You are on page 1of 7

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Grup Pengkaji Tamadun Dunia : Satu Pengenalan


Oleh: Jufitri bin Joha

Abstrak

GPTD adalah singkatan bagi Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Diilhamkan oleh Presiden ABIM ke-5, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman sebagai projek khas sukarelawan muda antarabangsa. Para aktivis GPTD dilatih sebagai sukarelawan sosial, dan juga sebagai pengkaji sejarah dan tamadun. Sebelum melaksanakan gerak kerja di tempat-tempat yang ditugaskan, para aktivis GPTD terlebih dahulu perlu mengikuti siri latihan termasuklah kursus asas sukarelawan, mengikuti kelas bahasa (bahasa tempat yang ditugaskan), menghadiri siri perbincangan dan wacana ilmiah untuk mencambahkan pemikiran serta menambah ilmu. Latihan ini bertujuan melahirkan aktivis GPTD yang cergas fizikal, cerdas mental serta kukuh spiritual. GPTD bukan sahaja menetapkan kajian ketamadunan sebagai objektif, malah turut menggariskan penguasaan bahasa sebagai objektifnya. Selain dari itu, ia juga bertujuan melahirkan anak muda yang lasak, kaya dengan ilmu dan pengalaman serta terdedah kepada kerja-kerja sosial dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Dalam konteks pembangunan modal insan, khususnya para mahasiswa, GPTD merupakan mekanisme yang terbukti mampu melahirkan generasi yang kukuh jatidiri serta mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa. Kelebihan berbahasa serta pengalaman yang ditimba sewaktu di perantauan, membentuk kualiti unggul yang terdapat pada diri sukarelawan. Selain itu, latihan dan pendedahan yang diperolehi dapat membantu melahirkan generasi yang lebih berkeyakinan serta sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. GPTD menawarkan ruang dan peluang penglibatan kepada pelajar universiti yang juga merupakan sebahagian daripada juzuk entiti belia sebagai salah satu aktiviti luar bersama Pertubuhan Masyarakat Madani atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diyakini mampu melahirkan pelajar yang bersifat glokal seperti yang digagaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Najib bin Tun Razak. Kini, GPTD masih dalam peringkat penajaan dan bernaung di bawah ABIM. 1. Pendahuluan Australia. Kelima-lima projek ini mewakili kawasan kajian ketamadunan yang tersendiri daripada tamadun Islam, Barat, China, Turki dan Melayu. Kelima-lima projek ini juga membentuk GPTD secara lebih terancang dan teratur. GPTD dianggotai oleh anak-anak muda yang berlatarbelakang pendidikan kolej dan universiti dan juga terlibat aktif dalam aktiviti belia dan khidmat sosial dalam negara. Sehingga kini (2008) GPTD telah menjelajah ke 20 buah negara melalui lebih 30 buah projek khas yang berkesinambungan dengan orientasi bermisi. GPTD masih dalam fasa-1 (peringkat penajaan) dan setakat ini masih bernaung di bawah badan induk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) diilhamkan penubuhannya oleh Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman. Ia bermula dari sebuah Projek Eksplorasi Sepanyol - Amerika Latin yang diwujudkan sekitar pertengahan tahun 2001 sekembalinya saudara Ahmad Azam dari bumi Andalusia, Selatan Sepanyol yang kaya dengan khazanah ketamadunan Islam. Kemudiannya diikuti dengan penubuhan 4 lagi projek utama iaitu China, Perancis - Afrika Utara, Turki - Asia Tengah dan Pulau Krismas, _______________________
1

Exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun

Dunia(GPTD).

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

2.

Pendekatan Unik dan Kreatif Sesuatu organisasi dapat difahami dengan baik apabila objektifnya jelas dan tepat. GPTD mempunyai objektif yang jelas dan tepat yang digarap daripada cetusan idea pengasasnya. Antara lain, objektif GPTD adalah melahirkan pengembara muda berjiwa adventurous kaya dengan ilmu dan pengalaman seperti pengembara tersohor Ibn Battutah, Ibn Jubair, Laksamana Cheng Ho, al-Idrisi, Marco Polo dan Leo Africanus. Mengambil contoh Ibn Batuttah atau nama penuhnya Abu Abdullah Muhammad Ibn Abdullah Al Lawati Al Tanji Ibn Battutah sebagai teladan utama, beliau telah diriwayatkan telah keluar mengembara seawal umur 21 tahun. Beliau yang merupakan kelahiran Tangiers, Morocco, telah membuktikan kehebatan beliau dengan mengembara lebih ke 44 buah negara bermula dengan niat awalnya untuk menunaikan haji di Mekah. Semangat pengembaraan Ibn Batuttah di awal usia belia inilah harus diteladani oleh para belia sekarang. Segala pengalaman suka duka, ilmu, kenangan dan aktiviti sosial yang telah dilalui oleh Ibn Batuttah telah direkodkan oleh seorang tokoh ilmuwan iaitu Ibn Juzayy dalam bentuk catatan yang menarik dan dikenali sebagai Tuhfatun Nazar fi Gharaibil Amsar wa Ajaibul Asfar atau dalam bahasa Inggerisnya A Gift to Those Who Contemplate the Wonders of Cities and the Marvels of Travelling. Semangat untuk mengembara ini turut digalakkan di dalam Al-Quran seperti firman Allah dalam Surah an-Nahl : 36 yang mafhumnya : ...Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). Sudah tentu tujuan pengembaraan ditekankan dalam GPTD adalah untuk melihat kebesaran Ilahi, mengenal diri sendiri serta mendapatkan secangkir ilmu Allah yang tiada penghujungnya. Lebih banyak pengembaraan lebih banyak proses pembukaan minda berlaku kerana bumi ini ibarat helaian buku seperti yang disifatkan oleh St. Augustine, The World is a book, and those who do not travel read only a page. Belia yang mindanya terbuka memudahkan mereka untuk menyesuaikan diri di tengah-tengah hati masyarakat dan akhirnya melakukan

Sering kali kita menyalahkan pelbagai pihak berkenaan dengan lambakan hiburan dan program realiti semasa yang melalaikan sebahagian besar belia di negara ini. Segelintir daripada kita mengatakan itu haram, ini haram, itu tidak boleh dan ini pun tidak boleh tanpa memberikan satu alternatif program mahupun aktiviti yang berfaedah dan menarik terhadap belia. Semua pihak wajar berasa risau, jika kita tidak mampu menawarkan alternatif kepada para belia, maka mereka akan terus hanyut dan lahirlah generasi seperti yang disifatkan oleh seorang sejarawan Islam, Sheikh Abu Samah sebagai orang yang hanya sibuk dengan perut dan kemaluan, iaitu dalam erti kata lain, mementingkan hawa nafsu semata-mata. Oleh itu, generasi mendatang yang ditinggalkan adalah generasi lemah dan tidak berdaya untuk mengerakkan kemajuan agama, bangsa dan negara. Persoalannya apakah bentuk aktiviti dan program yang berfaedah lagi menarik yang mampu ditawarkan bagi memenuhi kehendak semasa? Sudah tentu pendekatan yang diperlukan adalah tidak lari daripada agenda memperkasa pembangunan insan seperti yang digagaskan oleh kepimpinan negara dalam pembentangan bajet 2008 di Dewan Rakyat. Pendekatan tersebut juga harus bersifat holistik dan juga menepati apa yang telah disarankan oleh Prof. Dr. Samsudin A. Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia iaitu penawaran program pembangunan belia mestilah pelbagai. Tambah beliau lagi, pembangunan belia haruslah memberi perhatian kepada tiga kategori program iaitu yang berorientasikan aktiviti fizikal, berorientasikan kemahiran dan berorientasikan pengetahuan. Atas kemelut dan kehendak semasa, maka GPTD tampil untuk menawarkan sesuatu yang bermanfaat, unik, kreatif dan memenuhi ciri-ciri yang telah disebutkan di atas. Kebiasaannya setiap projek GPTD disyaratkan memenuhi keenam-enam objektif di bawah atau sekurangkurangnya beberapa objektif yang akan dikupas sebentar lagi. 3.0 Objektif Penubuhan : Melahirkan Pengembara Muda Berjiwa Adventerous

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

transformasi sosial demi kebaikan masyarakat tersebut. Pujangga terkenal Iqbal dari Pakistan juga pernah mencita-citakan agar pelajar-pelajar di sekolah dan universiti keluar untuk mengembara melihat negara lain agar dapat mengambil pengajaran dan ilmu. Melalui pengembaraan ini, para aktivis GPTD diwajibkan untuk membuat catatan daripada setiap pemerhatian dan pengalaman yang dilalui. Budaya mencatat amat ditekankan kerana itulah kaedah terbaik untuk mengikat ilmu seperti kata para ahli bijak pandai, Ikatlah ilmu kamu tersebut dengan menulis. Hasil catatan yang sarat dengan fakta-fakta berharga, pengalaman menarik dan pengajaran yang tersirat akan dikongsi dalam bentuk penulisan yang disiarkan dalam dada-dada akhbar khususnya ruangan Agama, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan lain. Perkongsian pengalaman tersebut juga dilakukan dalam bentuk roadshow ke kampus-kampus IPT. GPTD juga telah berjaya mengumpulkan pengalamanpengalaman mereka ini dan diterbitkan dalam bentuk Travelog di bawah bimbingan Penasihat GPTD iaitu Prof. Dr. Md Sidin Ishak, Pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya. 4.0 Mengkaji Keagungan, Kehebatan, Jatuh dan Bangun Sesebuah Tamadun Besar Dunia serta Sosio Budaya Masyarakat. Sesuatu perkara yang amat mendasar dalam GPTD dalah aspek kajian. Aktivis GPTD bukan sekadar hanya mengembara semata-mata tetapi mereka ditugaskan untuk membuat kajian. Kajian tersebut merangkumi faktor-faktor jatuh bangun sesebuah tamadun serta keadaan sosio budaya sesebuah masyarakat. Sebelum berangkat ke negara yang telah ditentukan, para aktivis GPTD ditugaskan untuk melakukan pembacaan yang mendalam mengenai maklumat negara berkenaan, sejarah, kebudayaan dan ketamadunan serta maklumatmaklumat yang berkaitan dengan kajian. Melalui kajian tersebut mereka dapat mengambil pengajaran daripada faktor-faktor kebangkitan yang dijadikan azimat untuk balik membangunkan ummah dan faktor-faktor kejatuhan yang dijadikan sempadan agar ianya tidak sekali-kali berulang di tanahair yang tercinta ini.

Mengambil contoh kajian ketamadunan mengenai kajian ketamadunan Islam di Sepanyol atau lebih terkenal dengan Andalus. Melalui kajian tersebut, antara faktor kejatuhan kedaulatan Islam di sana adalah kerana perpecahan umat, perebutan kuasa dan kelemahan jati diri dan semangat jihad generasi muda. Faktor-faktor ini tidak harus dibiarkan berulang dan berlaku di Malaysia. Malaysia pernah disifatkan oleh tokoh ulamak kontemporari Mesir, Sheikh Muhammad alGhazali sebagai Andalus kedua. Hasil dari kajian dan pemerhatian tersebut memberikan semangat kepada para aktivis GPTD untuk pulang menformulakan satu rumusan berbentuk aktiviti belia bagi menguatkan jati diri dan semangat jihad di kalanngan generasi muda. Contoh kedua, kajian sosio budaya masyarakat adalah kajian mengenai Tahap Kerohanian dan Komitmen Terhadap Amalan-Amalan Islam Di Kalangan Remaja Melayu Australia (RMA). Kajian ini dijalankan ke atas sampel yang berjumlah 25 orang yang terdiri daripada RMA di kawasan pinggir bandar Melbourne, Australia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kerohanian dan komitmen para responden terhadap amalan-amalan Islam dan pandangan mereka tentang tahap kerohanian dan komitmen ibubapa mereka terhadap amalan-amalan yang sama. Hasil daripada kajian tersebut, telah dicadangkan beberapa solusi bagi meningkatkan kesedaran beragama di kalangan RMA. Solusi tersebut amat bermanfaat untuk masyarakat tersebut dan juga sebagai panduan kepada para aktivis GPTD seterusnya yang datang menabur bakti untuk proses follow up di Melbourne. Ini adalah kerana mereka bukan sekadar membuat kajian tetapi juga menabur khidmat bakti sebagai imam, menyampaikan kuliah agama dan membantu menggerakkan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. 5.0 Menguasai Bahasa-Bahasa Utama dan Strategik Dunia. Salah satu pra syarat untuk terlibat dalam misi ke luar negara. Para aktivis disyaratkan untuk menguasai bahasa negara yang ditugaskan untuk pergi atau pun sekurang-kurangnya mengetahui asas komunikasi bahasa negara tersebut. GPTD juga amat menitikberatkan penguasaan bahasabahasa utama dunia yang digunakan khususnya

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) iaitu bahasa Mandarin, Arab, Inggeris, Sepanyol, Rusia dan Perancis. Sebagai contoh apabila sekumpulan aktivis GPTD ditugaskan melaksanakan Kem Bahasa Melayu di Phuket, Thailand, mereka telah disyaratkan untuk mengambil dua kelas intensif asas bahasa Thailand. Ini serba sedikit memudahkan tugasan mereka apabila berada di Thailand kelak. Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak manfaat apabila para belia menguasai bahasa asing. Selain mencantikkan resume, ia mendatangkan pelbagai faedah dan manfaat kepada diri dan masyarakat. Bahasa merupakan alat untuk menuntut ilmu, alat komunikasi dan berdakwah, alat untuk menguasai dunia dan pelbagai lagi manfaat duniawi. Penguasaan bahasa asing di kalangan para belia khususnya mahasiswa merupakan suatu soft skill yang memberikan kelebihan kepada diri mereka berbanding kepada yang tidak menguasainya. Soft skill ini dikategorikan sebagai talent yang amat diperlukan oleh para belia dewasa ini. Ini turut diungkapkan oleh Tan Sri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dalam salah satu bicarawara dalam RTM. Antara lain, beliau menyatakan bahawa, mahasiswa sekarang tidak cukup sekadar dengan kelayakan akademik tetapi mereka juga memerlukan nilai tambah iaitu talent. 6.0Melatih Para Belia Dengan Kerja-Kerja Khidmat Sosial Dan Kemanusiaan Di Peringkat Antarabangsa. Ibadat kernese, jannat miltahi wa khidmat kernese, Allah miltahi. Begitulah ungkapan Urdu yang menggambarkan bahawa dengan ibadat manusia akan mendapat syurga manakala dengan menaburkan kidmat bakti maka mendapat redha Allah. Ungkapan ini menggambarkan betapa pentingnya menabur bakti dan menyemai jasa. Justeru, para belia harus didedahkan dengan kerja-kerja khidmat sosial dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa apatah lagi dalam negara. Elemen kepimpinan boleh dibentuk dan dicanai melalui kemelut masyarakat yang dihadapi ketika para belia terlibat dalam kerja-kerja khidmat sosial seumpama ini. Seperti kata Pak Natsir, Presiden Indonesia yang pertama, Pemimpin itu lahir bukan dari bilik-bilik kuliah

tetapi lahir masyarakat.

di

tengah-tengah

kemelut

Semangat kesukarelaan dewasa ini agak membimbangkan. Tidak ramai yang sanggup untuk mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi kemaslahatan ummah dan negara. Ini mungkin kerana sebahagian besar daripada kita telah dilalaikan oleh kilauan nikmat keduniaan yang menyebabkan orang bersikap lebih mementingkan diri sendiri. Kerja-kerja sukarela seperti khidmat sosial sebenarnya banyak memberikan manfaat dan sebagai sukarelawan menurut Dr. Azizan Bahari, seseorang itu sesungguhnya terlibat dalam kerja yang mulia untuk kemanusiaan dan peradaban. Di sini, GPTD menawarkan satu pakej yang menarik untuk mengembalikan ruh dan semangat kesukarelaan dengan program khidmat sosial dan kemanusiaan. Ia memberikan pengalaman menarik, ilmu yang berguna dan kepuasaan yang tiada taranya. Mengambil contoh projek GPTD di Maninjau, Sumatera Barat di mana para aktivis berkampung di sana selama sebulan. Mereka mengendalikan Kem Bahasa Inggeris untuk anak-anak miskin di Pesantren Buya Hamka. Pesantren ini dibiayai sebahagiannya oleh ABIM. Selain menikmati panorama tasik Danau Maninjau yang cantik di sana, para aktivis dapat merasai keperitan hidup pelajar-pelajar pesantren yang amat dhaif demi untuk mendapatkan setitis ilmu Allah. Para aktivis mengambil kesempatan untuk mengajar bahasa Inggeris, memberikan motivasi belajar dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan dan peralatan sekolah. Sekurang-kurangnya ringanlah beban mereka walaupun hanya untuk seketika. Hasil daripada Kem Bahasa Inggeris tersebut berjaya memberikan impak yang berkesan dan hasilnya, keputusan peperiksaan bahasa Inggeris mereka melonjak naik pada tahun tersebut. Selain itu, GPTD dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia turut menghantar para aktivisnya menyertai misi bantuan kemanusiaan di Aceh, Yogyakarta, Singkel, Filipina, Sri Lanka dan Palestin bagi mendedahkan diri dengan suasana yang lebih mencabar dan memupuk aspek kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan yang dilanda bencana alam dan peperangan.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Sebelum para aktivis GPTD dibenarkan berlepas ke luar negara mereka akan dilatih melaksanakan kerja-kerja khidmat sosial di dalam negara terlebih dahulu seperti projek pemandu pelancong Islam di Masjid Negara, program ekspedisi ukhuwwah di Pulau Ketam dan Pulau Tuba, program orang asli, program-program motivasi sekolah dan lain-lain. Latihan ini juga memupuk kesedaran para aktivis untuk terus terlibat dalam kerja-kerja khidmat sosial dalam negara secara istiqamah dan lebih konsisten. Selain itu, para aktivis GPTD akan dibimbing untuk berdikari menjana kewangan melalui pelbagai pendekatan seperti car booth sale , penganjuran program motivasi, fund raising dan pelbagai pendekatan kreatif yang diyakini dapat menghasilkan kewangan bagi membiayai projek luar negara yang bakal disertai. Ini merupakan salah satu kaedah GPTD bagi melatih para aktivisnya berdaya saing, independent, dan tahan lasak semenjak daripada awal projek bermula. Dalam objektif kelima ini GPTD lebih mengambil konsep dan contoh dari badan sukarelawan antarabangsa yang terkenal seperti Peace Corps, Amerika Syarikat (http://www.peacecorps.gov/). Menurut satu sumber dalam laman webnya, Peace Corps merupakan: The Peace Corps traces its roots and mission to 1960, when then Senator John F. Kennedy challenged students at the University of Michigan to serve their country in the cause of peace by living and working in developing countries. From that inspiration grew an agency of the federal government devoted to world peace and frienship. Konsep menghantar sukarelawan sepenuh masa ke negara dunia ketiga amat popular di barat. Ia banyak mendatangkan pelbagai faedah kepada para aktivisnya yang akhirnya manfaatnya dipulangkan kepada negara. Para aktivis muda mereka akan dihantar selama dua tahun di negara dunia ketiga. Dalam masa dua tahun, mereka akan melaksanakan program khidat masyarakat, mempelajari budaya hidup masyarakat setempat dan juga mempraktikkan bahasa tempatan yang telah dipelajari semasa tempoh persediaan. GPTD amat tertarik dengan konsep ini dan berazam untuk mencontohi model ini dengan sedikit modifikasi yang bersesuaian dengan adat

ketimuran dan nilai keagamaan yang menjadi teras dalam kita mengharungi kehidupan. 7.0 Membina Jaringan Antarabangsa Terutamanya Di Kalangan Belia Dunia. Masa muda adalah masa yang terbaik untuk memulakan jaringan antarabangsa. Jaringanjaringan yang telah dibina amat berguna di masa hadapan dalam pelbagai bidang meliputi bidang politik, ekonomi, sosial dan agama. Dunia kini dan masa depan adalah dunia tanpa sempadan. Menurut Thomas L. Friedman dalam bukunya The World Is Flat, bukan sahaja kerajaan sesama kerajaan dan syarikat sesama syarikat bersaing, malahan individu sesama individu pun turut bersaing. Tentunya jaringan yang telah dibina serba sedikit banyak membantu untuk para belia terus bersaing dan bertahan dalam bidang yang diceburi pada masa hadapan. Melalui beberapa projek yang telah dilaksanakan oleh GPTD menerusi para aktivisnya, GPTD sudah berjaya merangkai dan merimbun ke beberapa buah negara. Secara faktanya, GPTD telah ada hubungan baik dengan Christmas Island Islamic Council, Khairat Melayu Islam Victoria (KMIV), Kelab Anak Melayu Denmark, Gabungan Persatuan Muslim Perancis (CMF), Cambodian Muslim Student Association (CAMSA), Persatuan Melayu United Kingdom (Melayu UK) dan banyak lagi.

8.0 Mendedahkan Para Belia Kepada Isu-Isu Antarabangsa Dan Dunia Global Dengan menyertai GPTD, para belia dididik untuk prihatin kepada isu-isu antarabangsa khususnya yang melibatkan nasib umat Islam. Isu-isu global seperti globalisasi, ancaman hagemoni Amerika Syarikat, terrorisme, Free Trade Agreement (FTA), kebuluran dan pemanasan global mendapat perhatian dan dibincangkan dalam siri diskusi ilmiah GPTD dan dijadikan bahan bacaan mingguan. Setiap aktivis GPTD harus mempunyai sikap ambil peduli terhadap isu-isu penting di atas agar mereka berperanan menjadi sebahagian daripada problem solver yang proaktif. Sebagai satu misalan, para aktivis GPTD disyorkan dengan buku Confessions of An Economic Hitman sebagai salah satu koleksi bahan bacaan penting. Buku ini telah ditulis oleh John Perkin. Buku ini mengisahkan pengalaman

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

benar dan pengakuan penulis ditugaskan untuk bertemu dengam pemimpin politik dan kewangan dunia. Tugas beliau bukan sekadar bertemu tetapi berusaha meyakinkan pemimpinpemimpin tersebut khususnya dari negara dunia ketiga untuk menerima enormous development loans dari Bank Dunia dan institusi kewangan yang dikuasai Amerika Syraikat. Apabila negaranegara tersebut gagal melunaskan hutang, mereka dipaksa tunduk akhirnya kepada kehendak dan kekuasaan Amerika Syarikat dalam pelbagai isu yang melibatkan kepentingan dasar luar Amerika Syarikat. Buku ini mendedahkan kepada para aktivis GPTD selaku global role player tentang penjajahan bentuk baru yang seharusnya difahami dan diberi perhatian serius dalam tindak tanduk yang berkaitan dengan projek antarabangsa. Selain itu, para aktivis GPTD yang komited juga dihantar menyertai pelbagai seminar dan konvensyen serta program pertukaran belia antarabangsa khusus yang berkaitan dengan pembangunan belia, dialog peradaban dan isu-isu penting semasa bagi membolehkan mereka mengasah bakat kepimpinan dan ketrampilan diri melalui interaksi dan pertukaran ilmu, maklumat dan budaya. Isu-isu umat Islam di Palestin, Chechnya, Kashmir, Sri Lanka, Myanmar dan lain-lain negara Islam serta isu minoriti muslim juga menjadi antara agenda perbincangan utama di kalangan aktivis. Ini jelas menggambarkan sikap peduli nasib umat yamg amat dituntut oleh agama Islam seperti sabdaan Nabi sallallahualaihi wasallam yang mafhumnya : Sesiapa yang tidak mengambil berat nasib umat Islam, mereka bukanlah dikalangan mereka. (Riwayat Imam Tabrani). Dan baru-baru ini GPTD terlibat secara langsung dalam menggerakkan hari memperingati Peristiwa Nakbah. Nakbah membawa maksud penderitaan. Tragedi Nakbah merupakan hari hitam bagi rakyat Palestin di mana dalam tragedi tersebut rakyat Palestin telah tergadai maruah dan hilang kedaulatan terhadap tanahair mereka sendiri kepada Israel. 14 Mei 2008 yang lepas bermakna Palestin telah terjajah selama 60 tahun dan semenjak 1948 mereka dinafikan hak mereka. Dalam menjayakan usaha kesedaran ini, GPTD telah menggerakkan ceramah-ceramah

kesedaran, mewujudkan laman blog khusus berkenaan perjuangan rakyat Palestin dan merangka teks khutbah dengan memasukkan tragedi Nakbah sebahagian dari isi-isi penting khutbah.

9.0 GPTD Sebagai Satu Mekanisme Berkesan untuk Membangun Modal Insan Mahasiswa Persoalan modal insan sering hangat diperkatakan kerana modal insan telah menjadi agenda penting dalam RMK-9 dan misi nasional. Istilah insan itu sendiri membawa makna yang begitu kudus yang dapat difahami sebagai manusia yang sempurna, baik, bersih daripada noda yang menyumbang kepada pembentukan keinsanan atau kemanusiaan (Kamus Dewan, 1997:493). Manakala modal membawa maksud sesuatu untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Justeru, istilah modal apabila digandingkan dengan istilah insan menurut Dr. Siti Hajar Che Man, ia menunjukkan bahawa penjanaan insan, memerlukan alatan untuk membina atau melahirkan insan. Tambah Dr. Siti Hajar lagi dalam makalahnya yang bertajuk Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama, bahawa insan berminda kelas pertama boleh dieertikan sebagai al-haqiqat al-Muhammadiyyah atau logos atau manusia yang sempurna yang diwujudkan sebagai al-Insan al-Kamil. Dalam memasuki era universiti apex ini, GPTD diyakini berupaya menjadi salah satu alat sokongan penjana modal insan berminda kelas pertama yang berkesan dan baik untuk membantu pihak IPT melahirkan mahasiswa yang berilmu, bersikap be the first dan be differentt, mempunyai multi skil, berjiwa besar, berkretampilan, berkeyakinan, mempunyai kesedaran untuk berbakti kepada masayarakat dan pelbagai nilai unggul yang semakin terhakis pada jiwa mahasiswa masakini. GPTD menyambut baik hasrat kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ini merupakan satu kesedaran untuk memperkasa institusi pendidikan tinggi (IPT) negara sekaligus mempertingkat daya saing negara di peringkat global. Pindaan ini membolehkan pelajar untuk bersekutu atau menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada di dalam atau luar negara. Ini memberikan satu ruang yang terbaik untuk para pelajar khususnya mahasiswa untuk terlibat secara langsung dengan GPTD.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

GPTD menawarkan ruang dan peluang untuk para belia dan mahasiswa untuk menyertainya. Tempoh penyertaan projek bergantung kepada kemampuan dan kelapangan para pesertanya. Setakat ini GPTD telah berjaya menghasilkan seorang aktivis yang berkhidmat di Australia selama tiga tahun. Kini GPTD dalam proses mempersiapkan tiga projek ke UK, Turki dan China untuk tempoh yang agak panjang yang masih dalam penetapan tempohnya. Untuk projek yang tempohnya agak lama biasanya dikhususkan untuk para belia dan mahasiswa yang telah bergelar graduan. Namun begitu, terdapat juga projek yang disertai selama seminggu, dua minggu, sebulan mahupun tiga bulan iaitu semasa cuti semester. 10.0 Penutup GPTD masih lagi dalam proses memperhebatkan sistemnya dan GPTD berhasrat menjadi salah satu daripada rakan pembangunan negara, belia dan mahasiswa dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi. Rujukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008. Kementerian Pengajian Tinggi.Belia Islam dan Penguasaan Bahasa.2004.Jufitri bin Joha. Jurnal Pemikir.Julai-September 2007.Utusan Kerya Sdn.Bhd. Menjadi Sukarelawan.2006.Azizan Bahari.Qarya Sdn. Bhd. Misteri Masa Kelam Islam dan Kemenangan Perang Salib.2007.Dr. Majdi Irsan Al Kilani. Kalam Aulia Mediatama. Profil Grup Pengkaji Tamadun Dunia.2007. Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Belia Islam.2007.Abdul Ghafar Don.Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan Pembangunan Generasi Muda.2005.Rohany Nasir.Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Tahap Kerohanian dan Komitmen Terhadap Amalan-Amalan Islam Di Kalangan Remaja Melayu Australia (RMA) : Satu Kajian.2007.Anzaruddin Ahmad. Tafsir Al-Quran al-Azim.Al-Hafiz Imaduddin Abi al-FidaIsmail bin Kathir.Muassasah arRayan.

You might also like