You are on page 1of 1

Ruj. Kami : JEA5027/100-5/11 Jld.

3 ( ) Tarikh : 31 Oktober 2011 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan (u.p : Encik Arbain Bin Kassim Unit Kewangan SBT) Tuan, PERMOHONAN KELULUSAN KHAS MENGGUNAKAN KHIDMAT LUAR (CONSULTANT) BAGI PROGRAM KHAS INSAN CEMERLANG BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 SM SAINS MUAR Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Muar akan mengadakan Program Khas Insan Cemerlang bagi pelajar tingkatan 4 pada 9 November 2011 bertempat di Sekolah Menengah Sains Muar. Program tersebut akan dikendalikan oleh pihak Golden Minds Consultant. Program ini dijalankan bagi meningkatkan lagi motivasi, keyakinan dan jati diri pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran khususnya dalam peperiksaan SPM 2012. Justifikasi program tersebut perlu dilaksanakan oleh pihak berkenaan adalah kerana beliau pakar di dalam memberikan ceramah berkenaan motivasi diri pelajar dan pengisiannya berkaitan dengan matlamat yang ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan Program Khas Insan Cemerlang, Butiran dan Profail Syarikat, Salinan Sebutharga, Salinan pendaftaran syarikat dan Senarai nama pelajar yang terlibat. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (HJ. SAMIAN BIN SAWIYO) Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Muar Ledang, Johor.

3. 4.

5.

You might also like