You are on page 1of 1

ISLAM SEBAGAI TONGGAK KESTABILAN NEGARA Mengikut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan tetapi

agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Bagaimanapun, ada ketikanya, berlaku krisis apabila umat Islam mempertahankan hak-hak tertentu dengan sebilangan orang bukan Islam. Antara pertikaian yang biasa kita dengar ialah perebutan mayat orang mualaf, perebutan anak apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam dan juga penyebaran agama lain kepada umat Islam. Walaupun setakat ini, pertikaian yang berlaku berjaya diatasi namun, adalah penting bagi kita mengetahui apa sebenarnya peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan berkaitan umat Islam. Allah berfirman yang maksud-Nya: "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu." (al-Maidah: 3) Bila disebut sebagai agama Persekutuan, maka kedudukannya adalah lebih tinggi daripada agama yang lain. Maka, kita boleh meminta kerajaan untuk mempertahankan Islam. Memang ada kes yang menyebut Islam itu sebagai ritual dalam kes Suzi Teoh sebagaimana yang diputuskan oleh Hakim Salleh Abas. Tetapi hujah tersebut berlaku sebelum pindaan Akta 121(A) pada 10 Jun 1998. Ia adalah perisytiharan dan tujuan Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama Persekutuan yang perlu diaplikasi apabila membenarkan dan mengguna pakai undangundang Islam kepada orang Islam. Ia perlu diketahui bahawa peruntukan ini terdapat dalam Perkara 3(1) dan tidak ada halangan bagi orang bukan Islam di Malaysia mempraktikkan agama mereka berdasarkan Perkara 11(1). Contohnya dalam hal berkaitan perebutan anak antara orang Islam dan bukan Islam. Yang menjadi masalah, apabila ini berlaku, orang Islam kena mendapatkan hak penjagaan (hadhanah) anak mereka di mahkamah sivil sedangkan ia sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Mengikut perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini merujuk kes Moorthy lawan S. Kaliamal. Moorthy meninggal dunia pada 25 Disember 2007 dan dikebumikan secara Islam pada 28 Disember 2007. Penggunaan perkataan seperti kalimah syahadat, Allah dan Kaabah telah dikanunkan sebagai suatu hak istimewa untuk Islam sahaja. Sepatutnya, bangsa dan agama lain memahami dan menghormati hal ini. Kita patut berpihak di bumi nyata dan mengikut pepatah yang sebut "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung". Ini bukan bermakna kita tidak boleh bertolak ansur dengan bukan Islam. Islam benarkan kita bertolak ansur dalam hubungan sesama manusia ataupun furuk (cabang). Namun, perkara qatie seperti akidah, mempertahankan agama anak-anak, kita tidak boleh kompromi. Namun, pada masa yang sama, kita perlu memberi penerangan kepada orang bukan Islam tentang indahnya agama kita. Demikian yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Keadilan Islam adalah agama keadilan untuk sejagat. Menjadi impian para pengamal undang-undang syariah di negara kita untuk melihat bidang kuasa institusi kehakiman syariah diakui bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga oleh yang bukan Islam. *** Petikan Temubual Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Md. Ralip dengan Utusan Malaysia. 2010-10-18

You might also like