendidik dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkesan dan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

HALAMAN |6

BENGKEL LITERASI BAHASA MELAYU 2011

Dalam perlaksanaan bengkel ini, terdapat juga beberapa kelemahan yang kami sedari yang melambatkan proses perlaksanaan bengkel kami ini. Antara masalah yang kami hadapi ialah kekangan masa yang singkat. Masa yang diberikan singkat dan kami seunit terpaksa melaksanakan segala tugasan dengan kadar yang segera namun tidak mengenepikan aspek kualiti bahan. Malah beberapa sesi perbincangan turut diadakan untuk memastikan segala proses dapat berjalan dengan lancar. Proses pembuatan alat bantu belajar dapat dijalankan dengan lancar setelah selesai perbincangan rasional dan kaedah perlaksanaan diadakan.

Kesimpulannya, bengkel ini amat wajar untuk dilaksanakan di masa hadapan bagi memberikan pendedahan kepada kesemua bakal guru mengenai teknik, strategi dan kaedah pengajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar dengan berkesan kepada murid. Hal ini penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

5.0

PENUTUP

Secara konklusinya, dapat dirumuskan bahawa pembentangan ilmiah melalui bengkel ini telah memberikan 1001 ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang amat berguna kepada kami dapat melengkapkan diri dengan ilmu keguruan untuk menempuh dugaan dan cabaran alam perguruan kelak. Kerjasama daripada semua pihak, terutama semua ahli kumpulan amat dihargai dalam menjayakan pembentangan ini. Diharapkan agar dengan kesepaduan yang utuh lagi erat dalam melaksanakan pembentangan ini, segala objektif yang ingin dicapai dapat direalisasikan dengan jayanya bagi meningkatkan kemahiran membaca murid-murid dan mengenal

pembendaharaan perkataan bahasa melayu. Semoga segala usaha ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

HALAMAN |7

You might also like