You are on page 1of 5

enganLar LlngulsLlk

Kepentingan HasiI Pemikiran Tokoh Linguistik



Tokoh Linguistik

Menurut Suhaimi Hj. Muhamad (2005:768), Asmah Hj. Omar (2010:192), Za'ba
atau nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 Setember 1895 di
Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan di dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat
dengan ajaran-ajaran agama slam. Beliau memulakan pendidikan awal formalnya pada
tahun 1907 di Sekolah Melayu Linggi. Di samping belajar di sekolah tersebut, Za'ba
turut belajar bahasa Arab. Walaubagaimanpun, persekolahannya tamat pada tahun
1909, tiga tahun kemudiannya. Mulai tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St.
Paul's ntitution, Seremban hingga beliau lulus peperiksaan Senior Cambridge dalam
tahun 1915. Sewaktu menjadi pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and
African Studies, Universiti London, beliau telah diberi peluang untuk melanjutkan
pengajiannya ke tahap jazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1953, dalam bidang
pengajian bahasa Melayu dan bahasa Arab daripada Universiti London.

Masyarakat Melayu amat berhutang budi kepada Za'ba kerana sumbangan
beliau yang cukup besar dan bermakna terhadap bahasa Melayu. Sepanjang hayatnya,
beliau banyak menghasilkan buku-buku ilmiah bagi rujukan para pengakaji bahasa.

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor, (2002:14), Jilid 14 Bil 02, Za'ba merupakan
seorang anak Melayu yang tidak jemu-jemu mengabdikan diri kepada bahasa dan
kesusasteraan Melayu sejak sebelum perang. Kematiannya pada 23 Oktober 1973
merupakan satu kehilangan yang besar kepada bangsa Melayu terutama dalam bidang
bahasa dan kesusasteraan Melayu. Karyanya yang paling terkenal Pelita Bahasa
Melayu merupakan kitab rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mendalami
tentang bahasa Melayu. Di tengah-tengah ketiadaan buku-buku tatabahasa, Za'ba telah
menerbitkan Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu, kedua-duanya
menjadi buku teks sekolah hingga selepas Perang Dunia Kedua. Di samping itu
rencana-rencana beliau tentang bahasa, kesusasteraan, kebudayaan, dan agama terus
mengalir daripada penanya dan tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah baik dalam
bahasa Melayu mahupun nggeris. Abdullah Hussain, Khalis M. Hussain (2000: 1-5)
enganLar LlngulsLlk



$umbangan
Za'ba telah menerangkan pelbagai bahan ilmiah dalam buku Pelita Bahasa
Melayu yang telah menjadi satu perbendaharaan ilmu bahasa Melayu. Makalah ini
menggunakan teknik Rajah Binaan Kata (RBK) untuk meninjau sama ada ia mampu
menerangkan huraian Za'ba atau tidak. RBK wujud berdasarkan makna dan
kesesuaian bunyi (bunyi atau fonem di sini diubah menjadi bentuk ejaan). ni bererti,
makna wujud dahulu sebelum perkataan. kehadiran imbuhan yang digabungkan
dengan kata dasar bertujuan untuk memberi makna yang lain daripada makna yang
sudah sedia ada dalam kata dasar tersebut. Wan Abdul Kadir (1996:167).

Menurut Za'ba, bentuk penambahan di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada
tiga iaitu: Penambahan di Pangkal, Penambhaan di hujung dan Penambhan di Pangkal
dan di Hujung.

Penambahan di-, ke-/ka-, sa-/se-.si
Pada umumnya, penambhan ini diimbuhkan sahaja pada perkataan asal (Kata
Dasar) tanpa perubahan. Penambahan ini ialah mbuhan Awalan dan juga Kata Sendi
Nama.










Rajah 1
Terbitnya ialah: di situ
ke Melaka

-
(-%
Melaka
(-% -
lLu


dl
enganLar LlngulsLlk



Jika mbuhan Awalan, ia digabungkan dengan Kata Dasar sama ada Kata Nama
Dasar, Kata Sifat Dasar atau Kata Kerja Dasar.









Rajah 2

Makna 'ketua yang asal, lama-kelamaan berubah menjasi 'pemimpin', maka
bentuk Kata Nama Terbitan ini (ke+tue) berubah menjadi Kata Nama Dasar (ketua)

Di dalam RBK, kedua-dua jenis ini bebezakan. Jika Kata Sendi Nama, ia akan
diikuti oleh Kata Nama Arah dan atau Kelompok Kata Namaan tidak memerlukan apa-
apa perubahan. Pendapat ini disokong oleh RBK 3 ini:









Rajah 3
Terbitannya: menanti
merampas

-@

ke Lua
lmb
@
lmb rampas
nanLl me
enganLar LlngulsLlk




Berubah Menjadi meng+ dan peng+
Menurut Za'ba mbuhan me+ dan pe+ yang diimbuhankan dengan Kata Dasar
yang berawalkan huruf yang berikut ini berubah menjadi meng+ dan peng+, iaitu: a, i, o,
u, h, kh, gh, k, dan g. Contoh seperti Rajah 4:










Rajah 4
Terbitannya: mengikut
mengupah
menghukum

Berubah Menjadi mem+ dan pem+
Menurut Za'ba, jika perkataan asalnya perkataan berawalkan b, f dan p maka
me+ dan pe+ menjadi mem+ dan pem+.






Rajah 5

Terbitannya ialah: membasuh
KKT
mb T
KD/KT
me ng ikut
upah
hukum
T KD
m basuh me
KKT
mb
enganLar LlngulsLlk


Berubah Menjadi meny+ dan peny+
Menurut Za'ba ,me+ dan pe+ berubah menjadi meny+ dan peny+ apabila
perkataan asalnya berawalkan s dan terkadang sh dengan syarat s dan sh digugurkan,
seperti: menyapu, menyerahkan, menyimpan, menyebarkan, penyakit, penyabar,
penyambung.

Perkataan Berpisah dan Bersatu
Za'ba telah memberi panduan empat cara untuk menggabungkan atau
memisahkan perkataan. Bagaimanapun, kerana perbincangannya itu berkenaan
dengan tulisan jawi, hanya bentuk Ruminya sahaja yang dibincangkan. Hanya lima
perkataan sahaja yang dibincangkan di sini, iaitu: bumiputera, juru bahasa, matahari,
merbahaya, juru ukur.

You might also like