You are on page 1of 3

Mula Melabur Silver dengan 3 Langkah Mudah Ramai sangat orang tanya kat saya macamana cara paling

senang nak memulakan Pelaburan Silver. Di sini saya sediakan 3 Langkah Mudah Untuk anda. Langkah 1: Pantau Harga Silver Langkah 2: Berat & Premium Bullion Langkah 3: Sediakan Duit & Beli! Kita mulakan dengan Langkah 1: Pantau Harga Silver Pada hujung minggu 24-25 September 2011, harga silver jatuh ke paras USD31.05. Ramai pemilik Pakej PelaburanSilver.com bersorak kerana kejatuhan harga ini. Pelik bukan? Sebagai pelabur, sepatutnya "goyang"kalau pelaburan kita jatuh harga. Ini tidak... Harga 'spot': Harga 'spot' silver dengan definisi mudah ialah harga bahan mentah untuk logam silver. Anda boleh memantau harga spot di: (Harga silver di dalam USD/oz) Klik link ini ==> http://www.kitcosilver.com/ (Harga silver di dalam RM/gram) Klik link ini ==> http://www.nubex.com.my/ Silver diniagakan di pasaran antarabangsa selama 5 hari seminggu. Ia ditutup pada Sabtu dan Ahad. Action Anda: Pantau harga Silver di kitco dan nubex sekarang.

Settle Langkah 1 Masa saya awal-awal mengkaji tentang pelaburan ini, boleh kata setiap jam saya cek graf silver. Cemas jugak kadang-kadang kerana pergerakan turun naik harga silver memang 'ganas' sekali! Namun begitu, sebab kita semua dah tahu bahawa silver sekarang di dalam bull market / trend menaik selama 5 - 10 tahun lagi, kita sepatutnya tak kisah tentang harga jangka masa pendek. Jom kita sambung dengan Langkah 2: Berat & Premium Bullion Berat Perasan tak yang di http://www.kitcosilver.com, harga silver diukur dengan USD/oz. Untuk emas & perak, beratnya diukur menggunakan sukatan troy oz (oz). 1 troy oz (oz) = 31.1gram. Hakcipta 2011, www.PelaburanSilver.com

Mula Melabur Silver dengan 3 Langkah Mudah Banyak koin dan jongkong yang diimport menggunakan sistem berat ini berbanding kita yang menggunakan gram & kilogram. Premium Premium pula ialah perbezaan harga spot dan harga bullion. Semakin rendah premium bullion perak yang kita beli, semakin untung kita sebagai pelabur. Saya beri contoh: Harga spot silver pada 25 September 2011 ialah RM3.17/g. Harga runcit bullion A ialah RM132/oz atau RM4.24/g Harga runcit bullion B ialah RM1000/250g atau RM4.00/g Jika kita ada modal pelaburan RM1000, dah tentu kita pilih bullion B kerana ia lebih murah per gram berbanding bullion A. Anda mesti buat perbandingan premium di antara 2-3 bullion perak berbeza sebelum membeli. Action Anda: Layari 3 lawan web berikut dan bandingkan premium bullion perak. 1. www.facebook.com/jutawanperak (Jenama bar Silvertowne) 2. www.silveray.lot.my (Jenama koin Silver Eagle atau Maple Leaf) 3. http://www.facebook.com/groups/silverlot.shop/ (Mana-mana koin atau bar yang diiklankan di sana.

Settle Langkah 2 Saya masih ingat lagi semasa saya belikan silver untuk anak saya. Masa tu lepas raya, ada duit raya sebanyak RM375. Apa yang saya buat sebelum pembelian: Langkah 1. Cek Harga di: http://www.kitcosilver.com/ DAN : http://www.nubex.com.my/ Langkah 2. Survey / Window shopping harga silver yang dijual oleh pembeli dengan mengira Premium termurah; saya bandingkan harga per gram untuk 5 jenis bullion perak

Hakcipta 2011, www.PelaburanSilver.com

Mula Melabur Silver dengan 3 Langkah Mudah Langkah 3: Mana Nak Beli Silver? A) Membeli 1 oz bar di Facebook: Jenama yang saya cadangkan: Morgan / Silvertowne / Sunshine i. Group Silver Lot Shop Klik link ==> http://www.facebook.com/groups/silverlot.shop/ ii. Page JutawanPerak Klik link ==> http://www.facebook.com/jutawanperak B) Website menjual 1 oz koin: Jenama: Silver Eagle atau Canadian Maple Leaf i. Silveray Klik link ==> http://www.silveray.lot.my/ ii. Merlip Klik link ==> http://merlip.lot.my/ C) Beli silver bar dari syarikat swasta. Kebanyakannya menjual bullion perak dari berat 50g hingga ke 1 kilogram. Untuk senarai agen yang saya kenal, email saya di ikram@pelaburansilver.com Action Anda: Buat Langkah 1 3 dan mulakan pembelian bullion perak PERTAMA anda hari ini!

Settle Langkah 3 Senangkan nak mula pelaburan silver? Jadi sekarang ni, nak buat apa dengan bullion perak yang baru beli ni? Hanya perlu Simpan & Tunggu Harga Naik sahaja. Kalau anda stuck di Langkah 1,2 atau 3 , anda boleh bertanya di ==> Page Dekad Silver.

Rakan Silver Anda,

www.PelaburanSilver.com

Ikram Adi.

Hakcipta 2011, www.PelaburanSilver.com

You might also like