You are on page 1of 3

Nama sebenar beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi juga dengan gelaran Al Harani.

Beliau berasal dari Kufah (Iraq ). Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al-Rasyid sebagai teman dan anak murid kepada Imam Syiah ke 6, Imam Jaafar Al-Siddiq. Beliau kemudian menetap di Banghdad dan meninggal dunia pada abad ke 8 Masihi. Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Beliau kurang dikenali dan kurang berbual dan sifatnya ini membolehkannya menumpukan perhatian terhadap kajiannya.

Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yangterkemuka di dunia. Beliau hidup pada awalpemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan danawal abad kesembilan ). Beliau adalah salahseorang pakar kimia yang berasal dari Kufah( Iraq)Nama penuh beliau ialah Abu Musa Al AsadiAl Tusi dikenali juga dengan gelaran Al Harani danmerupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khalifah Harun AlRasyid sebagai teman dan anak murid kepada ImamSyiah ke enam, Imam Jaafar Al Siddiq. Beliaukemudian menetap di Baghdad dan meninggaldunia pada abad ke lapan Masihi. Diriwayatkanjuga beliau merupakan anak murid kepada Khalidbin Yazid b. Muawiyah. Beliau kurang dikenali dankurang bergaul dan sifatnya ini membolehkannyamenumpukan perhatian terhadap kajiannya. Di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali sebagai Gaber bin Hayyan. Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden. Beliau digelar mahaguru kimia Arab dan Gaidaki berpendapat bahawa Gaber telah berjaya membongkar rahsia yang membolehkan sisa-sisa galian ditukar kepada bentuk emas. Beliau juga telah mengembangkan falsafah Greek tua yang bergantung kepada empat unsur kepada cuma dua unsur iaitu gas dan cecair yang berasal dari sulfur dan raksa.

SUMBANGAN TOKOH Jabir telah berjaya menghasilkan lebih kurang 190 karya yang mengandungi dua senarai. Senarai pertama mengandungi sebanyak 112 buah, manakala senarai kedua pula sebanyak 70 karya yang merangkumi perbahasannya dari sudut falsafah, kimia, kedoktoran, dan alam semulajadi. Di antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Malik Al-Rahmat, Al-Tajmi, Al-Asrar, kitab Al-Sab'in, kitab Al-mizan, kitab Al-Kimia. Kitab Al-Kimia dan Al-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin. Pada tahun 1444, ' Robert Chester ' adalah orang Inggeris pertama telah menerbit dan menterjemahkan kitab Al-Kimia ke dalam bahasa Inggeris, yang berjudul " The Book of The Composition of Alchemy ". Buku kedua kitab Al-Sab'in, juga telah diterjemahkan oleh 'Gerard Cremona '. ' Berthlot' juga salah seorang penterjemah hasil karya Jabir di antaranya berjudul " Book of Kingdom ", "Book of The Balances ", " Book of Eastern Mercury ",. Kemudian pada tahun 1678, telah muncul pula ' Richard Russel ' menterjemah karya Jabir yang berjudul " Sum of Prefection ". Richard Russel amat berbeza daripada penterjemah-penterjemah yang lain kerana beliau adalah orang pertama yang telah menggelar dan memanggil Jabir dengan gelaran " Al- Geber ".Bukan setakat itu sahaja, malah beliau turut memuji Jabir sebagai seorang tabib Arab dan ahli falsafah yang terkenal. Oleh itu buku terjemahan beliau menjadi terkenal, laris, dan popular di kalangan orang Eropah selama beberapa abad lamanya.

Sumbangan 1 Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses peleburan, penyulingan,kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu. 2 penemuan bahan mineral dan asid, yang telah dipersiapkan pertama kali dalam penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik membuat proses penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematis 3 kejayaan lain dalam bidang kimia, salah satunya adalah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik dan tartarik. 4 termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan bijih mangan oksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan penyamakan kulit.

5 menyediakan pelapis bahan anti air pada pakaian, serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. 6 Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeda daripada bahan kimia berdasarkan unsur-

unsurnya : 1. Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi penguapanpada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida. 2. Logam, seperti emas, perak, besi, timah dan tembaga. 3. Bahan campuran yang boleh ditukar menjadi serbuk.
Risalah jabir risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sabeen, telah diterjemahkan ke bahasa latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah diterbitkan oleh orang Inggris yang bernama Robert Chester pada tahun 1444, dengan judul The Book of The Composition of Alchemy. Buku kedua, Kitab Al-Sabeen diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona. Barthelot juga menerjemahkan beberapa buku beliau, yang diantaranya kenal dalam judul Book of Kingdom, Book of Balances, dan Book of Eastern Mercury. pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggris yaitu Richard Russel mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection. Beliaulah yang memuji Jabir sebagai seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah.

You might also like