You are on page 1of 3

KEGAGALAN YANG UNGGUL

Bill Gates, pencipta dan presiden kepada Microsoft, telah mengubah cara bekerja dalam abad ke-21, dengan mempermudahkan cara computer digunakan. Dia telah menjadi orang terkaya dunia lebih daripada 10 tahun. Tetapi, pada tahun 1970, beliau hanyalah seorang mahasiswa tercicir dari Harvard University. Perkara yang memelikkan adalah beliau memulakan syarikat perisian computer (yang sekarang dikenali sebagai Microsoft) dengan membeli teknologi perisian daripada seseorang hanya pada harga $50 dollar pada masa itu. Abraham Lincoln hanya memperolehi pengajian formal selama 5 tahun dalam hidup beliau. Dalam kehidupan beliau, beliau memasuki arena politik dan mengalami 12 kegagalan besar sebelum akhirnya terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-16. Isaac Newton adalah seorang ahli matematik English yang terunggul dalam generasi beliau. Kajian beliau dalam bidang optik dan graviti membuatkan beliau sebagai seorang ahli matematik yang terunggul dan dikenali dunia. Ramai menyangka bahawa beliau dilahirkan sebagai seorang genius, tetapi tidak kerana ketika beliau masih kecil, pencapaian beliau di sekolah sangat teruk sehingga cikgu-cikgu beliau tidak tahu bagaimana untuk membaiki pencapaian beliau. Ludwig van Beethoven, seorang komposer musik klasikal dari Jerman, terkenal sebagai salah seorang komposer terhebat dalam sejarah. Reputasi beliau telah memberi semangat dan selalunya memaksa komposer-komposer, ahli musik dan peminat untuk berjumpa dengannya. Sebelum bermulanya kerjaya beliau, guru muzik pernah memberitahu bahawa beliau sangat tak berguna untuk menjadi seorang komposer. Dalam tempoh kerjayanya, beliau telah kehilangan pendengaran akan tetapi tetap dapat menghasilkan muzik yang terunggul orang pekak menulis muzik, hebat kan! Thomas Edison adalah seorang pencipta yang telah berjaya mereka pelbagai alat-alat kegunaan yang mengubah cara hidup pada abad ke-20. Edison dikenali sebagai seorang pencipta yang berprofil tinggi dalam sejarah manusia, memegang rekod 1,093 paten ciptaan yang diiktiraf Amerika Syarikat atas nama beliau. Semasa kecil, guru beliau memberitahu bahawa beliau terlalu bodoh untuk belajar apa sahaja. Ketika beliau mula berdikari dan mencuba nasib, beliau telah melakukan 9,000 eksperimen sebelum akhirnya berjaya mencipta mentol lampu yang pertama. Michael Jordan adalah seorang pemain bola keranjang yang terunggul yang dunia ketahui. Seorang atlet yang luar biasa dengan kombinasi unik kehormatan, kelajuan, kekuatan, keupayaan untuk mengubah kepada yang terbaik dan semangat berjuang yang tidak pernah kering. Jordan telah berjaya memberi maksud Bintang NBA yang baru. Sebelum menyertai NBA, Jordan hanyalah seorang yang biasa, sangat biasa sehingga beliau dikeluarkan dari kumpulan bola keranjang sekolah tinggi kerana kekurangan upaya bermain.

Walter Disney adalah seorang pembikin filem, pengarah, penulis skrip, pelakon suara dan pelukis dari Amerika. Juga dikenali sebagai pembikin filem gambar bergerak, Disney menubuhkan sebuah syarikat produksi yang dikenali sebagai The Walt Disney Company, memperoleh purata pendapatan sebanyak $30 billion dollars setiap tahun. Disney memulakan bisnes beliau dari garaj rumahnya dan hasil kartun terbitannya yang pertama menyebabkan beliau bankrap. Ketika temu-bual bersama media yang pertama bersama Disney, seorang penulis akhbar mentertawakannya kerana ketiadaan idea yang bernas dalam produksi filem yang dihasilkan oleh Disney. Winston Churchill gagal persekolahan gred 6. Walaubagaimanapun, hal tersebut tidak menghalang beliau untuk mencuba lebih gigih! Beliau bangkit dan berjaya menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom pada era Perang Dunia Kedua. Churchill dikenali sebagai salah seorang pemimpin yang penting dalam sejarah Britain dan dunia. Dalam satu pemilihan yang dilakukan oleh BBC pada tahun 2002 untuk mengenal pasti 100 Greatest Britons, peserta telah mengundi Churchill sebagai seorang yang paling penting. Steven Spielberg adalah seorang pengarah filem. Beliau telah memenangi 3 Academy Awards dan dinobatkan sebagai salah seorang pembikin filem yang berjaya dalam sejarah. Pada zaman kanak-kanak, Spielberg telah ditendang keluar dari sekolah menengah. Beliau telah dipaksa untuk kembali bersekolah dan telah ditempatkan di kelas pemulihan. Sempat bertahan hanya sebulan dan kemudian dikeluarkan dari sekolah selama-lamanya. Albert Einstein adalah seorang ahli teori fizik yang diketahui ramai sebagai saintis yang paling penting pada abad ke-20. Beliau dinobat Pemenang Anugerah Nobel dalam Fizik 1921 atas huraian beliau mengenai kesan fotoelektrik pada tahun 1905 dan atas sumbangannya kepada Teori Fizik. Akan tetapi, ketika masih kecil, ibu-bapanya menganggap Einstein seorang yang terencat akal. Pencapaian sekolahnya sangat teruk sehingga guru meminta beliau untuk berhenti bersekolah, Einstein, awak tidak berguna Novel pertama John Grisham telah ditolak oleh 16 agen dan 12 syarikat pencetakan. Beliau terus menulis sehingga akhirnya dikenali sebagai seorang novelis dan penulis berdasarkan penulisan beliau mengenai drama perundangan moden. Media massa mengistiharkan beliau sebagai seorang penulis buku terunggul pada abad ke-21. 2 automobil ciptaan Henry Ford yang dikeluarkan oleh syarikatnya gagal. Tapi itu tidak menghalang beliau untuk menubuhkan Ford Motor Company dan menjadi yang pertama di dunia dalam mengamalkan konsep assembly line manufacturing untuk

memasarkan kenderaan (kereta) yang mampu dimiliki ramai. Bukan sahaja beliau telah merevolusikan industri pemasaran kereta di Amerika Syarikat dan Eropah, akan tetapi juga telah member impak yang besar kepada ekonomi dan masyarakat pada abad ke-20. Gabungan produksi besar-besaran, gaji yang lumayan dan harga yang rendah kepada pelanggan telah mencetus kepada satu pengajian pengurusan yang dikenali sebagai Fordism. Beliau adalah salah seorang daripada 3 ahli perniagaan yang paling terkenal dan terkaya di dunia pada zaman beliau. Soichiro Honda telah ditolak oleh Toyota Motor Corporation dalam satu temuduga kerja sebagai jurutera selepas Perang Dunia Kedua. Beliau tidak mempunyai pekerjaan sehinggalah jiran beliau mula membeli home-made scooters keluaran beliau. Sejak itu, beliau mula membuka syarikat sendiri, dikenali sebagai Honda. Sekarang, syarikat Honda telah pesat membangun dan menjadi pengeluar motosikal terbesar dunia dan pengeluar kereta yang paling menguntungkan mengalahkan pengeluar gergasi seperti GM dan Chrysler. Dengan rangkaian global lebih daripada 437 cawangan, Honda membangun, mengeluar dan memasarkan pelbagai jenis produk merangkumi enginpelbagai-guna kecil dan scooters hinggalah kepada keluaran kereta sukan yang terkenal. Keluaran pertama Akio Morita, penubuh syarikat barangan eletrik rumah terbesar iaitu Sony Corporation, adalah sebuah periuk nasi eletrik yang hanya berjaya dijual pada 100 unit (kerana ianya membakar nasi, bukan memasak). Sekarang, Sony memperolehi keuntungan $66 billion dan adalah sebuah syarikat yang ke-6 terbesar yang memasarkan produk eletronik dan eletrik.

SESIAPAPUN MAMPU BERJAYA JIKA ADA KEINGINAN DAN USAHA~ GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMANYA~ SEMUANYA BERMULA DARI DLM DIRI ANDA

SEMOGA KEJAYAAN BERSAMA ANDA

You might also like