You are on page 1of 8

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS Pengenalan. Pendidikan khas memerlukan suatu pengurusan yang berlainan dengan pengurusan murid-murid normal.

Peringkat awal perkembangan pendidikan khas di Malaysia tumpuan pendidikan adalah terhadap menyediakan peruntukan bagi murid-murid yang bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Walau pun demikian kategori-kategori berkeperluan khas telah bertambah berdasarkan ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan. Untuk mendapatkan peruntukan tersebut, murid-murid tertakluk kepada proses penaksiran yang mengesahkan dan mengkategorikan murid-murid tersebut berdasarkan ketidakupayaannya. Melalui amalan tersebut, pendidikan khas dilihat sebagai dunia asing dan tersendiri yang berusaha untuk memenuhi keperluan pendidikan segelintir murid-murid yang dikategorikan sebagai mengalami ketidakupayaan. Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia di laksanakan melalui :Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran . Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh Belajar Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan. Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Intergrasi) Program Pendidikan Khas Intergrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggung jawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. Ini merupakan kelas bagi murid-murid khas di sekolah-sekolah biasa. Kelas ini adalah sebahagian daripada sekolah berkenaan dan semua aspek pentadbirannya adalah di bawah sekolah berkenaan dan di bawah kelolaan jabatan pelajaran negeri.

Selain memberikan pendidikan formal kepada murid-murid berkeperluan khas, kelas ini juga bertujuan menyatupadukan murid-murid khas ini dengan kanak-kanak khas biasa dalam sekolah itu ke arah normalisasi . Program ini juga dinamakan program intergrasi yang menjalankan program khas secara berasingan ataupun melalui kelas-kelas inklusif yang diamalkan mengikut kemampuan dan kesesuaian murid. Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan satu tempat di mana setiap murid menghabiskan sebahagian besar masanya di bangku sekolah. Pengurusan dan pe Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah. Peratura-peraturan bilik darjah Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran Pengurusan tingkah laku Penjadualan Penyimpanan rekod Stesen-stesen pembelajaran ngelolaan yang berkesan dapat membantu proses pengajaran pembelajaran dengan lebih baik. Pengurusan bilik darjah secara umumnyamengandungi komponen-komponen seperti berikut : Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah. Peratura-peraturan bilik darjah Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran Pengurusan tingkah laku Penjadualan Penyimpanan rekod Stesen-stesen pembelajaran Penyusunan Kemudahan Fizikal Perabot Bilik Darjah Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang Mengurangkan kebisingan dan gangguan Memupuk interaksi murid Menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran Membolehkan guru yang memantau aktiviti murid

Cara penyusunan Bilik Darjah Harus Membolehkan Guru dan murid bergerak tanpa halangan . Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar Guru dapat menimpukan perhatian kepada semua murid Ruang Pengajaran dan Pembelajaran Ruang belajar untuk kumpulan besar . Ruang belajar untuk kumpulan kecil Sudut rekreasi Tempat audio-visual . Sudut bacaan Sudut pameran Sudut 'time out' Tempat letak peralatan membersihkan diri . Sudut pengurusan kebersihan diri Sudut tempat letak peralatan kebersihan bilik darjah . Sudut maklumat murid Sudut peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran Peraturan Bilik Darjah Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi-situasi tertentu seperti : Aktiviti keluar masuk kelas Menggunakan perabot, peralatan dan bahan-bahan yang dikongsi bersama seperti almari, rak, alat tulis, komputer dan lain-lain . Meninggalkan tempat duduk Menyerahkan kerja yang telah siap . Menjaga kebersihan bilik darjah Padang permainan Perhimpunan dan sebagainya.

-sumber: www.anuarsped.blogspot.com

APAKAH CIRI DISLEKSIA Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : -Lambat bertutur -Mengalami kesukaran sebutan atau rima -Sukar menulis nama sendiri -Sukar mengenal bentuk atau warna -Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : -Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira -Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas -Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : -membezakan 15 dengan 51 - was menjadi saw - b dengan d - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok - Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah APA ITU DISLEKSIA? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan. Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan

emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi pertuturan dan bahasa (communication speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness). Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah

pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan

Pengenalan Pendidikan Khas


Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah:

cacat fizikal teruk, rencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, dan murid pemulihan khas. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperactivity Disorder Terencat akal minimum, dan Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.

Dasar Pendidikan Khas


Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:

Akta Pendidikan 1996, Bab 8. Akta Pendidikan (Pindaan) 2002. Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas]. Deklarasi Antarabangsa: United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983). The World's Declaration on Education for All (1990). The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993). The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994. Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive BarrierFree and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

Program Pendidikan Khas


Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).

Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

You might also like