You are on page 1of 9

SoaIan 2 ( Dasar - Dasar Kerajaan ).

Semasa pemerintahan British, Sistem Pendidikan Vernakular yang telah


dilaksanakan telah menimbulkan pelbagai masalah,khasnya masalah perpaduan
Negara.Oleh itu,perjuangan ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan telah dimulakan sejak merdeka melalui Laporan Razak (1956 ) dan
Laporan Rahman Talib ( 1961 ), Agar matlamat perpaduan Negara dapat dicapai.
i) Huraikan strategi strategi pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan
yang dapat mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu.
LatarbeIakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi
memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan
(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun
1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini
kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih
bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan dalam tahun 1979.
bjektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam
melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga
kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet)
bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. ni mencerminkan hasrat bahawa Dasar
Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara
dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. ni menjadi satu matlamat penting sistem
pendidikan kebangsaan
Strategi PeIaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang
telah ditetapkan seperti berikut:
a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah.
c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
d) Melicinkantatacarapengurusanpendidikan.
e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pendalaman.
h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada
tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk
melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
i) Memperluaskan pendidikan Vokasional danTeknik melalui penyusunan
semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.
J) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat
universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
i) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa nggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil dan
m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan
pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri slam dan lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan
dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga
mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di
Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang
meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan
telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar
Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan pendidikan, Bahagian Pembelajaran Teknik dan
Vokasional,Jawatankuasa Pusat Kokurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan
Sekolah sekolah Malaysia,Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian
Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
!03:9:5
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-
keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara
untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan
pendidikan sejajar dengan keperluan-keperluan untuk memenuhi tenaga kerja yang
mahir dan berkualiti.Oleh itu perpaduan dapat diterapkan melalui Dasar tersebut
apabila semua kaum melibatkan diri dalam setiap pelaksanaan aktiviti aktiviti yang
bercorak pendidikan dan mengamalkan budaya bersatu padu bagi semua bangsa
yang ada di Negara kita.Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan nilai nilai
patriotisme telah diterapkan ke dalam semua mata pelajaran.Sifat sifat
toleransi,persefahaman dan tolak ansur boleh di bentuk bagi melahirkan sebuah
masyarakat yang majmuk dan bersepadu.Penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama di semua sekolah akan melahirkan jati diri yang tinggi
kepada semua pelajar dalam menyemai semangat perpaduan.Penggunaan satu
bahasa dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kaum di Negara ini.




ii) Sebagai guru,huraikan peranan yang boleh anda laksanakan untuk
menyumbang ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar anda.
Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan Negara sebagai satu
matlamat yang perlu dicapai. ni bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai
perpaduan dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan
dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Oleh
kerana masyarakat Malaysia berupa masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan
dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan
perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya menangkis gejala-gejala yang boleh
memecah belahkan rakyat seperti gejala perkauman, keturunan, ugama, bahasa,
perasaan kedaerahan dan lain-lain lagi.
Selain itu mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan member perhatian khas kepada kumpulan
yang kurang bernasib baik dan kawasan luar Bandar atau pendalaman. Sistem ini
juga mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. Selain itu juga
sistem ini juga mempertingkatkan lagi pendidikan kerohanian, moral dan displin.
Pendidikan Ugama slam bertujuan mewujudkan masyarakat berdisiplin dengan nilai
akhlak yang tinggi. Unsur disiplin dan nilai akhlak ini merupakan asas yang kukuh
bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, kerana Pendidikan Ugama
slam menanamkan nilai-nilai dan sikap hidup yang baik serta membentuk kelakuan
yang bersopan santun dan hormat menghormati diantara satu sama lain.
uru memainkan peranan penting dalam melaksanakan dan menyumbangkan
ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Antara peranan
guru ialah menggunakan unsur-unsur perlembagaan untuk penyuburan semangat
perpaduan dan nilai murni. Contohnya menyanyikan lagu kebangsaan, negeri dan
sekolah serta membaca ikrar rukunegara semasa perhimpunan sekolah. ni dapat
menyemai lagi semangat kenegaraan dan cinta pada tanah air. Semua pelajar tidak
kira kaum akan bersama-sama menyanyikan dan membaca ikrar.

Selain itu guru perlu membentuk peraturan-peraturan sekolah berdasarkan
prinsip keadilan dan merancangkan sistem kawalan yang rapi. uru juga perlu
bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan dan ganjaran yang
diberikan.
Salah satu daripada matlamat pendidikan adalah melahirkan individi-individu
yang berdisiplin. Mereka yang berdisiplin sedar akan tanggungjawab terhadap diri
sendiri, keluarga, masyarakat, institusi pendidikan dan sosial serta negara. Disiplin
diri adalah penting dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat yang bertata
susila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
Disiplin seseorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Persekitaran
dan masyarakat juga mempunyai pengaruh terhadap pembentukan disiplin
seseorang murid. Masyarakat dan persekitaran murid diluar sekolah amat kuat
pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid.
Untuk mewujudkan dan mengembangkan disiplin yang diingini dikalangan
murid-murid, penglibatan ibubapa secara aktif adalah diperlukan. Hubungan yang
rapat diantara sekolah dengan rumah dan masyarakat membolehkan wujudnya
hubungan timbal balik diantara guru dan ibubapa. Justeru itu kedua-dua pihak dapat
berusaha untuk mengatasi masalah murid-murid secara bersama dan berkesan.
Usaha ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui Persatuan bubapa
Dan uru (PB).uru menjadi medium atau perantaraan antara ibubapa dan
masyarakat.Pembentukan disiplin yang baik akan melahirkan murid yang bersahsiah
dan berintergriti tinggi dan ini dapat membentuk masyarakat yang bermoral dan
beretika.
Kegiatan ko-kurikulum adalah penting disemua peringkat persekolahan.
Kegiatan ko-kurikulum dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, unit beruniform, kelab
atau persatuan dan sukan. Semua murid diwajibkan untuk mengambil bahagian
dalam sekurang-kurangnya satu kelab atau persatuan dan mana-mana satu aktiviti
sukan.
Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan, bekerjasama dan bertolak
ansur diantara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang
sosial dan ekonomi yang berbeza. a juga bertujuan melatih murid berdisiplin,
berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi.
Di dalam aktiviti kokurikulum percampuran antara semua murid pelbagai
kaum dapat menerapkan semangat perpaduan. uru perlulah memberi peluang
sama rata antara semua murid tanpa memilih kasih dan perkauman. Di dalam apa
juga pertandingan perlulah diwajibkan penglibatan semua kaum. Di dalam aktiviti
kokurikulum ini juga dapat memupuk sikap dan sifat tanggungjawab terhadap diri
dan sekolah.
Di samping itu juga, guru harus menyampaikan pembelajaran dan pengajaran
dengan baik. uru melaksanakan kurikulum yang telah digubal dan dirancang
dengan baik. uru perlu melaksanakan rancangan pelajaran secara sistematik dan
menarik serta bermakna. Penerapan Bahasa Malaysia perlu dititik berat oleh guru
dalam proses pengajaran. Murid yang lemah dalam Bahasa Malaysia perlu diberi
pemulihan sehingga pulih.
uru juga berperanan dalam menerapkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Kebangsaan. Bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah. Murid-
murid diwajibkan dan digalakan menggunakan bahasa Malaysia dalam perbualan
atau dalam tugasan mereka. Pihak sekolah juga boleh menjalankan pelbagai jenis
program untuk memartabatkan bahasa Malaysia contohnya bulan bahasa,
pertandingan Bahas, membaca dan sebagainya
Kesimpulannya Malaysia perlu mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu
padu berteraskan kepada Rukunegara. Dalam masyarakat yang bersatu padu,
setiap individu wajib mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia yang sanggup mengenepikan unsur-unsur perkauman yang boleh
memecah belahkan masyarakat. Usaha berterusan dan sikap rakyat Malaysia
sendiri adalah penting untuk mengekalkan perpaduan kaum yang telah wujud sejak
sekian lama untuk kesejahteraan generasi yang akan datang.

You might also like