You are on page 1of 2

Tugasan 1 : No.

3
Pada pendapat anda, apakah implikasi pelaksanaan hukuman positiI di sekolah.

Hukuman adalah beberapa rangsangan atau kejadian yang bila mana diberikan akan
melemahkan kekuatan tindakbalas atau menurunkan/mengurang kekerapan munculnya
tindakbalas. Pukulan, teriakan, leteran atau bentuk-bentuk lainnya yang dapat dipandang
sebagai melemahkan atau mengurangi tindakbalas yang tidak dikehendaki disebut hukuman.
PositiI ialah kata siIat "menunjukan ", iaitu pemberian atau diberikan rangsangan sebagai
hukuman". Jadi hukuman positiI ialah penghukuman atau rangsangan aversiI yang diberi
supaya tingkah laku dikurangkan atau dihentikan. Sebagai contoh, murid yang diarahkan
berdiri di atas kerusi apabila menganggu rakan tidak lagi berkelakuan sedemikian kerana
malu didenda guru.

Hukuman rotan adalah salah satu contoh hukuman positiI yang dilaksanakan di sekolah-
sekolah. Merotan adalah dibenarkan ke atas murid-murid yang melakukan kesalahan berat
seperti mana yang termaktub di dalam Akta Displin Sekolah (1957/59). Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 telah telah mengariskan 35 kesalahan berat yang
membolehkan murid yang melanggar kesalahan tersebut diberi hukuman rotan di punggung.

Apabila murid melakukan kesalahan melanggar peraturan sekolah, maka hukuman akan
diberikan. Hukuman positiI yang sering digunakan ialah merotan. Tujuannya ialah untuk
memberi kesedaran kepada murid tersebut supaya tidak mengulangi semula kesalahan
tersebut. Implikasi pelaksanaan hukuman positiI (hukuman rotan) di sekolah ialah kesalahan
disiplin di kalangan murid terus meningkat. Menerusi bantuan guru kaunselor sepenuh masa
melalui sesi kaunseling mereka akan lebih mengetahui punca-punca yang mendorong murid-
murid melanggar peraturan sekolah. Dengan mengetahui punca masalah sebenar, tentunya
rotan` bukanlah satu-satunya ubat yang paling berkesan untuk mengubati semua jenis
penyakit.

Konsep kendiri yang positiI dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu merasakan diri
mereka dihargai. Sementara konsep kendiri negatiI membuatkan seseorang itu merasa diri
mereka tidak berguna dan kurang berupaya untuk mengawal dirinya sendiri. Konsep kendiri
yang rendah berkemungkinan mempunyai hubungan dengan pelanggaran disiplin di kalangan
murid sekolah. Ini adalah kerana terdapat banyak kes murid yang sering dirotan disebabkan
oleh kesalahan yang sama masih mengulangi semula kesalahan tersebut. Secara umum
perhubungan ini menunjukkan bahawa semakin kerap seseorang itu dikenakan hukuman
rotan semakin rendah konsep kendiri yang ada pada diri mereka. Begitulah sebaliknya,
sekiranya seseorang itu jarang dikenakan hukuman rotan konsep kendiri mereka adalah lebih
tinggi. Sebahagian besar murid yang pernah menjalani hukuman rotan, mengatakan bahawa
mereka tidak merasa apa-apa.

Ada juga sebahagian kecil murid meresakan bahawa, hukuman rotan menambahkan
kebencian mereka terhadap sekolah dan guru serta sebahagian kecil juga merasakan diri
mereka dianaiya. Ini menunjukkan bahawa ada sesetengah keadaan daripada hukuman
merotan akan menimbulkan kesan yang lebih negatiI terutama jika hukuman rotan itu tidak di
laksanakan secara berhati-hati. Nasihat adalah hukuman positiI yang paling sesuai untuk
mengubah sikap murid. Ini menunjukkan bahawa hukuman rotan agak sukar untuk mengubah
sikap murid yang sering melakukan kesalahan atau melanggar peraturan sekolah. Walau
bagaimanapun ada juga murid yang telah menjalani hukuman rotan mengatakan rotan adalah
yang paling sesuai untuk mengubah sikap buruk mereka yang sering melanggar peraturan
sekolah. Ini menggambarkan bahawa hukuman rotan masih boleh digunakan untuk
mengubah sikap negatiI murid sekiranya itu adalah satu-satunya cara yang paling berkesan
setelah diberi nasihat kaunseling, penghargaan dan sebagainya.

Selain daripada merotan, dengan memberitahu kepada ibu bapa tentang kesalahan yang
murid lakukan juga berupaya mengubah tingkah laku buruk murid di sekolah. Peranan ibu
bapa juga penting dalam membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah. Hukuman gantung
sekolah atau buang sekolah adalah cara yang terbaik untuk mengubah sikap negatiI atau
perlakuan pelanggaran disiplin yang sering murid lakukan.

Sebenarnya ada hubungan diantara konsep kendiri dengan masalah murid yang melanggar
peraturan-peraturan di sekolah. Murid yang mempunyai konsep kendiri yang negatiI lebih
berkemungkinan untuk melakukan kesalahan yang mengakibatkan mereka dikenakan
hukuman. Hukuman rotan bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian untuk mengatasi
masalah disiplin yang dikatakan semakin membimbangkan itu. Unsur-unsur psikologi
dalaman diri murid (hukuman negatiI) seperti konsep kendiri juga perlu diberi perhatian.
Walaupun konsep kendiri merupakan teras kepada pembentukan personaliti individu, namun
ia tidak bermakna ia dilahirkan sebagai sesuatu yang kekal. Konsep kendiri itu terbit dan
berkembang mengikut pertumbuhan individu dan konsep kendiri lahir daripada pengalaman
individu. Sebagai pendidik dan ibu bapa secara amnya boleh berperanan untuk mengubah
konsep kendiri anak-anak mereka melalui aktiviti seperti kaunseling, motivasi, penghargaan
dan sebagainya.

You might also like