You are on page 1of 2

3.

Bentuk kata

Kata tunggal Kata tunggal ialah perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. 3.1.1 Kata tunggal satu suku kata Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu kira-kira 500 patah kata sahaja. Inggeris. Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. KV 2. VK 3. KVK 4. KKVK 5. KVKK 6. KKKV 7. KKKVK Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutama bahasa Arab dan bahasa

Contohnya : 1. KV yu, ru, ya 2. VK Am 3. KVK cat, tin, sen, lap, roh, dan 4. KKVK stor, gred, brek, krim, trak, draf, dram, skor, skop 5. KVKK teks, bank, volt, zink, golf 6. KKKV skru 7. KKKVK skrip, straw, strok, skrin.

You might also like