You are on page 1of 14

BAB 1

PENDAHULUAN



1.1 PENGENALAN

Model imbangan air atau kitar hidrologi merujuk kepada keseimbangan antara air yang
diterima dari atmosIera oleh permukaaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang
keluar ke atmosIera. Model imbangan air melibatkan tiga aspek iaitu input, output dan
storan. Input merangkumi kerpasan dalam bentuk hujan, salji, hujan batu dan embun yang
diterima di sesebuah kawasan. Manakala output melibatkan wap-wap air yang
dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu, kombinasi antara sejatan di permukaan air,
sejatan daripada lembapan tanih, perpeluhan daripada tumbuhan dan air yang digunakan
oleh manusia dan haiwan. Storan pula merujuk kepada simpanan akuiIer iaitu, simpanan
air bawah tanah dan simpanan permukaan tasik, sungai dan kolam. Menurut Rusly &
Nurashikin, ( 2005 ) proses-proses dalam kitaran hidrologi boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu, proses mendatar dan proses menegak. Proses mendatar melibatkan larian
air permukaan, aliran air bawah tanah dan alir lintang atmosIera. Manakala proses
menegak melibatkan proses sejatan, sejat-peluhan, kerpasan, pintasan dan resapan.


Sumber: http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalayhi.html
Dalam kitaran hidrologi, hujan yang turun ke permukaan bumi tidak akan
mengalir terus. Sebaliknya, hujan yang turun akan dipintas oleh tumbuhan, bangunan dan
sebagainya yang bertindak sebagai gangguan terhadap curahan hujan. Pintasan merujuk
kepada kehilangan air hujan sebelum sampai ke permukaan bumi. Jumlah hujan yang
turun ke permukaan bumi dipengaruhi oleh sesuatu kawasan sama ada terdapat lindungan
permukaan seperti hutan, bangunan, bukit dan sebagainya. Komponen lindungan
permukaan ini berupaya memintas sebahagian hujan yang turun bagi mengurangkan
kadar aliran air secara terus ke permukaan bumi. Komponen utama dalam proses pintasan
ini adalah pokok-pokok yang bertindak mempengaruhi jumlah hujan di sesebuah kawasan
dan berperanan sebagai penapis hutan. Proses pintasan yang dilakukan oleh pokok-pokok
ini dihasilkan melalui daun, kanopi, dahan, batang dan ranting pokok yang menyebabkan
tidak 100 peratus titisan hujan akan menimpa permukaan bumi.

Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan
oleh daun tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali. Simpanan ini dikenali
sebagai storan sementara. Apabila kapasiti storan sementara sehelai daun mencapai ke
tahap tepu maka lebihan air hujan akan jatuh ke atas daun berikutnya sehingga seluruh
daun tidak dapat memintas, menampung dan menyimpan air hujan seterusnya air hujan
akan jatuh ke bumi ( Rusly & Nurashikin, 2005 ). Magnitud jumlah tampanan pintasan
bergantung kepada taburan dan keamatan hujan, kapasiti penyimpanan kanopi, dan kadar
penyejatan daripada kanopi hujan.

Secara umumnya, proses pintasan sangat penting dalam konteks kitar hidrologi
khususnya untuk meningkatkan simpanan air tanah di kawasan tadahan. Ini kerana,
pintasan mempengaruhi jumlah taburan kerpasan yang sampai ke permukaan tanah.
Semakin tebal litupan tumbuhan, kadar pintasan, kadar susupan dan simpanan air tanah di
kawasan tadahan juga akan meningkat. Dalam konteks ini hutan berupaya mengawal
aliran sungai dengan menyimpan sebahagian daripada kerpasan daripada atmosIera
sebelum sampai ke permukaan bumi. Bagi melihat proses pintasan ini dengan lebih
mendalam, kajian ini akan dilakukan di hutan dipterokap lembangan Tasik Chini, Pekan
Pahang.
1.2 PERMASALAHAN KA1IAN

Komponen pintasan sangat penting dalam konteks simpanan air di kawasan hutan kerana
pintasan mempengaruhi jumlah taburan kerpasan yang sampai ke permukaan tanah.
Dalam konteks ini, hutan berupaya mengawal sungai dengan menyimpan sebahagian
kerpasan daripada atmosIera sebelum sampai ke permukaan bumi. Tumbuhan di hutan
akan bertindak sebagai span yang memintas air hujan yang turun dan berupaya
mempengaruhi kadar larian air permukaan di sesuatu kawasan. Air hujan berupaya
memecahkan tanah menjadi partikel yang lebih kecil dan akhirnya akan menjadi lumpur
dan akan menutupi liang-liang tanah sehingga menghalangi air hujan meresap ke dalam
tanah. Keadaan ini akan mempengaruhi peningkatan air larian permukaan ( Ekhwan,
2004 ). Seterusnya, kadar aliran permukaan yang cepat berupaya membawa kumin-kumin
tanih bersama-sama aliran air ke sungai atau tasik yang akhirnya menyumbang kepada
masalah sedimentasi. Larian air permukaan ini berlaku apabila intensiti hujan melebihi
kadar penyusupan dan keupayaan sejatan.

Kajian ke atas proses pintasan di hutan dipterokap ini amat penting bagi
mengenalpasti peranan proses pintasan dalam kitaran hidrologi dan kaitannya dengan
masalah pemendapan sedimen di Tasik Chini. Ini kerana, pintasan boleh mengurangkan
dan mengawal hakisan atau kemusnahan tanah. Air hujan yang jatuh secara terus
mempunyai keupayaan menghakis yang tinggi. Hempasan air hujan yang kuat
menyebabkan tanah cepat terhakis dan menggalakkan larian air permukaan memasuki
tasik bersama-sama bahan hakisan. Selain itu, sebarang bentuk perubahan gunatanah
terutamanya di kawasan hutan Tasik Chini akan mempengaruhi kadar kemasukan air
larian ke dalam tasik seterusnya berpotensi untuk menganggu keseimbangan air tasik.
Proses ini juga penting dalam mengawal kesan penumpukan sedimen di dalam tasik, di
mana masalah sedimentasi merupakan permasalahan penting yang berlaku di Tasik Chini.

Oleh itu, pengukuran jumlah sesuatu pintasan, jatuhan langsung dan aliran batang
adalah perlu dalam memahami Iungsinya berdasarkan perlindungan hutan dalam kitaran
hidrologi yang terdapat dalam ekosistem hutan. Justeru, kajian pintasan dilakukan bagi
melihat kepentingan proses tersebut dalam menangani masalah peningkatan sedimen,
hakisan tanih dan kekerapan banjir.

1.3 OB1EKTIF:

Secara umumnya, kajian ini bertujuan mengkaji proses pintasan oleh hutan dipterokap
lembangan Tasik Chini sebagai satu proses imbangan air. Kajian ini mengariskan
beberapa objektiI utama iaitu:

a) Menganalisis dan membina model imbangan air di Tasik Chini.
b) Menentukan jumlah taburan hujan yang terperangkap oleh kanopi hutan sebagai
jatuhan langsung.
c) Membandingkan keadaan pintasan di kawasan terdedah dan litupan kanopi
mengikut spesies pokok yang dipilih di hutan dipterokap Tasik Chini.
d) Mengaitkan peranan hutan dalam proses pintasan dan imbangan air secara
keseluruhan.


1.4 KA1IAN LEPAS:


Umumnya, kajian mengenai pintasan berkait rapat dengan air simpanan kanopi di dalam
ekosistem hutan, ia juga penting bagi keseimbangan hidrologi yang melibatkan sempadan
klimatologi. Kajian mengenai model imbangan air dan pintasan amat penting bagi
mengenalpasti pengaruh pintasan terhadap keseimbangan hidrologi. Ini kerana, jumlah
hujan mempunyai hubungkait yang rapat dengan jatuhan langsung dan aliran batang
untuk mencapai keseimbangan hidrologi.

Proses aliran batang merujuk kepada air hujan yang dipintas serta berupaya
mengalir daripada daun-daun pokok ke dahan, kemudian akan mengalir menuruni batang
pokok sebelum tiba ke permukaan tanah. Manakala, jatuhan langsung pula merujuk
kepada air hujan yang jatuh tanpa dipintas oleh tumbuhan. Sebahagian air hujan yang
jatuh di atas kanopi tumbuhan cenderung untuk melalui celahan-celahan atau bukaan di
antara lapisan kanopi yang nipis dan renggang ( Mohd Ekhwan & Shukor, 2004 ). Kedua-
dua proses ini berupaya menyumbang kepada penumpuan air hujan yang sampai ke tanah
bagi mengekalkan kadar kelembapan tanih ( Nor Rohaizah et.al 2007 ).

Kajian mengenai pintasan ke atas 30 batang pokok telah dijalankan di hutan
sekunder Tasik Chini oleh Nor Rohaizah et.al (2007). Kajian ini dilakukan pada
November 2007 sehingga Disember 2007 pada plot bersaiz 100 x 100 meter berdasarkan
spesies, Iamili, diameter aras dada (DBH), saiz kanopi dan ketumpatan kanopi. Kaedah
pengukuran aliran batang telah dilakukan menggunakan paip getah yang dililit
membentuk lilitan batang pokok. Manakala, pengukuran jatuhan langsung ditentukan
dengan menggunakan bin hitam berisipadu 60 liter yang diletakkan dipangkal pokok.
Hasil kajian mendapati, pintasan dipengaruhi oleh komponen aliran batang berbanding
jatuhan langsung. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah jatuhan langsung hanya
mencatatkan 9.41 mm berbanding aliran batang sebanyak 17112.78 mm.

Selain itu, jumlah hujan yang dapat dipintas oleh tumbuhan juga bergantung
kepada Iungsi struktur cabang, dahan dan ketumpatan kanopi. Oleh itu, pelbagai spesies
pokok akan menghasilkan amaun pintasan yang berbeza. Misalnya, tumbuhan yang
mempunyai kawasan permukaan kanopi yang luas dapat memintas lebih banyak kerpasan
berbanding dengan litupan tumbuhan ( Jamaluddin, 1989 ). Selain itu, menurut Herwitz
(1987 ), aliran batang sangat bergantung kepada jenis batang pokok. Batang pokok yang
licin berupaya mengalirkan air dengan lebih cepat dan banyak dalam masa yang singkat.
Kajian bagi mengenalpasti aliran batang pokok kelapa sawit di Ladang Sedenak, Johor
telah mendapati hanya 14 kejadian hujan yang menghasilkan aliran batang daripada 21
bacaan hujan yang direkodkan selama dua bulan. Kajian ini dilakukan ke atas 5 batang
pokok kelapa sawit yang dipilih secara rawak berdasarkan ciri diameter, ketinggian, umur
dan bentuk rimbunan. Pelepah pokok kelapa sawit yang dipilih ditanggalkan
menggunakan kapak dan dipotong satu persatu secara memanjang sehingga membentuk
satu lingkaran supaya kepingan getah dapat dipasang. Data hujan diperoleh daripada tolok
hujan automatik ONSET RGM-2. Hasil kajian juga mendapati aliran batang mempunyai
hubungkait yang kuat dengan curahan hujan di mana nilai kolerasi ( r
2
) mencatatkan 0.82
peratus ( Tengku Norul Shahran, 2006 ).

Selain itu, kajian ke atas 11 batang pokok getah yang dilakukan pada bulan
Oktober dan Disember 2001 di Skudai, Johor pada plot 11 m x 13 m mendapati kadar
jatuhan langsung adalah lebih tinggi iaitu, 87 peratus berbanding aliran batang hanya
mencatatkan 1.1 peratus. Ini menghasilkan jumlah pintasan 12.1 peratus daripada
curahan. Kajian ini melibatkan 35 kejadian hujan yang direkodkan, namun hanya 28
sahaja yang menghasilkan pintasan. Kajian ini juga membuktikan bulan yang paling
basah iaitu, November menghasilkan nilai pintasan tertinggi ( ZulkiIli et.al, 2001 ).

Kajian mengenai pintasan turut dilakukan di Pangkor Hill Reserved Forest
(PHRF), di mana 19 kejadian hujan direkodkan antara 12 November hingga 13 Disember
2005. Hasil kajian mendapati, peratusan bagi jatuhan langsung dan aliran batang masing-
masing 79.3 peratus dan 3.54 peratus. Ini menghasilkan jumlah pintasan 23.9 peratus
daripada curahan hujan. Dalam kajian ini, tujuh spesies pokok yang berbeza telah dipilih
untuk pengukuran aliran batang. Hasilnya, struktur daun amat mempengarahi penghasilan
aliran batang. Misalnya, kajian ini mendapati pokok pinang menghasilkan lebih banyak
aliran batang berbanding pokok kapur dan keruing ( Mohd Ekhwan & Md Nor Shukor,
2007 ).

Herbst et.al ( 2006 ) telah menjalankan kajian mengenai pintasan hampir 3 tahun
di Selatan England dalam dua pagar pokok renek. Hasil kajian juga mempunyai
hubungkait dengan litupan kanopi, di mana semasa tempoh litupan kanopi adalah padat
hasil pintasan adalah 57 peratus dan hanya 24 peratus sahaja bagi kawasan yang
mengalami kekurangan kepadatan kanopi. Kajian juga mendapati hasil aliran batang
adalah sebahagian daripada imbangan air iaitu menyamai 0.2 peratus (Gross Rainfall )
PG pada musim panas dan 0.5 peratus PG pada musim sejuk. Kajian juga membuktikan
dengan adanya bantuan angin ribut, pintasan yang dihasilkan oleh pokok adalah lebih
tinggi. Ini kerana jumlah jatuhan langsung yang diperolehi boleh dilihat dalam jumlah
mutlak melalui pertambahan kelajuan angin ( Lawson, 1967 ). Menurut Low ( 1972 ),
jumlah jatuhan langsung adalah rendah sekiranya angin bertiup dengan perlahan dan
begitu juga sebaliknya, jika tiupan angin bertambah maka jumlah jatuhan langsung juga
akan bertambah.

Selain itu, menurut De Roo et. al, ( 2001 ), pertambahan kawasan hijau akan
menambahkan lagi sejat peluhan dan pintasan oleh kanopi tumbuhan. Kajian perhutanan
di kawasan tropika dan iklim sederhana menunjukkan kerelevanan proses pintasan dan
sejat peluhan dalam mengawal isipadu luahan dengan mengurangkan serta melambatkan
susupan air ke dalam tanih ( Lai & Osman, 1989, Manokaran, 1979, Bruijnzeel, 1990,
Mohd Ekhwan & Shukor, 2006 ).


1.5 METODOLOGI:


1.5.1 PENGUMPULAN DATA

Metodologi kajian melibatkan cara atau kaedah yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat mengenai permasalahan yang dikaji. Metodologi kajian digunakan dalam
penyelidikan meliputi sumber primer dan sekunder. Data primer akan diperolehi daripada
hasil kerja di lapangan. Kajian pintasan ini akan melibatkan dua kawasan yang berbeza
iaitu, di kawasan terdedah dan di kawasan litupan kanopi. Di lapangan, pengukuran
jatuhan langsung dan aliran batang merupakan komponen utama dalam proses pintasan.
Kaedah pengukuran kedua-dua komponen ini melibatkan kaedah pengukuran yang
berbeza.

Bagi pengukuran jatuhan langsung, bin hitam berisipadu 60 Liter akan digunakan
bagi menampung curahan hujan. Bin hitam akan diletakkan di bahagian plot yang
mempunyai lapisan kanopi paling nipis iaitu, empat biji bin di kawasan terdedah dan
empat biji lagi di kawasan litupan kanopi. Bacaan jumlah hujan akan diambil
menggunakan silender penyukat selepas hujan. Pengukuran jatuhan langsung ini
dilakukan bertujuan menentukan jumlah hujan yang jatuh terus daripada kanopi, dahan
dan daun pokok.

Seterusnya, bagi pengukuran aliran batang sebanyak 60 batang pokok pelbagai
spesies akan dipilih bagi kajian aliran batang ini, iaitu 30 batang pokok bagi kawasan
terdedah dan 30 batang pokok lagi bagi kawasan litupan kanopi. Ciri IisiograIik
tumbuhan iaitu, spesies, Iamili, diameter aras dada (DBH), saiz kanopi dan kepadatan
kanopi juga akan dikenalpasti Alatan seperti paip getah, gam silika, paku dan tong plastik
akan digunakan. Paip getah akan dibelah dua dan akan dipaku pada batang pokok bagi
membentuk alur mengikut lilitan batang pokok sebanyak tiga lilitan. Seterusnya, gam
silika akan digunakan untuk menutup ruang rongga yang terdapat di celah-celah paip
yang akan dipaku bagi mengelakkan air daripada terkeluar. Air yang mengalir dalam
saluran paip getah akan memasuki tong plastik yang diletakkan pada setiap pangkal
pokok. Akhirnya, jumlah hujan yang terkumpul dalam tong plastik akan diambil selepas
hujan untuk disukat menggunakan silender penyukat. Pemilihan pokok bagi mengkaji
aliran batang ini adalah berukuran lebih daripada 20 DBH. Selain itu, data hujan sebenar
akan diperoleh daripada stesen data hujan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) yang
terletak berhampiran tebing Sungai Chini di Tasik Chini.

Data sekunder pula adalah berdasarkan kajian di perpustakaan yang melibatkan
kajian-kajian lepas. Seterusnya, kaedah permodelan dengan menggunakan Penman Model
akan digunakan bagi menghasilkan model imbangan air Tasik Chini.

1.5.2 PENGANALISAAN DATA

Penganalisaan data bagi pengukuran jatuhan langsung dan aliran batang dapat ditentukan
berdasarkan Iormula berikut:

Jatuhan langsung (mm) Isipadu air yang ditadah (mm) .. | 1 |
Saiz perangkap (mm )
Aliran batang (mm) Isipadu air yang ditadah (mm) ..| 2 |

Diameter batang pokok (mm)

Manakala, Iormula bagi mengukur jumlah pintasan adalah seperti berikut ( Mohd Ekhwan
& Shukor 2006 ):

I R (SI TI) iaitu: .......... | 3 |
I pintasan
R hujan yang turun terus
SI aliran batang
TI jatuhan langsung

Imbangan air
P et A st r di mana: ............. | 4 |

P kerpasan
Et sejat peluhan
A st air yang diterima / hilang dari tanih
r aliran permukaan

Pengiraan bagi Penman model:

PE A H y I (u) ( e
m
e
d
) ............... | 1 |

A y


PE sejat peluhan mm/ hari
H bajet haba pada permukaan sejatan mm/ hari
I(u) wind- related Iunction
( e
m
e
d
) perbezaan antara tekanan ketumpatan, di mana suhu udara dan tekanan wap
iaitu suhu embun mutlak, mm Hg ( bulan )
A kecerunan tekanan embun mutlak, mm Hg/ c
psychrometric, 0.49 mm Hg/ c

Radiasi keseluruhan

R
s
R
a
( a b n )
N

Di mana:
a, b
n tempoh masa sebenar sinaran matahari mengikut jam/hari ( bulan )
N purata maksimum durasi sinaran matahari harian ( jam )

R
ns
R
s
( I r ) R
a
( I r ) ( a b n ) .............. | 2 |
N

Di mana r
Secara keseluruhan, R
ns
radiasi gelombang pendek, teradiasi ( hari & malam ) sebagai
radiasi gelombang panjang, proses ini berlaku secara pantas semasa cuaca kering dan
berawan. Di atmosIera juga teradiasi, tetapi kebiasaannya kurang radiasi gelombang
panjang di bumi. Secara empirikalnya, radiasi gelombang panjang boleh dikira
berdasarkan:

R
nl
T
m
4
( 0.56 0.092 \e
d
) ( 0.1 0.9 n ) ............ | 3 |
N )

Di mana, T
m
purata suhu udara (

K ) hari ( bulan )
e
d
tekanan vapour, mm Hg pada suhu embun pada masa yang sama
Lummer & Pringsheim tetap, 117.74 10
-9
gm. Cal/cm
2
/

K
-4


Jumlah radiasi keseluruhan, R
n
R
ns
- R
nl
............... | 4 |

Wind Iunction I (u) and wind conversion
I(u) 0.35 ( 1 0.526 U
2
) ......| 5 |


1.6 1ANGKAAN AWAL:

a) Semakin tinggi taburan hujan, semakin tinggi kadar pintasan berlaku.
b) Semakin kasar kulit pokok, semakin kurang jumlah aliran batang yang diperolehi.
c) Semakin perlahan tiupan angin, semakin rendah kadar jatuhan langsung.
d) Perubahan guna tanah di sekitar Tasik Chini akan menyumbang kepada kadar
larian air permukaan yang memasuki tasik.


1.7 KEPENTINGAN KA1IAN:

Kajian ini bertujuan mengawal kadar sejatan, sejat peluhan, hakisan tanah dan membantu
dalam proses kitaran hidrologi, khususnya di hutan dipterokap lembangan Tasik Chini.
Selain itu, kajian mengenai keseimbangan hidrologi ini penting untuk mendapatkan rekod
berterusan kelembapan tanih, sejat peluhan sebenar, recas air tanah dan aliran sungai dari
rekod meteorologi dan pemerhatian ke atas tanah dan vegetasi. Kajian ini juga mampu
untuk menghasilkan pendekatan baru dalam penyelidikan yang berkaitan dengan model
imbangan air dan komponen dalam kitar hidrologi.







1.8KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan yang dimainkan oleh proses pintasan juga penting dalam
mencapai keseimbangan hidrologi. Walaupun, peranan proses ini kecil berbanding proses
lain dalam kitar hidrologi, namun proses ini masih mampu mengawal keseimbangan air
persekitaran. Kekurangan hutan yang berupaya memintas curahan hujan akan
menyumbang kepada kadar larian air permukaan yang cepat, hakisan tanih dan kekerapan
kejadian banjir. Justeru, kajian mengenai pintasan hutan ini sangat wajar dilakukan.























RU1UKAN

Bruinjzeel L.A. 1990. %ropical moistforest . a state of knowledge review. Paris :
UNESCO.

De Roo, A, Odijk, M, Schmuck, G, Koster,E and Lucier, A 2001. Assesing the eIIects
oI land use changes on Iloods in the Meuse and oder Catchment. ! Cem
Eart(B), Vol 26.

Herbst, Mathias; Roberts, John M.; Rosier, Paul T. W.; Gowing, David J.. 2006
Measuring and modelling the rainIall interception loss by hedgerows in southern
England. gricultural and Forest Meterolog, 141. 244-256. (atas talian)
http://nora.nerc.ac.uk/2866/

Herwitz, S.R. 1987. ' Raindrop impact and water Ilow on the vegetative surIace oI
trees and the eIIects on stemIlow and throughIall generation, Eart Surface
!rocesses and Landform, 12: 425-432.

Jamaluddin Md. Jahi. 1989. !engantar Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Lai, F.S & Osman s. 1989. Rainfall interception, trougfall, stemflow in two acacia
mangium stands in Kemasul !aang. IHP-UNESCO-FRIM Regional seminar
on tropicalIorest hydrology, 4-9 Sept 1989. Kuala Lumpur

Low K.S. 1972. Interception loss in the humid Iorested areas (with special reIerences to
Sg. Lui catchment). Mala National 25: 104-111.

Manokaran N. 1979. Stemflow, trougfall and rainfall interception in a lowland
tropical rainforest in !enisular Malasia. Malayan Forester.

Nor Rohaizah Jamil, Mohd Ekhwan Toriman, MushriIah Idris. (2007). nalisis pintasan
di utan sekunder %asik Cini. The Proceedings oI the international
conIerence on social, development and environmental studies 2008.

Mohd Ekhwan Toriman & Shukor Md. Nor. 2006: An analysis oI rainIall interception on
the selected experimental plot oI Pangkor Hill Reserved Forest. Journal Wildlife
and National !ark. December 2006.169-178.

Tengku Norul Shahran. 2006. Ciri-ciri lelehan batang dalam tadahan kelapa sawit. (atas
talian) http://eIka.utm.my/thesis (1 September 2009)

ZulkiIli Yusop, Cham Sze Yen, Chong Jenn Hui. 2003. ThroughIall, stemIlow and
interception loss oI old rubber trees. Journal Kefuruteraan wam 15(1):24-33
(2003)

You might also like