You are on page 1of 1

Tips Isu dan trenda dalam pendidikan khas Set 1 13.

Dlm konvensyen mengenai hak kanak-kanak 1989, ianya merumuskan bahawa seorang kanakkanak kurang upaya mempunyai hak2 ? Terangkan hak2 tersebut. Hak asasi kanak-kanak disentuh dalam beberapa perkara seperti perkara 2,3,6,13,18,19,23,28,29,30,32,34

- HAK SETIAP KANAK-KANAK 1) Tinggal dalam komuniti dan persekitaran yang aman damai - Contohnya dalam perkara 30, konvensyen ini menyatakan bahawa dalam Negara ini di mana wujudnya minoriti,etnik,agama atau linguistik dan orang-orang yang asal usulnya ialah penduduk asli,ssorang yang tergolong dalam minoriti sedemikian atau ialah orang asli : a) tidak boleh dinafikan hak,dalam komuniti dengan anggota kumpulannya yang lain b) mempunyai hak untuk menikmati kebudayaanya sendiri 2) Mendapat pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri - Contohnya dalam perkara 28, konvensyen ini menyatakan bahawa negara-negara pihak perlu mengiktiraf hak kanak kanak kepada pendidikan dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-perinkat dan atas dasar peluang yang sama ,mereka hendaklah secara khusus a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua 3) Mempunyi keluarga yang akan menjaga dan menyayangi - Contohnya dalam perkara 18, konvensyen ini menyatakan bahawa negara-negara pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. - Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. - Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas. 4) Untuk dilindungi daripada penderaan ,eksploitasi ,kecuaian,keganasan,bahaya. - Contohnya dalam perkara 19, konvensyen ini menyatakan bahawa Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah perundangan,pentadbiran,sosial dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak kanak daripada semua bentuk keganasan samada berbentuk a) Fizikal b) Mental c) Penderaan d) Pelakuan cuaian e) kecederaan 5) Untuk berupaya mengekspresi pandangan saya sendiri - Contohnya dalam perkara 13, konvensyen ini menyatakan bahawa kanak-kanak hendaklah berhak kepada kebebasan bersuara ,hak ini hendaklah termasuk kebebasan untuk a) Mencari ,menerima dan menyampaikan semua jenis maklumat dan idea b) Menyampaikan pandangan tanpa sempadan,sama ada secara lisan ,bertuilis atau cetakan

You might also like