You are on page 1of 9

HBEF2103 1. Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara satu sama lain.

Tanpa penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah. Untuk itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu psikologi, pedagogi dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi kejayaan kepada pelajar. Murid-murid di dalam sesebuah kelas umumnya mempunyai pelbagai perbezaan latar belakang dan sikap yang tersendiri sama ada positif atau negatif. Perbezaan tersebut kadang kala membawa kepada masalah pengajaran dan pembelajaran dan guru seharusnya peka serta berempati terhadap murid-murid tersebut. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru. 2. Senario Permasalahan Mengikut Teori Pembelajaran Cabaran yang biasanya dihadapi oleh guru-guru di sekolah ialah bagaimana hendak mengenal pasti permasalahan di dalam kelas dan seterusnya merancang serta melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai bagi memodifikasi tingkah laku yang tidak diingini agar hal tersebut tidak menjejaskan kelicinan atau keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif. Melalui pemerhatian yang telah dijalankan merujuk situasi di dalam kelas 5 Amanah, didapati masalah utama yang sering berlaku iaitu terdapat beberapa orang murid yang berkelakuan nakal di dalam kelas. Mereka tidak pandai duduk diam di kerusi sebaliknya akan sentiasa bergerak tanpa sebarang sebab walaupun saya telah mengarahkannya mereka supaya duduk diam. Selain daripada itu juga, mereka akan berjalan di sekitar dalam kelas tanpa mempedulikan saya yang sedang mengajar di dalam kelas tersebut.Keadaan seperti ini akan mengganggu tumpuan muridmurid sekelas yang lain seterusnya menyebabkan saya sukar untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Selain itu, murid-murid ini sering mengganggu rakan-rakan 1

HBEF2103 lain yang sedang menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dalam permerhatian saya juga, muridmurid ini seringkali tidak membawa buku teks dan latihan ke sekolah. Apabila ditanya, jawapan yang biasa diberi iaitu lupa. Mereka sering mengalami masalah untuk mengatur tugas serta aktivitiaktiviti, tidak suka atau keberatan untuk melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) dan selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku, tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) .Tumpuan mereka akan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan menjadi mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia. Murid yang nakal ini juga biasanya tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan kepada mereka. Masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah sudah menjadi lumrah dalam sistem pendidikan di negara kita. Pelbagai pihak telah memperkatakan hal ni dan telah banyak saranan dan cadangan dikemukakan untuk mengatasinya. Kerja rumah adalah latihan pengukuhan yang penting, yang wajib dilakukan oleh murid untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalam tajuk yang di ajar pada hari tersebut. Murid adakalanya dengan sengaja tanpa ada sebarang rasa tanggungjawab untuk menyiapkanya. Mereka hanya memilih kerja rumah yang di berikan oleh guru yang tertentu sahaja untuk di siapkan. Ada sesetengahnya pula hanya membuatnya sambil lewa sekadar melepaskan batuk di tangga. Kerja rumah ini jika tidak disiapkan semakin hari semakain bertambah, dengan sendirinya beban murid semakin banyak, lama-kelamaan murid akan ketinggalan dalam pelajaran. Guru juga tidak dapat mengukur tahap pencapaian murid tersebut dan seterusnya boleh menyebabkannya tercicir daripada lain. 3. Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran . Terdapat teori-teori tertentu yang mempunyai pendekatan yang sesuai dapat dikaitkan dengan tingkah laku bermasalah ini antaranya Teori Sosial Albert Bandura, Teori Tingkah Laku Behaviorisme yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh popular iaitu Ivan Petrovich Pavlov, John B. Watson, Edward L. Thorndike dan B. F Skinner, Teori Humanistik seperti Teori Motivasi Maslow yang terkenal dengan Hierarki Keperluan Maslow dan Teori Kognitif. Murid yang nakal dan kurang berdisiplin di dalam kelas sudah tentunya mempunyai sebab tertentu. Setelah membuat refleksi, saya dapati punca utama berlakunya masalah ini kerana aspek pengurusan disiplin kelas tidak begitu berkesan. Mereka yang bermasalah ini tidak mempedulikan guru yang mengajar lantaran mereka beranggapan tidak ada tindakan keras akan diambil oleh guru. Situasi ini mempunyai kaitan yang rapat dengan teori pembelajaran behaviorisme iaitu melalui 2

HBEF2103 Teori Pelaziman Skinner ( 1953 ). Menurut Skinner, pembelajaran berlaku melalui pelaziman dan peneguhan pula merupakan rangsangan yang penting dalam menambah kebarangkalian gerakbalas murid. Murid yang bermasalah ini melakukan perkara yang sama berulangkali seterusnya menjadi kelaziman buat mereka. Tingkah laku ini akan berterusan sekiranya guru tidak memberikan peneguhan negatif terhadap masalah kenakalan mereka. Selain masalah pengurusan disiplin kelas, murid yang nakal ini tidak memberi tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah dan pengajaran saya kurang menarik dan gagal menarik perhatian mereka. Mereka mungkin sukar untuk menerima dan memahami pengajaran yang disampaikan kerana mungkin isi kandungannya membosankan. Mereka beralih arah kepada kawan-kawan di sekeliling mereka dengan bercakap atau bermain. Pada satu ketika mereka cuba menghilangkan kebosanan dengan melukis wajah guru yang sedang mengajar. Permasalahan ini boleh dikenalpasti dan dikaitkan dengan teori pembelajaran iaitu Teori Kognitif Piaget.Teori ini telah diolah oleh Piaget Jean, (1869-1980) seorang ahli psikologiswiss. Beliau berpendapat bahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan sesuatu rangsangan (Wikipedia, 2010).Keadaan pelajar tidak sama dengan golongan dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Konsep utama Piaget, perkembangan otak seseorang itu bergantung kepada kecerdasan, yang baginya kemampuan untuk secara lebih tepat secara logik pemikiran berdasarkan kenyataan ataupun realiti.Mengikut konsep Skema (schemata), Piaget berpendapat bahawa pelajar mempunyai potensi am dalam setiap diri mereka untuk melakukan sesuatu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan seperti gerakan menghisap,memandang, mencapai dan merasa. Begitu juga dengan pelajar, dalam proses pembelajaran mereka akan melalui beberapa peringkat seperti membaca, memahami, mendalami dan juga mengolah.Selain daripada itu juga, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif serta bermotivasi. Mereka mempunyai cara mereka tersendiri untuk memperkembangkan minda dan mengembangkan pengetahuan daripada pengalaman mereka sendiri, dan belajar dari dua proses yang saling melengkapi iaitu proses asimilasi dan akomodasi.Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan seseorang mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi (Piaget 1954). 3

HBEF2103 Masalah murid yang nakal tidak dapat dinafikan merupakan sebahagian daripada tingkah laku berisiko remaja. Teori Pembelajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura sangat relevan dengan penyelesaian masalah tingkah laku agresif dan keganasan. Menurut Bandura (1977), Teori Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku. Ini bererti persekitaran dan juga orang-orang yang signifikan akan mempengaruhi tingkah laku. Bandura (1977) juga menyatakan seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut. Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu (Mahmood, 2001). Di dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977), beliau telah membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya, setiap individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada orang yang signifikan dan persekitaran. Bandura (1977), mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsurkan aksi agresif (Eron, 1982). Menurut Maarof (2003), Bandura (1977), menekankan bahawa manusia belajar dengan cara memerhatikan tingkah laku orang lain. Pembelajaran pemerhatian, yang dinamakan juga sebagai pemodelan, terhasil apabila manusia atau anak-anak memerhatikan tingkah laku orang lain atau mereka yang signifikan dan mencatatkan konsekuen tingkah laku tersebut. Kebanyakan pola percakapan, gaya pakaian, tingkah laku negatif dan agresif dan pelbagai tingkah laku dipelajari melalui pemodelan. Anak-anak remaja biasanya menjadikan ibu bapa, pelakon filem, ahli sukan, guru dan seumpamanya sebagai model yang menjadi ikutan. Ini menjelaskan kepada kita mengapa tingkah laku berbeza-beza mengikut masyarakat dan budaya. Albert Bandura(1977), menganggap pemodelan merupakan demonstrasi yang penting tentang peranan kognitif dalam pembelajaran. Namun, tidak semestinya semua tingkah laku model ditiru. Anak-anak cenderung meniru tingkah laku yang diberikan peneguhan positif berbanding dengan tingkah laku yang diberikan hukuman. Sementara itu, sekiranya tidak diketahui peneguhan dan hukuman yang diperolehi, anak-anak atau remaja cenderung meniru tingkah laku model yang berstatus tinggi, menarik, yang disukai, dan 4

HBEF2103 berjaya atau malahan mereka mengandaikan bahawa tingkah laku mereka itu sering membawa kepada peneguhan. 4. Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran Tugas penting guru dalam pengurusan bilik darjah ialah mencorakkan sikap dan tingkah laku yang baik serta bertanggungjawab. Mengubah sikap murid pastinya memerlukan kesabaran dan ketegasan. Namun begitu, guru juga perlu memiliki beberapa kemahiran berkaitan agar dapat meringankan bebas tugas yang dipikul.. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip- prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara murid-murid belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Berdasarkan Teori Konstruktivisme, maka diturunkan beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan. Kanak- kanak ialah Pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya, sebaliknya dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru berperanan sebagai penolong, pemudah cara atau fasilitator, dan perancang. Guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. Guru perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada. Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar. Interaksi dan pertukaran idea-idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka. Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman. Guru perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan pelajar-pelajar dan tahap kebisingan tertentu yang dibenarkan. Ini disebabkan interaksi antara pelajar yang lebih cergas dan aktif. Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsang pembelajaran kanak- kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasaannya, proses pembelajaran kanakkanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum tersebut perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. Integrasi kurikulum merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian. 5

HBEF2103 Mengikut teori Thordike pula latihan dan pengulangan amat penting bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar. Pembelajaran juga boleh berlaku melalui pembiasaan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan pelajar- pelajar da lam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku. ni bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan kepada situasi B. Latih tubi merupakan satu lagi strategi instruksional yang digunakan. Kaedah latih tubi ini boleh dilihat dalam dua cara yang berbeza iaitu permainan dan kertas kerja. Latihan yang disediakan dalam kedua-dua bentuk ini boleh digunakan oleh guru secara berulang-ulang untuk mengukuhkan daya ingatan pelajar tentang topik yang telah diajarkan dengan harapan pelajar akan dapat menguasai konsep yang terdapat dalam topik tersebut melalui hafalan. Peneguhan juga merupakan proses semula jadi kepada manusia. Ia berlaku kesan daripada interaksi harian dengan persekitaran sosial dan fizikal. Peneguhan juga boleh dirancangkan untuk program memodifikasikan tingkah laku seseorang dengan cara mengubah tingkah laku manusia tersebut. Peneguhan merupakan tingkah laku tertentu yang hadir diikuti dengan kesan dan tindak balas yang cepat. Apabila tindak balas semakin teguh seseorang akan lebih terbiasa dengan perlakuan tersebut pada masa akan datang. Menurut Skinner, hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan. Untuk mengaplikasikan teori ini guru perlu menggunakan peneguhan positif seperti memberi pujian atau hadiah untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin pengulangan tingkah laku yang diingini itu. Objektif pendidikan yang ingin dicapai perlu realistik. Jika tidak, pelajar akan mengalami kegagalan. Kegagalan membawa perasaan malu yang boleh menyebabkan berlakunya peneguhan negatif. Sebagai seorang guru, peneguhan ini boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Misalnya guru akan mengatakan bagus, baik dan sebagainya apabila pelajar menunjukkan sikap yang diigini dalam proses pembelajaran. Oleh itu, seorang guru perlu memberikan pelajar-pelajarnya maklum balas tentang prestasi mereka, sama ada berjaya atau sebaliknya. Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari serta dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian setiap kali pelajar mendapat hasil yang baik, 6

HBEF2103 maka gerak balas itu akan berterusan. Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Di dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti. Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku negatif.Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengar menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid teerhadap bidang tersebut. Reverse Psyclogy merupakan teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif . Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang baik. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang dfiharapkan. Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidak melakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini. Kontrak (lisan dan bertulis) Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada positif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tinadakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Melalui teori-teori yang dikemukakan di atas, boleh dikatakan semua teori tersebut menunjukkan ransangan terhadap pemikiran. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan pelajar. Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan berpuas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti. Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. 7

HBEF2103 Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Dengan memahami teori perkembangan Piaget, seseorang guru harus menyesuaikan isi pelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya. 5. Penutup Kesimpulannya, kemahiran mengawal kelas perlu dilaksanakan mengikut budi bicara dan kebijaksanaan guru. Guru bertanggungjawab untuk menyelia dan mengarah semua aktiviti dalam kelas termasuk disiplin pelajar. Pelajar berdisiplin dapat menjamin ketenteraman dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan licin dan berkesan. Sebarang masalah yang wujud semasa mengawal kelas hendaklah diselesaikan dengan cara mengenal pasti punca masalah di samping mengenali latar belakang pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan yang diambil akan memberi kesan yang positif terhadap diri pelajar. Para guru atau pendidik perlu merancang rancangan pengajaran terlebih dahulu bagi menghasilkan satu sesi pengajaran yang bermakna dan tercapai objektif. Selain itu, guru juga perlu memilih pendekatan, kaedah dan teknik serta strategi yang sesuai dengan rancangan pengajaran yang dibuat serta tahap pencapaian murid-murid. Pengajaran akan lebih menarik jika guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Guru yang bijak ialah guru yang dapat menyesuaikan diri dengan situasi kelas, melaksanakan perancangan pengajaran dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada murid-murid. (2826 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan et. al (1999), Komunikasi Untuk Guru, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan et. al (2006), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor. Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Professional 8

HBEF2103 Publishing Sdn. Bhd, Selangor. Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husain (1994), Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Leonard M.S Yong (1996), Guru Yang Kreatif, : Isu-isu Teoritikal & Aplikasi Praktikal, Arenabuku Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1991), Pedagogi 3 Bahagian A (Pengajaran dan Persediaan Mengajar, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Mok Soon Sang (1997), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Omardin Ashaari (1999), Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sulaiman Md. Yassin et. al (2002), Komunikasi dalam Pengajaran dan Kepemimpinan Pendidikan, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam. Prof. Dr. Isahak Haron et. al (1982), Asas-asas dalam Amalan Pedagogi, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur http://www.scribd.com/doc/21216912/Pengurusan-Bilik-Darjah-Dan-Tingkah-Laku

You might also like