You are on page 1of 3

Supporting the Education Career of Children From Divorced Families:Parents` experience

and Role of The School


PENGENALAN
Kajian di atas telah dijalankan oleh H.Colpin,L.Vandemeulebroecke dan P.
Ghesquiere pada tahun 2004 dari University Of Leuven Belgium. Kajian berbentuk
kualitatiI ini melihat tahap sokongan dan peranan ibu bapa dari golongan yang bercerai
dalam membantu meningkatkan tahap kecemerlangan anak-anak mereka di sekolah.
Kajian lepas menunjukkan keadaan dan keharmonian sesebuah keluarga mempengaruhi
emosi dan pencapaian anak-anak di sekolah . Terdapat 2 persoalan kajian yang ingin
dijawab diakhir kajian iaitu persepsi ibu bapa yang sudah bercerai dalam menyokong
pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan persoalan kajian kedua ialah persepsi ibu
bapa terhadap sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pembelajaran anak-
anak mereka.
ALAT KA1IAN
Kajian ini menggunakan teknik kualitatiI iaitu temubual bagi mendapatkan
maklumat daripada sampel. Pengkaji telah menemubual 56 pasangan ibu bapa yang
sudah bercerai melalui teleIon bagi menjelaskan tajuk kajian serta mendapatkan
maklumat berkaitan pengalaman keluarga mereka . Berdasarkan tembual tersebut
pengkaji telah memilih 40 buah pasangan ibu bapa yang sudah bercerai sebagai sampel
dengan menggunakan teknik teori persampelan bertujuan (theoretical purpose sampling.
Daripada 40 sampel kajian tersebut seramai 26 keluarga adalah terdiri daripada keluarga
tunggal dan 14 adalah keluarga tiri. Temubual separuh berstruktur telah dijalankan dan
soalan kajian lebih terbuka dan tidak terikat dengan sejarah kehidupan sesebuah keluarga.
ANALISIS
$emua hasil daripada temubual telah direkod dan pengkaji membentuk 6 kategori
(coding bagi setiap hasil dapatan bagi memastikan tiada maklumat yang tertinggal.
Kategori pertama dan kedua merujuk kepada persoalan kajian yang pertama dan kategori
ketiga hingga enam merujuk kepada persoalan kajian yang kedua. Hasil dapatan ini turut
di analisis dengan menggunakan perisian program 'QRS NUD*IST iaitu setiap hasil
termubual akan dipadankan dengan kategori yang ada. Bagi memastikan kesahihan dan
keesahan hasil dapatan ini pengkaji telah membuat pemeriksaan semula bersama 7
sampel yang digunakan dalam kajian mereka.
HASIL DAPATAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan kebanyakan ibu tunggal lebih sibuk
menguruskan keluarga dan gagal memantau perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang Ibu bapa mereka merasakan pihak sekolah
mempunyai pandangan yang negatiI terhadap isu perceraian. Kebanyakan para guru
hanya menekankan ilmu kognitiI dan kurangnya ilmu psikologi bagi membantu anak-
anak murid mereka yang mempunyai masalah keluarga. $ekolah tidak menitik beratkan
program-program yang mampu mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu
bapa. Pelbagai cara boleh diambil bagi memastikan wujud kerjasama antara ibu bapa dan
pihak sekolah , antaranya pihak sekolah perlu lebih terbuka dan menghormati keadaan
keluarga anak-anak murid mereka. Komunikasi yang berkesan diantara pihak dan sekolah
dan ibu bapa amat penting dalam menangani masalah ini. Guru juga perlu meningkatkan
ilmu psikologi dan menghormati kepelbagaian asal-usul keluarga anak-anak muridnya.





NAMA : Marshella Binti Manshor
NO MATRIK: M20111000265
KAD PENGENALAN:860401-23-6330
FAKULTI: Pendidikan dan Pembangunan Manusia
$UBJEK: Kaedah Penyelidikan pendidikan
TUGA$AN: Tugasan 1 ( Reiew Of Research Report
PEN$ARAH: ProI Madya Dr Maria Bt $alih

You might also like