You are on page 1of 5

BAB 4 PERANAN DAN CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN

1. Bidang Tugas
a. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih
dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid
Tahun 1 hingga 3.

b. Membantu guru-guru asas dalam hal:
O Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan
sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
O Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
O Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
O Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran
asas sekiranya keadaan memerlukan.

c. Berjumpa dan berbincang dengan guru, ibubapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai
latar belakang murid.

d. Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk
mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. si-isi rekod
hendaklah mengandungi:
O Laporan prestasi murid.
O Latar belakang murid.
O Laporan kesihatan murid.
O Hasil-hasil temubual dan rujukan.

e. Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:
O Borang Pencalonan.
O Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
O Borang Pengumpulan Maklumat.
O Ujian Saringan dan Diagnostik
O Lembaran Kerja
O Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
O Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

f. Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

g. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan
memerlukan.

h. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di sekolah.

2. Peranan Guru Pendidikan PemuIihan
Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :

a. Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)
O Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid
yang memerlukan pemulihan khas.
O Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran
yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
O Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan
tersusun.

b. Preskriptif (Prescriptive Role)
O Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-
kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
O Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana
keadaan memerlukan.

c. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)
O Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran asas 3M.
O Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai " team
teaching / " guru pendamping sekiranya perlu.

d. Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)
O Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
O Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-
murid yang menghadapi masalah 3M.

e. Peranan Perhubungan (A Liaison Role)
O Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan
maklumat dan latar belakang murid.
O Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka
membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

. Ciri-Ciri Guru Pendidikan PemuIihan Yang BAik
a. Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang
pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
b. Komitmen yang menyeluruh
c. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
d. Kolaboratif. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak
berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat,
kesihatan.
e. Bertanggungjawab. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui
kemajuan murid.
f. Sabar
g. khlas
h. Rajin
i. Pengurusan masa

4. Hubungan InterpersonaI
a. Pengurusan Sekolah
O Utk mendapatkan maklumat peribadi pelajar
O Mendapatkan later belakang pelajar
O Mendapatkan atau membincangkan mengenai peruntukkan
O Menyokong dan tidak menyisihkan pelajar atau guru pemulihan

b. Rakan sekerja
O Agar tidak disisihkan
O Mengetahui tentang tingkah laku pelajar pemulihan di kelas perdana
O Membantuk guru kelas perdana dalam membimbing murid pemulihan dalam
kelas
O Membincangkan kaedah2 atau strategi2 baru yang boleh digunakan dalam
mengajar murid pemulihan

c. bu bapa / waris
O Utk mendapatkan maklumat tentang pelajar
- latar belakang pelajar
- latar belakang keluarga
- keadaan ekonomi keluarga murid
- sebarang penyakit keluarga
- tingkah laku murid semasa di rumah
O Meningkatkan keyakinan dan kasih sayang keluarga thdp murid pemulihan
O Membimbing keluarga dalam mengubah t/laku murid drpd ve kpd +ve

d. Murid
O Utk meningkatkan keyakinan diri dalam murid
O utk membantu murid supaya merasa diri mereka diperlukan dan disayangi
O Agar murid tidak disisihkan oleh guru lain atau pelajar lain
O membantu dan membimbing murid dalam pembelajaran
O Mengetahui ttg murid secara lebih peribadi
O Agar senang mengetahui tentang masalah murid
O Agar murid lebih mempercayai guru pem
O Agar lebih senang mengubah t/laku murid

You might also like