You are on page 1of 5

Bahan-bahan untuk masak Cupcakes Coklat dan Vanilla 150 g butter 185 g tepung naik sendiri 150 gram

gula kastor 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (letakkan sedikit lagi untuk bagi cupcakes tue naik lagi banyak walaupun dah guna tepung naik sendiri) 3 biji telur 1 sudu teh vanilla **1/2 cawan serbuk koko (tambahan bahan-bahan bagi nak buat resepi cupcakes coklat) Cara-cara untuk masak Cupcakes Vanilla 1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu (warnanya akan bertukar menjadi kuning keputihputihan) 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati. **untuk buat resepi cupcakes coklat hanya tambahkan satu lagi bahan iaitu 1/2 cawan serbuk koko dan cara masakan yang lain sama sahaja. 3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati (semasa proses mencampur adunan tepung, pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan) 4. Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan sehingga 3/4 penuh. 5. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 C. Bahan-bahan untuk buat ising; 100 g mentega 200 g gula ising 2 sudu kecil air panas 1 sudu kecil esen vanilla chocolate rice utk tabur Cara-cara untuk buat ising; 1. Untuk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim

2. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek cawan (cupcakes) betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh taburkan chocolate rice atau apa sahaja hiasan. Hias mengikut citarasa masingmasing.

Bahan-bahan
2 cawan air panas 1 1/2 cawan serbuk koko ATAU 4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang 2 3/4 tepung gandum 2 sudu teh baking soda 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh garam 1 cawan mentega 2 cawan gula 4 telur 1 1/2 sudu teh vanilla

CARA- CARA Panaskan ketuhar untuk 325 F ( kukus pun boleh ) Susun 12 kertas cawan kek pada acuan. Cairkan coklat dan mentega di dalam mangkuk secara double boil. (Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk) Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika. Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Masukkan garam,tepung, baking soda & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati. Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi. Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi) Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

BAHAN- BAHAN untuk Krim Putar Mentega Coklat 1-2 sudu makan susu 1 sudu makan serbuk koko 6 sudu makan mentega lembut 3/4 cawan serbuk gula (gula aising) Coklat cip untuk hiasan.

CARA CARA Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar. Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.

Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis. Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata. Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat. Tabur coklat cip untuk hiasan.

Resepi Vanilla cup cake ( Resepi asal Anna Olson) 1 cawn butter 1 1 1/3 cawan gula 6 biji telur 3 cawan tepung 1 sd baking powder 1 susu kecil garam 1 cawan susu segar 1 sudu teh essen vanilla

Cara penyediaannya

Panaskan oven 170 c dan sediakan paper cup. Pukul gula dgn butter hingga kembang Masukkan telur satu per satu. Masukkan tepung yang di ayak dengan serbuk penaik dan garam. Masukkan adunan ke dalan cup cake dan bakar selama 18 20 minit.

Utk frosting 1 cawan butter cawan susu segar/cair sudu kecil garam 1 sudu vanilla 3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)

Caranya

Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan. *Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar. Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.

You might also like