You are on page 1of 4

KPD 3016: PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 KUMPULAN A

TUGASAN 1

PENSYARAH: DR ABDUL RAZAK BIN ABD SAMAD

DISEDIAKAN OLEH: SITI SAUFU BINTI MAT ISA D20091035140 TEAM 6

Tajuk Artikel: Penggunaan Poster dalam Kajian Kes: Poster Saintifik sebagai Alat Pengajaran Penulis: Charles R. Fourtner, Mary Bisson dan Christopher A. Loretz. URL: http://library.buffalo.edu/libraries/projects/cases/posters.html Rumusan Melalui pembelajaran menggunakan poster, pelajar diberi garis masa dengan target spesifik yang perlu dicapai. Hal ini adalah bagi memastikan proses pembikinan poster berjalan seperti dirancang. Kaedah ini dilakukan secara berkumpulan, dan pembelajaran koperatif turut diterap iaitu pelajar melakukan kajian tentang topik poster mereka, seterusnya merekacipta poster tersebut dan mempersembah serta mempertahankan poster mereka. Hasilnya adalah sebuah poster saintifik yang berukuran 4x3 bagi lebar x tinggi. Kaedah pengajaran ini terdiri daripada beberapa komponen. Komponen pertama ialah pemilihan topik, guru memilih topik yang tidak terlalu luas dan mempunyai fokus. Komponen kedua ialah perjumpaan dengan penasihat, guru akan menjadi penasihat setiap kumpulan, dan mereka perlu berjumpa secara peribadi bergilir-gilir mengikut kumpulan masing-masing. Komponen ketiga pula penentuan kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada empat orang yang terdiri daripada kecerdasan yang hampir sama untuk memudahkan pelajar bekerjasama. Komponen keempat adalah tajuk tugasan dimana semasa tajuk-tajuk ini diagihkan, setiap kumpulan telah mempunyai ketua, penolong dan ahli-ahli mereka. Guru perlu memberi penjelasan lanjut mengenai topik-topik mereka. Kemudian, komponen kelima ialah laporan kajian literatur bagi topik kumpulan, masa empat minggu diberikan kepada setiap kumpulan. Komponen keenam ialah ringkasan fakta untuk poster mereka, laporan kajian literatur mereka akan diringkaskan kepada fakta-fakta yang dikehendaki sahaja untuk diletakkan di dalam poster. Selepas tiga minggu, ringkasan ini perlu dihantar untuk dinilai dan disemak oleh penasihat atau guru. Komponen ketujuh ialah draf poster sebenar yang mempunyai reka letak untuk poster seperti yang mereka kehendaki. Draf ini diserahkan dua minggu sebelum pembentangan rasmi. Komponen kelapan ialah pembentangan dan penilaian poster. Satu atau dua hari sebelum hari pembentangan, pelajar menggantung poster mereka di tempat pameran sebelum dinilai oleh guru-guru dengan bertanya soalan dan sebagainya. Seterusnya komponen kesembilan iaitu penilaian rakan sebaya di mana pelajar dinilai oleh ahli kumpulan mereka sendiri. Komponen kesepuluh ialah pembelaan poster secara oral yang dilakukan secara individu. Semasa guru dan ahli kumpulan lain akan menilai setiap pelajar, ahli kumpulan yang lain pula akan dikuarantin. Komponen terakhir ialah penurunan poster, sehari selepas pembentangan poster, poster-poster perlu diturunkan dan pelajar berhak melakukan apa sahaja terhadap poster tersebut tetapi digalakkan untuk disimpan.

Terdapat banyak kelebihan kaedah pengajaran ini antaranya pelajar dapat berbincang secara terus daripada individu kepada individu atau dalam kumpulan kecil semasa pembentangan poster. Maklumat yang disampaikan lebih jelas dan boleh diulang oleh pembentang. Malah, ia juga lebih efisien berbanding sesi soal jawab semasa persembahan slaid kerana soalan dapat ditanya dengan lebih banyak. Format poster juga boleh digunakan untuk persembahan elektronik. Selain itu, pelajar dapat menyimpan kenangan dan ilmu sekaligus melalui poster. Peta Minda:

Kerja secara berkumpulan. Saiz poster adalah 4x3 lebarxtinggi.

Hasil adalah dalam bentuk poster saintifik.

Pelajar diberi garis masa untuk memastikan proses pembikinan poster berjalan seperti dirancang.

Lebih efisien berbanding sesi soal jawab semasa persembanahan slaid. Format poster boleh digunakan untuk persembahan elektronik.

Pembelajaran secara koperatif: pelajar membuat kajian mengenai topik, mereka cipta poster, dan mempertahankan poster mereka secara oral.

Konsep

Ciri-ciri

Kelebihan

Pelajar dapat berbincang secara terus dari individu kepada individu atau dalam kumpulan kecil semasa pembentangan poster. Pelajar dapat menyimpan kenangan dan ilmu sekaligus melalui poster.

1)Pemilihan topik: guru memilih topik yang tidak terlalu besar tetapi berfokus.

Komponenkomponen

Penggunaan Poster dalam Kajian Kes: Poster Saintifik sebagai Alat Pengajaran

2)Perjumpaan dengan penasihat: guru akan menjadi penasihat setiap kumpulan, dan mereka perlu berjumpa secara peribadi mengikut kumpulan.

3)Penentuan kumpulan: 1 kumpulan terdiri daripada 4 orang.

4)Tajuk tugasan: tajuk diagihkan kepada setiap kumpulan.

5)Laporan kajian literatur: dalam 4 minggu, setiap kumpulan menyiapkan laporan ini dan dihantar.

6)Ringkasan fakta: dalam 3 minggu, pelajar meringkaskan fakta yang dikehendaki dan ingin diletakkan dalam poster dan dinilai oleh guru.

11)Penurunan poster: setiap kumpulan perlu menurunkan poster mereka dan boleh berbuat apa sahaja tehadap poster mereka.

10)Pembelaan poster: hari selepas pembentangan, pelajar perlu mempertahankan poster mereka di hadapan guru dan kumpulan lain secara individu tanpa kehadiran ahli kumpulan mereka yang lain.

9)Penilaian Rakan: setiap pelajar menilai semua ahli kumpulan mereka secara individu.

8)Pembentangan poster: 1 atau2 hari sebelum pembentangan satiap kumpulan perlu menggantung poster mereka dalam tempat pameran, guru menilai poster tersebut terlebih dulu.

7)Draf poster: 2 minggu sebelum pembentangan, setiap kumpulan menyerahkan lakaran reka letak poster mereka.

You might also like