You are on page 1of 32

Psikologi Pendidikan

PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku dalam pelbagai bentuk. Pengalaman pendidik menjadi keutamaan dalam pembelajaran untuk mengajar tetapi tidak mencukupi kerana pengalaman pendidik akan menyebabkan berlakunya ulangan yang berterusan terhadap tingkah laku dan aksi ketika mengajar di samping peraturan yang dikekalkan tanpa menghiraukan keberkesanan pengajaran. Justeru,

pengetahuan pelajar dan gaya pembelajaran pelajar yang dicantumkan bersama-sama dengan pengalaman mereka boleh menjadikan seorang pendidik pakar dalam pengajaran. Dalam hal ini psikologi pendidikan menjadi sandaran kepada para pendidik untuk memastikan keberkesanan P&P yang sekaligus menjadikan P&P sesuatu yang bermakna dan berupaya untuk menarik perhatian pelajar untuk mendapatkan ilmu.

Abad pertengahan ke-20 menyaksikan perubahan yang besar dalam psikologi pendidikan apabila pakar-pakar psikologi pendidikan beralih daripada melihat sesuatu pembelajaran itu hanya dari segi pemerolehan yang spesifik, iaitu pemerhatian tingkah laku ke arah melihat pembelajaran sebagai satu proses

dalaman, proses mental dan proses pemikiran. Perubahan paradigma ini lazimnya dikenali sebagai satu revolusi kognitif yang menekankan pada pengetahuan dan pemikiran pendidik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ketika mengajar.

Beberapa pendidikan

persoalan

utama

yang

timbul

dalam

bidang

psikologi

termasuklah

kemampuan

individu

untuk

belajar;

bagaimana

perkembangan intelektual, emosi, dan sosial berlaku; apakah yang menjadikan individu itu unik; mengapa individu atau sekumpulan individu bermotivasi kesan daripada pengalaman yang dialami; dan, kenapa tidak adanya motivasi untuk berubah. Justeru, perkara pokok yang dibincangkan menjurus kepada faktorfaktor yang mempengaruhinya sehingga berlakunya perubahan tingkah laku. Sekiranya pendidik masih kekal dengan konsep pegangan tradisional yang perlu melihat perubahan tingkah laku pelajar secara nyata dan diukur maka konsep perubahan paradigma ini tidak akan berjaya. Ini hanya akan melahirkan generasi yang bijak atas kertas dan bukannya bijak secara menyeluruh yang memerlukan satu perkembangan yang bersifat holistik sebagaimana yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KONSEP PSIKOLOGI

Perkataan Psikologi adalah terbitan daripada dua perkataan Greek yakni: pscyhe dan logos. Menurut kamus, psyche membawa maksud breath of life, soul, spirit and mind. Logos pula boleh diterjemahkan sebagai, ilmu, pembelajaran seperti filosofi (philosophy), pedagogi, sosiologi dan lain-lain. Menurut Simons, Kaluchman dan Santrock (1994), Psikologi ditakrifkan sebagai: Psychology is the scientific dan systematically study of human behavior and mental processes and contexts.

Berdasarkan huraian di atas, psikologi boleh ditakrifkan sebagai pembelajaran mengenai tingkah laku manusia, sebagai kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses mental organisma. Empat idea penting dalam definisi ini ialah; kelakuan/tingkahlaku (behavior), proses mental (mental process), sains (science), dan konteks (contexts).

Tingkahlaku ialah apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan diukur. Tingkahlaku juga dapat diperhatikan apabila individu menyebut atau menulis sesuatu. Misal kata, catatan seorang tentang ketakutannya atau sikapnya merupakan tingkahlaku.

Proses Mental merangkumi segala proses-proses yang terlibat dengan pemikiran, ingatan, pembelajaran, sikap, emosi dan sebagainya. Inilah yang menjadi tumpuan ahli-ahli psikologi tetapi masalahnya ialah proses-proses ini tidak boleh dilihat dan sukar merekod dan mengukur dengan tepat. Oleh itu, pada tahun 60an, ahli-ahli psikologi enggan menerima kajian mengenai prosesproses ini kerana ia tidak boleh dijalankan secara saintifik. Bagaimanapun paradigma telah berubah dan dengan kaedah-kaedah baru, kajian mengenai proses-proses mental diterima sebagai psikologi.

Sains bermakna kajian yang dilakukan dan data yang dikumpulkan mengikuti prosedur yang sistematik.

Konteks merujuk kepada sejarah (historical), ekonomi, sosial, dan faktor budaya yang mempengaruhi proses mental dan tingkah laku. (contoh:rumah, kejiranan, sekolah dan lain-lain).

Pengasas psikologi moden bermula di Eropah dengan Wilhelm Wundt (philosopher and psychologist) yang pertama menubuhkan makmal psikologi di Germany University of Leipzig pada tahun 1879. Wundt telah membina suatu teori bernama structuralism yang mengkaji aspek-aspek sensasi (sensation), persepsi (perception) dan tumpuan (attention). Menurut Wundt, minda dan tubuh badan boleh di pelajari dan dikaji sebagai komponen yang

berlainan. Beliau juga menyatakan bahawa tujuan utama psikologi adalah untuk mempelajari struktur sedar manusia (consciousness).

William James, yang merupakan pensyarah pertama bagi subjek Psikologi pada tahun 1875, telah membina satu lagi approach dikenali sebagai functionalism, yang memfokuskan kepada APA dan KENAPA. Menurut James, psikologi sepatutnya ditakrifkan sebagai THE SCIENCE OF MENTAL LIFE. Ini bermakna, psikologi sepatutnya memfokuskan kepada bagaimana minda berfungsi, berbanding bagaimana ia distrukturkan.

Walaupun pada masa kini, metadologi yang dibawa oleh Wundts dan James sudah tidak banyak diperkembangkan lagi, namun sumbangan mereka pada dunia awal psikologi, telah membawa kepada teori-teori psikologi moden yang di terbitkan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Functionalism sendiri, telah dikatakan sebagai penghubung di antara structuralism dan behaviorism, sama penting seperti perspektif masa kini.

KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Walaupun istilah "psikologi pendidikan" dan "psikologi sekolah" seringnya digunakan sebagai sinonim untuk satu sama lain, para penyelidik dan ahli teori cenderung dikenali sebagai ahli psikologi pendidikan, manakala pengamal di sekolah atau dalam keadaan berkait sekolah dikenali sebagai ahli psikologi sekolah. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanakkanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya.

Sebahagian psikologi pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan disiplin-disiplin yang lain, khususnya bidang psikologi. Ia memiliki hubungan dengan disiplin psikologi yang seolah-olah hubungan antara perubatan dengan biologi, atau kejuruteraan dengan fizik. Psikologi pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan, termasuk reka bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, perkembangan kurikulum,

pembelajaran organisasi, pendidikan khas, dan pengurusan bilik darjah. Psikologi pendidikan meminjam daripada bidang sains kognitif dan sains

pembelajaran, serta dan menyumbang kepadanya. Di universiti, jabatan psikologi pendidikan biasanya terletak di bawah fakulti pendidikan dan disebabkan ini, mungkin mengakibatkan kekurangan kandungan psikologi pendidikan dalam buku teks pengenalan psikologi.

Atan Long (1976), menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuklah prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan proses pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah serta aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran.

Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan dalam berbagai-bagai bidang, khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkah laku manusia terhadap pembelajaran. Psikologi pendidikan yang berasaskan teori pembelajaran merangkumi teknik kajian psikologi ke atas cara bagaimana manusia belajar dan keberkesanan proses pembelajaran mereka. Maka teori pembelajaran dan teknik yang digunakan untuk kajian psikologi merupakan elemen yang penting dalam bidang psikologi pendidikan. Teori pembelajaran

merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan huraian tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji selidik atau pemerhatian. Terdapat pula sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan falsafah. Kebanyakan teori adalah berlandaskan hiposesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada pemerhatian ataupun pengalaman yang serupa. Hipotesis merupakan andaian yang belum dapat dibuktikan manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian saintifik. Oleh kerana teori dihasilkan di bawah sesuatu keadaan dan tempoh masa yang tertentu, maka teori itu bukan statik dan kekal seperti hukum atau teorem yang dibentuk secara empirical. Misalnya, teori-teori pembelajaran yang dibentuk berasaskan falsafah dan logik pada zaman gemilang di Yunani telah digantikan oleh teori-teori pembelajaran berasaskan kajian saintifik dalam abad ke-20. Teori pelaziman klasik dibaiki dengan saranan teori pelaziman operan, dan oleh kerana kekurangan teori behaviorisme dalam bidang kajian pembelajaran konsep, maka muncullah kajian teori pembelajaran kognitif. Huraian ini menunjukkan teori yang dibentuk mengandungi kekurangan dan boleh berubah apabila teori baru yang berkaitan dihasilkan dengan kajian yang lebih canggih, saintifik dan sitematik. Untuk membentuk teori pembelajaran, pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dan digunakan. Secara keseluruhannya,

jenis-jenis penyelidikan ini digolongkan dalam dua kategori yang utama iaitu penyelidikan kuantitif dan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif yang menggunakan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran. Ia merangkumi kajian pembolehubah yang dikawal atau tidak. Penyelidikan kualitatif yang menggunakan bahan untuk menjelaskan fenomena pembelajaran yang

mempunyai cirri-ciri khusus yang kompleks. Ia merangkumi teknik pemerhatian, kajian kes dan interviu. Kesimpulannya, psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuk tujuan memahami tingkah laku pelajar-pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP ASAS PSIKOLOGI


(NALURI, KEPERLUAN, DESAKAN, MOTIVASI)

Perkataan psikologi berasal dari dua perkataan Greek, iaitu pyche (jiwa) dan logos (kajian terhadap sesuatu). Terdapat ramai ahli psikologi yang menghuraikan pengertian psikologi mengikut pemahaman masing-masing. Antaranya ialah William (1960), mengatakan bahawa psikologi ialah cabang kajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Selain itu, Whittaber (1970) dalam bukunya, Introduction to Psychology, menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah laku.Fantino (1974) pula menjelaskan psikologi sebagai penyelidikan saitifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran kebimbangan dan sensasi manusia. Menurut Murphy (1975), psikologi merupakan sebagai ilmu yang mengkaji tindak balas yang diberi oleh manusia terhadap rangsangan persekitaran. Kalish (1977) menyatakan psikologi ialah sains yang digunakan untuk memahami, meramal, dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Baron (1989) pula mengertikan psikologi ialah sains yang mengkaji tingkah laku dan proses-proses mental manusia. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberikan kesan kepada jiwa seseorang.

Terdapat empat konsep asas dalam psikologi iaitu naluri, keperluan, desakan dan motivasi.

10

Naluri ialah tenaga atau kuasa semulajadi yang mendorongkan seseorang individu bertindak balas dengan cara tertentu. Ia merupakan tingkah laku yang diwarisi sejak lahir dan bukan diperolehi daripada pengalaman ataupun pelajaran.

Keperluan ialah keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi.

Desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi. Ia merupakan kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangan sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga.

Motivasi merupakan perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuklah mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul.

11

TEORI KEPERLUAN ABRAHAM MASLOW

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya

keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan tahap generasi.

Personaliti keperluan

yang

dibincangkan Maslow sering

oleh

Maslow

lebih

kepada

individu.

mengaitkan

perkembangan

personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan

12

keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan, tempat tinggal dan tempat belajar bagi bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Kata lain, apa-apa sahaja yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang. Sebagai contoh, pelajar kurang zat makanan dan pelajar tersebut tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru

13

menerangkan di depan. Maka, guru tersebut perlu beri perhatian dan ambil berat kepada tanda-tanda kekurangan fizikal ini.

Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan pertama dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat sekeliling, undang-undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ianya merupakan keperluan lumrah bagi setiap yang bernyawa. Sebagai contoh, keselamatan di dalam kelas, makmal sains mahupun di padang ketika bersukan. Hal ini penting kerana pelajar akan merasa lebih selamat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

Keperluan Sosial

Dalam memenuhkan keperluan sosial pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Dalam konteks dalam kelas pula, pelajar akan berasa terganggu atau

14

emosi jadi tidak stabil jika kelas berlaku pertengkaran apatah lagi jadi tegang apaabila dimarahi guru. Jadi, perlunya hubungan baik dan mesra antara pelajar dan antara pelajar dengan guru.

Keperluan Penghormatan

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghormatan. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Bagi seorang pelajar pula, ianya berkaitan dengan penerimaan oleh orang lain terhadap diri seseorang pelajar lain. Penerimaan rakan sebaya penting untuk rasa tidak tersingkir. Justeru itu, penerimaan guru sangat penting untuk membina keyakinan diri. Apabila diterima oleh rakan-rakan, pelajar tersebut dapat berinteraksi secara positif di dalam kumpulan. Apa yang guru dapat lakukan untuk memastikan supaya tahap ini dipenuhi adalah dengan menyediakan aktiviti yang membolehkan mereka berdamping dan saling mendampingi antara satu sama lain.

Keperluan Pencapaian Hasrat Diri

15

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai hasrat diri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan hasrat diri atau kesempurnaan kendiri. Ianya berkaitan dengan apa yang seseorang itu boleh jadi dan ia mesti jadi iaitu potensinya dilahirkan. Jadi guru hendaklah memberi ruang kepada pelajar untuk memenuhi keseluruhan kendirinya. Sebagai contoh, kebebasan memilih aktiviti kokurikulum diminati. Selain itu, guru perlu sediakan rancangan belajar yang bebas dan fleksibel serta wujudkan sesi bimbingan supaya pelajar tidak sesat dalam mengejar apa yang dihajati.

Hubungan antara Teori Keperluan Maslow dengan Insentif dan Ganjaran Pembelajaran

Kalau kita teliti secara mendalam, kesemua tahap keperluan Maslow adalah sangat berkaitan rapat dengan langkah untuk

mewujudkan insentif dan ganjaran pembelajaran. Perlu kita ingat, sebagai guru kejayaan seseorang pelajar memerlukan insentif dan ganjaran di rumah dan di sekolah. Jadi, apakah peranan seorang guru? Guru hendaklah mempelbagaikan insentif dan ganjaran supaya

motivasi pelajar untuk belajar meningkat.

16

Dari segi terminologi, insentif bermaksud peransang, penggalak dan pendorong dan stimulasi kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau sasaran. Ganjaran pula bermaksud sebagai hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain). Erti kata lain, insentif dan ganjaran adalah alat penggerak kepada perlakuan untuk

membangkitkan tindakan-tindakan ke arah positif. Selain itu, ia juga sebagai alat untuk meningkatkan motivasi pelajar atau guru dan untuk menghargai serta mengiktiraf ke atas sumbangan mereka di peringkat sekolah ataupun di peringkat yang lebih tinggi. Antara contoh insentif yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah pasukan pidato sekolah akan diberi insentif makan percuma KFC jika mendapat Johan di peringkat gabungan atau negeri selain daripada insentif asas yang lain. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang dapat meningkatkan pencapaian peperiksaan, mereka akan dinaikkan ke kelas yang lebih baik. Kemudian, guru boleh juga sediakan insentif alternatif seperti pelajar yang tidak pernah ponteng sekolah akan diberikan kemudahan meminjam buku lebih di perpustakaan. Semua insentif di atas akan memenuhi keperluan pertama dan kedua dalam Teori Keperluan Maslow.

Manakala ganjaran yang dapat disediakan oleh pihak sekolah atau guru itu sendiri terbahagi kepada ganjaran sosial, ganjaran

17

simbolik, dan ganjaran kewangan. Ganjaran sosial yang dimaksudkan adalah seperti pujian lisan, surat penghargaan, ucapan terima kasih, hadiah, berjabat salam, pujian, diminta pendapat, kata-kata dorongan dan lain-lain. Manakala ganjaran simbolik adalah pemberian yang memberi nilai dan makna kepada penerimanya. Contohnya seperti trofi, hadiah peribadi, dijemput makan bersama pengetua dan

sebagainya. Akhir sekali, ganjaran yang menjadi kesukaan pelajar adalah ganjaran kewangan. Guru boleh memberi wang atau diskaun membeli barang di koperasi sekolah dan lain-lain. Apabila diteliti semua insentif dan ganjaran yang telah diterangkan di atas, ianya mampu untuk membangkitkan semangat belajar pelajar-pelajar kita seterusnya dapat mencapai apa yang dihasratkan oleh pelajar itu sendiri. Secara tidak langsung memenuhi tahap ketiga, keempat dan seterusnya tahap tertinggi Teori Keperluan Maslow iaitu Keperluan Pencapaian Hasrat Diri.

TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET


(PERINGKAT DERIA MOTOR, PERINGKAT PRA-OPERASI, OPERASI KONKRIT DAN OPERASI FORMAL) Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang

18

Professor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.

Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.

19

Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.

Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Proses Mencapai Keseimbangan

Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.

Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan.

Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka.

Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan.

20

Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.

Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.

Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.

Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak.

Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru.

Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.

Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah.

21

Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi.

Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.

Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada.

Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.

Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.

Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b.

Menurut

Piaget,

proses

mengorganisasi,

mengamilasi

dan

mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

22

Kesimpulannya, jika kita menggunakan skem baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.

TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST


(DARI PERINGKAT BAYI HINGGA KE PERINGKAT LEWAT DEWASA) Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan Ini bermakna kanak-kanak perkembangan amat dipengaruhi juga oleh turut

persekitarannya.

personalitinya

dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

23

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan

kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu:

Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

i)

Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan.

24

Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu.

Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari.

Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan.

25

Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanakkanak.

Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

ii)

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanakkanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik.

Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanakkanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanakkanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

26

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahirankemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.

iii)

Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak.

IMPLIKASI TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

27

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanak-kanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-masing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga murid-murid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan

28

semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa.

Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu.

Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira.

29

Implikasinya, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas.

Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai baik untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

PENUTUP

30

Keperluan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pendidik hari ini untuk menjadi pakar sangat penting kerana perkara ini membabitkan, Siapa yang belajar untuk belajar? Persoalan ini perlu dilihat kerana bukan sekadar pelajar memperoleh ilmu itu daripada pendidik tetapi pendidik harus juga belajar untuk mengubah dirinya agar sentiasa berketerampilan dalam pengalaman dan ilmuilmu terkini tanpa menafikan kepentingan pengetahuan kandungan bidang. Kesemua ini dalam proses menjadikan pendidik yang profesional dan ianya perlu ditangani oleh pendidik kerana perubahan besar dalam P&P tidak sekadar diukur secara tingkah laku tetapi yang turut berdasarkan proses kognitif yang berlaku ketika P&P. Ini akan lebih bermakna kerana pendidik akan turut melihat perkembangan pendidik itu sendiri di samping perkembangan yang berlaku pada pelajar.

BIBLIOGRAFI

1. En. Ah Meng, (1996) Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (semester1) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2. En. Ah Meng, (1994) Psikologi Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

31

3. Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, Shahabuddin Hashim. PEDAGOGI: STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR DENGAN BERKESAN. Kuala Lumpur. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

4. Abin Syamsuddin Makmun. 2003. Psikologi Pendidikan. Bandung: PT Rosda Karya Remaja.

5. Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Pencetakan Season Sdn.Bhd.

6. Open University Malaysia (OUM)(2006). HBET 2103 Psikologi Pendidikan. Meteor Doc Sdn. Bhd.

32

You might also like