You are on page 1of 12

DARI STESEN BATU CAVES KE PELABUHAN KLANG(MASA: 1 JAM 30 MINIT) <BOLEH TUKAR KE TREN LAIN UNTUK TEMPAT LAIN

DI STESEN TERTENTU>* PERJALANAN LAIN : A)SUNGAI GADUT KE RAWANG B)TANJUNG MALIM KE RAWANG

RAJAH LALUAN KOMUTER(KTM)

MAKLUMAT TENTANG KOMUTER(KTM)


Sistem rel yang ada di kawasan Selayang ialah Komuter.Komuter beroperasi di bawah Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad.Laluan komuter terdiri daripada beberapa laluan utama.Laluan telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pertamanya dari Batu Caves ke Pelabuhan Kelang ,seterusnya dari Sungai Gadut hingga ke Rawang dan akhirnya dari Rawang ke Tanjung Malim.Sebelum tahun 2009 Batu Caves tidak ada dalam perkhidmatan KTM.Tetapi atas usaha KTMB landasan komuter telah diperlebarkan sebanyak 7.5 kilometer dari Sentul.Dulu,Sentul memainkan peranan penting sebagai stesen terakhir tetapi pelebaran landasan telah menyebabkan revolusi untuk Sentul dan kini Batu Caves menjadi salah satu stesen yang penting dalam Komuter.Kekerapan bagi setiap tren ialah setiap 15 hingga 30 minit.Penganggaran masa dari Batu Caves ke Pelabuhan Kelang ialah kira-kira 1 jam 30 minit.Inisiatif Komuter juga telah melahirkan tren 6 koc yang akan membuat perjalanan sehala dari Sungai Gadut ke Batu Caves kira-kira pada pukul 5.15 pagi.Banyak kebaikan yang akan kita dapat apabila menaiki tren.Antaranya, ialah pencemaran terhadap alam sekitar di ibu kota semakin hari kian meningkat dan ianya dapat dikurangkan dengan penggunaan komuter kerana ia menggunakan elektrik.Selain itu,kos pengangkutan ini juga kurang.Misalnya, dari Batu Caves ke Kuala Lumpur ialah RM1.00.Padahal, kos untuk naik bas ialah sekitar RM2.50.Perkhidmatan tren lain seperti Monorail,Star LRT,PUTRA LRT dan lain-lain boleh dihubungi melalui pertukaran di stesen pertukaran yang tertentu.Ini memudahkan perhubungan kita antara kawasan yang mempunyai landasan kereta api.Lagi-lagi Warga Emas Dan Pelajar sekolah diberi diskaun yang istimewa.Salah satunya ialh pengenalan 1haribulan setiap bulan di setiap stesen KTM akan adanya 100 Tiket transit untuk ke mana-mana sahaja dengan harganya sebanyak RM1.00.Menaiki tren juga dapat menjimatkan masa kita yang amat berharga.Bak kata pepatah Masa Itu Emas.Lagi-lagi menjelang hari raya ramai yang akan balik ke kampung halaman.Sehubungan dengan itu,mereka akan menggunakan kenderaan mereka dan lebuhraya.Ini mungkin boleh menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.Bagaimanapun apabila kita gunakan keretaapi ia akan menjadi lebih cepat berbanding dengan kenderaan lain.Landasannya hanya untuk kereta api sahaja.Oleh yang demikian tren akan bergerak dengan pantas.Kos untuk balik kampung juga amat murah.Untuk jarak perjalanan yang jauh kita boleh gunakan ETS.Ia amat murah dan cepat.Di stesen kita boleh melihat penggunaan ICT yang meluas.Contohnya,penggunaan pembelian tiket dengan komputer skrin sentuh.Lagi-lagi semua dan setiap sudut sesuatu stesen akan dikawal oleh kamera litar tertutup.Dengan itu,tenaga pekerja di stesen itu tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak.Ini boleh meningkatkan tahap keselamatan di stesen.Dengan adanya perkhidmatan rel bersepadu ini kita boleh menikmati suasana yang baik sekali.Sekian sahaja untuk tajuk KTM ini.

PERJALANAN DARI SELAYANG KE KUALA LUMPUR :BAS NO.U3 (RAPID KL) , (METROBUS)NO.71,(SJ BUS)NO.71 ANGGARAN MASA:45minit

Maklumat Tentang Perhubungan Bas Awam


Bas awam terdiri daripada beberapa klasifikasi dari segi nama dan perkhidmatan. Terdapat tiga syarikat bas yang utama yang bergerak ke Selayang ialah RAPIDKL,METROBUS dan SJ BUS.Pada awalnya sememangnya ada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas ini.Tetapi apabila masa berlalu banyak yang menghentikan perkhidmatan mereka.Pengangkutan bas adalah amat penting untuk warga selayang untuk ke kerja ibu kota dan hal-hal lain yang mustahak.Perkhidmatan ini juga adanya stesen pertukaran ke tempat-tempat lain.Stesen pertukaran itu ialah Warta Lama.Ia membolehkan kita untuk berhubung dengan bas-bas yang lain untuk pergi ke tempat lain.Contohnya,untuk pergi ke Rawang kita telah menaiki Rapid KL tetapi ia akan pergi ke Selayang.Oleh itu, kita boleh tukar ke Perkhidmatan Syarikat Metrobus ke Rawang.Pada pendapat saya,Rapid KL adalah pilihan yang baik untuk digunakan ke ibukota dan lain-lain.Ada juga sebab-sebab yang tertentu untuk saya memilih Rapid KL.Salah satu faktor utamanya ialah ia mempunyai rangkaian yang terbesar daripada kawasan Selayang ke Kuala Lumpur.Kekerapan bagi bas ini berulang-alik juga amat sedikit.Kos perjalanan ini juga amat murah.Selain itu,warga kota akan selalu sibuk dengan aktiviti seharian mereka pastinya.Di samping itu,warga kota tidak akan dapat hiburan yang secukupnya untuk mereka.Pihak Syarikat bas telah menyediakan televisyen berangkaian ASIA.TV dalam semua bas yang beroperasi.Ini memberikan para warga kota hiburan yang secukupnya.Lagi-lagi bas-bas juga diawasi sentiasa oleh sistem pengawalan GPS dan juga kamera litar tertutup.Seterusnya,bas lain-lain juga sama setanding dengan bas Rapid KL.Misalnya,Metrobus mempunyai rangkaian WALKIE-TALKIE yang canggih dan cekap.Ia digunakan untuk menghubungkan semua pemandu dibawah satu rangkaian yang besar.Melalui, penggunaan WALKIE TALKIE ini pemandu bas dapat mengongsikan maklumat trafik dan sebagainya.Ini juga telah menjadi salah satu cara yang amat berkesan untuk membawa pelanggan bas ke tempat yang mereka tujui tanpa kesesakan trafik sekaligus memenuhi hati pelanggan.Bas Awam ini juga telah memenuhi objektif kerajaan yang ingin memajukan kawasan yang berhampiran dengan bandar sekaligus menghubungkan bandar dengan kawasan itu.Dengan adanya perkhidmatan bas moden ini kerajaan dapat mencapai visi dan misi mereka terhadap rakyat di negara ini.Sekaligus,rakyat di negara Malaysia juga dapat menikmati dasar kerajaan dengan lebih baik.Akhirulkalamnya ,banyak kebaikan yang kita dapati melalui perkhidmatan bas awam ini.Oleh yang demikian,kita haruslah menggunakan ,menjaga kebersihan dan keceriaan bas dengan baik sekaligus mendapatkan perkhidmatan yang baik.

TEKSI

MASA BEROPERASI:BILA-BILA KAWASAN LIPUTAN:MANA-MANA KOS PENGANGKUTAN:BERDASARKAN METER YANG DIPASANG DI DALAM TEKSI

MAKLUMAT TENTANG TEKSI


Teksi ialah salah satu perkhidmatan yang diberi untuk pergi dari satu tempat ke lain tempat dengan cepat dan pantas.Teksi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu perkhidmatan swasta samanya ia bukan perkhidmatan kerajaan.Tetapi, kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan teksi dalam negara kita.Sekaligus kerajaan juga akan memberi dana yang secukupnya sebagai kewangan sampingan untuk mengalu-alukan perkembangan dalam bidang perkhidmatn ini.Banyak syarikat pada masa sekarang membuat bisnes dengan menjual dan menyewa teksi.Misalnya,seseorang yang ingin mencari mata pendapatan boleh mengaplikasi borang untuk memohon penyewaan dan penjualan teksi kepada pemilik syarikat tersebut.Pada awalnya sesorang itu kena bagi duit sampingan kepada syarikat sebagai sewa kenderaan tersebut.Tetapi apabila sewa dan harga asal kenderaan itu sudah dibayar maka tanda noktahlah untuk pembayaran sewa kepada syarikat.Setiap hari banyak teksi yang beroperasi di kawasan Selayang.Selayang boleh dikatakan sebagai salah satu perantaraan untuk teksi berhenti dan mengambil penumpang.Meter teksi mestilah dipasang apabila setiap pelanggan menaiki bagi melayan mereka dengan adil tanpa kos tambahan.Biasanya,keistimewaan pelanggan untuk menaiki teksi ialah ianya tidak seperi bas yang akan berhenti di setiap perhentian dan membuang masa.Lagi-lagi pengguna boleh terus pergi ke rumah mereka dengan cepat dan pantas.Ini memudahkan pegguna.Lagi-lagi penggunaan Gas NGV dapat mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar.Gas NGV juga amat murah.Oleh yang demikian pengguna tidak harus membayar kos tambahan.Akhirulkalamnya,kita mestilah gunakan kemudahan teksi dengan baik.

DASAR KERAJAAN

FAKTOR-FAKTOR KEGIATAN EKONOMI PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI SELAYANG TAHAP TEKNOLOGI

BENTUK MUKA BUMI

Faktor-Faktor Perkembangan Jaringan Pengangkutan DASAR KERAJAAN


Dasar Kerajaan ialah salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan jaringan pengangkutan di Selayang.Dasar Kerajaan ialah sesuatu inisiatif yang diperkenalkan dan diperlakukan oleh kerajaan untuk memajukan dalam sesuatu bidang dalam negara ini.Dasar kerajaan yang telah diperkenalkan untuk mempertingkatkan ialah pembuatan motokar negara telah dipertingkatkan.Sekaligus ramai orang yang membeli motokar daripada pelbagai jenis jenama.Selain itu,pengangkutan awam juga telah dipertingkatkan bilangan untuk beroperasi di sekitar Lembah Kelang. Dasar Kerajaan mempengaruhi perkembangan dengan purata yang amt banyak.Ini disebabkan oleh ramai orang awam yang lebih suka menggunakan kenderaan awam kerana ianya lebih murah , jimat masa.

TAHAP TEKNOLOGI
Tahap teknologi di Malaysia diklasifikasikan sebagai negara yang sedang maju di persada antarabangsa.Teknologi di negara kita maju disebabkan oleh tenaga pekerja yang mahir yang sedia ada untuk menyumbangkan bakti mereka kepada negara sendiri.Semakin tahap teknologi meningkat semakin itulah teknologi dalam bidang pengangkutan meningkat dan banyak inventori terhadap pengangkutan ada.Apabila teknologi meningkat ia akan memberikan kebaikan dan keselesaan kepada pengguna.Ini akan mengembangkan tahap teknologi di negara kita sekaligus mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam yang berteknologi moden.Ini akan meningkatkan penggunaan pengangkutan moden di negara kita.Dengan secara tidak langsung,perkembangan jaringan pengangkutan di negara kita akan berkembang dengan pesat sekali.

BENTUK MUKA BUMI


Bentuk muka bumi adalah lagi satu faktor yang mempengaruhi perkembangan jaringan pengangkutan di selayang.Bentuk muka bumi di selayang terdiri daripada beberapa bahagian.Antaranya,ialah Tanah Tinggi,Tanah Pamah yang rata dan sebagainya.Tanah Tinggi di Selayang amat sederhana boleh dikatakan.Walau bagaimanapun kemudahan pengangkutan ke Tanah Tinggi amat kurang disebabkan ketidakseimbangan bentuk muka bumi di Selayang.Seterusnya,Tanah Pamah amat banyak di kawasan Selayang.Oleh yang demikian, banyak jenis sistem pengangkutan boleh didapati di kawasan Selayang.Muka bumi yang rata dan landai akan memudahkan pembinaan jalan raya dan landasan kereta api yang berterusan.Sebagai buktinya landasan kereta api Komuter dan Jalan raya yang digunakan oleh kenderaan di sini.Komuter dibina di Selayang kerana ianya ialah kerana tanah rata dan landasan yang sesuai untuk dibinanya.Akhirulkalamnya,tanah pamah amat penting untuk perkembangan jaringan pengangkutan ini.

KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan Ekonomi bermaksud pekerjaan atau aktiviti yang dijalankan oleh seseorang itu untuk mencari mata pencarian.Kegiatan ini boleh dikaitrapatkan dengan pencarian pendapatan oleh seseorang untuk mencari nafkah.Pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan di Selayang untuk menyara diri mereka.Antaranya,ialah berniaga,membuat perkhidmatan seperti memberi perkhidmatan membaiki komputer,membaiki telefon,menjahit pakaian ,mencuci pakaian dobi dan sebagainya.Kesemua ini memerlukan kenderaan untuk berhubung antara pelanggan dan pembekal.Banyak perkara yang dilaksanakan melalui kemudahan kenderaan ini juga.Selain itu penghantaran barangbarang tempahan kepada pelanggan dapat dijalankan oleh pembekal dengan menggunakan kemudahan pengangkutan yang pelbagai jenisnya.Ini juga dapat mempertingkatkan penjualan kerana sesuatu penjualan itu dapat diuruskan dengan cepat dan mudah.Tahap kegiatan ekonomi sesuatu industri itu akan meningkat secara drastik dengan adanya tahap ketersampaian yang tinggi.Tahap ketersampaian ialah kecepatan kawasan itu dapat ditujui dan dicapai dengan cepat dan mudah.Akhirulkalamnya,kegiatan ekonomi juga telah mempengaruhi perkembangan jaringan pengangkutan di S

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN DI SELAYANG..............................


Kepentingan jaringan pengangkutan di Selayang ada banyak.Kegiatan ekonomi merupakan alah satu mata pencarian bagi warga Selayang.Ramai yang di kalangan warga Selayang yang bekerja agak jauh sedikit.Misalnya ramai yang bekerja di ibu kota.Mereka harus ke tempat kerja pada masa pagi.Mereka juga mestilah sampai di tempat kerja merka pada masa yang tepat.Jikalau mereka memandu mereka kenalah bangun awal sedikit pada setiap hari.Ini akn memenatkan mereka di kerja.Fokus dan Konsentrasi mereka pada kerja juga akan hilang.Ini akan menimbulkan pelbagai masalah pada diri mereka.Pengangkutan awam yang sedia ada di sesebuah tempat akan memudahkan ramai orang yang ingin mengelakkan kesesakan.Dengan adanya pengangkutan awam ini kegiatan ekonomi dapat diluaskan di Selayang.Ini amat membantu warga selayang. Kepentingan Jaringan pengangkutan yang seterusnya ialah perhubungan antara saudara dan juga ke mana-mana dapat dijalankan dengan cepat.Misalnya sesorang itu boleh berhubung dengan saudara-maranya tanpa apa-apa halangan.Lagi-lagi apabila adanya kematian dalam ahli saudara terdekat dan kita mesti ke sana pada waktu puncak.Pada masa itu kalau kita ambil kereta mesrtilah kita akan tersekat dalam kesesakan jalan raya.Sebagai jalan alternatif kita bolehlah menggunakan jaringan pengangkutan yang sedia ada.Ia akan menyebabkan aliran masa kesampaian kurang. Kepentingan lagi satu ialah ramai industri kecil sederhana telah wujud sejak dahulu di sekitar kawasan perkampungan.Oleh itu,hasil industri mereka itu haruslah disalurkan ke kawasan perniagaan mereka yang misalnya berada di ibu kota atau jauh.Secara amnya banyak orang yang tinggal di kampung tidak akan mempunyai pengangkutan persendirian.Walau apapun mereka harus lakukan perkara ini.Pada masa itulah pengangkutan kepelbagaian ini akn bantu kita.

You might also like