You are on page 1of 11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari


Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal
perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam
maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornograIi disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan
rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong
kebebasan bersuara, berIikir dan berpendapat penduduk mereka.
Isi kandungan
|sorokkan|
O 1 Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geograIi
O 2 Perlukah internet dikawal selia
O 3 KlasiIikasi Jenayah siber
O 4 Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
O 5 Kepentingan ekonomi
O 6 Berbeza takriIan jenayah
O 7 Kepentingan ketenteraan
O 8 Sikap manusia
O 9 Kesimpulan
O 10 Lihat juga
sunting] Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi
sempadan geografi
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada
sekarang. Percetakan, teleIon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam
media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan
media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktiI seperti Internet. Ini
membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara
mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.
Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan
permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan
Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972
membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geograIi. Penyebaran buku, majalah dan
surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, inIrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan.
Kesemua Iaktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan
pengawalan maklumat.
Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah
satu platIorm yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik
dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi
dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.
sunting] Perlukah internet dikawal selia
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara
membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan Internet, timbullah
tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.
Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positiI untuk tidak menapis dunia
siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia
dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta
tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan
kesan yang negatiI kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresiI.
Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau
separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman
ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasiI, buta dan tidak
celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin
merosakkan Iikiran orang awam.
Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika
adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan
Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaan masih
ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan
rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai
akan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain.
Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada
masyarakat dan tamadun ?
sunting] Klasifikasi 1enayah siber
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah.
Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya.
Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan
teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. PornograIi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras
dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah
berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara
beberapa Iaktor yang dikenal pasti ialah
1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takriIan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"
sunting] Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan?
Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak
tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana
mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan
ancaman Iizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa,
bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah
golongan berpengetahuan ataupun proIesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin
proIesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau
intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.
Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank
serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah proIesional. Manakala, pihak universiti
menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa
pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.
Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk
membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal
mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang
perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain
secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan teleIon dengan
menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.
sunting] Kepentingan ekonomi
E-commerce dan K ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang
sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam
urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K-
ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat
terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar.
Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan
seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat
teknologi bertaraI dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh
aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ia terdiri daripada
sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian
pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.
Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah
senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill oI Guarantees) yang antara jaminannya ialah
tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama
contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis
internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan
bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang
jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber
Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan
perjuangan mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan
Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang
penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang
menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga
menggunakan komunikasi internet.
sunting] Berbeza takrifan jenayah
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu
marilah kita lihat terlebih dengan deIinisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud
aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan
segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala
aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, deIinisi yang lebih baik dan komprehensiI telah dibuat oleh Mr Donn B.
Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International
di Menlo Park, CaliIornia. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan
yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan
mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi deIinisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah
komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi
komputer digunakan untuk merealisasikannya.
Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takriIan jenayah siber antara negara. Bagi
negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan
jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh
hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada
keselamatan dan perdagangan. Berbagai bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan
dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker
dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takriIan yang berbeza ini sukar untuk
dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis
internet terpaksa merelakan jenayah ini.
sunting] Kepentingan ketenteraan
Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan
keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian
maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini
mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines Ior the
Security oI InIormation Systems and Networks: Towards A Culture oI Security. Sesetengah
negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber
dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11
September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian
Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer,
penggodaman, dan ancaman lain.
'Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun
keselamatan negara lebih sukar untuk diurus, kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa
ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan
sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan
dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.
Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan
Iizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan
menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan
berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang
diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang
balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh
sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker
ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang
undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila
masaalah ini akan selesai.
sunting] Sikap manusia
Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan
seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh
manusia yang mempunyai kelakuan yang negatiI. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-
suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja
ataupun dalam lengkongan 20 an. 'Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga
tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan
golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan Iaktor utama ketidakstabilan.
LeItenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat
menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada
Februari 1997.
Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berIikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan
teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000,
pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan,
dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan
tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika
Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang
juvenil dari Cloverdale, CaliIornia, dan beberapa orang penduduk Israel.
Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka
ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi
dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk
menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang
semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.
"Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata
Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu,
teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan
penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar
dijejak."
Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetiI
dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negatiI.
sunting] Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi
kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan
beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita
sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita
kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita
dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan
perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa
saja perisian keselamatan yang lain.
Kaedah canggih kesan jenayah
Jan 2010 (Utusan Malaysia)
DUA contoh tersebut adalah antara kes biasa daripada beratus-ratus jenayah siber yang berlaku di negara ini.
Ini belum lagi jenayah siber yang melibat perbankan seperti kad kredit, menggodam laman web (sesawang) atau
mewujudkan perang siber.
Jika dahulu penjenayah perlu hadir di tempat kejadian tetapi kini penjenayah boleh melakukan jenayah walaupun
tidak berada di lokasi.
Justeru jika terdapat pakar Iorensik di hospital untuk menyelesaikan kes pembunuhan, rogol atau culik begitu juga
dengan dunia siber.
Bagi kes jenayah siber, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu
CyberSecurity Malaysia diberikan peranan yang besar bagi menanganinya.
Ketua Pegawai EksekutiI CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. (B) Husin Jazri berkata, Cyber Forensics yang biasanya
digunakan adalah merujuk kepada Forensik Digital.
"Forensik Digital adalah aplikasi kaedah saintiIik dalam pemeriksaan dan analisis, yang dilakukan ke atas bahan
storan digital yang terlibat dalam siasatan kes jenayah atau sivil.
"Hasil penganalisaan tadi akan digunakan untuk dijadikan bahan bukti digital yang boleh digunapakai di
mahkamah," katanya.
Biasanya menurut Husin, golongan yang sering terdedah kepada jenayah siber adalah mereka tidak mendapat
pendedahan serta pengetahuannya.
Selain itu mereka yang tidak mengambil berat aspek keselamatan terhadap sistem komputer mereka juga merupakan
golongan yang berisiko.
"Biasanya mereka ini melibatkan diri dalam laman rangkaian sosial seperti Iacebook.com, Iriendster.com,
tagged.com dan myspace.com.
"Di sini, mereka yang kurang pengetahuan mengenai sistem komputer mempunyai risiko tinggi menjadi mangsa
kepada jenayah komputer dan jenayah berkaitan dengan dengannya," katanya.
Justeru CyberSecurity Malaysia berperanan memberikan bantuan dari aspek teknikal kepada pihak berkuasa
tempatan dalam menjalankan analisis terhadap bahan bukti digital seperti komputer, teleIon bimbit dan pemain
digital mudah alih.
Husin berkata, CyberSecurity Malaysia berkebolehan untuk menganalisis sebarang jenis media storan digital dan
sentiasa berusaha untuk memahami apa yang berlaku atau apa yang disimpan di dalamnya.
kursus dan latihan
CyberSecurity Malaysia juga telah membantu dari segi memberikan kursus dan latihan mengenai Iorensik digital
kepada pegawai-pegawai penguatkuasa kerajaan dan juga membantu Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan
(ILKAP) dalam modul keselamatan siber.
Selain itu CyberSecurity Malaysia juga terlibat dalam memberikan ceramah berkaitan Iorensik digital di institut
pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
Ini termasuk juga memberikan penerangan di program kesedaran yang berkaitan dengan ancaman siber kepada
orang awam.
CyberSecurity Malaysia berperanan memberikan bantuan dari aspek teknikal kepada pihak berkuasa tempatan.
Antara jenayah siber yang biasa ditangani terdiri dari penipuan internet, laman web skim cepat kaya, pemalsuan
dokumen, penyalahgunaan laman blog untuk menyebarkan Iitnah atau hasutan, penyebaran video dan gambar lucah,
perisian cetak rompak, kecurian identiti atas talian, atau pencerobohan terhadap sistem maklumat.
Bagaimanapun CyberSecurity Malaysia tidak mengumpul statistik jenayah siber kerana hanya pihak penguatkuasa
yang menyimpan rekod jenayah siber.
"Pihak kami hanya menyimpan maklumat dan statistik bagi insiden-insiden yang dirujuk kepada kami melalui Pusat
Bantuan Cyber999 dan juga makmal Iorensik digital sahaja.
"Bagi tahun ini, setakat 30 November 2009, CyberSecurity Malaysia telah membantu pihak berkuasa menganalisis
sebanyak 338 kes Iorensik digital, berbanding 298 kes sepanjang tahun 2008," katanya.
Seperti yang disebutkan, CyberSecurity Malaysia berperanan memberikan bantuan dari aspek teknikal kepada pihak
berkuasa tempatan.
Bantuan dari segi kajian dan analisis Iorensik digital merupakan sebahagian sahaja daripada rangkaian nilai dan
proses penyelesaian jenayah siber.
Kebanyakan jenayah di alam siber juga merupakan jenayah di alam nyata, oleh itu undang-undang sedia ada boleh
digunakan dan masih digunakan untuk mendakwa pesalah di alam siber.
Sebagai contoh, kita lihat kes-kes hasutan yang biasanya dilakukan di alam nyata, tetapi kini hasutan mula
disebarkan melalui alam siber.
Bagaimanapun, Akta Hasutan 1948 tetap digunakan sama ada kesalahan hasutan itu dilakukan melalui alam siber
ataupun tidak. (Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk
menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut.)
Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah).
Ada juga undang-undang yang dirangka khas untuk mengendalikan kes-kes berkaitan alam siber seperti Computer
Crime Act 1997 atau Akta Jenayah Komputer 1997 dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
melengkapkan diri
Akhir sekali Husin berpesan, pengguna hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan peraturan
semasa berada di alam siber.
Sebarang petua mengenai keselamatan internet dan siber, para pengguna Internet disarankan supaya mengunjungi
laman web www.cybersaIe.my - yang dibangunkan khusus oleh CyberSecurity Malaysia dalam meningkatkan
kesedaran keselamatan Internet dan siber di kalangan rakyat Malaysia.
Pengguna yang ragu-ragu terhadap sesuatu laman web boleh merujuk kepada CyberSecurity Malaysia di URL
http://www.cybersecurity.my dan hendaklah merujuk insiden yang dialami kepada khidmat Pusat Bantuan
Cyber999cybersecurity.my
"Jangan terlibat dengan sebarang bentuk jenayah dan jenayah alam siber adalah sama dengan jenayah yang lain.
"Jika jenayah di alam nyata meninggalkan kesan DNA, penjenayah siber pula meninggalkan jejak bukti digital,"
katanya.
Orang awam juga boleh mendapatkan sebarang maklumat mengenai ancaman siber di laman web CyberSecurity
Malaysia atau menghubungi perkhidmatan Pusat Bantuan Cyber999 jika terdapat sebarang keraguan dan ancaman
siber dari masa ke semasa.
Pusat Bantuan Cyber999 yang beroperasi 24 jam sehari boleh dihubungi melalui e-mel:
cyber999cybersecurity.my atau teleIon 1-300-88-2999 ataupun melalui laporan atas talian di laman web
www.cybersecurity.my dan www.mycert.org.my ataupun melalui pesanan ringkas (SMS) ke nombor 019-2813801
atau Iaks ke nombor 03-8945 3442.
#amai tak peka risiko jenayah siber
28 March 2009 (Berita Harian)
Pengguna internet hari ini turut jadi mangsa peras ugut, bunuh
KECANGGIHAN teknologi bukan sekadar memudahkan urusan seharian, ia turut membawa kesan yang perlu
dibayar dengan harga mahal.
Tidak ramai tahu perbandingan nisbah kebarangkalian jenayah siber kini pada tahap 1:5 berbanding jenayah pecah
rumah hanya 1:30. Sememangnya membimbangkan, namun ia tidak diberikan perhatian sepatutnya atas alasan kita
tidak melihat penjenayah siber. Tanpa kita sedar peningkatan mendadak jumlah pengguna ruang siber yang
berinteraksi di laman sosial seperti Facebook, Friendster dan Twitter sebenarnya antara punca meningkatkan lagi
risiko menjadi mangsa jenayah siber.
Mengikut statistik Symantec Norton Security Response, syarikat yang menawarkan perlindungan, penyimpanan dan
pengurusan sistem penyelesaian komputer global, jenayah siber berlaku setiap 0.25 saat di seluruh dunia yang
meliputi peras ugut, ancaman virus, angkara penggodam, phising, jangkitan anti-spyware dan malware.
Pengguna ruang siber kini bergantung kepada teknologi untuk membolehkan mereka berkongsi Iail, Ioto dan muzik
pada bila-bila masa daripada sebarang alat telekomunikasi.
Masalah mula timbul apabila kecenderungan pengguna mengejar kepantasan teknologi siber tidak setara dengan
kesedaran untuk melindunginya daripada diceroboh penjenayah siber.
Kelemahan ini ditambah dengan jangkaan peningkatan penggunaan smartphone yang menguasai hampir separuh
jualan teleIon mudah alih dunia seperti Android, iPhone dan iPad pada 2013.
Hakikatnya, dalam masa empat minit saja selepas dihubungkan ke internet, sebuah komputer peribadi yang tidak
berperisai akan dijangkiti virus dengan mudah.
Malah, setiap tiga saat pengguna laman siber akan hilang kata laluan, maklumat kad kredit, maklumat bank dan
pelbagai maklumat lain.
Ketua Perniagaan Norton (Rantau Asia Selatan), EIIendy Ibrahim, berkata pemantauan aktiviti internet yang
dilakukan baru-baru ini menyerlahkan, dalam masa 24 jam selepas kejadian tsunami di Chile dan gempa bumi di
Haiti, pelbagai laman web bertujuan mengutip derma dibangunkan, sedangkan laman web ini mengandungi banyak
perisian palsu yang cuba memporak-perandakan dan mencuri data peribadi pengguna ruang siber.
"Insiden terbaru berlaku di Jakarta, Indonesia dan masih dalam siasatan membabitkan seorang gadis yang
berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook diajak bertemu atas alasan lelaki itu sakit tenat.
"Atas dasar simpati, gadis itu bersetuju dan pergi ke tempat yang dijanjikan. Malangnya selepas gagal
memperkosanya, dia membunuh gadis itu.
"Dek ghairah dan mudahnya mendapat ramai kawan tanpa perlu bertentang mata di laman sosial, ternyata menarik
pengguna ruang siber untuk terus berkomunikasi menggunakan pengantara ini sehingga terlalu selesa dan percaya
untuk berkongsi maklumat peribadi, Ioto, video dan data," katanya yang mengakui pengguna internet lebih ramai
kawan di laman sosial berbanding di alam nyata.
Sementara itu, Ketua Perbankan Virtual Maybank, Choong Wai Hong, berkata 1,200 kes penipuan perbankan
internet dikesan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lalu yang merangkumi 0.003 peratus daripada jumlah nilai
transaksi membabitkan RM348.5 bilion, membabitkan kerugian RM1 juta.
Beliau berkata, walaupun peratusan kerugian masih rendah berbanding jenayah kewangan lain, ancaman itu tidak
harus dipandang rendah.
"Kita perlu melihatnya dari perspektiI lebih meluas dengan bilangan pelanggan perbankan internet semakin
meningkat, oleh itu kami perlu mengimbanginya dengan menjadi lebih peka kepada segala bentuk ancaman,"
katanya.
Mengikut pengalaman Maybank, katanya, 72 peratus jenayah siber yang dilapor membabitkan kecuaian pelanggan
seperti mendedahkan kata laluan dan maklumat peribadi secara sedar.
Untuk mengatasinya, Maybank menjalin usaha sama dengan Iirma keselamatan bagi mengesan secara proaktiI serta
menangani kes penipuan, menjalin kerjasama rapat sesama bank, meningkatkan perkhidmatan keselamatan dan
bekerjasama dengan polis, selain menganjurkan kempen kesedaran awam.
Cybersecurity, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengakui isu keselamatan yang dihadapi
pengguna komputer dan internet meningkat berikutan penggunaan teknologi jalur lebar yang bertambah.
"Lebih 700 kes dilaporkan kepada Cyber999 sehingga Februari tahun ini manakala sepanjang tahun lalu mencecah
3,600 kes," kata Ketua Pusat Bantuan Tindak Balas Kecemasan Komputer MyCert dan Cyber999, Adli Abdul
Wahid.
Beliau berkata, dalam tempoh tiga bulan, MyCert mengesan 75 serangan virus melalui komputer atau e-mel.
Walaupun jumlah itu mungkin kecil, impak buruknya mampu menjangkiti 1.6 juta komputer di Malaysia.
INFO
Jenayah siber
-Nisbah kebarangkalian jenayah siber kini pada tahap 1:5 berbanding jenayah pecah rumah hanya 1:30.
-Jenayah siber berlaku setiap 0.25 saat di seluruh dunia yang meliputi peras ugut, ancaman virus, angkara
penggodam, phising, jangkitan anti-spyware dan malware.
-Setiap tiga saat pengguna laman siber akan hilang kata laluan, maklumat kad kredit, maklumat bank dan pelbagai
maklumat lain.
-1,200 kes penipuan perbankan internet dikesan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lalu yang merangkumi
0.003 peratus daripada jumlah nilai transaksi membabitkan RM348.5 bilion, membabitkan kerugian RM1 juta.
Berikut ini adalah 7 jenayah cyber terbesar di dunia, meskipun nama-nama pelaku adalah nama samaran, tapi mereka nyata adanya.

1. Kodiak
Tahun 1994, Kodiak mengakses akaun dari beberapa pelanggan perusahaan besar pada bank utama dan mentransfer dana ke akaun yang telah disiapkan oleh kaki tangan
mereka di Finland, Amerika Syarikat, Jerman, srael dan nggris. Dalam tahun 2005, dia dijatuhi hukuman dan dipenjara selama tiga tahun. Diperkirakan Kodiak telah mencuri
sebanyak 10,7 juta dollar.

2. Don Fanucci
Di usia 15 tahun, Don Fanucci melakukan suatu rangkaian serangan pada bulan Februari 2000 terhadap beberapa website komersial ber-traffick tinggi. Dia dihukum tahanan
rumah di tempat tinggalnya, Montreal, Quebec, pada 12 September 2001 selama lapan bulan dengan penjagaan terbuka, satu tahun masa percubaan, pembatasan pemakaian
nternet, dan denda. Kerosakan ekonomi secara global sebagai akibat serangan-serangannya itu diyakini mencapai 7,5 juta hingga 1,2 billion dollar.

3. Pox
Salah seorang pencipta virus e-mail "Love Bug (i love you), Pox, diduga telah menginfeksi dan melumpuhkan lebih dari 50 juta komputer dan jaringan pada 4 Mei 2000. Virus
tersebut juga menyerang komputer-komputer milik Pentagon, CA dan organisasi-organisasi besar lainnya dan menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar akibat kerosakan-
kerosakan. Kerana filipina tidak mempunyai undang-undang yang melawan kejahatan hacking komputer, Fox tidak pernah didakwa atas kejahatan-kejahatannya.

4. Mishkal
Mishkal dituduh sebagai salah satu godfather pemalsu kad kredit di Eropah Timur. Dia dan rakan-rakannya dituduh memproduksi secara massal kad kredit palsu. Pada satu
ketika, mereka dilaporkan memiliki pendapatan hingga 100.000 dollar per hari. Dia ditangkap namun kemudian dibebaskan setelah enam bulan ditahan, dan dengan segera
dicarikan kedudukan di pemerintahan Ukraine sebuah kedudukan yang akan memberikan kepadanya kekebalan automatik dari penuntutan mahkamah lebih lanjut.

5. The Wiz dan Piotrek
The Wiz, 23 tahun, dan Piotrek, 27 tahun, dari Chelyabinsk, Rusia, dihukum untuk sejumlah tuntutan komplot pelbagai kejahatan komputer, dan penipuan melawan lembaga-
lembaga kewangan di Seattle, Los Angeles dan Texas. Di antaranya, mereka mencuri database dari sekitar 50.000 kad kredit. Keduanya didenda dan dihukum tiga tahun
penjara.

6. Roper, Red_Skwyre, dan Dragov
Tiga orang ini adalah dalang dari jaringan kejahatan dunia maya dengan memeras wang dari bank-bank, Kasino-kasino internet, dan pelbagai bisnes web lainnya. Strategi
mereka sederhana, yakni meng-hack dan menahan proses transaksi akaun untuk sebuah tebusan sebanyak 40.000 dollar. Didakwa menyebabkan kerosakan langsung lebih
dari 2 juta poundsterling dan kerosakan-kerosakan tidak langsung sekitar 40 juta poundsterling. Dalam bulan Oktober 2007, trio itu dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman
lapan tahun penjara.

7. Bandit
Bandit memanipulasi kira-kira 500.000 komputer dan menyewakannya untuk aktiviti kejahatan. Dia ditangkap pada bulan November 2005 dalam sebuah operasi FB, dan
dihukum 60 bulan penjara, dan diperintahkan untuk menyerahkan sebuah kereta mewahnya berharga 58.000 dollar yang berasal dari hasil kejahatannya. Dia juga
diperintahkan untuk membayar 15.000 dollar sebagai ganti rugi kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk komputer-komputer tentera yang terinfeksi virus.
hLLp//wwwohsensaslcom/2011/04/7[enayahcyberLerbesardldunlahLml

You might also like