Professional Documents
Culture Documents
Keteguhan integriti sangat dituntut dalam usaha memupuk budaya yang baik
dan etika yang positif dalam segala bidang termasuk pekerjaan, perniagaan,
penulisan, sukan dan sebagainya. Dalam aspek yang lain integriti dapat dikaitkan
dengan sesebuah institusi yang tarifannya meliputi visi dan misi serta tadbir urusnya.
Manakala setiap ahlinya pula menghormati sistem dan tatacara yang telah diwujudkan
oleh institusi itu. Ahli-ahli institusi pula dapat menyebatikan diri dengan amalan yang
telah ditetapkan itu. Dalam konteks Pelan Integriti Nasional, kerajaan telah membuat
ketetapan bahawa dalam tempoh lima tahun sasarannya adalah untuk mengurangkan
gejala rasuah dalam pelbagai peringkat dan meningkatkan kecekapan dalam sistem
penyampaian awam. Malah pelan tersebut mementingkan lapan sektor dalam lapisan
masyarakat berasaskan peranan mereka dalam membentuk budaya integriti di
Malaysia. Sektor-sektor ini meliputi keluarga, masyarakat, sosiobudaya, agama,
politik, pentadbiran awam, ekonomi dan pertubuhan sivil. Dengan itu diyakini bahawa
integriti dapat memantapkan institusi keluarga dan meningkatkan kesejahteraan
masyarakat.