You are on page 1of 4

Bercerita Dari Kisah-Kisah Al-Quran Timur Kota Belud Tahun 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Zon

KISAH NABI IBRAHIM DENGAN RAJA NAMRUD Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Terima kasih tuan pengerusi majlis, penjaga masa yang setia dengan jamnya, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan peserta seterusnya rakan-rakan sekalian

Nabi Ibrahim puteranya Azar, Babylon Iraq kota kelahiran, Rasul ululazmi diberi taklifan, Hidup di bawah raja namrud yang zalim
Syair

Namrud terkenal dengan raja yg sangat zalim, dia memiliki kuasa pemerintahan yang mahsyur. Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Waz kuruu fil kitaa bi ibroo hiiimmm.... innahuu kaa na siddii qon nabiyyaa... (Surah Maryam Ayat: 41) Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi Raja namrud sangatlah angkuh Menganggap diri sebagai tuhan Nabi Ibrahim dihina dicaci Diburu ke sana jua ke mari Kasihan sungguh rakyat palestin Bedilan peluru angkara Israel Janganlah kita sombong dan angkuh Hidup di dunia tak akan kekal

Nyasid sepohon kayu

Pantu n

Bercerita Dari Kisah-Kisah Al-Quran Timur Kota Belud Tahun 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Zon

Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Udu ilaa sabii lirobbika bil hikmati wal mau izotil hasanah... Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik (Surah Nahl Ayat: 125) Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah S.W.T. Perdebatan yang hebat berlaku antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud. Nabi Ibrahim telah mencabar Raja Namrud untuk membuktikan kekuasaannya. Namun, Raja Namrud tidak berjaya membuktikan hal itu. Hebatnya perdebatan Raja Namrud dan Nabi Ibrahim Pelbagai hujah dan juga cara Berkat kebijaksanaan Nabi Ibrahim Cabaran diterima Raja Namrud kecewa Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya zalim ( Surah Al-Baqorah ayat: 258) Gejala berfacebook jadi kewajipan Segala yang hak dan batil dipaparkan Usah biar diri dilalaikan Sampaikanlah dakwah saham kebaikan
Nasyid irama ashadu Allah

Bercerita Dari Kisah-Kisah Al-Quran Timur Kota Belud Tahun 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Zon

Hadirin sekalian,

Perasaan dendam Raja Namrud terhadap Nabi Ibrahim tidak pernah hilang.

Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Qoo luu saminaa fatayyaz kuruhum yuqoo lu lahuu ibroohiimm

Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela mereka (berhala-berhala ini), namanya ibrahim as (Surah Al-Anbiya Ayat 60)

Angkara Ibrahim memusnahkan berhala Namrud dan kaumnya menghukum baginda Dengan api nabi diseksa Namun diselamatkan Allah yang esa
Pantun

Ajaran sesat jadi ikutan Malaysia berusaha untuk membanteras Berani kerana harus diamalkan Kerana Islam itu agama yang jelas
Nasyid irama sepohon kayu

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejamnya namrud pada Ibrahim Nabi ditangkap hendak dibunuh Kuasa Allah lebih lah besar Nabi dibantu tentera nyamuk
Nasyid irama selimut putih

Bercerita Dari Kisah-Kisah Al-Quran Timur Kota Belud Tahun 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Zon

Ya, dengan izin Allah S.W.T, tentera nyamuk telah menghalang tentera Namrud dari membinasakan Nabi Ibrahim a.s. Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Surah Al-Fath Ayat 4)

Wahai rakan dan juga taulan Sikap Namrud bukan ikutan Zalim dan kejam kepada rakan Dijauhi orang tiada kawan
Pantun

Allah S.W.T telah menurunkan pelbagai azab sebagai ingatan kepada manusia yang semakin leka kepada penciptanya. Virus kencing tikus yang terpampang di akhbar baru-baru ini sangat mengejutkan dan hangat diperkatakan. Nauzubillah.....

Demikianlah pengorbanan masa, harta dan wang serta tenaga dan nyawa pada jalan Allah S.W.T merupakan peringkat tertinggi sebagai pembuktian keikhlasana setiap amalan. Allah telah merakamkan bagaimana Nabi Ibrahim a.s membuktikan keikhlasannya menjalankan setiap perintah melalui pengorabanan baginda yang tiada berbelah bahagi. Pengorbanan baginda di jalan Allah seperti inilah yang sangat diperlukan pada saat ini untuk memastikan diri kita dijamin ke syurga Allah kelak, insya-Allah.

You might also like