You are on page 1of 32

KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU

(KOMSAS)
Melati kuntum pohon cemara,
Pohon melata di pagi hari;
Assalamulaikum pemula bicara,
Mohon saya perkenalkan diri.
Masak gulai di dalam belanga,
Gulai bersantan si ikan pari;
Girang rasa tidak terhingga,
Bertemu saudara/saudari yang muda bestari.
Profesor Dr. Mahzan Arshad nama diberi,
Profesor di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi;
Berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan
dris, Tanjong Malim, Perak nama negeri,
Kalau kesempatan silalah hubungi:
Tel. Pejabat: 05-4505810
Tel. Selular: 013-6067259
E-mel: mahzan@fbk.upsi.edu.my
< Pada akhir kursus, para peserta akan dapat:
< 1.1. memahami pelbagai pendekatan, kaedah,
dan teknik pengajaran Kesusasteran Melayu
< 1.2. membincangkan pelbagai pendekatan
menganalisis kesusasteraan
< 1.3. mengaplikasi pengajaran pelbagai genre
sastera
< Membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
< Pada akhir kursus, para peserta akan dapat:
< 1.1 mengaplikasi pendekatan, kaedah, dan teknik
pengajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
(C3,P4,A2)
< 1.2 Menjelaskan pelbagai pendekatan menganalisis
kesusasteraan (C2,P2,A2)
< 1.3 mengaplikasi pengajaran dan pembelajaran
pelbagai genre sastera (C3,P4,A2)
< 1.4 memilih bentuk penilaian pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Kesusasteran Melayu
(C4,P1,A1)
< Kemahiran yang dapat dipindahkan
< Kemahiran kerja berkumpulan melalui projek
berkumpulan
< Strategi pengajaran-pembelajaran secara
campuran, berpusatkan guru dan berpusat pelajar
< Pentaksiran secara berterusan
< Kursus ini memberi penekanan kepada
perkaedahan mengajar mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu. Penekanan juga diberikan
kepada pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran, strategi dan kaedah mengajar mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu. Pelajar juga
akan didedahkan dengan pengajaran pelbagai
genre sastera seperti prosa, drama, puisi, dan
sebagainya.
< Syarahan, perbincangan kumpulan kecil dan
pembentangan
< Kerja kursus (Ujian, tugasan individu & tugasan
kumpulan) 60%
< Peperiksaan akhir 40%
< 1.0 Pengenalan Kursus
< 1.1 si kandungan dan penilaian kursus
< 1.2 Pengajaran Kesusasteraan Melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan
< 1.3 Objektif Kesusasteraan Melayu
< 1.4 Ciri-ciri guru Kesusasteraan Melayu yang baik
< 2.1 Kurikulum Kesusasteraan Melayu
< 2.2 Silibus Kesusasteraan Melayu
< 3.1 Sastera Rakyat
< 3.2 Penglipur Lara
< 3.3 Sastera Sejarah
< 3.4 Prosa
< 3.5 Puisi
< 4.1 Pendekatan Sejarah
< 4.2 Pendekatan Sosiologi
< 4.3 Pendekatan Antropologi
< 4.4 Pendekatan Psikologi
< 4.5 Pendekatan Biografi
< 5.1 Prinsip
< 5.2 Kelebihan
< 5.3 Kelemahan
< 6.1 Prinsip
< 6.2 Kelemahan
< 7.1 Prinsip
< 7.2 Kelebihan
< 7.3 Kelemahan
< 8.1 Novel
< 8.2 Cerpen
< 8.3 Puisi moden
< 9.1 Konsep pengujian dan penilaian
< 9.2 Jenis dan bentuk penilaian
< 10.1 Set induksi
< 10.2 Variasi ransangan
< 10.3 Kemahiran menyoal
< 10.4 Kemahiran menerang
< 10.5 Kemahiran papan tulis
< 10.6 Kemahiran penutup
< Seperti yang dicadangkan dengan tambahan
bahan yang lebih terkini
KOMSAS Kesusasteraan Melayu
< Komponen sastera dalam
mata pelajaran Bahasa
Melayu
< Diajar 2 kali seminggu
dalam jadual Bahasa
Melayu
< Baru dipekenalkan dalam
tahun 1999, secara
berperingakat ke seluruh
tingkatan
< Satu mata pelajaran elektif
di Tingkatan 4 , 5 dan 6
< Diajar 4/5 kali seminggu
selain daripada mata
pelajaran Bahasa Melayu
< Telah diperkenalkan sejak
tahun 1956 dalam
peperiksaan Senior
Cambridge dan HSC
KOMSAS Kesusasteraan Melayu
< Ditawarkan kepada
semua pelajar dari Ting.
1 hingga 5
< Peperiksaan dalam
Kertas Bahasa Melayu
< Kajian sastera secara
umum
< Meningkatkan minat
pelajar terhadap bahan
sastera , minat membaca
dan menghasilkan karya
sastera
< Hanya ditawarkan pada
Ting. 4, 5 dan 6 sahaja
< Peperiksaan berasingan,
terdapat beberapa kertas
< Kajian sastera lebih khusus
< Meningkatkan minat pelajar
terhadap bidang sastera
dan menyediakan mereka
untuk pengkhususan
sastera pada peringkat
lebih tinggi
< KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia telah diperkenalkan
pada tahun 1999.
< Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menetapkan teks yang wajib dipelajari dan diuji
dalam peperiksaan awam.
< Pelaksanaan KOMSAS di sekolah dijalankan
secara berperingkat mulai Mac 2000, bagi murid
tingkatan satu dan tingkatan empat
< Tahun 2001 bagi tingkatan dua dan tingkatan lima,
serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga.
< Dengan terlaksananya dasar ini maka semua
murid, bermula daripada tingkatan satu hingga
tingkatan lima telah mendapat pendedahan asas
mengenai sastera Melayu.
< Mulai 2010 teks KOMSAS yang sedia ada telah
ditukar kepada teks yang baharu bermula dengan
Tingkatan 1 dan 4, pada tahun 2011 Tingkatan 2
dan 5, seterusnya pada tahun 2012 Tingkatan 3.
< Dimensi bahan teks yang dipilih itu berkualiti,
terbaik, sesuai dan menepati
kurikulumkebangsaan
< Dimensi guru teks boleh dilaksanakan oleh
guru dalam pengajaran danpembelajaran,
menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Rukun Negara
< Dimensi murid teks mudah difahami, dekat
dengan kehidupan murid, boleh menarik minat
murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh
dihayati oleh murid
< Patriotisme, sejarah, CT, sains dan teknologi, jati
diri, kerohanian, moral, kemanusiaan, keamanan
sejagat, perpaduan, kemasyarakatan,
kewarganegaraan, setiakawan, persahabatan,
kekeluargaan, alam sekitar, pembangunan, sukan,
gaya hidup sihat, kesihatan, budaya ilmu, budaya
saing, cinta dan kasih sayang,perniagaan dan
keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara,
kebebasan, hak asasi, kesenian, adat, warisan,
dan keselamatan.
< Tema dan persoalan,plot, teknik penceritaan,
watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar
tempat dan latar masyarakat), nilai dan
pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan
dalam teks serta boleh dianalisis oleh guru dan
murid.
< Pertimbangan turut mengambil kira aras
kesukaran untuk setiap teks agar murid yang
mempelajari KOMSAS boleh mengikuti
pengajaran guru dengan berkesan.
< Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca
pelbagai genre sastera iaitu novel,cerpen, drama,
prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi
tradisional.
< Mengenal, menghayati dan menghargai karya
sastera bagi mengukuhkan kemahiran mendengar
dan bertutur, membaca dan menulis.
< Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu
tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya
bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan
pengajaran.
< Mengenal pengarang berdasarkan karya yang
telah diperakui seperti pengarang Sasterawan
Negara dan penulis terkenal.
< Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada
karya sastera yang dibaca.
< Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti
menghasilkan novel, cerpen, sajak dandrama
yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan.
< Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan
membolehkan murid menikmati dan
mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu
sastera secara ringkas, mengenal penulis dan
sejarah perkembangan tanah air berdasarkan
karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran
berbahasa murid.
< Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak
langsung murid dapat memupuk tabiat minat
membaca.

You might also like