You are on page 1of 6

BAB 1 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sebelum Merdeka 1.

Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular - dasar pecah dan perintah merupakan bentuk sistem pendidikan pada masa ini - tiada penyatuan antara penduduk bandar dgn luar bandar lebih-lebih lagi antara kaum - sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal kepeluan kpd pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan - mengekalkan tumpuan taat kepada negara masing-masing. Laporan Cheeseman Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1938. Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolah Inggeris dan vernacular Tahun : 1938 Cadangan : 1. Menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut supaya mereka akan dijadikan Sekolah Teknik Rendah. 2. Kurikulum Bahasa Inggeris hendaklah memasukkan mata pelajaran amali spt pertukangan bagi lelaki dan sains rumah tangga bagi perempuan. 3. Masukkan mata pelajaran Sains. Bahasa Inggeris mp wajib di semua sekolah vernakular. 4. Sekolah perdagangan di pusat bandar besar yang lulus Peperiksaan School Certificate. 5. Lantik pengelola sekolah vokasional. 6. Pendidikan asas dalam semua bahasa pengantar, diberi secara percuma. Laporan Barnes Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan Melayu Pengerusi : En L.J.Barnes Pengarah Bhgn Latihan Sisial University Oxford Tujuan : Menyelidik dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu Tahun : 1950

Cadangan : Melibatkan rombakan sistem pendidikan -menubuhkan sek-sek dwibahasa dgn BI dan BM sbg bhs penghantar - sek-sek vernakular : Melayu, Cina dan Tamil ditukar secara beransur-ansur kpd sek keb. - Mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi org Melyu - Memperluaskan peluang pendidikan bagi anak melayu. Laporan Fenn-Wu Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan Cina Pengerusi : Dr Fenn & Dr Wu Setiausaha Kerja Bersekutu kpd Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Tujuan : Melayani kehendak masy Cina yg menganggap laporan Barnes sbg percubaan menghapuskan bahasa dan budaya org-org Cina Tahun : 1951 Cadangan : Memperakukan pengekalan dan pembaikan sekolah-sekolah Cina. Kesannya : Kerajaan menubuhkan JK Penasihat Pusat mengenai pendidikan dgn tujuan utk mengkaji cdgan kedua-dua laporan dan mencari satu kompromi daripada kedua-dua pendapat. Cadangan : Dikenali Ordinan Pelajaran 1952 dan antara ciri-ciri penting ; - memajukan sist sek keb dgn pengenalan unsur dwibahasa kpd sek-sek vernakular - mengadakan 3 bhsa kpd sek vernakular melalui bhs keb - mengekalkan sek aliran jenis kebangsaan (inggeris) yg sedia ada. - mengembangkan sek-sek vokasional Selepas Merdeka Laporan Razak Sebagai memenuhi janji pilihanraya spy mengkaji semula dasar pendidikan. JK Khas dibentuk pada tahun 1956 Pengerusi : Dato Abdul Razak Hussein (Menteri Pendidikan)

Tujuan : 1. Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan bina satu sistem pendidikan kebangsaan. 2. kaji semula struktur pendidikan negara Cadangan : 1. Mengadakan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama bagi semua jenis sekolah. 2. tubuh satu jenis sekolah menengah kebangsaan 3. tukar sekolah rendah kepada sek kebangsaan dan jenis kebangsaan 4. menyusun semula pendidikan teknikal Bermesyuarat 8 kali, dan diterima oleh Parlimen pada 16 Mei 1956 Laporan Abdul Rahman Talib Mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada Februari 1960 Pengerusi : Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan) Tujuan : 1. Mengkaji dasar pendidikan yg telah diterima pada 15 Mei 1956 2. kaji pelaksanaannya pada masa kini dan akan datang. 3. implikasi kewangan tentang dasar ini, termasuk pendidikan rendah percuma. Laporan ini diterima oleh Parlimen dan menjadi Akta Pendidikan 1961. Antara perakuan utama : -pendidikan rendah percuma - kenaikan darjah secara terus hingga tingakatan 3 - peperiksaan darjah 5 - memajukan pendidikan teknik dan vokasional Laporan Kabinet Setelah satu dekad sejak 1960 satu jk dipengerusikan Dr Mahathir Mohamed (Menteri Pendidikan) untuk : mengkaji semua matlamat dan kesannya sistem pendidikan sekarang, termasuk kurikulum, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dgn tujuan utk memastikan bhw keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang dan

memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu, bersidiplin dan terlatih Antara cadangan penting ialah pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan, politeknik, perkhidmatan bimbingan dan kerjaya, pendidikan khas dan pendidikan moral dan etika Semasa Akta Pendidikan 1996 Dikenali jiga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan Penambaikian 1. Kurikulum untuk tadika wajib oleh semua tadika 2. Pendidikan rendah antara 5 7 tahun 3. Pendidikan Khas 4. Maktab Perguruan mengadakan kursus Ijazah , Diploma/Sijil Sekolah Bestari Sebagai memenuhi tuntutan di masa akan datang dalam melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif. Pelaksanaan P & P kurikulum menggunakan kemudahan teknologi yang terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sekolah Wawasan Diwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaun di negara ini. Berkonsepkan 3 aliran iaitu SK, SJKC dan SJKT yang ditempatkan dalam satu kompleks. Setiap sekolah menggunakan bahasa penghantar masing-masing. Para pelajar digalakkan berkongsi kemudahan spt kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah. Soalan Ramalan 1. Apakah tujuan membentuk jawatankuasa Laporan Barnes? 2. Mengapakah kaun Cina menentang cadangan dalam Laporan Barnes? 3. Apakah cadangan-cadangan dalam Laporan Cheeseman?

4. Mengapakah Rancangan Cheeseman tidak dilaksanakan? 5. Apakah objektif menubuhkan Laporan Razak? 6. Huraikan lima daripada cadangan yang terkandung dalam Laporan Abdul Rahman Talib 7. Apakah tujuan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet. 8. Pada pandangan anda, apakah pro dan kontra dengan melaksanakan sekolah bestari dan sekolah wawasan? 9. Ceritakan sekolah Integrasi dan sekolah kluster. Sejarah Pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia ... Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:(a) Pendidikan Prasekolah Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun; (b) Pendidikan Rendah Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun; Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas; Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada o Sekolah Akademik o Sekolah Teknik dan Vokasional o Sekolah Kebangsaan Agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :o Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. o Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Falsafah Pendidikan Negara Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

You might also like