You are on page 1of 5

TUGASAN SOC2002 KENEGARAAN MALAYSIA SESI 1 2011/2012 KUMPULAN PEMASARAN *Nombor Tajuk adalah merujuk kepada nombor kumpulan

(Tajuk 1 adalah untuk kumpulan 1) 1.Zaman Kegelapan Eropah 2. Zaman kegemilangan Islam di Andalus 3.Sejarah Penaklukan Islam di Andalus 4. Zaman Keruntuhan Kerajaan Islam di Andalus. 5.Sejarah Pembentukan USA. 6. Sistem Pemerintahan dan pentadbiran USA. 7. Hubungan Antara Britain dan Amerika 8. Sejarah Hubungan Antara Britain dengan Australia 9. Sejarah Hubungan Antara Britain dengan New Zealand 10. Sejarah England dan United Kingdom of Great Britain 11. Sistem Ekonomi Kapitalis. 12. Sejarah Zionis 13. Sejarah Hubungan Perancis dan England 14 .Sejarah Nazi 15. Sistem Komunis. 16.Sistem ekonomi Islam. 17. Sejarah Agama Islam. 18. Sejarah Agama Buddha 19. Sejarah Agama Hindu. 20. Sejarah Agama Kristian

Objektif : a) Objektif Umum: Untuk mencapai Objektif sebagaimana yang tercatat dalam Sinopsis Kursus. Hasil Pembelajaran Program (PLO)

PLO1 Pengetahuan [K] PLO2 Kemahiran Teknikal/Praktikal/Psikomotor [CTPS] PLO3 Pendekatan Kemahiran Berfikir dan Saintifik [CTPS] PLO4 Kemahiran Berkomunikasi [CS] PLO5 Kemahiran Sosial,Kerja Berpasukan dan Bertanggungjawab [TS] PLO6 Profesionalisme,Nilai, Sikap d

n Etik a [EM ]

PLO7 Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat [LL] PLO8 Kemahiran Pengurusan Dan Keusahawanan [ES] PLO9 Kemahiran Kepimpinan [LS]

b) Objektif Khusus : i.Pelajar mampu mendapatkan maklumat dari sumber yang betul. ii.Pelajar mampu mengolah semula maklumat yang diperolehi agar menjadi artikel ilmiah. iii. Pelajar mampu menulis artikel ilmiah berasaskan penulisan akademik yang betul.

ARAHAN : 1.Kumpulan yang sama dengan kumpulan pembentangan.

2.Cari maklumat berdasarkan tajuk yang diberi. 3.Pastikan Huraian tidak terkeluar dari skop tajuk yang ditentukan. 4.Pastikan sumber maklumat merupakan sumber yang sah. Buku/artikel journal-prosiding-kertas kerja/akhbar/laman web rasmi dll. (Blog-blog peribadi / wikipedia adalah sumber yang tidak sah-tetapi boleh digunakan bagi membantu pemahaman-). 5.Maklumat yang diperolehi hendaklah diolah dan disusun semula menggunakan bahasa sendiri. 6.Gunakan Bahasa Melayu, Tulisan Tahoma Saiz 12, Single Spacing. 7.Artikel yang ditulis hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) muka surat dan tidak melebihi tujuh (7) muka surat 8. Hasil artikel hendaklah diserahkan bersama dengan bahan-bahan rujukan dalam bentuk hardcopy. 9. Satu salinan Softcopy hasil artikel juga mesti diserahkan kepada pensyarah. 10.Setiap Bahan Rujukan (Hardcopy) yang hendak diserahkan kepada pensyarah hendaklah ditulis sumber asalnya dengan mencatat maklumat dibelakang bahan tersebut. 11. Artikel Mestilah Mengandungi Perkara-perkara berikut : a- Muka Depan sekurang-kurangnya (Nombor Kumpulan + Nama Ahli dan No Matrik + Nama Program + TAJUK Kerja kursus) b- Artikel (3-7 muka surat). c- Rujukan Sekurang-kurangnya tiga (3) rujukan - (Penulisan rujukan sebagaimana dalam Contoh 2 : Penulisan Rujukan: ) --

Contoh-contoh di muka surat seterusnya :

Contoh 1 : Penulisan Artikel 1) Contoh Penulisan Artikel sebagaimana dibawah (nyatakan rujukan / sumber maklumat di ambil)- rujukan tersebut mestilah diletakkan dihujung perenggan dalam kurungan. Nyatakan Nama Pengarang, tahun diterbitkan dan muka surat. Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hasanji Al-Hamid (atau Al-Syafi'i AlAsyary Al-Aydarusi Al-Raniri (untuk berikutnya disebut Al-Raniri). la dilahirkan di Ranir (Randir), sebuah kota pelabuhan tua di Pantai Gujarat, sekitar pertengahan kedua abad XVI M. Ibunya seorang keturunan Melayu, sementara ayahnya berasal dari keluarga imigran Hadhramaut (Sobana Hardjasaputra, 2008 : 22). Seperti ketidakpastian tahun kelahiran, asal usul keturunan Al-Raniri pun memuat dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, nenek moyangnya adalah keluarga Al-Hamid dari Zuhra (salah satu dari sepuluh keluarga Quraisy). Sementara kemungkinan yang lain Al-Raniri dinisbatkan pada Al-Humayd, orang yang sering dikaitkan dengan Abu Bakr 'Abd Allah b. Zubair Al-As'adi Al-Humaydi, seorang mufti Makkah dan murid termasyhur Al-Syafii (Azra, 1994 : 560).

Contoh 2 : Penulisan Rujukan: 1) Sekiranya diambil dari kertas kerja/jurnal/prosiding Sobana Hardjasaputra. ( 2008). Metode Penelitian Sejarah. Kertas Kerja Bengkel Penelitian Dan Pengembangan Penulisan Karya Ilmiah Dan Perakaman Data. Universitas Padjadjaran. 12-14 Februari 2008.
(1) Sobana Hardjasaputra. Nama Pengarang(2) ( 2008). Tahun diterbitkan(3) Metode Penelitian Sejarah. Tajuk kertas kerja(4) Kertas Kerja Bengkel Penelitian Dan Pengembangan Penulisan Karya

Ilmiah Dan Perakaman Data. Nama bengkel/seminar/jurnal, di mana artikel tersebut dibentangkan -

(5) Universitas Padjadjaran. Penganjur/penerbit(6) 12-14 Februari 2008. Tarikh Bengkel/seminar diadakan- Sekiranya

tiada maklumat sila abaikan bahagian ini. Sekiranya ada maklumat yang tiada, sila gunakan kependekan berikut ditempatnya mengikut susunan : Tiada Pengarang (TP) Tiada Tarikh (TT). Maklumat lain yang tiada sila abaikan.

2) Sekiranya diambil dari buku Abu Faris, Muhammad Abdul Qadir (1997). Al Sirah Al Nabawiah Dirasah Tahliliah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
(1) Abu Faris, Muhammad Abdul Qadir Nama Pengarang (2) (1997). Tahun Diterbitkan(3) Al Sirah Al Nabawiah Dirasah Tahliliah. Tajuk Buku ( Tajuk Buku

dicondongkan)(4) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tempat dan Nama

Penerbit-

*Untuk Maklumat lanjut mengenai kaedah penulisan ilmiah (kaedah APA), sila rujuk kepada nota yang dimasukkan ke dalam sistem e-learn.

You might also like