You are on page 1of 4

perlembagaan persatuan.... betul tak???

PERKARA PERLEMBAGAAN PERKARA 1 : NAMA Nama Kelab ini ialah Kelab Sukan & Kebajikan Kementerian Pembangunan Wanita ,Keluarga & Masyarakat Atas PERKARA 2 : ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT MESYUARAT Alamat berdaftar Kelab ini ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Aras 1-6, Blok E, Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato Onn, 50515 Kuala Lumpur. Atas PERKARA 3 : PENAUNG Penaung Persatuan ini ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Atas PERKARA 4 : TUJUAN-TUJUAN Tujuan-tujuan Persatuan ini ialah:a) Menggerakkan dan memajukan kegiatan-kegiatan kebajikan, sosial, sukan dan juga kesejahteraan ahli-ahli pada keseluruhannya; b) Mengukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan sesama ahli; c) Menggerakkan dan memajukan kegiatan keagamaan bagi faedah ahli. Atas PERKARA 5 : KEAHLIAN Ahli Persatuan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu Ahli Biasa, Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat. a) Ahli Biasa Ahli Biasa Persatuan ini terbuka kepada kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. b) Ahli Bersekutu Ahli Bersekutu akan terbuka kepada semua kakitangan dalam KPWKM sahaja serta bekas kakitangan KPWKM yang layak untuk mendapat segala faedah seperti Ahli Biasa melainkan mereka tidak boleh membuang undi atau memegang jawatan rasmi sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Kerja. c) Ahli Kehormat Sesiapa yang telah banyak berjasa kepada Persatuan ini boleh dipilih sebagai Ahli Kehormat oleh undi majoriti dalam Mesyuarat Agong Tahunan/Tergempar. Atas PERKARA 6 : CARA-CARA PERMOHONAN a) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dalam borang yang disediakan dan dimajukan kepada Setiausaha yang akan menyampaikannya kepada Jawatankuasa Kerja untuk diluluskan; b) Tiap-tiap permohonan apabila permohonannya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja selepas menjelaskan terlebih dahulu bayaran yuran akan didaftar dalam buku pendaftaran sebagai ahli dan dibekalkan dengan satu salinan Perlembagaan Persatuan; c) Berhenti dari menjadi ahli Mana-mana ahli boleh berhenti dengan memberi notis kepada Setiausaha dan dengan syarat ia mestilah menjelaskan apaapa hutangnya dengan Persatuan ini terlebih dahulu dan mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Kerja. Seseorang ahli yang telah bertukar dari KPWKM adalah dengan sendirinya berhenti menjadi ahli biasa kecuali memohon menjadi ahli bersekutu. Atas PERKARA 7 : YURAN-YURAN Yuran masuk : RM 1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja) a) Yuran Bulanan . b) Apa-apa perubahan dalam pembayaran akan diputuskan dalam pembayaran akan diputuskan dalam Mesyuarat Agong. c) Pembayaran semua yuran bulanan akan dibuat pada awal minggu pertama tiap-tiap bulan. d) Ahli-ahli yang tidak menjelaskan yuran lebih dari 3 bulan tidak akan berhak untuk mendapat apa-apa faedah Persatuan atau sekiranya ia memegang jawatan Persatuan untuk terus memegangnya. e) Sumbangan Jawatankuasa Kerja, jika difikirkan perlu, boleh menerima sumbangan daripada ahli-ahli Persatuan untuk menampung kekurangan perbelanjaan Persatuan. a) Satu mesyuarat Agong Tahunan untuk semua ahli-ahli Kelab akan diadakan sebelum 30 Mei tiap-tiap tahun bagi mengendalikan hal-hal berikut:i) Membaca dan mengesahkan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agong yang lepas dan apa-apa Mesyuarat Tergempar; ii) Menerima dan meluluskan Laporan tahunan atas kerja Jawatankuasa Kerja dan Penyata Kira-kira Tahunan yang lalu yang telah diaudit; iii) Memilih pegawai-pegawai Jawatankuasa tahun hadapan;

iv) Memilih dua (2) orang juruaudit Kehormat; dan v) Mengendalikan hal-hal lain yang telah dimajukan kepada Setiausaha Kehormat secara bertulis, sekurangkurangnya 7 hari sebelum itu. b) Laporan Jawatankuasa Kerja, Penyata Kira-kira yang telah diaudit dan agenda tiap Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut. c) Korum bagi mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah terdiri tidak kurang dari setengah (1/2) jumlah semua ahli-ahli biasa yang berdaftar yang hadir atau lebih dua kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dipakai mana yang kurang d) Sebarang persoalan yang dikemukakan dalam Mesyuarat Agong Tahunan akan diputuskan oleh undi majoriti ahliahli yang mengundi. Sekiranya mendapat undi yang sama banyak, pengerusi akan membuang undi pemutus. e) Usul yang hendak dikemukakan oleh seorang ahli di dalam Mesyuarat Agong Tahunan boleh dikemukakan dengan cara bertulis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. f) Ahli-ahli yang tidak hadir di dalam Mesyuarat Agong boleh dilantik untuk menduduki Jawatankuasa Kelab jika mendapat sokongan majoriti ahli-ahli mesyuarat. Atas PERKARA 8 : MESYUARAT TERGEMPAR a) Semua Mesyuarat Agong, selain dari Mesyuarat Agong Tahunan akan dipanggil Mesyuarat Agong Tergempar. b) Mesyuarat Agong Tergempar boleh dipanggil oleh Jawatankuasa Kerja atau oleh 20 orang ahli-ahli biasa Persatuan yang tiap-tiap seorangnya mesti menandatangani permintaan bertulis menyatakan tujuan mesyuarat tersebut dipanggil. Permintaan serupa ini akan dimajukan kepada setiausaha Kehormat dan akan menjadi tugas Jawatankuasa Kerja untuk mengadakan satu mesyuarat tidak lewat dari 3 minggu selepas penerimaan notis tersebut. c) Korum untuk Mesyuarat Agong Tergempar, adalah sama dengan korum Mesyuarat Agong tahunan. Atas PERKARA 9 : PENANGGUHAN MESYUARAT Jika korum tidak cukup selepas jam daripada waktu yang ditetapkan untuk sesuatu Mesyuarat Agong maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak melebihi 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja dan jika korum tidak cukup selepas jam daripada waktu yang ditetapkan itu, maka berkuatkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat, tetapi tidak berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli-ahli. Atas PERKARA 10 : PENGURUSAN PERSATUAN Pengurusan Persatuan ini adalah tanggungjawab Jawatankuasa Kerja yang dilantik dalam Mesyuarat Agong Tahunan terdiri dari :i) Yang Dipertua ii) Naib yang Dipertua I iii) Naib Yang Dipertua II iv) Setiausaha v) Penolong Setiausaha vi) Bendahari vii) Ketua Biro Sukan viii) Ketua Biro Kebajikan ix) Ketua Biro Sosial x) Ketua Biro Agama xi) 3 orang Ahli Jawatankuasa Biasa b) Semua pegawai-pegawai Jawatankuasa Kerja dan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas-tugas Pemerintah dalam Persatuan ini hendaklah warganegara Malaysia. c) Jawatankuasa kerja mempunyai kuasa untuk mengisi kekosongan yang timbul dalam mana-mana jawatan Persatuan sehingga Mesyuarat Agong tahunan yang akan datang. Jika seorang ahli Jawatankuasa Kerja tidak hadir 3 kali berturutturut dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja, maka ianya akan gugur dari menjadi Jawatankuasa Kerja, melainkan keterangan yang memuaskan diberikan kepada Jawatankuasa tersebut. d) Jawatankuasa Kerja hendaklah mengadakan Mesyuarat Biasa sekurang-kurangnya sekali dalam 2 bulan. Tiap-tiap ahli hendaklah diberikan seminggu notis bertulis oleh Setiausaha Kehormat. e) Pada tiap-tiap Mesyuarat jawatankuasa Kerja, 5 orang ahli akan menjadi korum dan Naib Yang Di pertua boleh menjadi Pengerusi jika yang Di Pertua tidak hadir. Sekiranya Naib Yang Di Pertua tidak hadir oleh sebab tertentu, seorang Ahli Jawatankuasa Kerja boleh menjadi Pengerusi. f) Masalah yang ditimbulkan dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan diputuskan dengan undi terbanyak kecuali jika telah ditentukan dalam Perlembagaan ini. Jika terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi akan berkuasa membuat undi pemutus. g) Hanya Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk meluluskan perbelanjaan dari Tabung Persatuan . Walau

bagaimanapun, Bendahari boleh meluluskan perbelanjaan tidak lebih dari RM100.00 h) Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk melantik dan membubarkan Jawatankuasa Kecil bila dikehendaki. i) Hanya Jawatankuasa Kerja dianggap pihak yang berkuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan dan peraturanperaturan persatuan dan apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja akan dikira muktamad dan mengikat semua ahli-ahli sendiri dalam Mesyuarat Agong. j) Apa-apa persoalan atau perkara yang timbul dan yang tidak terkandung dalam Perlembagaan dan peraturanperaturan persatuan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja. Keputusan yang dibuat dalam semua hal akan dianggap muktamad melainkan dibatalkan oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agong. Atas PERKARA 11 : TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA a) Yang Dipertua i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat dan tanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Persatuan; ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan; iii) Menandatangani semua cek-cek Persatuan bersama dengan Setiausaha dan Bendahari. b) Naib Yang Dipertua i) Memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya. c) Setiausaha i) Menjalankan hal ehwal dan pengurusan harian Persatuan; ii) Menguruskan pendaftaran ahli-ahli; iii) Menyimpan dan mengemaskinikan daftar ahli; iv) Menyediakan dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agong; v) Menyediakan Laporan Tahunan. d) Penolong Setiausaha i) Membantu Setiausaha Kehormat Menjalankan hal ehwal pengurusan harian Persatuan dan hal-hal lain. ii) Menjalankan tugas Setiausaha Kehormat semasa ketiadaannya. e) Bendahari i) Menjalani hal ehwal kewangan Persatuan di bawah arahan-arahan Jawatankuasa Kerja; ii) Menerima yuran-yuran dan semua wang masuk Persatuan; iii) Menyimpan daftar yuran, buku-buku akaun, surat-menyurat mengenai kewangan, pendaftaran penghutangpenghutang dan buku-buku lain yang dikehendaki dari masa ke semasa; iv) Memasukkan wang kutipan ke dalam Bank dengan secepat mungkin (di bawah keadaan biasa dalam tempoh 48 jam) dan tidak boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan; v) Bayaran-bayaran melebihi RM30.00 seboleh-bolehnya dibuat melalui cek dan semua bayaran kecil yang lain akan dibuat melalui tabung wang runcit akan diganti semula dari masa ke semasa dengan kelulusan Jawatankuasa Kerja. Bendahari Kehormat Menjalankan pengurusan tabung ini dengan pertimbangannya sendiri; vi) Semua cek hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha kehormat dan Bendahari Kehormat; vii) Membentangkan satu penyata kira-kira pada tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agong Tahunan; viii) Bendahari boleh menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM100.00 pada satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh 7 hari ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan. f) Ketua Biro Sukan i) Bertanggungjawab mengenai kesemua kegiatan sukan Bahagian Latihan; ii) Bertanggungjawab memanggil dan mempengerusikan mesyuarat untuk memilih ketua-ketua atau wakil-wakil Cawangan dalam sesuatu cabang kegiatan sukan. g) Ketua Biro Kebajikan i) Bertanggungjawab untuk semua urusan kegiatan-kegiatan dan sosial Persatuan; ii) Menyediakan penyata suku tahun mengenai kegiatan kebajikan dan sosial untuk makluman Jawatankuasa Kerja. h) Ketua Biro Agama i) Bertanggungjawab untuk urusan khusus bagi menganjurkan kelas atau ceramah agama dan lain-lain aktiviti yang bercorak keagamaan dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terlebih dahulu; ii) Menyediakan penyata suku tahunan mengenai kegiatan agama. JURUAUDIT KEHORMAT a) 2 orang Juruaudit Kehormat hendaklah dilantik di Mesyuarat Agong Tahunan. Jika sekiranya seorang atau kedua-dua Juruaudit Kehormat berhenti dari menjadi ahli dalam tahun itu maka Jawatankuasa Kerja berkuasa untuk mengisi kekosongan tersebut sehingga Mesyuarat Agong Tahunan yang akan datang. b) Buku-buku akaun dan lain-lain buku akan diaudit oleh Juruaudit Kehormat dan Kira-kira Tahunan akan disahkan oleh mereka. AKAUN-AKAUN Jawatankuasa Kerja hendaklah mengamalkan penyimpanan akaun yang penuh dan semuanya akan diaudit oleh Juruaudit.

Tahun kewangan Persatuan tamat pada 30 April tiap-tiap tahun dan akaun tahunan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Juruaudit-juruaudit Kehormat akan diberi masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk memeriksa akaun-akaun Persatuan. TEMPOH PERKHIDMATAN JAWATANKUASA KERJA Jawatankuasa Kerja akan memegang tugasnya sehinggalah Jawatankuasa baru dipilih dalam Mesyuarat Agong tahunan. Atas PERKARA 12 : LARANGAN a) Berjudi, menyalahgunakan dadah dalam kawasan Persatuan dan melakukan sebarang amalan yang bertentangan dengan akhlak adalah dilarang. b) Wang Persatuan tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli-ahli yang dihukum dalam mahkamah. c) Persatuan ini tidak boleh mengambil bahagian dalam kesatuan sekerja sebagai yang dinyatakan dalam undangundang Kesatuan Sekerja 1959. d) Persatuan ini dilarang dari mengadakan apa-apa perhubungan dan pergabungan di luar Malaysia. e) Persatuan ini tidak boleh menjalankan kegiatan Pertubuhan Faedah bersama yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966. PERKARA 13 : PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN PERSATUAN Undang-undang ini tidak boleh diubah atau Perlembagaan di atas akan menjadi Perlembagaan persatuan atau dipinda melainkan dengan resolusi Mesyuarat Agong Tahunan atau Mesyuarat Agong Tergempar dengan undi majoriti dua pertiga daripada ahli biasa yang hadir yang mempunyai hak undi dan mengundi. Pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya boleh dijalankan kuatkuasa mulai daripada tarikh pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Atas PERKARA 14 : PEMBUBARAN a) Persatuan tidak boleh dengan sendirinya dibubar melainkan dengan persetujuan tiga per lima dari jumlah ahli-ahli biasa yang berdaftar dan hadir sendiri di Mesyuarat Agong yang dipanggil untuk tujuan tersebut. b) Jika sekiranya Persatuan dibubarkan sebagai yang diperuntukkan di atas semua hutang-piutang dan tanggungjawabtanggungjawab yang sah untuk dan bagi pihak persatuan hendaklah diselesaikan dan wang-wang baki akan dipergunakan mengikut keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Agong. c) Setiausaha Kehormat akan memberitahu Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari setelah pembubaran dilakukan. Notis kepada Pendaftar Pertubuhan akan ditandatangani oleh semua ahli Jawatankuasa Kerja.

You might also like