You are on page 1of 9

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SEKSYEN 19, SHAH ALAM KALI KE - 17

2011

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 17 SMK SEKSYEN 19, SHAH ALAM SESI 2011/2012 Hari Masa Tempat Kehadiran : : : : Sabtu 11.00 pagi Dewan Sri Anggerik, SMK Seksyen 19 Shah Alam Guru Ibu bapa Jumlah :

AGENDA 1.0

Kata-kata Aluan Pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru dalam menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) kali ke 17 bagi Sesi 2011/2012. Tindakan : Untuk Makluman

2.0

Pembentangan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2.1 Puan Rozanna Rohaizza binti Abd Razak Naib Setiausaha PIBG Sesi 2010/2011 membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 16 dengan merujuk muka surat 17 hingga 32 dalam buku program. Encik Ahmad Kahar bin Taruddin mencadangkan agar Minit Mesyuarat PIBG kali ke 16 PIBG Sesi 2010/2011 diluluskan. Cadangan telah disokong oleh Encik Razali bin Sahran. Tindakan : Untuk Makluman 3.0 Perkara-perkara Berbangkit 3.1 Tuan Haji Kamaluddin bin Saidon selaku Pengerusi PIBG Sesi 2010/2011 memaklumkan bahawa kutipan yuran PIBG 2011 belum dapat dilaksanakan kerana pihak sekolah perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu.Pihak sekolah akan mengemukakan permohonan bayaran yuran PIBG sebanyak RM 50.00 selepas Mesyuarat Agung PIBG kali ke 17 Sesi 2011/2012. Tindakan : Pihak Sekolah

2.2

4.0

Perkara-Perkara Baharu 4.1 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2010/2011 4.1.1 Puan Rozanna Rohaizza binti Abd Razak selaku Naib Setiausaha PIBG sesi 2010/2011 membentangkan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2010/2011 dengan merujuk muka surat 37 hingga 38 dalam buku program. Tindakan : Untuk Makluman 4.2 Pembentangan dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2010/2011 4.2.1 Puan Noorlaili Yusoh selaku Bendahari PIBG sesi 2010/2011 membentangkan Penyata Kewangan PIBG dengan merujuk muka surat 33 hingga 36 yang berakhir pada 31 Disember 2010 dalam buku program. Encik Ahmad Kahar bin Taruddin mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG kali ke 16 PIBG Sesi 2010/2011 diluluskan. Cadangan telah disokong oleh Encik Razali bin Sahran. Tindakan : Untuk Makluman 4.3 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2010/2011 4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Seksyen 19 Sesi 2010/2011 dibubarkan. Tindakan : Untuk Makluman 4.4 Pelantikan Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit 4.4.1 Encik Razali Sahran mencadangkan agar Tuan Haji Kamaluddin bin Saidon dilantik sebagai pengerusi sementara. Cadangan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Pihak sekolah telah melantik Puan Asmah binti Saad Khiruddin dan Puan Saripah binti Abu Hassan sebagai pencatat minit mesyuarat dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Tindakan : Untuk Makluman 4.5 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2011/2012

4.2.2

4.4.2

4.5.1

Pelantikan Yang Dipertua PIBG Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan Yang Dipertua PIBG Sesi 2011/2012. Calon YDP - Tuan Haji Kamaluddin bin Saidon Dicadang oleh - Encik Abd Jalil bin Abu Bakar Disokong oleh - Encik Ismail bin Zakaria Encik Ismail bin Zakaria mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih Tuan Haji Kamaluddin bin Saidon sebagai YDP PIBG Sesi 2011/2012. Tindakan : Untuk Makluman

4.5.1.1

4.5.1.2 4.5.1.3

4.5.2

Pelantikan Naib Yang Dipertua PIBG Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2011/2012. Calon Tn Hj Mejar Anuar bin Mohamed Dicadang oleh Puan Hanezah binti Abdullah Disokong oleh Puan Maimunah binti Taib Encik Abdul Jalil bin Abu Bakar mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tindakan : Untuk Makluman

4.5.2.1.1

4.5.2.1.2

4.5.3

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa Pengerusi membuka cadangan untuk perlantikan AJK PIBG sesi 2011/2012 dalam kalangan ibu bapa. Ahli mesyuarat bersetuju melantik semula AJK PIBG sesi 2010/2011 untuk sesi 2011/2012. Ahli mesyuarat bersetuju melantik En Zailan bin Daud sebagai juruaudit ibubapa. Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa PIBG sesi 2011/2012 adalah seperti berikut: Tn Haji Jamaluddin bin Awang Lah Puan Hajah Rozita binti Hassan Puan Noraieni binti Harun

4.5.3.1.1 4.5.3.1.2 4.5.3.1.3 4.5.3.2 i) ii) iii)

iv) v) vi) vii) viii) 4.5.4

Encik Manap Katis Puan Laila Hanim binti Md Idrus Encik Sharuddin bin Mohd Ali Encik Razali bin Sahran En Zailan bin Hj Daud

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Guru Pengerusi memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Guru PIBG Sesi 2011/2012 telah dipilih oleh pihak sekolah seperti yang berikut:

4.5.4.1

i) Setiausaha -Pn Asmah binti Saad Khairuddin ii) Penolong Setiausaha -Pn Saripah binti Abu Hassan iii) Bendahari -Pn Norashikin binti Abdul Barudin iv) Juruaudit Guru -Cik Nurul Baiti Ab Rahman v) AJK guru -Puan Aznoraida binti Abdullah -Cik Noredah binti Osman -Puan Haslinda Husain -Encik somu a/l Pantinaidu Pembentangan Usul Pengetua mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012 kerana dengan sukarela menawarkan diri untuk berkhidmat. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menghantar permohonan kelulusan kutipan yuran sebanyak RM50 kepada Pejabat Pelajaran Daerah selepas Mesyuarat Agong PIBG sesi 2011/2012. Pihak sekolah juga akan mula mengutip bayaran sebanyak RM50.00 seorang daripada murid Tingkatan 3 dan 5 untuk Program Peningkatan Prestasi manakala murid Tingkatan 1, 2 dan 4 perlu membayar sebanyak RM20.00. Pengerusi mencadangkan supaya semua perancangan pihak sekolah untuk kemajuan murid diterima sebulat suara. 4.6.1 Usul Akademik

1. Mohon guru tidak menggunakan marker pen yang bewarna merah untuk menulis di papan putih kerana murid agak silau bagi mereka yang duduk di tepi dan belakang kelas. Pn Hayati binti Selamat- anak Nur Azreen binti Zainal Abidin. Pengetua memaklumkan cadangan untuk mengecat cermin atau menggantikan cermin sedia ada dengan cermin tinted. Pemasangan kain langsir adalah tidak praktikal. 2. Kelas tambahan persediaan peperiksaan seawal yang mungkin dan ambil tenaga pengajar yang terbukti kepakarannya.

Encik Shamshulizam Dahman- anak Nor Ain binti Shamshulizam. Pengetua memaklumkan bahawa Kelas tambahan Berlian telah pun bermula pada 13 Januari 2011. Kelas tambahan ini diadakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran pada bulan Jun. Selepas bulan Jun pihak sekolah akan mengadakan latihtubi dan ceramah teknik menjawab yang akan dikendalikan oleh guru-guru cemerlang. 4.6.2 Usul Kokurikulum

1. Membenarkan murid memakai baju sukan sepanjang waktu persekolahan jika hari tersebut ada pendidikan jasmani. Ini selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran - rujuk Pekeliling KP/KPPM/S (49) bertarikh 26 Julai 2010. Encik Zulkifli Bakar - anak Haziq Haiqal Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dengan arahan pekeliling tersebut, namun masih tidak dapat melaksanakannya kerana terdapat sebilangan murid yang tidak mematuhi peraturan dalam berpakaian seperti yang telah ditetapkan. Arahan pekeliling tersebut akan dilaksanakan setelah semua murid memakai t shirt sekolah. 2. Harap kokurikulum dapat diadakan pada hari Sabtu sahaja. Puan Aizan binti Abd Wahab - anak Farah Atiqah binti Sharif Pengetua memaklumkan bahawa murid perlu menyertai persatuan, kelab dan permainan dan unit beruniform. Tiada perjumpaan pada hari Jumaat manakala hari Sabtu diperuntukkan kepada kelab dan persatuan yang mempunyai instruktor luar seperti kelab Tae Kwan Do, Silambam dan Silat. Puan Mazni selaku Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa perjumpaan persatuan, kelab dan sukan permainan diadakan dua minggu sekali iaitu pada hari Selasa dan Khamis, manakala perjumpaan unit beruniform diadakan pada setiap hari Rabu. Selepas acara Road Run murid yang terpilih mewakili rumah masing-masing untuk acara pada sukan tahunan akan menjalani latihan pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Beliau memaklumkan bahwa tarikh perjumpaan telah ditetapkan dan ditampal di papan kenyataan kelas. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah ada menyediakan bas untuk kelab Renang dan Bowling sesi pagi menghadiri sesi latihan malangnya tidak mendapat sambutan daripada murid-murid, kebanyakan daripada mereka memilih untuk pergi sendiri. Oleh itu beliau memohon agar ibubapa dapat memantau pergerakan anak mereka. Pengetua memaklumkan bahawa jika ibu bapa memerlukan makluman lanjut tentang aktiviti kokurikulum anak mereka, boleh menghubungi sekolah di talian 0355423306.

Tuan Haji Kamaluddin memaklumkan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan bekerja pada hari Sabtu dan sebarang aktiviti pada hari Sabtu perlu mendapat kelulusan Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu. Ibu bapa perlu berusaha menyelesaikan masalah pengangkutan anak masing-masing. 4.6.3 Usul Agama

1. Dicadangkan agar PIBG menganjurkan siri ceramah agama untuk semua murid beragama Islam demi meningkatkan lagi penghayatan nilai-nilai murni dan penambahbaikan akhlak murid-murid Islam disamping menyemai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada agama, bangsa dan Negara serta membendung masalah sosial dikalangan remaja masa kini. Dicadangkan juga untuk siri- siri ceramah agama ini, dijemput pakar motivasi Islam yang berwibawa dan dikenali ramai supaya dapat memberi kesedaran dan halatuju sebenar kepada semua murid khususnya murid beragama Islam. Encik Yusoff bin Razab anak Sarah Yasmin binti Yusoff. Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah ada menganjurkan siri ceramah agama untuk murid-murid Islam. Beliau mencadangkan agar ibu bapa menghantar anak menghadiri ceramah yang diadakan di masjid dan surau berdekatan rumah untuk mendapat lebih pengisian. 4.6.4 Usul Kemudahan Asas

1. Membaiki keadaan di Kelas Pendidikan Khas. Keadaan sekarang menyebabkan tumpuan murid dan juga guru agak terganggu oleh kelas sebelah menyebelah kerana ruang atas yang terbuka. Encik Razali bin Sahran - anak Nuraina Shafiqah binti Razali. Pengetua memaklumkan bahawa bilangan murid Pendidikan Khas sekarang berjumlah 70 orang. 1 kelas terpaksa menampung 8 hingga 9 orang murid. Beliau juga memaklumkan permohonan kemasukan bertambah sedangkan sekolah tidak mampu menampung bilangan yang ramai. Beliau juga memaklumkan bahawa bangunan sedia ada merupakan bangunan pasang siap dibina khas untuk Pendidikan Khas oleh Pejabat Pelajaran Daerah. Pihak sekolah telah pun menghantar permohonan bangunan baru untuk Pendidikan Khas dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keselesaan murid Pendidikan Khas. Pn Sironmany selaku Penyelaras Pendidikan Khas telah memohon bagi mendapat bantuan daripada PIBG untuk membina laluan khas murid Pendidikan Khas ke kantin. 2. Memantau penggunaan polisterine di kantin. Penggunaan polisterine adalah tidak selamat. Pn Rozita Pengetua memaklumkan bahawa beliau akan meminta ahli jawatankuasa kantin sekolah untuk memantau perkara tersebut.

4.6.5

Usul Disiplin

1. Disiplin semasa hadir ke sekolah perlu diperketatkan. Murid datang lewat ke sekolah walaupun rumah mereka berhampiran dengan sekolah. Encik Razali bin Sahran - anak Nuraina Shafiqah binti Razali Pengerusi meminta kerjasama ibu bapa memantau kehadiran anak mereka ke sekolah. Beliau mencadangkan agar PIBG mengusulkan agar membenarkan hukuman rotan kepada murid yang datang lewat ke sekolah. Pengetua memaklumkan bahawa setiap waktu kedatangan murid diambil dan dicatatkan dalam borang kawalan kelas. Ibu bapa boleh menyemak rekod disiplin anak mereka dengan melawati laman web sekolah iaitu www. smks19.edu.my 4.6.6 Usul Kebajikan

1. Jalan satu hala sahaja bagi mengelakkan kesesakan lalulintas pada waktu puncak demi keselamatan murid-murid memandangkan pertambahan jumlah murid dan juga kenderaan. Puan Salina bintin Jaafar anak Syarah Nadzirah binti Sallehodin. Mejer Anuar memaklumkan sukar untuk melaksanakan laluan satu hala kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak mengendahkan peraturan. Pengerusi meminta agar ibubapa tidak berhenti lama ketika menurunkan anak di hadapan sekolah bagi mengelakkan kesesakan. 4.6.7 Usul PIBG

1. Yuran PIBG yang terlalu mahal. Bagi keluarga yang anak mereka belajar dalam satu sekolah tidak mengapa tetapi bagi yang mempunyai anak ramai dan bersekolah di tempat berlainan agak membebankan kerana terpaksa memikirkan hal ini serta tidak termasuk perbelanjaaan lain-lain. Encik Ismail bin Bahari anak Mohamad Khairul Niza Encik Md Adzanan bin Musa anak Nur Atrah binti Md Azanan Encik Mihd Zaidi bin Muhd Aris anak Muhd Hazim Iqbal bin Muhd Zaidi Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat sekolah lain yang mengenakan pelbagai yuran kepada murid-murid. Jumlah yuran sebanyak RM50.00 adalah munasabah berdasarkan peningkatan kos semasa. Pengetua memaklumkan bahawa yuran PIBG sebanyak RM50.00 adalah menyamai dengan jumlah yuran PIBG sekolah lain seperti SMK Seksyen 7, SMK Seksyen 18, SMTTAJJ dan SK Raja Muda Musa. Kesemua kutipan yuran akan digunakan untuk pelbagai aktiviti di sekolah. 2. Apakah sumbangan dan matlamat PIBG terhadap murid?

Pengerusi meminta ibu bapa untuk merujuk dan mambaca perlembagaan atau berjumpa sendiri beliau untuk mendapat penerangan dan penjelasan. 4.6.8 Usul Pembinaan Surau

1. Pertanyaan samada dana surau mencukupi atau tidak, dipercepatkan projek tersebut dan menambah dana melalui program program sekolah dan penglibatan ibu bapa. Encik Khairul Rozee bin Mohamed anak Muhammad Afiq Pengerusi memaklumkan bahawa dana untuk pembinaan surau tidak mencukupi. Jumlah sumbangan untuk surau pada hari ini 26 Februari 2011 adalah sebanyal RM2330.30 5.0 Hal-hal lain

1. Encik Shamsul mengucapkan tahniah kepada Pengetua kerana berjaya membuat pembentangan yang baik dan berkesan. Beliau meminta kerjasama ibubapa membantu anak-anak yang berada dalam kelas hujung sedaya mungkin dan berserah kepada Allah di atas usaha yang telah dilakukan. Beliau mencadangkan agar setiap keluarga yang anak mereka bersekolah di SMK Seksyen 19 memberi sumbangan secara tetap mengikut kemampuan masingmasing kepada dana surau. 2. Puan Shaniza binti Rahman mencadangkan diadakan program Kepung dan Gempur kepada murid -murid yang tidak menyiapkan folio. Beliau juga mencadangkan agar diadakan aktiviti bagi memastikan ibu bapa hadir pada mid year dan trial exam. Tarikh aktiviti tersebut hendaklah ditetapkan awal supaya mereka dapat masukkan dalam kalendar perancangan mereka. Beliau berharap kelas tambahan diteruskan, beliau mencadangkan agar sekolah menggunakan kepakaran guru yang boleh menarik minat murid datang ke kelas tambahan. Pengetua memaklumkan bahawa jadual kelas tambahan telah disusun sebaik mungkin, guru-guru mengadakan kelas tambahan sebelum mereka bercuti. Kehadiran murid semakin berkurangan dari hari ke sehari. Beliau memaklumkan bahawa kelas tambahan hanya akan dilaksanakan pada hari persekolahan. Pengetua memaklumkan bahawa murid dikuarantinkan bagi memastikan mereka dapat menyiapkan folio pada waktu yang telah ditetapkan. 3. Encik Kamal meminta sekolah menggantikan mata pelajaran EST dengan mata pelajaran lain seperti Lukisan Kejuteraan bagi memudahkan murid mendapat A dalam SPM. Beliau juga bertanya adakah surau sekolah dibuka untuk orang awam. Pengetua memaklumkan bahawa mata pelajaran elektif bermula daripada Tingkatan 4. Mata pelajaran Lukisan Kejuteraan memerlukan bengkel dan ianya khusus kepada murid aliran sains. Mata pelajaran EST ditawarkan kepada murid

yang berkelayakan sahaja. Mata pelajaran PSV ditawarkan kepada murid kelas hujung. Pengerusi memaklumkan bahawa surau dibina bagi menampung jumlah murid sekolah yang ramai untuk solat berjemaah. Penduduk boleh berunding dengan pihak sekolah jika hendak menggunakannya. 6.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.37 minit petang dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada pengerusi.

You might also like