You are on page 1of 1

Kesimpulan

Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Perlembagaan Malaysia menyatakan kebebasan rakyat mengamalkan agama mereka sendiri tetapi agama islam bertindak sebagai agama rasmi persekutuan. Malaysia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam merapatkan jurang antara penganut berbagai agama secara berterusan untuk mengelakkan sebarang pergaduhan antara penganut. Sejak dari usia yang kecil lagi, sifat toleransi telah ditanam di dalam diri rakyat Malaysia. Toleransi merupakan unsur yang penting dalam mewujudkan kehidupan yang aman di Malaysia. Sikap keterbukaan para ilmuwan perlu dijadikan dasar dalam mewujudkan kesefahaman di kalangan penganut agama-agama. Segala ketegangan dan perasaan prejudis yang ada perlu dibendung melalui perbincangan dan dialog. Islam mengamalkan dasar toleransi ,malah Rasulullah sendiri mengamalkan dasar toleransi kepada orang bukan islam , bagaimanapun hal ini tidak bererti bahawa islam dan umatnya boleh diperlakukan apa sahaja atau ditindas dan dizalimi. Berdasarkan contoh yang terdekat dengan kita yang mana pada zaman Rasulullah S.A.W. baginda cuba dicederakan malahan cuba dibunuh supaya peryebaran islam terhenti. Perkara ini tidak seharusnya wujud didalam masyarakat yang mementingkan dasar hidup bersama, bertimbang rasa dan hormatmenghormati diantara kaum. Senua kaum dalam masyarakat harusla mempunyai perasaan saling mengerti dan faham-memahami di antara satu sama lain bagi merealisasikan Malaysia sebagai salah satu Negara yang harmoni.

You might also like