You are on page 1of 7

BAB 5 PENUBUHAN KELAS PENDIDIKAN PEMULIHAN

Prosedur Penubuhan KeIas Pendidikan PemuIihan


a. PeIantikan PersoneI PemuIihan
i. Semua sekolah rendah diperuntukan satu jawatan Guru Pemulihan Khas
(GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru
asas ( n x 1.5 ) seperti dalam kelayakan peruntukan guru.
ii. Guru yang dilantik sebagai GPKhas mestilah terdiri daripada guru yang
terlatih dan keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai opsyen
Pemulihan Khas
iii. Perlantikan secara rasmi GPKhas hendaklah dibuat oleh Jabatan
Pelajaran Negeri setelah mendapat pencalonan daripada guru besar
sekolah berkenaan.
iv. Sebarang urusan pertukaran GPKhas mestilah mendapat persetujuan
Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.
v. Sekiranya tiada guru seperti perkara 4.1.2, maka guru besar perlu
melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai GPKhas.
vi. GSTT, guru bermasalah kesihatan, guru kontrak, guru 'pool' dilarang
sama sekali dilantik sebagai GPKhas.
vii. GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan
khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat-surat Siaran KPM. Oleh
itu amalan melantik GPKhas sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan
sama sekali.
viii. Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar GPKhas
tidak dibebankan dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan
pengendalian kelas pemulihan khas.
ix. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan GPKhas, (seperti melanjutkan
pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji) Guru besar perlu melantik
seorang guru terlatih dan mengikut prosedur para 2.1.3.
x. Penutupan Kelas Pemulihan Khas atau pemberhentian Program
Pemulihan Khas perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah
Pelajaran Negeri.

b. KenaI Pasti Murid dan MasaIah
i. Ciri-ciri
O Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
O Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat
bekerja
O Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah
dipelajari dalam situasi baru
O Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca
jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja
O Tidak dapat merancang objektif jangka panjang lebih suka
merancang untuk keperluan semasa.
O Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam
memberi tumpuan
O Lemah daya ingatan Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
O Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
O Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif,
O Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan
memahami perkaitan
O Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
O Bersikap egosentrik

c. Merancang Program PemuIihan
i. Program Pemulihan Khas bermula pada Tahun 2.
ii. Di akhir Tahun 1, murid-murid yang gagal Ujian Pelepasan KA2M layak
masuk ke Program Pemulihan Khas pada Tahun 2.
iii. Pencalonan baru murid Tahun 3 akan disaring dengan PP2M dan MA.
iv. Pencalonan murid juga boleh dibuat oleh:
O guru mata pelajaran BM/Mat
O guru kelas
O guru besar
O ibu bapa

d. PenjaduaIan PemuIihan
i. Jadual Kedatangan Murid
Buku Jadual Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas hendaklah
disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari.

ii. Agihan Waktu Mengajar








Agihan minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik boleh
dianjalkan (flexible) mengikut keperluan sekolah.

Waktu Panduan Dan Persediaan (4 x 30 minit =120 minit) hendaklah
dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku
Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu
Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut:
O Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.
O Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
O Mengemas kini rekod-rekod
O Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang
perkembangan murid di kelas biasa.
O Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian
murid.
O Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.

Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu:
O Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas
berpandukan jadual waktu induk sekolah.
O Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan
Matematik.
Tahun Bahasa Melayu Matematik Jumlah
1


2 8 kali X 30 minit = 240 7 kali X 30 minit = 210 450 minit
3 8 kali X 30 minit = 240 7 kali X 30 minit = 210 450 minit
480 minit 420 minit 900 minit
Panduan Dan Persediaan 120 minit

JUMLAH SEMINGGU

1020 MINIT
O Catatkan waktu panduan dan persediaan
O Jadual waktu mestilah dipamerkan di Ruang Pengurusan dalam
bilik darjah.
O Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa
Pembentukan Jadual Waktu Sekolah.

e. PeIaksanaan Program PemuIihan
Disyorkan 2 alternatif seperti berikut:
i. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-
murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut
sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau
4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi
pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.
ii. Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk
kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya
hendaklah tidak melebihi 15 orang.
iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan
datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak
melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah
tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Pemulihan Khas
dengan guru besar dan guru-guru asas.
iv. Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) pelaksanaan dilakukan berdasarkan
kesesuaian sekolah.

f. PeniIaian Program PemuIihan
i. Ujian Saringan
Ujian Saringan bertujuan untuk mengukur secara menyeluruh kekuatan
dan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh seseorang
murid.

Bahan
O Bahasa Melayu
Ujian Pelepasan (KA2M) yang dilaksanakan di akhir Tahun 1
dianggap sebagai Ujian Saringan memasuki Program Pemulihan Khas
di Tahun 2.

nstrumen Penentu Penguasaan 2M (PP2M) pula akan dilaksanakan
kepada murid-murid Tahun 3 hingga 6 sebagai Ujian Saringan.

O Matematik
Dalam Program Pemulihan Khas, Ujian Saringan untuk pengambilan
murid-murid ke program tersebut menggunakan ndicator for Mastery
in Arithmatic (MA).

Skor
PENCALONAN MURD BERASASKAN SKOR PP2M
Cadangan
Untuk
Penempatan

Cadangan Ke
Pendidikan Khas

Program
Pemulihan Khas
Pemulihan
KBSR
(dalam bilik
darjah)
SKOR

0 9


10 45

46 65


ii. Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik hendaklah dijalankan dengan tujuan untuk membantu
Guru Pemulihan Khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan
kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus di samping
memudahkan pembentukan kumpulan pembelajaran.

Jenis Ujian Diagnostik
O Ujian Diagnostik Lisan
Ujian ini mengandungi 31 item kemahiran dalam domain kognitif
peringkat penggunaan dengan sejumlah 661 soalan, satu item
kemahiran dengan 3 soalan peringkat pemahaman.

O Ujian Diagnostik Praktik
Ujian ini mengandungi 10 kemahiran. Kesemua 92 item soalan
yang disediakan adalah domain kognitif peringkat kefahaman. Ujian
ini boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk mendiagnos
lebih terperinci daerah kesukaran membaca yang dihadapi oleh
murid.

O Ujian Diagnostik Bertulis
Ujian ini mengandungi 26 item kemahiran dengan 196 soalan.
Keseluruhan soalan adalah dalam domain kognitif.

Bahan
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru
Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

iii. Ujian Pencapaian
O Ujian Pencapaian Kemahiran (formatif)
Dijalankan dengan tujuan untuk memastikan penguasaan murid
selepas sesuatu kemahiran diajar.

O Ujian Pencapaian Penguasaan Bahasa Melayu (sumatif)
Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang murid itu
telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti program lagi.
Ujian yang digunakan ialah PP2M. Skor 45 dan ke atas diiktiraf
sudah menguasai kemahiran 2M.

O Ujian Pencapaian Penguasaan Matematik (sumatif)
Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang murid itu
telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti program lagi.

g. Tindakan SusuIan
Murid-murid yang telah melepasi Ujian Pelepasan mesti dikembalikan semula ke
kelas biasa. Walau pun demikian guru pemulihan khas dan guru mata pelajaran
akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi bantuan
agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas biasa.
Keberkesanan tindakan susulan dapat dicapai melalui beberapa pendekatan,
antaranya ialah:
i. Maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru kelas.
ii. Pemerhatian khusus dilakukan oleh guru darjah, guru mata pelajaran dan
guru pemulihan khas.
iii. Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.

You might also like