You are on page 1of 8

UTUSAN MALAYSIA (28 OCTOBER 2011)

S1K jejaki miskin bandar


Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar MOHD AZIM ABD. RAHMAN

Agihan yang agak besar oleh LZS adalah bantuan perubatan asnaI.



SIAPA sangka, di tengah-tengah kepesatan kota yang serba canggih dan pesat membangun,
masih ada golongan miskin dan Iakir yang hidup melarat di dalam kesempitan kehidupan yang
serba kekurangan.
Bau persekitaran yang kurang enak dan kemudahan awam yang tidak terurus adalah antara
petanda keadaan kemiskinan yang dialami penghuni di beberapa lokasi Projek Perumahan
Rakyat (PPR) sekitar Selangor menyambut ketibaan Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) Lembaga
Zakat Selangor (LZS).
Pangsapuri kos rendah yang secara puratanya mempunyai 15 tingkat terpaksa dijejaki SJK satu
persatu untuk mengenalpasti golongan Iakir dan miskin supaya tidak tercicir daripada menerima
bantuan LZS.
Keadaan liI yang tidak berlampu, tangga yang tidak berpalang cukup membahayakan penduduk
serta kanak-kanak yang menggunakan kemudahan itu.
Lebih mencabar, liI yang tidak berIungsi memaksa krew SJK memerah keringat memanjat setiap
anak tangga untuk menjejaki rumah pemohon tersebut.
Dalam keletihan itu, ditambah dengan kerenah dan sikap sesetengah individu yang tidak jujur
dan cuba menipu semata-mata mahu mendapat wang bantuan zakat yang perlu ditangani SJK.
Namun, kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Semua itu dianggap satu cabaran kepada krew SJK
LZS dalam menjalankan tugas dan menyahut amanah Allah.
Semuanya demi menguruskan wang kutipan zakat untuk diagihkan kepada golongan yang
berhak.
Ini bertepatan dengan Iirman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya :akat itu hanyalah untuk
orang fakir, miskin, amil yang menguruskannya para mualaf yang difinakkan hatinya untuk
hamba yang merdeka, orang yang berhutang, untuk falan Allah, dan orang yang musafir,
sesuatu ketetapan yang diwafibkan Allah, dan Allah maha mengetahui. (at-Taubah: 60)
Sehubungan itu, LZS menubuhkan SJK. Matlamat utamanya, menjejaki golongan Iakir dan
miskin melalui pendekatan program turun padang dalam usaha memerangi kes kemiskinan
terutama kawasan bandar.
Ketua EksekutiI LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, lapan asnaI yang disebut
dalam al-Quran adalah jelas. Malah diperkukuhkan melalui lima program pembangunan utama
LZS.
Program itu katanya merangkumi pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan, insan dan institusi
agama.
"Namun begitu, dua kategori asnaI iaitu Iakir dan miskin diberi tumpuan kerana usaha berterusan
perlu dilaksanakan bagi mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
"Oleh itu, LZS melaksanakan SJK yang melibatkan 50 pegawai bermula pertengahan September
lalu. Ia untuk mengenalpasti golongan sasar yang tidak berdaItar dengan LZS. Ini kerana
kebanyakan mereka tidak mengetahui proses permohonan bantuan," katanya.
Beliau berkata, SJK telah beroperasi di empat lokasi iaitu PPR Lembah Subang, Kota
Damansara, Seksyen 27 Shah Alam dan Puchong Permai.
Katanya, daripada empat lokasi tersebut sebanyak 3,509 keluarga telah disiasat. Daripada jumlah
itu 333 keluarga layak didaItarkan sebagai asnaI Iakir dan miskin.
"Daripada jumlah yang layak itu, sebanyak 88 keluarga dikenalpasti layak menerima bantuan
kewangan bulanan.
"Bakinya menerima bantuan mengikut permasalahan masing-masing seperti bantuan pendidikan,
sakit kronik, hutang, modal perniagaan dan bantuan tahunan (Hari Raya)," jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Agihan LZS, Sahadan Ishak berkata, menjejaki
golongan Iakir dan miskin bandar adalah lebih sukar berbanding di kawasan kampung kerana
golongan miskin bandar terlindung oleh kemewahan masyarakat sekeliling.
"Kalau di kampung, kita boleh melihat terus keadaan rumah dan aset mereka. Jika rumahnya
usang dan tiada apa-apa aset seperti kereta, kebun atau sebagainya, maka sah mereka adalah
miskin atau Iakir.
"Di bandar, kita perlu menjalankan siasatan dan menyemak kembali sebelum meluluskan
permohonan. Ini kerana kita bimbang kes penipuan berlaku untuk mendapatkan peruntukan
zakat," katanya.
Oleh itu, LZS menjalankan kerjasama strategik bersama pihak tertentu bagi menjejaki golongan
tersebut seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Penghulu Kampung dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) untuk dimaklumkan kepada SJK LZS.
Sahadan berkata, menerusi maklumat itu, SJK akan turun memantau di kawasan yang dikesan
dan mengedarkan borang bancian kepada penduduk.
Proses permohonan pula dilakukan secara berperingkat kepada individu yang ingin memohon.
LZS akan mengutip borang permohonan yang telah lengkap diisi yang diagihkan semasa proses
bancian penduduk untuk semakan Iizikal pertama.
Selepas proses semakan, pegawai SJK akan membuat siasatan ke rumah untuk melihat sendiri
permasalahan sebenar yang dialami pemohon.
Sekiranya permohonan itu menepati had kiIayah yang ditetapkan, LZS akan menyemak jenis
bantuan yang disalurkan sebelum mengeluarkan surat pemberitahuan dan memberi bantuan.
Had kiIayah adalah proses pengiraan yang dirangka oleh LZS untuk menentukan sama ada
pemohon itu dalam kategori miskin atau Iakir.
Jika pendapatan pemohon hanya mampu menanggung 50 peratus daripada diri dan
tanggungannya maka ia dikategorikan sebagai miskin dan layak menerima bantuan zakat.
Bagi pemohon yang mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada keperluan
diri dan tanggungannya, ia dikategorikan sebagai Iakir.
Sahadan berkata, walaupun proses permohonan itu rumit, ia adalah langkah berjaga-jaga bagi
mengelak berlaku penipuan.
"LZS boleh meluluskan permohonan bantuan dalam tempoh 24 jam jika mendapati pemohon
benar-benar memerlukan.
"Sebagai pihak yang bertanggungjawab mengagihkan kutipan zakat, kita perlu melaksanakan
tanggungjawab ini sebaik mungkin," katanya.

Inovasi LZS mudahkan berzakat


Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

Salah sebuah rumah yang dibina hasil wang zakat yang disalurkan kepada LZS.



MEMANFAATKAN kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Lembaga Zakat
Selangor (LZS) memperkenalkan beberapa inovasi untuk memudahkan orang ramai membayar
zakat.
Antara medium baru yang diperkenalkan adalah perbankan Internet, kad kredit, eZakatPay,
khidmat pesanan ringkas (SMS), mesin ATM dan perbankan teleIon.
Malah, LZS turut memperkasa kutipan zakat melalui skim potongan gaji, memaksimumkan ejen
kutipan seperti bersama pihak bank, institusi pengajian tinggi dan Pos Malaysia bagi mencapai
sasaran kutipan zakat tahun ini sebanyak RM350 juta.
Justeru, orang ramai tidak perlu lagi ke kaunter zakat atau beratur panjang di ejen kutipan zakat
yang memakan masa untuk menunaikan rukun Islam itu. Segala urusan kini dapat dilakukan di
mana-mana sahaja termasuk ketika di luar negara dengan mudah dan pantas.
Ketua Pegawai EksekutiI LZS, Mohamed Izam Mohamed YusoI berkata, hasil usaha tersebut,
LZS memperoleh kutipan sebanyak RM238.4 juta pada Januari sehingga September lalu.
Beliau berkata, daripada jumlah itu RM191.1 juta telah diagihkan kepada asnaI termasuk 21,097
Iakir dan miskin di seluruh Selangor.
"Sebanyak 13,450 keluarga miskin dan 7,647 keluarga Iakir mendapat bantuan LZS mengikut
keperluan masing-masing.
"Agihan zakat mengikut enam asnaI pada Januari hingga Jun 2011 adalah Iisabilillah sebanyak
RM39.6 juta, orang yang berhutang (19.3 juta) amil (RM16 juta), mualaI (RM6.6 juta), riqab
(RM1.4 juta) dan ibnu sabil (RM436,00)," katanya.
Mohamed Izam memberitahu, dalam tempoh Januari hingga Jun 2011, pihaknya berjaya
memproses 36,512 (97 peratus) permohonan bantuan daripada jumlah keseluruhan permohonan
iaitu 37,599.
"Sebanyak 98 peratus masalah aduan berkaitan agihan juga berjaya diselesaikan, manakala
aduan kutipan, layanan dan perkhidmatan serta aduan umum dapat diselesaikan sepenuhnya,"
katanya.
Selain itu, LZS turut menggiatkan aktiviti dakwah dan pemasaran untuk menggalakkan syarikat
dan organisasi melaksanakan zakat.
Antaranya, LZS melakukan 223 taksiran zakat kepada syarikat-syarikat dan menambah bilangan
baru dengan memberi khidmat nasihat zakat kepada 403 syarikat.
Turut diadakan, majlis bayaran zakat perniagaan yang melibatkan 19 pembayar dengan jumlah
kutipan RM520,000 dan majlis Corporate Talk dengan kutipan RM80,000 dan banyak lagi.







Kaedah kiraan zakat saham
Saya adalah orang awam yang tidak tahu banyak tentang dunia saham. Namun, saya ada kenalan
yang bermain saham di bursa saham dan saya sendiri ada juga menyimpan dalam saham amanah.
Seingat saya, dahulu saya mengira zakat saham dengan melihat kepada nilai unit terendah. Maka,
bolehkah diperjelaskan kaedah pengiraan zakat saham pada hari ini?
JAWAPAN:
Terlebih dahulu, suka saya nyatakan bahawa jawapan ini disediakan bagi khalayak pembaca
awam yang tidak begitu ariI tentang permainan saham.
Ini kerana, saya diIahamkan di Bursa Saham terdapat beberapa produk yang terminologinya agak
sukar diIahami orang awam, seperti ekuiti, derivatiI, offshore, pasaran Islam (Islamic market)
dan sebagainya.
Oleh itu, bagi pembaca yang memang ariI bab saham, maka anda boleh menyesuaikannya
berdasarkan keadaan dan keperluan.
Umumnya ada tiga jenis saham yang dimiliki dan diceburi oleh kita pada hari ini.
Pertama, saham yang dilaburkan ke dalam Bursa Saham. Saham ini dijual beli sepanjang tahun.
Kedua, saham yang disimpan hingga ke hujung tahun. Saham ini biasanya bersiIat Saham
Amanah dan penyimpan saham mendapat untung berdasarkan harga saham pada hujung tahun
berkenaan.
Ketiga, saham yang dilaburkan ke dalam syarikat, yakni orang yang melaburkan saham atau
pemodal itu dinamakan sebagai pemegang saham.
Mari kita selami satu demi satu. Pertamanya, bagi saham yang dimainkan di Bursa Saham, maka
zakat dikenakan berdasarkan keuntungan yang diperolehi.
Maknanya, bila dijual dan dapat keuntungan, maka keuntungan itulah yang dizakatkan. Pokok
saham (modal), hanya dikenakan zakat pada hujung tahun sahaja.
Maknanya di sini, saham yang dijual beli sepanjang tahun, pengiraannya adalah sama seperti
zakat pendapatan.
Contoh: Puan Isma bermain saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Berikut adalah paparan
untung rugi transaksi saham beliau bagi tahun 2010. Kita andaikan, Puan Isma sentiasa membeli
saham (modal atau pokok) pada kadar tetap RM10/Unit dan jumlah unit dimiliki beliau adalah
10,000 unit.
Transaksinya berlaku beberapa kali dalam setahun. Selepas membeli saham, beliau menunggu
hingga harga naik, dan ketika itu beliau menjualnya. Namun, ada juga keadaan tertentu, Puan
Isma rugi kerana terpaksa menjual saham di bawah paras harga belian.
Hal ini boleh berlaku, demi mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Berikut ini transaksi saham Puan Isma bagi tahun 2010 di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Oleh itu, bagi tahun 2010, jumlah keuntungan keseluruhan bagi saham Puan Isma adalah
RM100,000. Oleh itu, zakat saham Puan Isma bagi tahun 2010 adalah, RM100,000 X 2.5 peratus
sama dengan RM2,250. Manakala, pokok atau modal saham beliau sebanyak RM100,000 hanya
akan dikenakan pada hujung haul, yakni RM100,000 X 2.5 peratus iaitu RM2,500.
Seandainya jualan pada 31 Dis. 2010 adalah rugi, misalnya seperti berikut:
* 31 Dis. 2010
* Jual RM9.50/Unit
* 10,000 X RM9.50 ~ RM95,000
* Baki selepas jualan~ -RM5,000.
Maka, Puan Isma tidak dikenakan zakat ke atas baki jualan, namun dia masih dikenakan zakat ke
atas pokok saham atau modal saham yang berjumlah RM9,500.
Ini kerana, modal RM9,500 itu hakikatnya sudah setahun dimiliki, yakni cukup haul dan ia wajib
dizakatkan atas sandaran zakat wang yang melebihi haul.
Walau bagaimanapun, hanya saham yang dilaburkan ke dalam kaunter patuh syariah sahaja yang
layak dizakatkan keuntungannya. Jika dilaburkan dalam kaunter haram atau syubhah, maka
hanya pokok atau modal saham sahaja yang dikenakan zakat pada penghujung tahun berkenaan,
yakni keuntungannya tidak dizakatkan.
Kedua, saham yang disimpan sepanjang haul/tahun, maka hendaklah diambil harga saham pada
hujung haul (biasanya hujung tahun) berkenaan. Ia tidak melihat kepada harga unit terendah
saham sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.
Contoh: Jiwa membeli Saham Amanah pada 1 Januari 2010 dengan nilai RM5/Unit. Jumlah
keseluruhan saham beliau adalah 10,000 unit ~ RM50,000. Pada hujung tahun 2010 (31 Dis.
2010), harga seunit ialah RM5.50/ Unit. Maka, zakat saham Jiwa ialah, 10,000 unit X RM5.50 ~
55,000 X 2.5 ~ RM1,375.
Seandainya pada hujung tahun itu harga seunit saham adalah lebih rendah daripada harga belian,
maka hendaklah dilihat sama ada masih berada di atas paras nisab atau tidak. Jika masih
melebihi nisab, maka masih wajib dizakatkan.
Contohnya:
Harga belian 1 Jan 2010 ~ RM5/ Unit
Harga pada 31 Dis 2010 ~ RM4.50/ Unit
Jumlah saham ~ 10,000 unit
Maka, RM4.50 X 10,000 unit ~ RM45,000 dan hakikatnya pemilik saham rugi, kerana semasa
belian dahulu nilainya RM50,000.
Namun, oleh kerana RM45,000 itu masih di atas paras nisab, maka wajiblah ia dikeluarkan
zakat, iaitu RM45,000 X 2.5 ~ RM1,125.
Ketiga, saham yang dilaburkan dalam syarikat, yakni sebagai pemegang saham. Maka, zakat di
sini hendaklah dikeluarkan sebagai pemegang saham berdasarkan kaedah kiraan zakat
perniagaan. Kesimpulannya, ketiga-tiga jenis saham ini mempunyai kaedah pengiraan yang
tersendiri, sama ada disandarkan kepada kaedah keuntungan, harga hujung tahun dan zakat
perniagaan. allahu alam.

You might also like