You are on page 1of 27

Bahasa mempunyai perkaitan yang erat dengan budaya.

Bahasa dapat mempengaruhi budaya, dan budayajuga dapat mempengaruhi bahasa. Tahu bahasa tidak semestinya dianggap tahu budaya. Dalamperkataan lain, tahu bahasa harus juga tahu budaya. Konsep tahu bahasa merujuk kepada kecekapanberbahasa (linguistic competence), sementara tahu budaya merujuk kepada pengetahuan tentang budayasesuatu bangsa. Makalah ini mencuba untuk menelusuri hubungan di antara tahu bahasa dengan tahu budaya. Perbincangan akan tertumpu pada beberapa bentuk bahasa sopan dan bahasa tak sopan yang merentasi budaya dalam konteks di Malaysia. Misalnya, etimologi perkataan sakai bermaksud salah satu kaum asli di Malaysia. Bagaimanapun, perkataan sakai ini dapat berfungsi sebagai penanda bahasa tak sopan dan bahasa sopan. Dalam masyarakat Melayu, sakai digunakan untuk mempersendakan orang lain,misalnya ketinggalan zaman/tidak bertamadun. Bagi masyarakat Melanau di Sarawak pula, sakaibermaksud kawan/sahabat, sementara dalam masyarakat Murut, sakai bermaksud orang/manusia. Hal ini menunjukkan bahawa perkataan sakai berfungsi sebagai bahasa tak sopan dalam masyarakat Melayu,manakala dalam masyarakat Melanau dan Murut perkataan itu dianggap sopan. Ringkasnya terdapatbeberapa penanda bahasa sopan dan tak sopan dalam sesuatu masyarakat. Perbincangan lanjut tentang aspek ini besar kemungkinannya akan dapat menonjolkan perbezaan silang budaya dan hubungannya dengan kesopanan berbahasa

Bahasa merupakan sistem atau alat komunikasi yang amat penting bagi manusia dalam perhubungan sehari-hari. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu benda yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak, supaya demikian pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu. Bahasa merupakan suatu unsur yang dinamik, yakni sentiasa berubah-ubah mengikut situasi dan zaman atau perkembangan semasa. Oleh hal yang demikian, menurut S. Nathesan, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang tidak akan sempurna jika tidak ada kajian makna. Salah satu bidang makna yang dikaji ialah unsur tabu yang terdapat dalam bahasa. Masyarakat Melayu kaya dengan adat dan budaya Timur menjadi pegangan sejak dahulu. Adat, adab,

dan budaya yang menjadi tradisi dalam masyarakat ini bukan sahaja menjadi ikutan, malah turut melingkungi masyarakat sebagai peraturan bersama dalam perhubungan sehari-hari. Kebersamaan dalam masyarakat inilah yang menyebabkan wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang berunsur tabu yang menjadi suatu pegangan oleh seluruh anggota masyarakat agar adat, adab, dan budaya yang dijunjung itu terjaga. Tabu merupakan suatu strategi kesantunan yang melibatkan aspek kebahasaan supaya kesopanan, adat, dan adab yang dijunjung dalam masyarakat Melayu itu dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Aspek kesantunan yang berunsur tabu ini merangkumi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu yang tidak boleh sewenang-wenangnya diucapkan dalam situasi tertentu.

Kesimpulan Pengetahuan dan penguasaan berbahasa belum dapat menjamin komunikasi yang berkesan. Dalam erti kata lain, pengetahuan berbahasa harus ditampung dengan pengetahuan budaya. Kedua-dua aspek tahu bahasa dan tahu budaya ini dapat salah faham, khususnya dalam konteks silang budaya. Tegasnya, dengan mengetahui dan menguasai hukum sesuatu bahasa sahaja, seseorang itu tidak akan dapat menggunakan bahasa dengan baik terutamanya apabila berinteraksi dengan masyarakat lain.Persoalan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada pengguna yang lain (Ab. Rahman Ab. Rashid &Yap Kim Fatt, 1999: 7). Dalam hal ini, kesopanan berbahasa amat ditekankan dan menjadi tanggungjawab semua orang untuk mengetahui mengenai bahasa dan budaya masyarakat lain agar mereka tidak menjadi biadap, kasar dan disalah anggap oleh masyarakat yang lain

PUNCA Faktor emosi dan latar belakang keluarga memainkan peranan pentingdalammemastikan kesantunan bahasa itu dapat disemai. Sesetengah ibu bapa ada yang berbahasa dengan kasar dan tidak berlemah lembut, sehingga adayangmenggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai apabila berkomunikasi sesama anak-anak. Bukan itu sahaja, latar belakang keluarga yang tidak stabil seperti ibu bapa

sering bertelagah di hadapan anak-anakselalunya menggunakan bahasa dan nada yangkurangbaiksehingga meninggalkan kesan dalam diri anak-anak mereka. Akhirnya, ini akan mengganggu emosi mereka sehinggamenyebabkan komunikasi mereka sentiasa disulami kata-kata kurang sopan, mencarut dan sebagainya kerana ini menggambarkan situasi jiwanyayangkusutdan memberontak. Sebagai tambahan lagi, rakan sebaya dan persekitaran juga merupakan salah satu faktor mengapa kesantunan bahasa itu semakin berkurangan nilainya. Ada yang menggunakan bahasa kesat dalam bahasa Melayu dan lebihbanyakpulayang menggunakan vulgar words dalam bahasa Inggeris. Hal ini sangat mencabar nilai kesantunan bahasa kerana remaja sekarang tidak begitu mengambil berat tentangkesandanakibat menggunakanperkataanperkataan sedemikian terhadap lawanberbicarawalau penggunaanhanyasekadar sesama teman rapat sahaja. Bukan hanya memikirkan kesan terhadap teman atau rakan berbahasa, namun remaja harus memikirkan bahasa yang mereka gunakan itu sopan kerana apapun bahasa yang mereka gunakan, itu akan menjadi cerminandiridantidak sewajarnya seorang pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi menggunakan bahasa yang kurang sopan. Bukan itu sahaja, fenomena bahasa yang tidak sopan dalam kalanganmahasiswa/ijuga berpunca dari pengaruh media massa dan media elektronik. Sekarang, banyak majalah dan komik yang menggunakan bahasa yang kurang elok dan tidak sopan, lebih-lebih lagi untuk bacaan kanak-kanak.Adayang berpendapat bahawa bahasa yang

digunakan dalam majalah dan komikyangseringkali menggunakanbahasayang kurang elok seperti "kau dah gila?"; "bodoh betullah kau ni."; "bengap betul budak ni."; dan sebagainya hanyalah sebagai hiburan dan jenaka. Walau bagaimanapun, penulis beranggapan bahawa jika penggunaan bahasa sebegini hanyadalambentuklisan mungkin masih boleh diterima, namun hal ini sudah menular dalam bentuk penulisan pula dan ia sama sekali tidak boleh diterima pakai. Oleh hal yang demikianlah, ramai ibu bapa, guru dan para linguistik semakin tidak senang duduk dan gusar memikirkan masalahkebahasaanyang semakin hilang santunnya dan semakin rosak. Tambahan lagi, sekarang bahasa remaja juga dipengaruhi oleh laras bahasa SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) dan laras internet seperti bahasa yang digunakan semasa bersembang dalam laman web sesawang yang menjadikegemaraniaitu FaceBook, Twitter, MSN, Yahoo Messengerdansebagainya. Penulisan dan pembacaan blog juga merupakan salah satu daripada laras internet yang sangat popular dewasa ini. Remaja sudah tidak mengambil endah kepentingan untuk berbahasa secara sopan dan santun dan beranggapan bahawa asal sahaja ia dapat difahami sesama mereka, itu sudah penting! The Brunei Times

KONSEP Menurut Prof. Dato Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan dalam urusan rasmi bagi semua bidang. Oleh itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk semua rakyat di negara ini dalam konteks perhubungan antara satu sama lain. Jadi, penggunaan bahasa, istilah kata, perkataan dan sebagainya

sama ada sebelum merdeka dan selepas merdeka sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, berlakulah pertambahan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Jadi, bahasa merupakan jambatan yang menyalurkan maklumat dalam interaksi harian manusia. Bahasa dapat dimanipulasikan mengikut keperluan dan fungsi dalam komunikasi sosial. Justeru, biasanya bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan maksud. Namun, kita menggunakan bahasa juga untuk mengelak daripada menyatakan sesuatu maklumat yang sebenar. PUNCA Banyak faktor yang mempengaruhi remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Semasa pembesaran remaja, didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Ibu bapa yang tidak berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak mereka boleh mendidik anak-anak mereka menjadi begitu. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Secara tidak langsung, penggunaan bahasa sebegitu hanya menaikkan ego mereka dan menunjukkan percubaan untuk menguasai emosi orang yang dimarahi. Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga menyumbang kepada masalah ini. Sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat dalam pergaulan seharian. Hal ini amat jelas terutamanya apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Sebagai contoh, perkataan seperti sial sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Namun sebenarnya perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya. Persoalannya adakah mereka mengerti akan maksud perkataan yang diungkapkan serta kesannya terhadap perilaku diri dan sensitiviti orang lain? Sungguh pun pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri, adalah tidak mustahil untuk mereka menuturkannya apabila berbicara dengan orang lain. Penggunaan bahasa kasar di dalam SMS dan blog juga tidak terlepas daripada menjadi punca kepada permasalahan ini. Kadang kala, akibat menjadi mengambil mudah akan hal ini, sensitiviti orang lain tidak dijaga. Selain itu, media juga berperanan besar dalam hal ini. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama, filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Pertuturan seharian kita juga mampu mempengaruhi minda separa sedar kita (subconscious mind) lalu mewujudkan tabiat berfikir yang boleh menjurus ke arah pemikiran positif atau negatif. Hal ini selanjutnya mampu mencorakkan sikap dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di sekeliling.

Maka apabila kita senantiasa bertutur dengan perkataan yang kasar atau negatif, kita sebenarnya secara tidak langsung memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya, kita bakal membentuk tingkah laku dan emosi yang negatif pula. Mendidik Remaja Bertutur dengan Sopan Dalam hal ini, para ibu bapa berperanan untuk membimbing anak-anak mereka dalam membentuk gaya pertuturan yang sopan dan teratur. Ketegasan ibu bapa diperlukan agar anak-anak terbiasa dengan disiplin pertuturan yang terdidik walau di mana mereka berada. Anak-anak terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sememangnya amat mudah mempelajari ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Mereka kemudiannya akan berusaha menggunakan ungkapan tersebut dalam pergaulan seharian, walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan. Maka ibu bapa perlu menegur dan menegah anak-anak kecil daripada menggunakan perkataan yang kasar atau kesat sejurus perkara tersebut berlaku agar tidak diulangi lagi. Kesimpulan Sekecil-kecil amal perbuatan kita bakal dihisab di Padang Mahsyar kelak. Justeru kita seharusnya berhati-hati terhadap apa jua yang kita tuturkan. Sebagai remaja Muslim, kita perlu sentiasa menjaga percakapan kita agar tidak menyakiti perasaan orang lain dan menimbulkan ketegangan. Lemah lembut dan bersopan dalam bertutur kata tidak akan merendahkan harga diri remaja, sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan mengeratkan ukhuwah antara sesama insan. Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. CARA-CARA MENERAPKAN AMALAN BERBUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam :

institusi kekeluargaan Istitusi kemasyarakatan Institusi pembelajaran Institusi perkhidmatan 1. Institusi Kekeluargaan Antara Ibu Bapa-Anak-Anak-Ibu Bapa Ibu bapa wajib mendidik,membimbing dan mengatur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya : Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbu-tumbuhan dan haiwan Beradap, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua keadaan Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran Antara Adik-Beradik

Hubungan antara adik-beradik disusun oleh aturan kelahiran dari sulung kepada tengah dan bongsu.Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazim dalam masyarakat.Antaranya ialah:

Gelaran abang long, abang ngah, kak cik atau sebagainya Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah bersopan santun Rasa hormat-menghormati dan setiakawan serta saling membantu

Antara saudara-mara Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara- mara sebelah ibu dan bapa, ipar dan mentua dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat,sopan dan santun melalui tegur sapa dan panggilan mereka

Komunikasi dan pergaulan saudara-mara juga harus berasaskan rasa hormat, sopan dan

santun.

Kunjung-mengunjungi antara saudara-mara adalah amat baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. 2. Institusi kemasyarakatan dan masyarakat umum

Antara generasi tua dan muda Hubungan antara tua dan muda sentiasa berada dalam suasana hormat-menghormati,sayangmenyayangi dan bertatasusila.Antaranya:

Mendahulukan yang tua Bertegur sapa dengan panggilan pakcik atau makcik atau kakak atau adik jika lebih muda Bertutur,bercakap atau berbual dengan nada suara lembut,bersopan dan rendah diri Tidak berjenaka sesuka hati,memerli atau memandang rendah,membantah dan bermegahYang muda diberi peluang untuk memberi pendapat atau pandangan. Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam

megah.

Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, fiil yang halus dan berpekerti yang mulia. Antaranya : Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin Bekerja bersama-sama , bermuafakat dan berunding. Semangat bergotong royong. Masyarakat Umum Anggota Masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam perlakuan buruk yang tidak disetujui masyarakat. Antaranya : Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-kanak. Bertimbang rasa, sabar dan baik hati Mengelak dari membuang sampah dan melakukan kekotoran 3. Institusi Pembelajaran Antara Guru-Pelajar-Guru Guru mendidik murid-murid termasuklah berbudi bahasa dan berakhlak untuk berkelakuan baik teratur dan sejahtera. Antaranya : Berdisiplin Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun

Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab Berani mengakui kesalahan Antara Pelajar-Rakan Sebaya Saling menghormati sesama rakan. Antaranya : Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya 4. Institusi Perkhidmatan Antara Ketua-Anggota Yang dipimpin Ketua Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi. Antara Rakan Sekerja Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat danmisi organisasi. Antara Organisasi- Pelanggan Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada seluruh organisasi yang diwakilinya.

Untuk memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni tidak terhakis dalam budaya hidup masyarakat negara ini, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing, terutamanya ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan. Ibu bapa perlu berperanan mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di rumah. Percakapan antara suami dengan isteri; ibu bapa dengan anak-anak; dan antara anggota keluarga di rumah sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi oleh anak-anak. Kata-kata yang kasar dan mencarut hendaklah dielakkan kerana boleh mempengaruhi pembentukan jiwa kanak-kanak. Bahasa yang halus dan penuh sopan santun hendaklah dibiasakan penggunaannya di rumah. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa kelak, mereka akan turut menggunakan kata-kata yang biasa didengar di rumah. Jika mereka terdedah kepada kata-kata yang baik, maka kata-kata yang baik itulah yang akan digunakan kelak, begitu juga sebaliknya. Sekolah pula perlu menjadi institusi pembentukan akhlak dan sebagai tempat menanam bibit kemanusiaan yang sebenar. Guru sewajarnya berperanan sebagai ibu bapa kepada para pelajar, dan para pelajar pula perlulah bersikap seperti anak-anak kepada guru. Mereka perlulah menghormati guru sebagaimana mereka menghormati ibu bapa. Para pelajar pula perlulah menganggap rakan-rakan sebagai saudara sekandung atau adik-beradik. Barulah peristiwa yang pernah terjadi di Negeri Sembilan itu tidak berulang.

Yang tua pula perlulah dihormati dan yang muda disayangi, dan antara yang muda dengan yang tua hendaklah saling bertoleransi. Pihak kerajaan pula haruslah meningkatkan dan menggiatkan kempen ke arah meningkatkan budi bahasa dan nilai-nilai murni melalui saluran media cetak dan elektronik. Selain itu, pihak media massa terutamanya media massa swasta, hendaklah memberikan ruang yang sewajarnya kepada kempen kerajaan ini. Mereka tidak seharusnya mementingkan aktiviti atau program komersial semata-mata. Budi bahasa dan nilai-nilai murni harus juga dijadikan salah satu agenda perjuangan mereka

Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa. Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang, dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya, di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988). Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat semata-mata, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya. Bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka bahasa boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya (Asmah Hj Omar, 2002).

Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat, mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan (Asmah Hj Omar, 2002). Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang mempunyai bahasa tetapi tidak berbahasa yakni tiada kesantunan bahasa, baik orang tua, baik muda, baik orang bawahan mahupun atasan. Hal ini berlaku di tempat-tempat kerja seperti di kilang, di firma swasta, di pejabat-pejabat awam dan juga turut berlaku di rumah, di tempat membeli-belah dan sekolah. Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada pihak-pihak yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (customer service). Tiada lagi kesantunan berbahasa ketika tetamu atau pelanggan yang hadir meminta bantuan atau minta perkhidmatan pada pekerja yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan, dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan, seperti polis dan imigresen. Bahkan cara pertuturan mereka pula amat atau sedikit kasar serta tiada senyuman yang terukir di wajah mereka.

Manakala mereka yang menggunakan kata carutan atau sumpahan boleh berlaku pada dua tahap iaitu secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu seperti ingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak, menjadi agresif serta perlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang dicemuhkan itu. Tahap yang kedua ialah secara tidak sedar atau tidak sengaja yang mengakibatkan pengucapan kata kotor secara spontan, di tahap ini berlaku semasa seseorang itu menghadapi tekanan emosi seperti dimalukan di khalayak, atau sewaktu melatah dalam kalangan masyarakat Melayu (Abdull Sukor Shaari et-al, 2003). Di sini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terhasilnya bahasa yang tiada kesantunannya, iaitu disebabkan oleh gangguan emosi, kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu dan kebudayaan masyarakat Melayu tika kata-kata yang diujarkan atau dituturkan secara disengajakan atau sekadar bergurau senda. Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah kata-kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut (Abdull Sukor Shaari et-al, 2003). Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa (Asmah Hj. Omar, 2002). Perkara ini terjadi pada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak dididik dalam masyarakat Melayu. Tetapi terdapat juga penutur berbangsa Melayu yang tetap kurang fasih mengenai tatabahasa bahasa Melayu atas alasan mereka tidak bersekolah. Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian. Terdapat beberapa cara untuk menampilkan kesantunan berbahasa, di antaranya ialah cara sapaan lisan atau bertulis menggunakan bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang menepati situasi dan kehendak social. Maka kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling (George Yule, 1985).

Hal yang diperlukan juga, selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai; yang mematuhi adat dan resam berbahasa Melayu: mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu (Pelita Brunei, Sastera dan Budaya). Maka berucap dan bersalamanlah ketika bertemu. Mulakan hari dengan sikap ramah dan terbuka. Seperti yang disabda Rasulullah Sallalahu Wasallam: Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemahlembut dalam semua perkara. dan ini telah penganut agama Islam harus mempraktikkan kesantunan bahasa dan kelakuan yang baik. Sebagi kesimpulan, kita harus mempertahankan kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan tersinggung jika kita mempraktikkan kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan yang lain. Oleh itu bahasa yang sopan perlu ditekankan ketika berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa dan peradaban, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia. Oleh itu, kita harus mempertahankannya.

Perkataan tidak manis didengar dan adakalanya menyakitkan hati menyebabkan manusia boleh bertindak di luar jangkaan. Perasaan marah dan sakit hati akibat perkataan menghina dan caci maki menyebabkan pergaduhan berlaku dan ada kalanya melibatkan nyawa dan kerosakan. Mungkin kita banyak membaca laporan di akhbar mengenai isu seumpama itu yang menyebabkan pergaduhan dan permusuhan kerana emosi kemarahan yang tidak dapat dikawal.

Bercakap kurang sopan juga melambangkan sikap dan budaya serta cara hidup seseorang yang dipenuhi dengan unsur negatif. Umpamanya, individu yang selalu cepat marah tidak kira dalam apa juga situasi dan kerap memaki hamun tidak tentu pasal secara tidak langsung melambangkan peribadi kurang elok individu berkenaan.

Kita mungkin pernah berhadapan dengan rakan pejabat, rakan sebaya atau mereka yang berurusan dengan kita yang sentiasa mengeluarkan perkataan tidak sopan dan mudah memaki hamun serta menghina orang lain.

Aura negatif individu seumpama ini akan menyebabkan hidup kita juga tertekan dan tidak tenang

untuk berurusan dan berinteraksi. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini sebenarnya mempunyai rasa tidak puas hati dengan diri mereka sendiri dan mengalami harga diri yang rendah.

Sehubungan itu, pakar psikologi mengatakan individu yang berjaya adalah mereka yang mempunyai harga diri tinggi dan berfikiran positif manakala, individu yang gagal mempunyai harga diri rendah serta sentiasa berfikiran negatif.

PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat. 4.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH 4.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan

berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). 4.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciriciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut : Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid Enggan menerima langsung cadangan dari murid Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah Suka menengking dan memarahi murid Selalu memberi amaran Gagal menyediakan kemudahan kepada murid Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid Menerima perbezaan pendapat dari murid Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

Bersimpati dengan masalah murid Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran muridmurid. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. 4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri Memberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah : Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"

(Riwayat Al-Bakhari) "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani) Faktor-Faktor Menyebabkan berlakunya Bahasa Tidak Sopan (4 faktor contoh n bukti) Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini. Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawabawa dalam kehidupan seharian. Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran

Teori Behavioris

GAMBAR B.F. SKINNER Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanakkanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

1.1.2.2 Teori Mentalis (GAMBAR NOAM CHOMSKY) Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

. Teori Mentalis (pelopor Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks) Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. 1.1 Kebaikan Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan. 1.2 Kelemahan Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu: a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru

perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar. 1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lainlain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam Chomsky) Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. 2.1 Kebaikan a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. 2.2 Kelemahan a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur). 2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

Teori Behaviorisme Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield. Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia. Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental. Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.

Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan. Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (18491936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (18741949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (19041990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi Ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui prosesrote-learning. 2) Teori Mentalis Teori dipelopori oleh Noam Choamsky Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain. Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar. Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.

TEORI BEHAVIORISME Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji mengenai teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan. Teori psikologi ini menyelidik lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut satu persatu tetapi cukuplah bagi kita sekadar membincangkan teori behaviorisme ini yang bersangkutan dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan dari kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia. Watson Dalam kurun ke-19, aliran kajian psikologi di Amerika mulai bergerak berpisah dari pemikiran tradisi sarjana- sarjana psikologi di Eropah. J.B. Watson, profesor psikologi di John Hopkins University telah membuat kajian dan menulis artikelnya: Psychology as the Behaviorist View (1913). Dia hanya mengkaji lakuan dan telah membezakan antara lakuan sedar dan yang tidak sedar. Dengan mengetepikan sesuatu yang subjektif maka dia telah dapat melakukan kajian terhadap lakuan sedar. Inilah sumbangannya yang terbesar, iaitu penolakannya terhadap pembezaan jasad dan fikiran, yakni ia mengetepikan apa yang berdasarkan agakan tanpa bukti yang dapat dilihat nyata. Inilah yang dipegang oleh ahli psikologi sebagai lakuan itu. Dengan itu semua ahli psikologi menumpukan perhatian kepada lakuan atau gerak-gerak yang dapat diperhatikan secara objektif. Mereka ini selalu mengkaji lakuan binatang dan mereka suka menjalankan analisa mengikut rangsangan dan tindakbalas, dan dengan memberi penegasan terhadap pembelajaran sebagai bidang tumpuan pengkajian mereka itu. Guthrie Di samping sarjana ini kita dapati pula E.R. Guthrie yang menjadi profesor psikologi di University of Washington. Dalam bukunya The Psychology of Learning (1935), dia memberi perhatian terhadap pendapat berikut, bahawa pembelajaran itu berlaku dengan adanya rangsangan yang diikuti dengan

tindakbalas. Dengan kata lain apa yang dimaksudkan olehnya ialah kalau sesuatu lakuan itu terjadi dalam satu keadaan tertentu, maka semasa kita berada dalam keadaan itu pada masa yang lain, tentulah kita akan membuat lakuan yang sama. Apabila terjadi rangsangan dan tindakbalas secara berulangan maka terhasillah pembelajaran. Ternyata bahawa kenyataan seperti ini mempunyai kekurangan dari segi pembelajaran. Katakanlah seorang itu disuruh mengisi teka silang kata. Dia akan mengisi katakata dalam teka silang itu dan akan menyelesaikan masalah itu kalau ianya mudah. Tetapi kalau teka silang itu sukar dan dia tidak dapat membuatnya, maka dia akan meninggalkannya setelah bosan. Pada satu masa lain, dia diberi teka silang kata yang sukar juga tidak dapat dibuatnya dan oleh itu terus ditinggalkannya. Dalam hal ini dapatkah kita mengatakan dia sudah mempelajari sesuatu? Pada hal dia tidak menyelesaikan teka silang kata itu dan ternyata dia tidak mempelajari sesuatu apa pun. Menurut teori behaviorisme, kalau dia memberi tindakbalas yang sama, maka berlakulah pembelajaran. Dalam hal ini ternyata tidak terjadi proses pembelajaran yang dikatakan tersebut. Skinner Dalam teori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli psikologi yang masyhur sekali ialah B.F. Skinner. Skinner merupakan seorang sarjana teori behaviorisme dan mengajar di Harvard University. Skinner telah mengkaji dan memperbaiki teori behaviorisme itu. Mengikutnya pembelajaran itu berlaku kalau ada rangsangan dan tindakbalas yang berulangan. Dalam hal ini, beliau membuat eksperimen dengan menggunakan binatang, salah satu darinya ialah dengan menggunakan merpati. Merpati itu dikurung dalam kotak. Di dinding kotak itu ada swis. Apabila swis itu dipatuk terbukalah satu lubang untuk memberi makanan. Ini telah ditafsirkan oleh seorang sarjana psikologi sebagai keadaan yang dapat dipadankan dengan pembelajaran lakuan di kalangan binatang, termasuk manusia. Apabila merpati itu lapar dan mematuk swis itu, maka timbullah rangsangan dan diberi balasan dengan makanan. Ini tidak jauh berbeza dari yang disebut oleh Watson dan Guthrie, tetapi apa yang berbeza ialah tentang konsep pengukuhan. Pengukuhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapatkan hadiah yang sama. Oleh sebab itu lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran. Dengan itu terjadilah pembelajaran. Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat membezakan dua jenis pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindakbalas. Pertama ialah lakuan automatis yang tetap. Contoh lakuan automatis yang paling mudah ialah lutut akan terangkat apabila diketuk oleh doktor. Itu merupakan satu lakuan yang ada rangsangan (ketuk) dan ada tindakbalas (kaki terangkat). Lakuan seperti ini dianggap sebagai tindakbalas automatis dan berlaku secara tidak sedar dan ianya tetap. Kedua ialah lakuan operan. Bagi beliau kebanyakan lakuan yang kita lakukan ialah sejenis operan. Lakuan automatis ini akan hanya berlaku sekiranya ada rangsangan tetapi lakuan operan akan berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya tidak semestinya menerbitkan tindakbalas tertentu yang tetap, seperti berjalan, bercakap dan lain-lain. Misalnya, lakuan menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu melibatkan makanan, tetapi juga kerana rasa lapar, lingkungan sosial dan beberapa lingkungan atau suasana yang berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu ialah yang dikatakan pembelajaran menurut syarat. Syarat itu timbul dari lingkungan yang menjadi rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza dari lakuan sebagai tindakbalas otot secara automatis. Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan lebih lanjut tentang proses pembelajaran dengan menggunakan unsur rangsangan, tindakbalas dan segala syarat dan pengukuhan

yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ianya dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi teori behaviorisme ini melengkapkan apa yang diperlukan oleh para pendidik. Dengan itu lahirlah pendapat yang mengatakan bahasa itu adalah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan binatang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969). Sejak Skinner, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku. Ada di antara mereka yang mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa dan apa implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

ontoh Dalam Kehidupan Nyata Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang sangat suka dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda. Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov. Menarik bukan?

Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori Behaviorisme terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut. Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar. Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh.

Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu.

Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

Banyak faktor yang mempengaruhi remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Semasa pembesaran remaja, didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Ibu bapa yang tidak berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak mereka boleh mendidik anak-anak mereka menjadi begitu. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Secara tidak langsung, penggunaan bahasa sebegitu hanya menaikkan ego mereka dan menunjukkan percubaan untuk menguasai emosi orang yang dimarahi. Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga menyumbang kepada masalah ini. Sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat dalam pergaulan seharian. Hal ini amat jelas terutamanya apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Sebagai contoh, perkataan seperti sial sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Namun sebenarnya perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya. Persoalannya adakah mereka mengerti akan maksud perkataan yang diungkapkan serta kesannya terhadap perilaku diri dan sensitiviti orang lain? Sungguh pun pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri, adalah tidak mustahil untuk mereka menuturkannya apabila berbicara dengan orang lain. Penggunaan bahasa kasar di dalam SMS dan blog juga tidak terlepas daripada menjadi punca kepada permasalahan ini. Kadang kala, akibat menjadi mengambil mudah akan hal ini, sensitiviti orang lain tidak dijaga. Selain itu, media juga berperanan besar dalam hal ini. Penggunaan

perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama, filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Pertuturan seharian kita juga mampu mempengaruhi minda separa sedar 1kita (subconscious mind) lalu mewujudkan tabiat berfikir yang boleh menjurus ke arah pemikiran positif atau negatif. Hal ini selanjutnya mampu mencorakkan sikap dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di sekeliling. Maka apabila kita senantiasa bertutur dengan perkataan yang kasar atau negatif, kita sebenarnya secara tidak langsung memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya, kita bakal membentuk tingkah laku dan emosi yang negatif pula. Mendidik Remaja Bertutur dengan Sopan Dalam hal ini, para ibu bapa berperanan untuk membimbing anak-anak mereka dalam membentuk gaya pertuturan yang sopan dan teratur. Ketegasan ibu bapa diperlukan agar anak-anak terbiasa dengan disiplin pertuturan yang terdidik walau di mana mereka berada. Anak-anak terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sememangnya amat mudah mempelajari ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Mereka kemudiannya akan berusaha menggunakan ungkapan tersebut dalam pergaulan seharian, walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan. Maka ibu bapa perlu menegur dan menegah anak-anak kecil daripada menggunakan perkataan yang kasar atau kesat sejurus perkara tersebut berlaku agar tidak diulangi lagi. Kesimpulan Sekecil-kecil amal perbuatan kita bakal dihisab di Padang Mahsyar kelak. Justeru kita seharusnya berhati-hati terhadap apa jua yang kita tuturkan. Sebagai remaja Muslim, kita perlu sentiasa menjaga percakapan kita agar tidak menyakiti perasaan orang lain dan menimbulkan ketegangan. Lemah lembut dan bersopan dalam bertutur kata tidak akan merendahkan harga diri remaja, sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan mengeratkan ukhuwah antara sesama insan.

You might also like