You are on page 1of 16

BIL.1/2009 BIL. 2/2009 BIL. 3/2009 BIL. 4/2009 BIL.

5/2009

TIPS KECEMERLANGAN TIPS UMUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN TIPS PERSIAPAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN. APA HARUS DILAKUKAN MENJELANG HARI PEPERIKSAAN ? TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN 10 TIPS SEMASA PEPERIKSAAN

BIL. 6/2009 BIL. 7/2009 BIL. 8/2009

Disediakan Oleh :
MOHD NARZUKI BIN YAACOB
SMK DATO MAHMUD PADUKA RAJA 2

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 1/2009)

TIPS KECEMERLANGAN
Persediaan dan perancangan yang rapi akan memastikan kecemerlanagan dalam peperiksaan nanti. Anda dinasihatkankan mengikut garis panduan berikut terutamanya bagi dua bulan sebelum tarikh peperiksaan. a. b. c. d. e. f. Solat hajat. Menyediakan satu jadual ulang kaji. Mengadakan sesi kumpulan permbelajaran dan perbincangan. Membuat ulang kaji semua tajuk. Menjawab kertas peperiksaan percubaan negeri lain. Malam sebelum peperiksaan.

Solat hajat. Anda hendaklah sentiasa sembayang hajat dan berdoa kehadrat Allah s.a.w. agar semua kerja kita dirahmati dan diberkati NYA serta membuahkan kejayaan sebagaimana yang diimpikan. Insya Allah. Menyediakan satu jadual ulang kaji. Anda mestilah menyediakan satu jadual harian bagi mengulangkaji mata pelajaran dengan teratur dan sempurna. Lebihkan masa diperuntukkan untuk mata pelajaran yang memberi masalah kepada anda. Kesihatan juga mesti dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Anda tidak seharusnya belajar hingga lewat malam kerana ia menjejaskan konsentrasi disebabkan oleh keletihan. Fikiran hendaklah tenang dan temteram dengan bersiar-siar di taman selepas belajar beberapa jam, jika keadaan mengizinkan. Anda hendaklah mengelakkan diri daripada aktiviti yang boleh membawa kecederaan. Tidur mesti awal supay badan segar dan cergas pada pagi yang berikut. Waktu subuh ialah masa paling sesuai untuk belajar kerana suasana sunyi dan nyaman. Mengadakan sesi kumpulan permbelajaran dan perbincangan. Anda boleh mengadakan kumpulan pembelajaran dan perbincangan (study group) bersama-sama dua atau tiga orang kawan yang menghadapi peperiksaan yang sama. Kumpulan ini boleh mengadakan sesi pembelajaran dan perbincangan sekali-sekala di rumah atau di sekolah. Dalam sesi ini anda boleh berbincang tajuktajuk yang dianggap susah,dalam sesi itu juga anda boleh mendapat lebih banyak idea serta mengatasi segala masalah dengan cepat dan berkesan. Mohd Narzuki bin Yaacob -----------------------------------------------------1

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 1/2009) Membuat ulang kaji semua tajuk. Anda mestilah mengulang kaji semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Jangan mengabaikan mana-mana tajuk walaupun tajuk berkenaan telahpun dikemukakan dalam kertas peperiksaan tahun sebelumnya. Anda hendaklah melihat kembali semua kerja latihan yang pernah dijawab. Buku latihan hendaklah disimpan dan diuruskan dengan kemas, proses ulangkaji akan menjadu mudah dan sistematik. Anda juga seharusnya mengulangkaji tentang konsep catatan bergu, prosedur mencatat data dalam Buku Catatan Pertama, dan proses pembukuan ke lejar. Selain itu, anda mesti memberi perhatian kepada pelarasan pada hari imbangan dan juga menghafal format akaun penamat, penyata dan juga lembaran kerja. Menjawab kertas peperiksaan percubaan negeri lain. Setiap negeri di malaysia kini mengadakan peperiksaan percubaan bersama yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Anda seharusnya cuba mendapatkan, memungut salinan kertas soalan tersebut dan cuba menjawabnya semasa mengadakan sesi perbincangan kumpulan. Menerusi cara ini, anda boleh mendapat lebih banyak pengalaman menjawab soalan dan mendapat pendedahan kepada pelbagai tajuk dan teknik soalan. Malam sebelum peperiksaan. Anda mesti membuat persediaan dengan rapi pada malam sebelum peperiksaan. Secara umumnya, anda mestilah memastikan perkara berikut : Membawa kad pengenalan Menyediakan semua jenis alat tulis yang diperlukan. Memastikan kalkulator anda dalam keadaan baik dan diisikan dengan bateri yang baik. Membuat ulangkaji sepintas lalu topik yang difikirkan penting. Tidur awal supaya berasa segar, cergas dan tenang pada hari berikut.

~ Semoga Berjaya ~

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 2/2009)

TIPS UMUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1. SEMAK JADUAL Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. 2. KUNCI PEPERIKSAAN Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan. 3. TENTUKAN KEUTAMAAN Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon. 4. BANYAK MENGINGAT DAN MEMBUAT KAITAN Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 2/2009) 5. MERANCANG PERSIAPAN PEPERIKSAAN Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah. b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 2/2009) Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betulbetul sehingga hilang tanda hitam pensel Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan. 6. ELAKKAN TERBABIT DENGAN SITUASI YANG BOLEH MENGGANGGU PERASAAN Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 2/2009) 7. BERDOA DAN BERTAWAKAL Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Sumber : Berita Harian 18/08/2008

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 3/2009)

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Written by JS Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan. Bagi pelajar, masalah seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya. Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular. Artikel ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri, dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa, guru dan pihak lain yang prihatin. Pertama Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah. Kedua Ppastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti. Ketiga Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 3/2009) Keempat Ssanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas. Kelima Mmematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat. Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan. Keenam Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan. Ketujuh Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 4/2009)

TIPS PERSIAPAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN


A. CUACA i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

B. WAKTU REHAT i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

ii.

C. MAKANAN i. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayursayuran dan buah-buahan. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.

ii.

iii.

D. EMOSI i. ii. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya. 1

iii.

iv.

v.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 5/2009)

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN


YANG BOLEH: 1. Rancang ulang Kaji Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Mintak nasihat guru kelas atau guru kaunseling untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan anda yang berjaya. Lihat bagaimana mereka yang cemerlang ini menyusun jadual ulang kaji. Mungkin boleh dijadikan contoh. 2. Susun bahan ulang kaji. Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik. Cuba guna teknik penggunaan katakata kunci, peta minda ataupun carta-carta untuk memudahkan anda mengingat. Anda juga boleh meminta petua dan pandangan daripada guru atau pelajarpelajar cemerlang, bagaimana untuk belajar secara berkesan di saat-saat peperiksaan. Mungkin ada yang boleh anda cuba jika sesuai. 3. Cari kaedah terbaik Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Sama ada secara sendirian, berkumpulan, waktu pagi, lewat malam atau sebagainya. Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saatsaat akhir. Ia mungkin sedikit sebanyak akan menganggu tumpuan anda. Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkara-perkara yang lain.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 5/2009) YANG TIDAK BOLEH: 1. Ulang kaji saat akhir Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara.Mengelak subjek yang anda tidak suka. Ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia sebenarnya akan lebih menganggu anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Ingat anda perlu menyelesaikan masalah, bukannya jangan lari daripada masalah. Berasa tertekan. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal. 2. Pesanan SEMASA PEPERIKSAAN Baca arahan dengan betul dan tenang. Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Bagaimanapun, jangan terlalu tumpukan banyak masa kepada soalan-soalan sukar. Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan. Pastikan juga anda mempunyai masa yang mencukupi untuk memeriksa kembali jawapan-jawapan anda. 3. Pesanan penting SELEPAS PEPERIKSAAN Jangan: Membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Memikirkan lagi sama ada anda telah menjawab dengan baik atau tidak selepas selesai sesuatu kertas. Lupakan. Beri tumpuan kepadakertas-kertas yang akan datang. ~ SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..MOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN ~ Sumber : http://permadah.blogspot.com

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 6/2009)

APA YANG HARUS DILAKUKAN MENJELANG HARI PEPERIKSAAN ?


Oleh : Badruzamani Azmi 1. Anda seharusnya cuma mengulang kaji nota nota yang telah anda sediakan, bukan lagi membaca buku buku teks. 2. Pada saat ini juga anda seharusnya sudah dapat membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada rakan rakan anda sendiri supaya dapatmembincangkan apa yang telah anda pelajari selama ini. 3. Bertukar tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain kerana banyak manfaatnya. 4. Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti. 5. Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pad jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda. 6. Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang kurangnya setengah jam dari masa yang ditetapkan. 7. Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota anda sepintas lalu. Ini untuk menyegarkan kembali ingatan anda tentang topik pelajaran yang bakal disoal nanti. 8. Elakkan daripada berbual bual kosong kerana tidak mendatangkan faedah. 9. Lengkapkan diri anda semasa hendak menghadiri mana mana peperiksaan sekalipun. Pastikan kad pengenalan diri anda ada dibawa bersama. 10. Semak dan tentukan bahawa anda menjawab di tempat tempat yang disediakan. Sebarang kesilapan akan memberi kesan terhadap keputusan peperiksaan. 11. Sebaik sahaja mendapat kertas soalan, bertenanglah. Baca segala arahan dalam kertas soalan dengan teliti. 12. Pastikan anda benar benar faham dengan kehendak soalan itu sebelum memulakan sesuatu peperiksaan. 13. Tentukan jumlah masa yang perlu untuk menjawab satu satu soalan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk sesuatu soalan. 14. Bahagikan masa mengikut kepentingan sesuatu soalan. Markah penuh bagi satu satu soalan dinyatakan dalam kertas soalan itu. 15. Peruntukan juga masa untuk menyemak jawapan anda. Pastikan anda telah mengikut arahan yang betul semasa menjawab soalan. Semak bahasa atau tatabahasa, penyampaian, ejaan dan sebagainya kerana semua ini diambil kira, selain fakta yang dkehendaki. 16. Tulisan juga perlu diberi perhatian supaya pemeriksa senang membacanya.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 7/2009)

TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN


1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan. 2. Selepas solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dengan bacaan Yassin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dengan sempurna. 3. Pastikan tidur yang mencukupi, ia penting bagi badan dan otak cergas untuk hadapi peperiksaan. 4. Pastikan diri tidak tertekan dengan membuat ulangkaji disaat akhir, pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan. 5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sekolah, solat Subuh berjemaah dengan keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah. 6. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu untuk selamat sampai ke sekolah dan diberi kekuatan menjawab soalan dengan cemerlang.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 8/2009)

10 TIPS SEMASA PEPERIKSAAN


1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan. 2. Tenang dan percayakan diri anda. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. 3. Bersantailah tapi berhati-hati. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak. 4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan. 5. Jawab soalan secara strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit. 6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------- Tips Peperiksaan (Bil. 8/2009) 7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu. 8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu. 9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas. 10. Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------

You might also like