You are on page 1of 4

1.

0 Definisi Komunikasi, Bahasa,


dan Pertuturan

1.1 Definisi Komunikasi

Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem
simbol yang sama. Komunikasi juga salah satu disiplin akademik. Bentuk biasa
komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan
broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak
disengajakan. a juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan. Jenis-jenis komunikasi
terbahagi 2, iaitu Verbal (lisan) dan Non Verbal (bukan lisan).

Byrnes (1975), mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses interaksi
kalangan masyarakat. Proses interaksi ini akan mewujudkan aktiviti-aktiviti seperti
pertukaran pendapat, maklumat, idea-idea, dan membawa kepada perubahan,
tingkah laku atau cara seseorang itu bertindak dan perubahan kepada gaya
pemikiran dan juga fizikal. Abrams (1986) pula berpendapat bahawa komunikasi ialah
satu proses yang berterusan, membabitkan pemindahan maklumat daripada sumber
kepada penerima disertai dengan maklum balas dikedua-kedua pihak.

Hybels dan Weavers (1992), menyatakan komunikasi merupakan proses
yang menwujudkan perkongsian maklumat , perasaan dan juga idea-idea. Menurut
ketiga - tiga definisi ini, boleh kita simpulkan bahawa komunkasi merupakan satu
proses perkongsian makna yang terkandung dalam maklumat di mana ia melibatkan
kesemua tindak-tanduk dan aktiviti -aktiviti sama ada tersurat mahu pun tersirat,
penghantar kepada penerima. ni bermakna, apa yang dimaksudkan oleh penghantar
mestilah bersamaan dengan apa yang difahami oleh penerima, maka dengan
persamaan makna ini, akan memberi ruang untuk maklum balas diantara penghantar
dan penerima dan boleh mengujudkan satu proses komunikasi yang berkesan.
1.2 Definisi Bahasa
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan oleh manusia
dalam keadaan semula jadi. Ahli falsafah, psikologi dan bahasa biasa menyatakan
bahawa penguasaan bahasalah yang paling nyata membezakan antara manusia
dengan binatang. Apabila perkataan 'bahasa' digunakan kepada bahasa nggeris,
Cina, Melayu, Swahili dan sebagainya maka perkataan itu digunakan dengan tepat.
Tetapi jika sekiranya perkataan 'bahasa' digunakan kepada berbagai-bagai sistem
komunikasi, sistem simbol atau pengiraan, ketetapan dapat dipersoalkan.
Contohnya, ahli matematik, logik dan komputer biasa mencipta sesuatu simbol
untuk pelbagai tujuan tertentu. Persoalan yang timbul ialah sama ada sistem
simbol ini patut disebut sebagai bahasa atau tidak. Yang jelas ialah sistem simbol
ini lebih berbentuk rekaan daripada asli.
Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu
yang dikuasai dan konvensional yang seharusnya terkebawah daripada naluri
semula jadi. Whitney berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan
menganggap bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa
hanyalah secara kebetulan sahaj, untuk kesenangan sahaja: manusia boleh
sahaja memilih bahasa isyarat dan lambang tampak dan bukan lambang akustik
Bahasa adalah suatu objek tertentu dalam kumpulan perilaku kumpulan
pertuturan yang heterogen. a boleh ditentukan dalam segmen tertentu dalam litar
percakapan dengan gambaran pendengaran dihubungkan dengan sesuatu
konsep. Bahasa dari sudut sosialnya, di luar individu yang tidak akan dapat
mencipta mahupun mengubahsuaikannya sendiri, ia hanya wujud berdasarkan
semacam suatu kontrak yang dipersetujui oleh para anggota sesuatu komuniti.
Bahasa adalah suatu yang berbeza sehinggakan seseorang yang tidak bercakap
pun masih dapat menyimpannya asalkan dia memahami tanda vokal yang
didengari.
Bahasa, berlainan daripada percakapan, merupakan sesuatu yang boleh
dikaji secara terasing. Walaupun kita tidak lagi bercakap dalam bahasa yang pupus,
kita masih berupaya untuk mengasimilasikan sistem linguistiknya. Kita boleh
mengenepikan untuk pertuturan; malahan, sains bahasa juga mungkin dapat
beroperasi jika unsur lain diketepikan.

1.3 Definisi Pertuturan

Pertuturan terbahagi kepada 2 iaitu bahagian asasnya menentukan bahawa
objeknya adalah bahasa,iaitu sesuatu yang bersifat social dan bebas daripada
individu.iaitu secara ekslusifnya adalah bersifat psikologikal. Keduanya, iaitu
yang menjadi objeknya adalah perbahasaan individu, iaitu pertuturan,
termasuklah pembunyian iaitu sesuatu yang bersifat psikologis.

Pertuturan merupakan sejagat manusia,terdapat banyak budaya dan
komuniti pertuturan yang tidak mempunyai sebarang komunikasi tulisan.Manusia
belajar untuk bertutur dan memproses bahasa-bahasa pertuturan dengan lebih
mudah dan lebih awal, berbanding dengan penulisan.Sebilangan ahli sains
kognitif memperdebatkan bahawa otak mempunyai "modul bahasa" yang semula
jadi, dengan pengetahuan dianggap datangnya daripada mengkaji pertuturan
lebih daripada mengkaji tulisan, khususnya kerana bahasa dalam bentuk
pertuturan dianggap merupakan penyesuaian evolusi, manakala penulisan
merupakan rekaan yang lebih terkini.

Pertuturan yang berkiasan merupakan sebagai komunikasi lisan untuk
menyampaikan maksud yang tersirat dalam kehidupan. Pertuturan juga ialah
cantuman secara individu yang bergantung kepada kehendak para penuturnya.

1.4 Hubungkait antara komunikasi, bahasa
dan pertuturan

Masyarakat manusia berkomunikasi untuk mencapai hasrat masing-masing
dalam kehidupan mereka sehingga terbentuk komunikasi antara satu sama
lain Setiap orang pula mempunyai kod-kod bahasa tertentu yang digunakan
dalam komunikasi mereka. Pada asalnya bahasa adalah satu proses
komunikasi yang berakar-umbi sejak manusia lahir sehingga dapat bertutur
dengan lancar. Dalam hubungan ini, pertuturan yang menggunakan bahasa
yang difahami oleh orang lain merupakan satu proses komunikasi. Manusia
memahami sesuatu bahasa mengikut bangsa mereka dan proses komunikasi
tersebut dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Bahasa diperlukan untuk percakapan difahami dan menimbulkan segala
kesannya; tetapi percakapan juga diperlukan dalam mewujudkan bahasa, dan
dari segi sejarah kebenarannya dahulu yang wujub.

Pertuturan juga menyebabkan bahasa itu berubah: impresi yang didapati
melalui pendengaran dan juga kepada orang lain mengubah perlakuan linguistic
kita. Oleh itu,bahasa dan pertuturan adalah saling bergantungan; yang terdahulu
itu adalah alat dan juga hasil kepada yang kemudiannya.Namun begitu, keadaan
saling bergantungan itu tidak menyangkal akan ketersendirianan setiap satunya.

You might also like