You are on page 1of 17

Ringkasan dari artikel

ISI KANDUNGAN
1. Artikel A1

MUKA SURAT

Rekabentuk Industri Dalam Kejuruteraan Mekanikal

1-5

2. Artikel B1

Sejarah Geometri

6-8

3. Artikel-C2 Huraian Teks P.BurshIill-Hall- why do we use geometry? ( mukasurat 11 21 )


4. Bibliografi

9 - 15 16

Artikel-A1 Rekabentuk Industri Dalam Kejuruteraan Mekanikal Pengenalan : Rekabentuk industri mula diperkenalkan ke dalam Kurikulum Kejuruteraan Mekanikal sejak awal tahun 80an Tujuannya mendedahkan pelajar Kejuruteaan Mekanikal kepada kefahaman tentang kaedah rekabentuk serta penekanan kepada penerapan idea kreatif dalam rekacipta produk kejuruteraan.

Rekabentuk Industri : Merupakan bidang yang terlibat dalam penghasilan produk bagi industri melalui proses rekabentuk dan pengeluaran Bidang rekabentuk industri merangkumi ilmu seni, sains dan teknologi. Rekabentuk Kejuruteraan merupakan bidang teknikal dan saintifik yang digabungkan bagi menghasilkan sesuatu produk yang memenuhi keperluan fungsi dan prestasi. Penggabungan rekabentuk kejuruteraan dan industri telah mampu menghasilkan produk yang memenuhi citarasa pengguna malah dari aspek estatika, keselamatan dan keselesaan. Hubungkait antara rekabentuk industri dengan rekabentuk kejuruteraan bergantung kepada jenis produk yang direkacipta. Sejarah penubuhan : Pada sekitar tahun 1983, matapelajaran Rekabentuk Industri telah ditawarkan ke dalam Kurikulum Kejuruteraan Mekanikal.

Cadangan ini telah diilhamkan oleh seorang Dekan iaitu PM Dr. Abdul Aziz bin Hassan. Matapelajaran Rekabentuk Industri mula ditawarkan sebagai matapelajaran wajib kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera dengan menawarkan tiga matapelajaran untuk tahun 1, 2 dan 3.

Matapelajaran ini dikendalikan secara kuliah dan studio serta penilaian matapelajaran ini adalah melalui hasil kerja projek secara individu dan berkumpulan.

Penilaian adalah secara berterusan melalui laporan penyelidikan, lakaran rekabentuk, lukisan kejuruteraan model dan persembahan projek.

Objektif matapelajaran Rekabentuk Industri : Mendedahkan mereka kepada rekabentuk produk yang dapat menggabungkan di antara fungsi dan estatika serta kaedah menyelesaikan masalah rekabentuk secara krreatif dan sistematik. Selain itu, matapelajara ini juga dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap proses rekabentuk dan kebolehan pelajar menjalankan penyelidikan , mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara sistematik , logikal dan kreatif bagi menghasilkan rekabentuk produk yang baik. Malah melalui pengenalan matapelajaran ini dapat melatih pelajar untuk menggunakan unsur rekabentuk dalam menghasilkan lakaran idea dan persembahanyang berkesan dan mantap. Di samping itu dapat memperkembangkan pengetahuan pelajar terhadap penggunaan dan pemilihan bahan serta proses pembuatan yang sesuai. Kemunculan kursus baru Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri Dalam pertengahan tahun 90an matapelajaran ini telah dikurangkan dari tiga kepada dua matapelajaran sahaja.

Pada tahun 2000, perubahan kurikulum berlaku sekali lagi yang membawa perubahan kepada matapelajaran ini yang telah dikurangkan dari dua matapelajaran kapada satu sahaja matapelajaran dan diberi nama baru iaitu Pengenalan Kepada Rekabentuk.

Kesan daripada pengurangan matapelajaran rekabentuk industri ini, suatu kursus yang mempunyai kurikulum dan silibus telah diwujudkan dan dinamakan sebagai Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri (SRI).

Tujuan kewujudan kursus bari ini ialah untuk mengembelingkan kepakaran bidang kejuruteraan mekanikal, kemudahan yang ada, serta pengalaman kakitangan.

Kursus Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri : Kursus Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri telah mengambil konsep gabungan seni, teknikal (sains dan kejuruteraan) dan teknologi. Pada dasarnya bidang pengajian ini terbahagi kepada teras rekabentuk industri, teknologi, pengurusan pemasaran dan perakaunan serta Sains dan Matematik. Bidang Pegkhususan Rekabentuk Industri : Bidang pengkhususan Rekabentuk Industri ini dibahagikan kepada empat sub-bidang yang utama iaitu : a. Rekabentuk Product Product Design Melibatkan domestik. b. Rekabentuk Perabot Furniture Design Meliputi rekabentuk perabot semasa dan moden. c. Rekabentuk Pegangkutan Transport Design
Melibatkan rekabentuk styling dan rekabentuk konsep kenderaan.

melibatkan

rekabentuk

pelbagai

produk

pengguna

d. Rekabentuk Pembungkusan Packaging Design menghasilkan perekabentuk yang mempunyai pengkhususan dalam menghasilkan pengguna. rekabentuk dan teknik pembungkusan produk

Matlamat Penubuhan Kursus Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri :

Memberi pengetahuan dan pendedahan teknologi kepada pelajar dalam mereka bentuk sesuatu rekaan dan mahir membuat pengiraan fungsi rekabentuk. Dapat mepertingkatkan kemahiran dan pengurusan diri dan memahami keperluan pengguna terhadap produk keluaran industri. Dapat mengenalpasti dan sensitif di dalam bidang kerjaya berkaitan sektor pertanian, perindustrian dan lain-lain serta memupuk sifat kreatif, inovatif dalam melaksanakan sesuatu rekabentuk yang merangkumi citarasa pengguna dan pengeluar.

Memberi pendedahan kepada pelajar dalam menjalankan projek-projek yang sebenar yang akan diperolehi dari sektor luar. Pelajar juga dapat memahirkan membuat penganalisaan yang terperinci terhadap fungsi mekanisma, bahan dan proses pengeluaran.

Dapat melatih pelajar untuk mencapai kemahiran berkomunikasi dalam membentang idea-idea rekabentuk menggunakan lukisan realistik, persembahan, kejuruteran, ilustrasi dan pembentukan model atau prototaip, menyediakan ringkasan projek, spesifikasi persembahan secara lisan. serta laporan dan keupayaan

Kesimpulan : Peranan dan kepentingan pereka bentuk industri telah terbukti digunakan di negara-negara maju seperti Amerika, England, Perancis, German Sweeden dan Itali. Malah negara-negara Asia seperti Jepun, Taiwan dan Korea juga telah mnggunakan kepakaran pereka bentuk industri yang meliputi empat sub-bidang untuk menghasilkan berbagai jenis produk yang bermutu, terbaru serta mendapat persaingan pasaran yang baik di dalam negara dan antarabangsa.

Artikel-B1 Sejarah Goemetri (History Of Geometry)


Goemetri berasal dari perkataan Yunani iaitu geo dan metria yang membawa maksud geo-bumi dan metria-ukuran Geometri merupakan salah satu bidang dalam lapangan matematik selain daripada kajian tentang nombor (aritmetik) Terdapat klasik geometri berfokus kepada kompas dan pembinaan alat kelebihan bebas lengkung Geometri adalah hasil revolusi Euclid yang masih digunakan hingga kini. Buku The Elements digunakan secara meluas dan dianggap sebagai rujukan serta digunakan sebagai buku teks yang paling berpengaruh dan digunakan oleh semua warga berpendidikan di barat sehingga pertengahan abad kurun ke 20

Pada zaman era moden geometri telah diholistikan kepada peringkat yang tinggi pengekstrakan dan kerumitan yang tertakluk kepada kaedah-kaedah kalkulus dan algebra.

Banyak cabang moden goemetri tidak dapat diketahui awal kewujudannya.

Permulaan Geometri (Early Geometry)

Sejarah terawal direkodkan geometri boleh dikesan dari orang terdahulu yang menemui segitiga obtuse dari Lembah Indus kuno dan Babylonia sekitar 3000 sebelum masihi.

Awal geometri adalah pengumpulan koleksi-koleksi mengenai panjang, luas kawasan dan jumlah, yang telah dibangunkan untuk memenuhi beberapa praktikal dalam pengukuran, pembinaan dan astronomi.

Sebahagian ahli matematik moden memperolehi prinsip-prinsip geometri tanpa menggunakan kalkulus contohnya orang Egypt dan orang Babilon masingmasing sedar kewujudan Teorem Pythagoras kira-kira 1500 tahun sebelumnya namun orang Egypt mempunyai formula tersendiri yang betul untuk jumlah

frustum piramid tapak segiempat dan orang-orang Babilon mempunyai jadual Trigonometri (Egyptian Geometry)

Orang Mesir purba percaya dan tahu mereka boleh menyamai kawasan bulatan dengan .

Masalah 50 Ahmes Papyrus menggunakan peraturan bahawa kawasan bulatan itu adalah sama dengan kuasa dua 8/9 diameter bulatan Mereka mengandaikan bahawa ialah ralat kesilapan sedikit melebihi 0.63 peratus. atau 3.160493. dengan

Nilai ini sedikit kurang ketepatanya dari prinsip pengiraan orang-orang Babilon iaitu (25/8 = 3.125 iaitu 0.53 peratus)

Ahmes mengetahui

adalah sebagai penghampiran bagi Pi

Namun Ahmes terus menggunakan nilai tradisional 256/81 bagi nilai yang mewakili Pi untuk mengira isipadu yang di dalam sesebuag silinder. Mengikut maslah 48 segiempat sama dengan sisi 9 unit, persegi ini dipotong ke dalam grid 3 x 3. Pepenjuru bagi segiempat itu telah digunanakan untuk membuat oktagon yang tidak teratur dengan keluasan 63 unit. Ini memberi nilai kedua untuk adalah daripada 3.111

Oleh yang demikian disimpulkan kedua-dua masalah itu menunjukan pelbagai nilai untuk Pi adalah antara 3.11 dan 3.16 Masalah 14 di Moscow Matematik Papyrus menerangkan formula yang betul

adalah

(Babylonian Geometry)

Orang-orang Babilon mungkin telah mengetahui kaedah-kaedah umum mengira bagi luas dan isipadu. Orang Babilon mengukur lilitan bulatan sebagai 3 kali garis pusat dan luas sebagai kuasa dua kedea belas bagi satu lilitan yang hanya betul jika dianggarkan sebagai 3.

Terdapat penemuan terbaru di mana tablet menggunakan sebagai 3 dan 1/8. Orang-orang Babilon juga terkenal dengan penemuan ukuran jarak yang mana penemuanya digunakan sehingga ke hari ini iaitu bersamaan 7 batu sekarang. Ukuran jarak tersebut seterusnya ditukarkan untuk mengukur perjalanan matahari yang digunakan untuk mewakili masa.

Artikel-C2 HURAIAN TEKS P.BURSHILL-HALL- why do we use geometry? ( mukasurat 11 21 ) ZAMAN PERTENGAHAN

Zaman Pertengahan merupakan zaman kedua dalam pembahagian tradisional sejarah Eropah kepada tiga zaman: Tamadun Klasik Purba, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.

Zaman ini merupakan zaman perubahan besar dalam kebudayaan, politik dan ekonomi di Eropah. Zaman Pertengahan menyaksikan pembandaran berkekalan pertama di utara dan barat Eropah. Negara-negara Eropah moden bermula pada zaman ini, sempadan seperti yang terdapat pada hari ini merupakan kesan pencapaian ketenteraan dan wangsa paza zaman yang kacau ini.

Sains, teknologi, pertanian dan identiti sosial berubah secara mendadak pada masa ini. Zaman Pertengahan bertarikh dari kejatuhan Empayar Rom Barat pada abad ke5 hinggalah kejatuhan Empayar Rom Timur pada abad ke-15. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman kegelapan bagi rakyat Eropah. Segala keputusan pemerintah dan hukum Negara tidak diambil berdasarkan parlimen. Keputusan tersebut di ambil oleh majlis dewan Gereja.

Setiap individu tidak berhak menyuarakan pendapat kerana pada zaman itu yang berhak mengeluarkan pendapat atau keputusan hanyalah para ahli agama.Bahkan segala sesuatu yang bertentangan dengan penafsiran dewan gereja merupakan pelanggaran hukum yang berat.

Timbul juga ancaman dari gereja, iaitu siapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera. Para ilmuwan pada zaman ini terpaksa mempertahankan ilmu yang diperolehi oleh mereka kerana pada zaman ini gereja berhak dalam segala-segalanya.

Teks-teks yang diperolehi dari orang-orang Arab ditafsir bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan. Para ilmuwan memandang suci pada dua muka surat yang di panggil doktrin

DUA KEBENARAN, DUA MUKA SURAT Mengatakan bahawa sumber pengetahuan dari kitab suci atau wahyu. Pengetahuan yang diperolehi secara terus dari Tuhan merupakan pengetahuan yang paling benar. Semua jenis pengetahuan dan pengetahuan adalah berdasarkan keimanan seseorang. Tuhan mengurniakan kuasa pemikiran kepada manusia bagi menyiasat lagi dunia dalam dan luar.

Para ulama zaman pertengahan telah menubuhkan rasional kristian bagi mengkaji ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Tuhan melalui alam semulajadi.

MENGKAJI SIFAT Hujah-hujah yang diberikan berdasarkan teks di atas tidak memberikan kaedah atau penyelesaian dalam kajian alam. Walaupun kebanyakan para ilmuwan banyak menghabiskan masa menjalankan kajian ini, hasilnya menghampakan dan kajiannya juga tidak saintifik.

Wujudnya satu pengetahuan tentang wujudnya hubungan antara tanda-tanda atau simbol-simbol yang membawa para ilmuwan pada zaman ini mengkaji ilmu tersebut.

Quadrivium dan Trivium program bagi memahami tanda dan simbol. Kebanyakan para ilmuwan pada zaman ini mempelajari geometri klasik dari orang-orang Arab.Ini adalah kerana orang Arab lebih maju di dalam bidang ini.

Penemuan baru dalam geometri Euclid terhasil tujuan geometri Euclid adalah untuk tujuan geometri praktikal seperti amalan kraf ( ukur dan mekanik ).

Geometri Euclid berguna bagi membongkar segala rujukan geometri dalam Alkitab dan tulisan-tulisan Saints.

Geometri Euclid juga dikatakan geometri yang lengkap dan logik.

TEKS BARU : ZAMAN PEMBAHARUAN

Merupakan Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris, bahasa Perancis: Renaissance, bahasa Itali: Rinascimento Kelahiran semula) ialah zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17 bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.

Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi kehidupan intelek Eropah pada tempoh awal moden. Bermula di Itali, dan tersebar ke serata Eropah menjelang abad ke-16, pengaruhnya masih ada dalam kesusasteraan, falsafah, politik, seni, sains, agama dan aspek lain dalam penyelidikan intelek. Sarjana Zaman Pembaharuan menggunakan kaedah kemanusiaan dalam pembelajaran, dan mencari realisme dan emosi manusia dalam seni .

Zaman Pembaharuan melambangkan kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains.

Pemikir Zaman Pembaharuan belajar dari teks purba, selalunya penulisan Latin atau Yunani purba. Sarjana-sarjana menubuhkan perpustakaan biara Eropah yang kemudian menjadi tidak popular.

Mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan.

Mereka tidak menolak Kristian; malah kebanyakan hasil kerja Zaman Pembaharuan adalah ke arah Gereja kebanyakannya menaungi hasil kerja seni Zaman Pembaharuan. Walau bagaimanapun, peralian kecil berlaku dalam pendekatan intelektual keagamaan yang terpantul dalam banyak aspek kebudayaan.

Bermula dengan zaman pembaharuan di Itali pada abad ke-15, ia membawa era baru di mana berlakunya:

penyambungan semula dunia Barat dengan bahan kepurbaan klasik. penyerapan ilmu khususnya matematik daripada Dunia Arab penekanan kearah pengujikajian kesan pengaruh dari Dunia Arab penumpuan kepada hidup selesa pada masa sekarang (umpamanya humanisme Zaman Pembaharuan) letusan penyebaran pengetahuan yang disebabkan oleh pencetakan dan penciptaan teknik-teknik baru dalam bidang seni, puisi dan seni bina yang menyebabkan pula perubahan-perubahan yang pesat dalam gaya dan isi kandungan seni dan persuratan.

KEJURUTERAAN ARCHIMEDES satu lagi aspek geometri dalam kebangkitan tidak harus diabaikan iaitu

teks kejuruteraan karya oleh Archimedes, Pappus, Hero dari Alexandria, Ctesibius, Vitruvius.

Teks yang datang dari Byzantines bukan hanya mengandungi sedikit ilmu

matematik dan falsafah semula jadi tetapi meliputi sejarah, kesusasteraan, politik, surat-surat, geografi dan semua ciptaan kesusasteraan Yunani klasik

Teks kejuruteraan karya oleh Archimedes, Pappus, Hero dari Alexandria

Ctesibius, Vitruvius memberi sedikit sebanyak penyelesaian mengenai

penyelesaian masalah matematik bagi kejuruteraan mudah, statik, lima mesin mudah, hidrostatik dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, teks kejuruteraan ini semakin dihargai, idea karya-karya Archimedes iaitu ilmu statik bendalir dan mekanikal menjadi

kejuruteraan ini dibangkitkan semula. satu anjakan paradigma baru, ini ialah satu kaedah geometri bagaimana mendapat ilmu tertentu dan fizikal dunia sebenar.

JESUITS Lewat abad ke 16, satu lagi pendedahan yang menarik tentang ilmu geometri telah ditemui di Eropah iaitu Jesuits . Pendidikan Jesuits sering dikatakan pendidikan biasa, mundur dan tidak saintifik oleh ahli-ahli falsafah dan pengikutnya. Walaubagaimanapun,pendapat pembelajaran matematik. Justifikasi pengajaran geometri : Geometri perlu di ajar kerana ia cara yang terbaik bagi mengekalkan ingatan dan mempercayainya; dalam kata lain, jika seseorang menguasai pembelajaran geometri, dia akan memperolehi kelebihan mendalami agama Kristian REVOLUSI SAINTIFIK

ini

bercanggah.Pendidikan

ini

merupakan

pendidikan yang mantap, pendidikan peringkat tinggi dan terkini dalam

Revolusi saintifik yang bermula sejak dari akhir abad ke-16 hingga akhir Ia boleh dianggap sebagai suatu pemekaran Zaman Pembaharuan

abad ke 18 . Eropah serta pintu gerbang peradaban moden.

Ini disebabkan sebahagiannya oleh penemuan semula unsur-unsur

kebudayaan Yunani, India, Cina, dan Islam yang dikekalkan dan dikembangkan lagi oleh dunia Islam dari abad ke-8 hingga abad ke-15.

Karya-karya Islam itu kemudian diterjemahkan oleh paderi-paderi Kristian Dalam bidang geometri, terdapat perubahan yang berlaku iaitu perubahan

ke dalam bahasa Latin, umpamanya karya Almages. geometri algebra menjadi geometri lengkung atau lebih tepat dikenali sebagai kalkulus. Walaubagaimanapun, perubahan yang berlaku adalah perubahan dalam Dua orang tokoh yang terlibat dalam revolusi ini ialah Galileo dan status geometri lanjutan. Descartes.

KEPLER

Johannes Kepler ( 27 Disember 1571 15 November 1630 ) adalah seorang ahli matematik, astronomi and astrologi Jerman, dan merupakan orang penting di dalam revolusi saintifik abad ke-17.

Beliau paling dikenali dengan pembuktiannya menggunakan hukum gerakan planet, yang dikodkan oleh ahli astronomi terkemudian, berdasarkan kerjanya Astronomia nova, Harmonices Mundi dan Epitome of Copernican Astronomy.

Dia juga menyediakan salah satu asas untuk teori graviti semesta Isaac Newton.

HUKUM GERAKAN PLANET KEPLER

Ilustrasi tiga hukum Kepler dengan dua orbit planet. (1) Orbit adalah berbentuk elips, dengan titik fokus f1 dan f2 bagi planet pertama dan f1 dan f3 bagi planet kedua. Matahari diletakkan di titik fokus f1. (2) Segmen berlorek A1 dan A2 mempunyai luas permukaan yang sama dan masa untuk planet 1 merangkumi segmen A1 adalah sama dengan masa untuk merangkumi segmen A2. (3) Jumlah pusingan orbit bagi planet 1 dan planet 2 adalah dalam nisbah a13 / 2:a23 /

Dalam astronomi, hukum gerakan planet Kepler adalah tiga hukum matematik yang menerangkan pergerakan planet dalam sistem suria. Teori ini ditemui oleh seorang ahli matematik dan astronomi Jerman, Johannes Kepler (15711630).

Kepler mempelajari cerapan yang persis yang dilakukan oleh ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe. Sekitar 1605, Kepler menemui bahawa cerapan Brahe bagi kedudukan planet turut mengikuti tiga hukum matematik mudah.

Hukum-hukum Kepler :
1. Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu

fokusnya. Elips dicirikan oleh dua titik fokusnya. Maka, Kepler menolak kepercayaan pengikut Aristotle, Ptolemy dan Copernicus yang menyatakan bahawa planet bergerak dalam gerakan membulat. 2. Satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit. Ini bermakna, planet bergerak lebih pantas ketika menghampiri matahari manakala lebih perlahan ketika menjauhi matahari. Dengan hukumnya ini, Kepler memusnahkan teori astronomi Aristotle tentang pergerakan planet yang seragam.

3. Kuasa dua bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi

semimajor kuasa tiga bagi orbit tersebut. Ini bukan sahaja bermakna orbit yang lebih besar mempunyai lebih lama tempohnya, tetapi juga kelajuan planet di orbit yang lebih besar adalah lebih lambat dari planet yang di orbit yang lebih kecil.

BIBLIOGRAFI
http://ms.wikipedia.org/wiki/ http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_geometry

You might also like