You are on page 1of 3

Portfolio: Pasaran saham ditutup tinggi Kenaikan didorong belian baru di kaunter kewangan, perladangan MINAT belian baru

pada saham berwajaran utama terutama kaunter kewangan dan perladangan, mendorong harga saham di Bursa Malaysia berakhir lebih tinggi semalam. Pada jam 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 0.8 peratus atau 12.66 mata kepada 1,536.03 selepas dibuka hanya 2.35 mata lebih tinggi pada 1,525.72 berbanding penutup kelmarin. Peniaga berkata, sentimen didorong oleh petunjuk positif pada bursa Asia, penutup semalaman lebih positif Wall Street, data ekonomi yang lebih tinggi dari China dan juga harga komoditi yang lebih tinggi. Data eksport yang positif dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia juga menjana minat dalam saham perladangan. Eksport minyak sawit pada April naik kepada 1.332 juta tan metrik daripada 1.235 juta tan metrik pada Mac. Sime Darby naik 21 sen kepada RM9.05, IOI naik satu sen kepada RM5.31 dan KL Kepong meningkat dua sen kepada RM21.02. Kaunter minyak dan gas terus menjadi tumpuan berikutan berita bahawa Petronas merancang melabur kira-kira RM50 bilion dalam kompleks hiliran minyak dan gas bersepadu di Pengerang, Johor. Dialog naik 14 sen kepada RM2.70 sementara Ramunia meningkat dua sen kepada 54.5 sen. Suasana pasaran lebih positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 594 berbanding 202 sementara 285 kaunter tidak berubah. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.05 bilion saham bernilai RM1.63 bilion daripada 847.99 juta saham bernilai RM1.15 bilion kelmarin. Indeks Kewangan naik 141.08 kepada 14,251.20, Indeks Perladangan meningkat 28.64 mata kepada 7,580.29 dan Indeks Perusahaan naik 23.66 mata pada 2,748.43. Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia naik 91.38 mata kepada 10,576.02, Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia naik 101.88 mata kepada 11,421.27 dan Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia bertambah 95.39 mata kepada 4,352.26. Kaunter paling aktif termasuk DBE Gurney yang susut setengah sen kepada tujuh sen, Karambunai yang naik setengah sen kepada 21.5 sen dan Petronas Chemicals yang naik 15 sen kepada RM7.03. Di kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.77, CIMB meningkat tiga sen pada RM8.22 dan Genting naik 18 sen kepada RM11.36.

Jumlah dagangan pada Pasaran Utama meningkat kepada 756.25 juta saham bernilai RM1.55 bilion daripada 580.93 juta saham bernilai RM1.06 bilion kelmarin. Waran meningkat kepada 108.52 juta unit bernilai RM21.31 juta daripada 50.42 juta unit bernilai RM8.94 juta sebelum ini. Jumlah dagangan pada Pasaran ACE bagaimanapun menyusut kepada 163.55 juta saham bernilai RM41.88 juta daripada 211.76 juta saham bernilai RM71.51 juta kelmarin. Produk pengguna mewakili 68.22 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk perusahaan 160.68 juta, pembinaan 40.52 juta, dagangan dan perkhidmatan 272.93 juta, teknologi 14.82 juta, infrastruktur 11.5 juta, kewangan 67.39 juta, hotel 5.91 juta, harta 91.64 juta, perladangan 17.14 juta, perlombongan 20,000, REITs 5.13 juta dan dana tertutup 353,200. BERNAMA

Ulasan
2010/04/23

pasaran:
berselang-seli di

Bursa
kaunter

teruskan
berwajaran tinggi,

fasa
berharga

pengukuhan
rendah terpilih

Jualan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit semalam dengan jualan berselang-seli di kaunter berwajaran tinggi dan berharga rendah terpilih. Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 3.37 mata atau 0.253 peratus kepada 1,337.01, disokong oleh keuntungan kebanyakannya di kaunter Sime Darby dan IOI Corporation selepas kerugian pada awalnya. Peniaga berkata, bursa tempatan meneruskan fasa pengukuhan dengan indeks utama itu bergerak dalam jajaran kecil apabila pelabur menjauhi pasaran berikutan kekurangan petunjuk baru. FBM KLCI dibuka 0.6 mata lebih tinggi pada 1,334.24 yang kemudiannya bergerak antara 1,331.48 dan 1,337.01. Indeks Kewangan meningkat 11.641 mata kepada 12,023.99, Indeks Perladangan bertambah 19.35 mata kepada 6,508.21, Indeks Perusahaan naik 7.41 mata kepada 2,779.25 dan Indeks FBM Emas naik 21.94 mata kepada 9,080.25. FBM70 naik 21.63 mata kepada 9,089.0 dan Indeks FBM Ace meningkat 2.82 mata kepada 4,167.55. Kaunter untung mengatasi rugi 333 berbanding 307 sementara 324 kaunter tidak berubah, 396 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung. Jumlah dagangan menyusut kepada 833.909 juta saham bernilai RM1.19 bilion berbanding penutup kelmarin iaitu 875.459 juta saham bernilai RM1.293 bilion. Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 685.324 juta saham bernilai RM1.143 bilion daripada penutup sebelumnya iaitu 693.133 juta saham bernilai RM1.249 bilion. Jumlah dagangan pasaran Ace juga menyusut kepada 61.862 juta saham bernilai RM10.159 juta daripada 74.982 juta unit bernilai RM10.248 juta sebelumnya. Waran menyusut kepada 71.671 juta saham bernilai RM19.471 juta berbanding pada penutup Rabu iaitu 87.481 juta unit bernilai RM22.31 juta. British American Tobacco, yang mengeluarkan keputusan kewangannya semalam, muncul pengaut keuntungan tertinggi, naik 38 sen kepada RM42.78. Di kalangan saham aktif, KNM Group susut 1.5 sen kepada 59 sen, Talam Corporation bertambah satu sen kepada 14 sen sementara Ho Wah Genting-Warr tidak berubah pada tujuh sen. Di kalangan saham berkaitan perladangan, Sime Darby bertambah lima sen kepada RM8.90 dan IOI Corporation meningkat tiga sen kepada RM5.48. Bagi saham mewah, Maybank naik satu sen kepada RM7.50, CIMB Group susut empat sen kepada RM14.08 sementara Tenaga Nasional merosot satu sen kepada RM8.38. Barangan pengguna menguasai 19.014 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 220.32 juta, pembinaan 47.716 juta, dagangan dan perkhidmatan 143.743 juta, teknologi 60.505 juta, prasarana 9.006 juta, kewangan 72.231 juta, perhotelan 7.149 juta, harta 96.365 juta, perladangan 7.342 juta, perlombongan 21,000, REIT 1.875 juta dan dana tertutup 37,000. - Bernama

You might also like