You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

BIL
1. 2. 3. 4.
FASAKH

TAJUK
PENGHARGAAN PENGENALAN ALASAN CERAI FASAKH PERMASALAHAN
SUAMI MELAKUKAN JENAYAH. MELAKUKAN KEGANASAN RUMAH TANGGA. UNSUR PENIPUAN DALAM PERKAHWINAN.

M/S
2 3 4

5.

PUNCA-PUNCA MASALAH
SUAMI MENGANIAYAI ISTERINYA TIDAK BERLAKU ADIL. TIDAK MELAYAN ISTERI DENGAN BAIK

6.

ENAKMEN KELUARGA ISLAM


SEKSYEN 52, AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984. SEKSYEN 38 SELAIN DARI MEMPERUNTUKKAN SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG BIL.13/1984 (PERAK),

6-7 8

SEKSYEN 44 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA


ISLAM KEDAH, BIL. 1/1984

7.

KESAN
TERHADAP INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT TERHADAP NEGARA

9-10

8..

LANGKAH MENGATASI
INDIVIDU MASYARAKAT PIHAK YANG TERLIBAT

11-12 13 14 15 16

9. 10. 11. 12.


HIKMAH FASAKH
MENJAMIN HAK PERLINDUNGAN KEPADA ISTERI MENYEDARKAN KAUM SUAMI MENUNJUKKAN KEUNGGULAN SYARIAT ALLAH

KESIMPULAN LAMPIRAN RUJUKAN

Page 1 of 16

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dengan limpah dan kurnianya, akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kursus iaitu Puan Norli binti Kasim di atas kesudian beliau dalam memberi penerangan mengenai tajuk yang telah dibentangkan oleh kumpulan kami iaitu PENCERAIAN FASAKH.

Seterusnya, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan, iaitu Siti Normazlina binti Mohd Asri, Nur Amirah binti Emasadi, Wan Norain Syahirah binti Wan Abd Rahim, Nurul Ilyani binti Ibrahim dan Nor Amirah binti Ismail, kerana sanggup bertungkus lumus secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Semoga dengan usahasama kumpulan kami, tugasan yang berjaya disiapkan ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T..

Wassalam....

Page 2 of 16

PENGENALAN FASAKH

FASAKH dari segi bahasa bererti batal (naqada) atau bubar (faraqqa). Manakala dari segi istilahnya pula ialah penceraian yang dibuat melalui pihak isteri dengan sebab tertentu yang menghalang kekalnya perkahwinan tersebut. Dengan lebih jelas lagi, fasakh ialah membatalkan atau pembubaran perkahwinan melalui kuasa kadhi dan perintah mahkamah. Sekiranya didapati sesuatu sebab atau kecacatan samaada pada pihak isteri atau suami.

Fasakh tidak dinyatakan secara terang di dalam al-quran, tetapi prinsipnya boleh dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 231 dan al-Nisa ayat 35. Ia berbeza sekali dengan cara-cara pembubaran yang lain seperti talaq (surah al-Baqarah ayat 229), khul (surah al-Baqarah ayat 229), zihar (surah al-Mujadalah ayat 1-4), ila (surah al-Baqarah ayat 226) dan lian (surah al-Nur ayat 6-9) yang telah disebut di dalam al-Quran dengan jelasnya. Walau bagaimanapun, fasakh diterima sebagai salah satu cara untuk membubarkan perkahwinan berasaskan kepada prinsip yang terkandung dalam hadis Nabi S.A.W. yang berbunyi: (La darar wa la dirar).

Pembubaran perkahwinan melalui fasakh memerlukan campurtangan kadhi (hakim) atas sebab-sebab yang biasanya diketengahkan oleh seorang isteri. Fasakh yang dituntut oleh isteri ini adalah tertakluk kepada beberapa sebab yang mengharuskan penceraian itu berlaku.

Di dalam perundanga islam, perkara-perkara yang mengharuskan fasakh bagi suami dan isteri adalah berbeza antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Dalam Mazhab Hanafi, seorang isteri boleh memohon untuk membubarkan perkahwinan melalui cara fasakh apabila suami yang dikahwininya itu mengalami kecacatan dan keaiban.

Page 3 of 16

ALASAN CERAI FASAKH


1. Suami telah menghilangkan diri tanpa diketahui di mana berada selama tempoh lebih daripada satu tahun. 2. Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri dan anakanak selama tempoh 3 bulan. 3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih. 4. Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun. 5. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan suami telah mati pucuk. 6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit berjangkit. 7. Isteri telah dikahwinkan oleh wali dengan lelaki bukan sekufu. 8. Suami telah menganiayanya: Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan anianya. Berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syara Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya. Jika ia mempunyai isteri lebih dari seorang jika dia tidak melayan isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syara. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh hukum syara.

Page 4 of 16

PERMASALAHAN DALAM ARTIKEL

KUALA LUMPUR: Suspek yang menyimbah petrol dan mengugut mahu membakar isteri keduanya hidup-hidup bukan saja berdepan hukuman akibat perbuatan jenayahnya itu, malah boleh kehilangan kedua-dua isteri di bawah undang-undang keluarga.

Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, berkata kedua isteri lelaki terbabit boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan fasakh di Mahkamah Syariah dengan alasan keganasan rumah tangga serta berpoligami tanpa kebenaran dan pengetahuan.

Selain di Mahkamah Sivil, lelaki terbabit boleh juga diambil tindakan di Mahkamah Syariah. Isteri pertama ada hak untuk meminta fasakh atas alasan poligami tanpa pengetahuannya dan berlaku unsur penipuan ketika poligami.

Isteri kedua juga boleh meminta fasakh dengan sebab keganasan rumah tangga. Jadi, kedua-dua isteri boleh minta fasakh dan dia boleh hilang isteri, katanya, diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, mengenai tindakan luar kawalan lelaki terbabit ke atas isteri keduanya.

Suspek berusia lewat 30-an itu bertindak liar selepas rahsia perkahwinan pertama terbongkar, ditambah dengan masalah perebutan anak.

Sumber : Harian Metro

Page 5 of 16

PUNCA-PUNCA MASALAH
Penceraian fasakh berlaku disebabkan beberapa perkara. Antara perkara yang menyebabkan penceraian ini berlaku ialah:

1. Suami Menganiayai Isteri


Masalah ini sering dipaparkan dalam akhbar dan televisyen. Antara punca masalah yang sering berlaku ialah suami berlaku zalim terhadap isterinya. Sebagai contoh:

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita tentang suami menyimbah asid pada isterinya. Hal ini jelas terbukti setelah isterinya membuat pengakuan mengenai perlakuan zalim suaminya itu.

Selain itu, suami yang berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak juga adalah satu penganiayaan terhadap isteri.

Dalam hal ini, si isteri berhak mendapatkan fasakh atas alasan membahayakan nyawa isteri dan anak-anaknya.

2. Tidak Berlaku Adil Terhadap Isterinya.


Kita sering didengari masalah poligami tanpa pengetahuan isteri. Hal ini menyebabkan si isteri tidak mengetahui tentang kedudukannya sebagai isteri yang telah dipoligami. Malah, lebih teruk lagi, suami tersebut telah menipu isterinya tanpa mempedulikan perasaan isteri dan tanggungjawabnya terhadap isteri menyebabkan timbulnya unsur-unsur penipuan. Oleh itu, isteri berhak menuntut fasakh atas sebab poligami tanpa pengetahuan isteri.

Page 6 of 16

Selain itu, suami juga mengabaikan isteri tanpa memikirkan perasaan dan tanggungjawabnya. Ini kerana, tempat isteri adalah disisi suaminya. Sekiranya isteri tersebut tidak dapat kasih sayang dan nafkah daripada suami, maka si isteri berhak menuntut fasakh supaya dirinya tidak berlaku kemudharatan dalam rumahtangga. Kemudharatan yang dimaksudkan di sini adalah kemudharatan kepada lima perkara iaitu; agama,diri, keturunan, harta, akal dan maruah.

Masalah ini juga disebabkan oleh suami tidak berlaku adil dalam pembahagian harta. Hal ini kerana, suami wajib berlaku adil dalam pembahagian harta sekiranya dia mempunyai isteri lebih daripada satu., iaitu berlaku adil di dalam hal makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan di dalam hal tidur seranjang. Dia tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya atau berbuat zalim kerana sesungguhnya Allah melarang yang demikian.

3. Suami Tidak Melayan Isteri Dengan Baik


Antara punca lain yang berlaku dalam penceraian fasakh ialah suami tidak melayan isteri dengan baik. Sebagai contoh, suami memukul isteri sekiranya isteri terlewat menyediakan sarapan untuk suami. Selain itu, suami tidak mengambil berat mengenai kesihatan isteri seperti rawatan semasa mengandung dan sakit biasa yang memberi kemudharatan kepada isteri tersebut. Maka, tuntutan fasakh adalah diharuskan. Selain itu, suami tidak memahami isterinya dengan kata lain suami tidak menghiraukan perasaan isteri berdasarkan sesuatu keadaan seperti suami membiarkan isteri melakukan kerja rumah dan menjaga anak-anaknya tanpa kerjasama antara dua pihak iaitu isteri dan suami. Hal ini kerana, isteri yang melakukan kerja tanpa pertolongan dan boleh memudaratkan kesihatannya, maka, dengan masalah ini, si isteri diharuskan menuntut fasakh.

Page 7 of 16

ENAKMEN KELUARGA ISLAM


Masalah penderaan dan penganiayaan yang dilakukan oleh suami kepada isterinya bukanlah suatu fenomena baru di malaysia. Statistik menunjukkan bahawa kes-kes tersebut meningkat dari tahun ke tahun.

Di Malaysia, terdapat kes-kes serius yang telah dilaporkan berlaku seperti ditikam sehingga terkeluar tali perut, ditendang hingga keguguran, ditumbuk, disiram air panas, ditetak dengan senjata tajam dan sebagainya. Dalam keadaan sebegini, isteri mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinannya melalui fasakh sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 52, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Dalam Seksyen 52 Akta Undang-undang Keluarga Islam1984 telah menyenaraikan alasanalasan yang boleh membubarkan perkahwinan melalui fasakh. Alasan-alasan tersebut bolehlah kita rangkumkan didalamnya empat aspek utama iaitu : Kerana keaiban dan kecacatan suami, kerana suami hilang atau dipenjarakan, kerana berlaku zalim kepada isteri dan kerana suami tidak membayar nafkah. Dengan kata lain perkara-perkara tersebut boleh mendatangkan kemudaratan rumahtangga terutama sekiranya isteri yang menjadi mangsa.Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa yang dimaksudkan dengan "darar syarie " itu ialah bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran atau harta benda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syarak. Manakala dalam enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan No. 1, Tahun 1983, Seksyen 38 selain dari memperuntukkan sebagaimana Undang-undang Bil.13/1984 (Perak), ia juga ada memperuntukkan alasan bahawa isteri yang telah Dikahwinkan oleh bapanya atau datuknya sebelum ia cukup umur mengikut Hukum Syarak yang mana ia boleh menolak perkahwinan tersebut setelah mencapai umur 18 tahun. Penambahan kepada 3 alasan yang lain sebagaimana yang diperuntukkan Dalam Seksyen 44 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah, Bil. 1/1984 Iaitu : A) Bahawa suaminya, kerana kepapaan tidak mampu menyarainya B) Bahawa isterinya mempunyai kecacatan yang menghalang Persetubuhan dilakukan, C) Bahawa suaminya mempunyai kemaluan yang luar biasa.

Page 8 of 16

KESAN
Kaedah penceraian fasakh dapat membela nasib isteri daripada suami yang tidak bertanggungjawab atau tidak mampu untuk memberi nafkah dan kasih sayang yang secukupnya kepada isteri. Berdasarkan statistik, bangsa melayu menduduki tangga teratas diikuti cina, india dan lain-lain. Antara kesan yang berlaku dalam penceraian fasakh ialah:

Anak-Anak Terpisah Daripada Kedua-Dua Ibu Bapanya.


Selepas berlakunya penceraian fasakh, pastinya anak-anak akan merasai kehilangan kasih sayang daripada ibubapa mereka. Mereka juga pastinya akan memikirkan bahawa ibubapa mereka sudah tidak menyayanginya lagi. Selain itu, keprihatinan ibubapa terhadap anak-anak sudah pastinya tidak seperti biasa. Dengan jelas lagi, ibubapa yang sudah bercerai, mereka akan memulakan kehidupan yang baru dan pastinya mereka mencuba untuk menjaga anak-anaknya tanpa kasih sayang ibu atau bapanya. Hal ini menyebabkan anak-anaknya terabai.

Anak-anak akan mula memberontak dengan ibubapa. Hal ini disebabkan mereka membenci dan menganggap ibubapanya tidak menyayanginya kerana sanggup membiarkan mereka membesar tanpa kasih sayang dari seorang ibu atau bapa.

Suasana Hidup Yang Mencabar


Individu
Setelah penceraian itu berlaku, isteri akan memulakan kehidupannya yang baru dan tanpa sebarang masalah rumahtangganya lagi. Mereka pastinya merasa bebas dan tiada lagi sekatan. Namun, mereka akan menghadapi masalah seperti terpaksa mengambil alih tanggungjawab pasangannya demi menjaga dan memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anakanak.

Page 9 of 16

Masyarakat
Seterusnya, setelah berlakunya penceraian tersebut, mereka akan menghadapi tomohan daripada masyarakat dan dipandang serong. Dengan kata lain, masalah penceraian ini boleh mencemarkan imej dan maruah mereka dalam masyarakat. Selain itu, mereka pastinya malu dan tidak dinafikannya lagi meraka tidak dapat menutup tomohan dan cacian yang mungkin berlaku dalam sesetengah masyarakat yang menyebabkan mereka merasa diri mereka bersalah dan sudah pun digelar janda atau duda.

Negara
Sekiranya masalah ini berterusan dan tiada inisiatif yang diambil oleh setiap pasangan yang berumahtangga dalam mengharmonikan keluarga mereka, tentunya statistik menunjukkan penceraian fasakh ini semakin tinggi lebih-lebih lagi bagi orang melayu beragama islam. Seterusnya, imej negara pastinya tercemar kerana popular dengan masalah penceraian. Hal ini boleh mendatangkan mudharat kepada keruntuhan rumahtangga dan boleh menggugat keamanan sesebuah keluarga.

Page 10 of 16

LANGKAH MENGATASI

Untuk mengelakkan dari berlakunya masalah penceraian fasakh mestilah menitikberatkan beberapa aspek berikut:

Setiap individu perlu sentiasa peka dengan ilmu agama dan akan kepentingannya dalam kehidupan sehari-harian.

Ini kerana, mereka harus sedar bahawa tanggungjawab dan tugas amat penting dalam menguruskan rumahtangga. Tanpa ilmu, kehidupan mereka pastinya tidak dapat diurus dengan baik. Jadi, setiap individu wajib menuntut ilmu.

Individu juga perlu menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan agar tidak membawa kepada maksiat yang boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga mereka.

Mereka juga hendaklah sentiasa memahami sebab dan akibat dalam setiap perkara yang dilakukan. Sebagai contoh, artikel yang telah dikeluarkan seperti di helaian sebelah, disebabkan kelakuan zalimnya, suami tersebut hilang keduadua isterinya.

Mereka juga haruslah berfikir secara mendalam mengenai setiap perkara yang hendak dilakukan seperti mahu berpoligami.

Seterusnya, setiap individu hendaklah sentiasa mengambil kira hukum agama islam dalam melaksanakan sesuatu perkara, agar apa yang dilakukan mendapat keredhoan Allah S.W.T.

Page 11 of 16

MASYARAKAT
Masyarakat haruslah sedar bahawa, setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan sekiranya ditakdirkan Allah masalah itu berlaku, kita harus menerimanya dengan redho, seperti penceraian rumahtangga. Seterusnya, masyarakat juga harus peka terhadap nasib segeintir mereka yang mengalami masalah penceraian ini supaya mereka tidak terasa asing dalam kalangan hidup bermasyarakat.

Masyarakat perlu diberi pendedahan awal tentang ilmu rumahtangga, tanggungjawab berkeluarga serta doa-doa yang tidak bertentangan dengan syarak.. Hal ini kerana, bagi memberi kesedaran kepada setiap masyarakat akan kepentingan hidup berumahtangga dan menghormati orang lain. Masyarakat harus sedar dan peka bahawa terdapat pelbagai masalah yang boleh menimbulkan kekecohan rumahtangga walaupun masalah itu sebesar zarah sekalipun.

PIHAK YANG TERLIBAT


Pihak yang berwajib perlu menjelaskan faktor-faktor berlakunya penceraian secara umum dan sentiasa memberi pendedahan dengan terperinci seperti mengadakan Ceramah dan menjadikan satu kemestian dalam kehidupan berumahtangga..

Seterusnya, pihak yang berwajib hendaklah menerangkan kepada bakal pengantin tentang tanggungjawab dan peranan mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Page 12 of 16

HIKMAH FASAKH

Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya.
Sekiranya kaum wanita (isteri) teraniaya oleh suaminya, mereka boleh mengambil langkah untuk membubarkan perkahwinan tersebut supaya mereka dapat membebaskan diri daripada penganiayaan suaminya itu. Selain itu, tuntutan fasakh, dapat menjamin kaum wanita untuk mendapatkan hak dan perlindungan sekiranya mereka teraniaya dan dapat membuktikan sebab-sebab tuntutan fasakh.

Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.
Sesetengah suami akan merasa diri mereka mempunyai kuasa mutlak dalam membuat semua keputusan. Namun dengan tuntutan fasakh, dapat memberi kesedaran kepada suami bahawa kaum wanita juga diberi pembelaan dan mempunyai jalan penyelesaian dalam krisis rumahtangga iaitu fasakh. Dengan kaedah ini, suami tidak dapat terus menerus menganiayai dan menipu isterinya kerana kuasa fasakh juga terletak pada isteri walaupun suami mempunyai kuasa talak yang mutlak.

Menunjukkan keunggulan syariat allah subhanahu wataala yang maha


mengetahui akan keperluan hambanya.
Dengan perlaksanaan hukum ini, menunjukkan bahawa unggulnya syariat allah s.w.t. yang maha mengetahui akan keperluan hambanya. Selain itu, manusia juga akan sentiasa mengingati hukum allah dan mensyukuri sesuatu nikmat yang diberikan kepadanya.

Page 13 of 16

KESIMPULAN
Daripada segala keterangan yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa isteri-

isteri yang berumahtangga dan tidak bahagia terutamanya disebabkan oleh penganiayaan masih ada jalan dan pasti akan dapat diselesaikan. hal ini menunjukkan bahawa islam adalah agama yang adil. Bagaimanapun kalau dilihat dari takrif yang di nyatakan sebelum ini berhubung dengan konsep keganasan maka ini bermakna mana-mana peruntukan yang boleh menggambarkan wujud penderaan dan penganiayaan akan membawa maksud sebagai penderaan". Tidak kiralah samada suami tidak membayar nafkah, suami hilang, suami menjatuhkan maruah atau sebagainya maka ini sudah boleh dimaksudkan sebagai suatu penganiyaan dan penderaan. Dengan kata lain perkara-perkara tersebut boleh mendatangkan kemudaratan rumahtangga terutama sekiranya isteri yang menjadi mangsa.

Mengikut akta undang-undang keluarga islam (wilayah persekutuan) 1984 Memperuntukkan bahawa yang dimaksudkan dengan "darar syarie " itu ialah bahaya Yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran atau harta Benda mengikut kebiasaan yang diakui oleh hukum syarak. Perkara-perkara ini Boleh dilihat umpamanya dalam seksyen 52 akta undang-undang keluarga islam 1984 telah menyenaraikan alasan-alasan yang boleh membubarkan perkahwinan Melalui fasakh. Alasan-alasan tersebut bolehlah kita rangkumkan didalamnya empat Aspek utama iaitu : kerana keaiban dan kecacatan suami, kerana suami hilang atau Dipenjarakan, kerana berlaku dharar kepada isteri dan kerana suami tidak Membayar nafkah.

Oleh itu, jelas menunjukkan penceraian fasakh merupakan satu jalan yang terbaik bagi seorang isteri untuk mendapatkan hak mereka dan bebas daripada kezaliman suami dan penderitaan hidupnya selama berumahtangga. Selain itu juga, jelas terbukti bahawa, talak bukan hanya ada pada suami tetapi kuasa penceraian juga dimiliki oleh isteri. Walaupun kuasa talak bagi suami adalah mutlak, namun, islam juga menitikberatkan kaum isteri agar mereka dapat diadili.

Page 14 of 16

LAMPIRAN

Page 15 of 16

RUJUKAN
1. buku pendidikan islam Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (jabatan pengajian politeknik). 2. laman web www.al-azim.com 3. www.tayibah.com/eIslam/fasakh.htm 4. zaharuddin.net 5. harian metro 6. www2.esyariah.gov.my/.../enakmen2011/.../...

Page 16 of 16

You might also like