You are on page 1of 4

Membudayakan al-Quran di kalangan

kanak-kanak
Oleh ZUARIDA MOHYIN

BERTADARUS al-Quran acap kali tiba bulan Ramadan


merupakan sesuatu yang lumrah. Boleh dikatakan
penganjuran program tadarus tidak terbatas di masjid-masjid
dan surau-surau malah tidak ketinggalan di pejabat-pejabat,
pertubuhan serta persatuan Islam. Kanak-Kanak bertadarus al-Quran di Masjid
Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, Setapak,
Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kebiasaannya ia dilaksanakan secara formal mahupun
sekadar memenuhi bulan mulia ini dengan aktiviti berfaedah.

Sesungguhnya kelebihan mereka yang selalu membacakan al-Quran tidak dapat disangkal lagi.

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, katanya yang bermaksud: Bersabda Rasulullah
s.a.w., Barang siapa membaca satu huruf Kitab Allah, memperoleh satu kebajikan. Saya tidak
mengatakan Alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu
huruf.” (riwayat al-Tirmizi)

Melihat kebajikan pahalanya yang tidak terhitung itulah, maka amalan mulia ini tekun dilakukan
oleh para sahabat, para salaf sehinggalah diteruskan ke zaman sekarang, apatah lagi pada bulan
Ramadan.

Semua ini dengan matlamat untuk mencapai kelebihan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dan
jaminan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. serta berusaha keras untuk memperoleh
keberkatan-Nya.

Lantaran itu apabila Ramadan menjelma, apa yang paling ketara dilakukan di kalangan
masyarakat Islam ialah kesungguhan mereka untuk mengkhatamkan al-Quran sama ada sekali
ataupun berkali-kali dalam tempoh sebulan Ramadan itu. Kemudian kemenangan mereka itu
diakhiri dengan mengadakan majlis khatam al-Quran dan doa selamat.

Hakikatnya, kewujudan majlis-majlis tadarus terutamanya pada bulan Ramadan wajar diberi
galakan dan pujian. Ini kerana bulan Ramadan sarat dengan keistimewaannya dan salah satu
daripadanya ialah Allah s.w.t. menurunkan al-Quran iaitu pada Lailatul qadar.

Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya
(al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam
kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan al-Roh
(Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan
sampai terbit fajar.
Di samping itu juga al-Quran diturunkan sebagai hidayah, panduan dan pedoman dalam
kehidupan umat manusia. Ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 185, Allah berfirman yang
bermaksud: (Beberapa hari yang ditentukan itu) bulan Ramadan, bulan yang di dalam diturunkan
(permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai
petunjuk itu...

Bertepatan dengan bulan Ramadan iaitu bulan penuh kemuliaan dan keistimewaan ini, Masjid
Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur tidak melepaskan tanggungjawab
dengan menganjurkan pelbagai program sepanjang Ramadan dan salah satu kemestian ialah
program Tadarus al-Quran.

Celik al-Quran

Menyedari kepentingan melahirkan generasi Muslim yang celik al-Quran, sekali gus
merealisasikan usaha membudayakan al-Quran terutamanya di kalangan generasi muda,
jawatankuasa masjid terpanggil untuk membuka peluang penyertaan kanak-kanak peringkat
sekolah rendah dan menengah dengan diletakkan di bawah kategori remaja. Malah usaha ini
telah dimulakan sejak penubuhan masjid iaitu pada September 2005.

Kesungguhan ini diperkukuhkan dalam hadis Abu Hurairah r.a katanya yang bermaksud: “Suatu
ketika Rasulullah mahu mengutuskan sekumpulan utusan yang agak ramai. Baginda telah
meminta mereka membaca. Baginda meminta setiap orang membaca iaitu membaca al-Quran
yang mereka hafal. Lalu Baginda bertemu dengan seorang lelaki yang paling muda usianya di
kalangan anggota utusan itu dan Baginda bersabda: “Apakah yang ada bersamamu wahai fulan?”
Jawab pemuda itu: “Saya hafal ini dan ini serta surah al-Baqarah”. Baginda bertanya: “Apakah
benar anda menghafal surah al-Baqarah?” Lelaki itu menjawab: “Ya”. Baginda bersabda:
“Berangkatlah dan engkau adalah ketua mereka”. (Riwayat al-Tirmizi)

Ketua Imam merangkap Setiausaha Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Nor Mohd. Faisal Md. Ariffin
berkata, sejak dianjurkan dari tahun pertama hinggalah kali ketiga, sambutan yang diterima amat
menggalakkan.

Boleh dikatakan penyertaan untuk kedua-dua kategori (dewasa dan remaja) melebihi 60 orang
setiap tahun. Mereka ini berusia di antara sembilan hingga 70 tahun.

“Mungkin mengadakan tadarus tidak asing di masjid dan surau lain tetapi penyertaan berterusan
dan tidak berbelah bahagi di kalangan remaja (sekolah rendah dan menengah) di masjid ini
merupakan satu petanda positif bahawa usaha membawa ke arah generasi al-Quran akan
tercapai, insya-Allah.

“Kami juga membuka penyertaan daripada warga asing memandangkan lokasi masjid yang
berhampiran dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bertaraf antarabangsa.

“Oleh itu, kami mempunyai satu kumpulan tadarus yang hanya diwakili oleh para peserta dari
Timur Tengah seramai lebih kurang 20 orang,” jelas beliau dalam pertemuan dengan Mega, baru-
baru ini.
Tambah Nor Mohd. Faisal, 32, pada Ramadan kali ini penyertaan daripada kalangan golongan
remaja adalah sekitar 10 hingga 15 orang antara usia sembilan hingga 15 tahun.

Para peserta adalah anak-anak kariah masjid. Mereka akan solat Isyak diikuti solat tarawih
sebelum memulakan bacaan tadarus pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam.

Sehingga kini, kata beliau, kehadiran mereka sentiasa penuh. Ini jelas membuktikan
kesungguhan dan minat mendalam mereka kepada pembacaan al-Quran.

Sungguhpun, tujuan kehadiran mereka sekadar ikutan namun tidak mustahil amalan baik ini
menjadi kebiasaan. Bak kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa.’

“Semoga anak-anak ini mendapat keberkatan daripada mukjizat al-Quran itu. Malah pembacaan
secara istiqamah sepanjang Ramadan ini diharap menyuntik semangat agar amalan ini diteruskan
walaupun selepas mereka meninggalkan bulan penuh kemuliaan ini,” katanya.

Selain itu, pendedahan awal ini sekurang-kurangnya memberi kesempatan kepada peserta muda
ini dengan ilmu atau teknik berkaitan pembacaan dan serba sedikit soal tajwid.

“Namun yang paling penting program tadarus ini dapat menanamkan perasaan cinta kepada al-
Quran,” katanya selepas menamatkan sesi fotografi.

Masjid yang mula digunakan untuk solat Jumaat pada 16 September 2005 ini dilengkapi
bangunan dewan, bangunan sekolah agama dan kemudahan asas, menepati dengan keperluan
semasanya sebagai pusat ibadat dan perkembangan ilmu.

Pada Ramadan ini, kata Nor Mohd. Faisal, masjid tersebut turut mengadakan solat tarawih
dengan menjemput imam-imam dari Asia Barat seperti dari Iraq, Maghribi, Somalia dan negara-
negara Arab yang lain.

Pun begitu imam-imam tempatan tidak dipinggirkan.

Satu lagi kelainan di masjid ini ialah tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Arab dan pada
masa yang sama diterjemahkan oleh beliau sendiri.

Tazkirah ini diadakan pada malam-malam tertentu oleh Prof. Dr. Abdul Razak As-Saadi dari
Iraq.

Topik-topik yang diperdengarkan adalah berkisar tentang Ramadan. Lebih membanggakan, ia


sentiasa mendapat tumpuan jemaah sehingga 200 orang pada satu-satu masa.

Di samping itu, masjid turut diimarahkan dengan bacaan tahlil arwah selepas solat tarawih,
pemberian bubur lambuk yang diedarkan pada setiap petang serta jamuan moreh pada setiap
malam.
Katanya lagi, pada malam 27 Ramadan akan diadakan acara kemuncak iaitu dengan
menganjurkan majlis khatam tadarus al-Quran, pemberian sumbangan anak-anak yatim dari
kariah Taman Melati dan penyampaian sumbangan kepada petugas-petugas pada bulan
Ramadan.

You might also like