You are on page 1of 4

Konvensyen Memperkasa MBE yang dikelolakan oleh GABEM baru sahaja selesai di Kuala Lumpur baru baru ini

dengan 25 resolusi untuk mempertingkatkan ekonomi Bumiputera. Dengan 25 resolusi ini, tidak dinafikan bahawa ianya menrangkumi perkara perkara yang begitu luas , daripada perkara yang pokok hinggalah kepada perkara perkara yang kecil yang sukar untuk dinilai relevansi nya. Memandangkan ianya produk satu konvensyen yang disertai ramai peserta dengan kepentingan masing masing, tidak hairanlah ia menghasilkan begitu banyak resolusi. Dalam Konvensyen Memperkasa MBE ini, sebanyak 25 resolusi telah dipersetujui. Sesebuah Konvensyen itu sememangnya penting untuk meniup semangat masyarakat kearah matlamat yang ditujukan dan mampu menghasilkan rangka atau dasar kerajaan kearah sesuatu sasaran. Ini telah berlaku dalam beberapa Kongres Ekonomi Bumiputera sebelumnya yang menghasilkan Dasar Ekonomi Baru dan Model Baru Ekonomi. Namun yang amat penting ialah resolusi yang dihasilkan, sama ada ia cukup baik sebagai landasan dasar ekonomi negara. Diantara 25 resolusi yang disepakati, ada banyak yang tidak begitu relevan dan masih mencerminkan mentali Dasar Ekonomi Baru, iaitu yang secara tidak langsung menganjurkan campurtangan kerajaan berterusan dalam ekonomi negara, terutama melalui syarikat syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ini kerana secara tidak langsung ia menganjurkan suapaya GLCs ini wujud berterusan dan dibebankan pula dengan tugas baru membantu pembangunan masyarakat. Jika diteliti sedalam dalamnya aset Bumiputera kini sebahagian besarnya berupa saham dalam syarikat syarikat GLC melalui pegangan dalam Amanah Saham Bumiputera. Kajian kita terdahulu pula telah membuktikan yang kadar pertumbuhan syarikat GLC begitu perlahan sekali berbanding dengan syarikat dimiliki bukan Bumiputera. Atas sebab ini kadar pertumbuhan ekuiti Bumiputera juga tidak cukup memberangsangkan dan jika dibebankan pula dengan tugas tugas masyarakat, ini pasti memburukkan lagi kemampuan syarikat GLC untuk bersaing dalam pasaran. Sepatutnya kerajaan kini mulai menswastakan syarikat syarikat GLC kepada golongan Bumiputera yang berkemampuan supaya ia diterajui golongan usahawan seperti juga hakikatnya dalam ekonomi bukan Bumiputera yang sentiasa meningkat maju. Antara resolusi yang terpenting dihasilkan dalam Konvensyen ini ialah:

Unit Peneraju Agenda Bumiputera(TERAJU) TERAJU yang ditubuhkan oleh kerajaan hanya awal tahun ini telah diberi tugas yang amat penting dalam agenda Bumiputera, jadi setakat ini keberkesanannya belum dapat lagi dinilaikan. Konvensyen telah menggesa kerajaan mempastikan Teraju melaksanakan dengan kadar segera semua program yang dirancangkan bagi mencapaikan matlamat penubuhannya. Dari segi pertubuhan pula Teraju disarankan mewujudkan wakil disetiap negeri bagi memudahkan segala urusan, khususnya bagi syarikat kecil dan sederhana. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Husni Salleh menyatakan TERAJU tidak pernah duduk diam dalam memastikan kepentingan ekonomi Bumiputera sentiasa tepelihara dan ditingkatkan. Beliau menyatakan pihaknya telah melaksanakan pelbagai program sejak Teraju diwujudkan seperti menganjur makmal Inisiatif Pembaharuan Strategik(SRI) dan makmal Projek Permulaan(EPP). Namun, katanya, sebagai sebuah badan strategik, Teraju lebih berperanan dalam menyelaraskan kerjasama diantara syarikat syarikat industri kecil dan sederhana Bumiputera dengan agensi kerajaan dan GLC. Nampaknya TERAJU kini bergerak pada landasan yang betul. Kita berharap usaha diteruskan untuk menyiap program program disamping seterusnya mengkaji inisiatif inisiatif baru untuk dilaksanakan. Memupuk budaya keusahawanan melalui pendidikan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Tidak dinafikan ini adalah satu inisiatif yang tepat dan penting untuk menumbuhkan masyarakat usahawan Bumiputera. Ini kerana, jika hendak melentur buluh, eloklah mulai dari rebungnya. Pendekatan ini perlu kerana budaya niaga belum lagi bertapak subur dalam masyarakat Melayu. Sebarang usaha kearah ini di sekolah sekolah sangatlah dialualukan. Bagaimanapun, sebarang kurikulum yang berkaitan perlu diteliti sehalus halusnya sebelum digunapakai bagi memastikan keberkesanannya. Ini penting kerana ini bukan sahaja soal pembelajaran tetapi lebih lagi ia meliputi penerapan suatu budaya(perniagaan) kedalam masyarakat.

Diperingkat paling asas, tidak dapat dinafikan kemahiran pelajar dalam matematik amat penting kerana ia merupakan asas penting dalam perniagaan. Adalah amat sukar hendak beniaga jika si peniaga tidak berminat merancang perniagaan dan mengira untung rugi yang memerlukan matematik asas. Tanpa pengetahuan matemik, pengawalan dalam perniagaan menjadi terlalu longgar samaada dalam hal kawalan stok, kawalan kredit dan dalam memupuk sikap dan disiplin kerja yang tinggi dan menepati waktu. Kita semua sudah maklum betapa mahirnya pelajar pelajar sekolah Cina dalam pelajaran matematik yang banyak membantu mereka dalam perniagaan. Budaya keusahawanan bukan sahaja terhad kepada pelajaran matematik, tetapi ia amat luas termasuk fokus kepada nilai nilai perniagaan yang baik yang perlu diterapi atau dibudayakan di kalangan pelajar dan masyarakat amnya. Ini termasuk disiplin kerja dan disiplin kewangan yang baik serta sikap positif terhadap risiko perniagaan dsb. Pastikan Model Baru Ekonomi dilaksanakan secara Meritokrasi dengan telus tanpa sebarang penyelewengan Ini adalah satu syarat yang amat penting dan memerlukan komitmen yang teguh daripada pihak kerajaan. Jika tidak ketirisan akan berleluasa atau program tidak akan menepati kumpulan sasaran yang ditetapkan seperti berlaku dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baharu terdahulu. Ini bererti pengagihan kontrak, permit dan dana kerajaan untuk usahawan Bumiputera dilaksanakan dengan cekap dan telus dan menepati ciri ciri meritokrasi. Dalam masa yang sama kerajaan perlu menjauhi pengagihan berasaskan pertalian politik atau keluarga. Dalam hal ini pengumuman Perdana Menteri yang kerajaan akan membantu membangunkan syarikat Bumiputera melalui perlaksanaan sistem meritokrasi sangatlah dialu-alukan. Dengan cara ini kita yakin ia akan dapat melahirkan usahawan yang berkemampuan dan tulin. Memupuk dan Meningkatkan Jatidiri Resolusi ini menganjurkan supaya memupuk dan meningkatkan jatidiri Melayu/Bumiputera agar mempunyai keupayaan berdayasaing secara mapan. Resolusi ini memandang dari sudut setiap individu Melayu, atau jatidiri yang pada hakikatnya menjadi penggerak utama didalam setiap individu. Jika sifat yang betul dapat ditanam didalam masyarakat, ia sebenarnya menjadi faktor utama yang menentukan kejayaan Melayu dalam perniagaan.

Masalahnya, dapatkah jatidiri sesuatu bangsa di ubah atau dipertingkatkan, berapa lama masa diperlukan sebelum mencapai peningkatan dan apakah suasana sekeliling yang kondusif kearah ini? Bagi bangsa lain seperti bangsa Cina, Jepun, Korea dan bangsa bangsa Barat, mereka telah memiliki jatidiri yang serasi dengan alam perniagaan sejak yang telah dipupuk zaman berzaman. Misalnya mereka mencari dan menggumpul harta sebagai satu matlamat yang diterima baik oleh masyarakat tanpa kekangan agama. Dengan ini mereka sanggup menggambil risiko dan berkerja keras kearah matlamat ini. Sikap masyarakat mereka lebih kondusif dengan alam perniagaan, menjadikan mereka lebih mudah memahami masalah yang dihadapi setiap usahawan. Dengan itu, sikap saling membantu dikalangan keluarga dan dalam masyarakat menjadi lebih meluas. Bagi masyarakat Melayu/Islam faktor faktor diatas belum begitu jelas. Ia perlu disepakati masyarakat supaya mampu bergerak bersama kearah matlamat yang ditujui. Dalam soal ini soal motvasi atau pengerak utama dalam alam perniagaan Melayu/Islam perlu di fahami dan disepakati. Kita yakin faktor faktor diatas merupakan isu utama yang perlu ditangani bagi menjayakan Model Ekonomi Baru. Kemampuan masyarakat Melayu berganjak daripada comfort zone yang ada akan menentukan kejayaan ekonomi bangsa Melayu dimasa hadapan. Secepat mana masyarakat boleh maju banyak bergantung kepada kesungguhan masyarakat hendak berubah disamping komitment kerajaan mengamalkan pentadbiran yang telus dan berlandaskan meritokrasi.

You might also like