You are on page 1of 16

KULIAH 2 bahtiaromar

PENGISIAN KURIKULUM KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007

KEWARGANEGARAAN

ILMU

NILAI PENGISIAN KURIKULUM

PERATURAN SOSIOBUDAYA

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007

PENGISIAN KURIKULUM
Elemen-elemennya: Ilmu ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains dan geometri yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 3

Nilai Murni penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 4

Kewarganegaraan penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 5

Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007

Kemahiran Bernilai Tambah


KBT ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.

Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

KECERDASAN PELBAGAI

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR


Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007

KAJIAN MASA DEPAN

Kemahiran Berfikir
KB diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 9

Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi


KTMK perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007

10

Kemahiran Belajar Cara Belajar


KBCB perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 11

Kajian Masa Depan


KMD ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 12

Kecerdasan Pelbagai
KP merangkumi kecerdasan verballinguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 13

Pembelajaran Konstruktivisme
Pemb.Konstraktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 14

Pembelajaran Kontekstual
Pemb.Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 15

TUGASAN KUMPULAN
Setiap kumpulan memilih salah satu Kemahiran Bernilai Tambah yang telah disenaraikan. Kemudian, kaji aspek-aspek penting KBT tersebut lalu diringkaskan sama ada melalui penyusunan grafik, peta minda, lakaran dan sbgnya. Medium yang digunakan terserah kpd kumpulan masing-masing. Tugasan ini akan dibentangkan oleh ahli kumpulan tersebut.
Bahtiar/KPLI KDC(SKM)/IPKT2007 16

You might also like