You are on page 1of 6

JAWATAN KOSONG

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan. Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

JAWATAN BUKAN AKADEMIK BIL 1 2 3 4 5 6 NAMA JAWATAN JURUTERA PEGAWAI TADBIR PENOLONG PEGAWAI TADBIR PEMBANTU MAKMAL JURUTEKNIK PENGAWAL KESELAMATAN GRED J41 N41 N27 C17 J17 KP11

PENETAPAN GAJI PERMULAAN Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMK berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI) Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa. TARAF JAWATAN Semua jawatan adalah bertaraf SEMENTARA. SYARAT KEWARGENEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau (b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan (c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. SYARAT-SYARAT UMUM Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia). CARA MEMOHON
(a) Semua

permohonan perlu dibuat secara http://jobs.umk.edu.my/job/ sepenuhnya.

`on-line

melalui

laman

web

(b) Permohonan yang tidak lengkap diisi secara on-line atau tidak menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara on-line boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 OKTOBER 2011 KETERANGAN AM (a) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan. (b) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK


1. JAWATAN GRED J41 : : JURUTERA P1T1 RM1815.87 P1T23 RM4105.19 P2T1 RM1899.36 P2T23 RM4361.71 P3T1 RM1986.48 P3T23 RM4614.60

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED J41 (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) yang diktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

dan (b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 2. JAWATAN GRED N41 : : PEGAWAI TADBIR P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28 P2T1 RM1784.90 - P2T27 RM4918.55 P3T1 RM1883.70 - P3T27 RM5220.62

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N41 (a) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah Gred N41 : P1T3); atau (iii) Ijazah Sarjana Muda Undang Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah Gred N41 : P1T4); dan (b) (i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 3

3.

JAWATAN GRED N27

: :

PENOLONG PEGAWAI TADBIR P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10 P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25 P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N27 (a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1); atau (ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); atau (iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6) dan (b) (i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5.

JAWATAN GRED C17

: :

PEMBANTU MAKMAL P1T1 RM824.91- P1T21 RM2155.88 P2T1 RM876.34 - P2T21 RM2277.03 P3T1 RM929.28 - P3T21 RM2402.48

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED C17 (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut dan

(b)

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. : : JURUTEKNIK P1T1 RM843.06 P1T26 RM2325.37 P2T1 RM896.00 P2T26 RM2452.46 P3T1 RM950.45 P3T26 RM2583.95

6.

JAWATAN GRED J17

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED J17 (a) Sijil dalam bidang berkaitan (Elektrik/Elektronik) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9); dan (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (b) Calon yang memiliki kelulusan akademik yang tinggi akan diberi keutamaan. : PENGAWAL KESELAMATAN P1T1 RM740.62 P1T21 RM1714.26 P2T1 RM783.09 P2T21 RM1802.40 P3T1 RM827.19 P3T21 RM1892.17

7.

JAWATAN

GRED KP11 :

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP11 (a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; (b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: (i) (ii) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) (iv)

mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja); lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan (v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

dan

(c)

(i) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (ii) Calon yang memiliki kelulusan akademik yang tinggi akan diberi keutamaan.

You might also like