You are on page 1of 15

TENAGA ALTERNATIF

Contoh tenaga alternatif :


Biomas (Biojisim), Tenaga Solar, Ombak, Tenaga Angin, Janakuasa Elektrik Hidro, geotermal, Sumber Tenaga Dari Sampah, dan Tenaga Nuklear.

Sumber-Sumber Tenaga Alternatif Yang Berpotensi Di Malaysia

Tenaga Solar : Malaysia terletak di kasawan garisan Khatulistiwa yang menerima cahaya matahari yang banyak.Sumber tenaga ini digunakan dalam bentuk haba seperti menjemur pakaian dan mengawet makanan sejak dahulu.

Biomas : Biomas merujuk kepada tenaga yang diperoleh daripada tumbuhan. Di Malaysia bahan sisa kelapa sawit adalah antara biomas yang diberi keutamaan. Angin : Angin menghasilkan tenaga kinetik yang boleh menghasilkan kuasa. Kajian mengenai penggunaan angin sedang dijalankan bagi mengenalpasti kawasankawasan yang sesuai.

Mengapa Tenaga Alternatif Perlu?


Bekalan tenaga dari sumber fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu adalah terhad dan semakin sedikit. Pada masa kini, hanya lapan negara sahaja di dunia ini mempunyai 80% daripada simpanan petroleum dunia, enam negara sahaja mempunyai 70% daripada simpanan gas asli dunia manakala enam negara mempunyai 90% daripada simpanan arang batu dunia. Sumber-sumber tenaga fosil akan habis dalam masa terdekat ini. Petroleum contohnya, pada kadar pengeluaran sekarang akan kehabisan dalam masa antara 20 hingga 30 tahun lagi.

Ketidakstabilan politik serta campur tangan kuasa besar akan mengeruhkan lagi keadaan. Hampir separuh daripada negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin mengimport hampir separuh daripada keperluan tenaga mereka. Jika permintaan untuk tenaga ini bertambah, keadaan menjadi bertambah meruncing. Penggunaan tenaga dari sumber fosil memburukkan lagi pencemaran alam sekitar. Penggunaan tenaga fosil mendatangkan akibat buruk kepada negara terutama fenomena pemanasan sejagat @ global. Selain mesra alam dan penyumbang kepada pembangunan lestari, tenaga alternatif seperti tenaga suria merupakan tenaga yang banyak dan tidak bergantung kepada situasi politik antarabangsa. Tenaga alternatif seperti bahan api bio mempunyai kelebihan berbanding dengan bahan api fosil ialah ia mudah reput dan tidak menjejaskan alam sekitar.Di Malaysia, sisa pertanian yang paling popular digunakan sebagai bahan api bio ialah kelapa sawit.

Mengapa Malaysia Berpotensi Membangunkan Tenaga Alternatif

Dasar penyelidikan dan pembangunan R&D negara, Menurut Prof. Dr. Kamarulazizi (USM), membolehkan Malaysia mampu menghasilkan tenaga elektrik daripada tenaga solar dan selainnya tenaga biojisim. Pd masa ini sumber tenaga solar vpaling berpotensi untuk dimajukan di negara ini dan penyelidikan mengenainya telah lama dijalankan oleh USM, UKM dan beberapa universiti lain serta SIRIM Berhad. UKM misalnya telah menubuhkan Institut Penyelidikan Tenaga Solar (SERI) pada tahun 2006. Penyelidikan memberi fokus kepada penyelidikan sistem haba solar, kajian radiasi solar, sistem dan komponen, dan kesan sosio-ekonomik tenaga solar serta sistem hibrid.

Malaysia mempunyai sumber biomas (bahan buangan tanaman) yang banyak : Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) memanfaatkan kepakaran dan teknologi yang dimilikinya bagi membantu menyelesaikan masalah pengurusan sisa pepejal dan penghasilan bahan api alternatif. R&D oleh MINT ini bermula sejak tahun 2000 dalam teknologi

Resource Recovery Centre/Refuse Derived FuelWaste to Energy yang memanfaatkan sisa

pepejal perbandaran atau sampah ditukarkan kepada bahan bergyna yang boleh digunakan sebagai bahan bakar alternatif. Sumber ini mungkin biomas atau bahan buangan tanaman.

Malaysia berpotensi menghasilkan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dihasilkan dari bahan-bahan organik yang lain: Sumber tenaga biomas yang terhasil daripada tumbuhan dan haiwan seperti kayu, tumbuhan, baja, dan sampah organik. Sisa kayu boleh dibakar menghasilkan stim bagi menjana elektrik atau menghasilkan tenaga bagi industri dan kegunaan rumah. Biomas ini boleh diubah kepada bentuk tenaga yang boleh digunakan seperti gas metana dan bahan api pengankutan seperti etanol dan biodesel. Bahan-bahan busuk seperti sisa mereput dan buangan manusia serta sisa pertanian, juga boleh menghasilkan gas tebus guna atau Biogas. Tanaman seperti jagung dan tebu boleh menghasilkan bahan api untuk pengangkutan seperti etanol. Biomas menyumbang 3% tenaga yang digunakan di Amerika Syarikat dan di sana penggunaan bahan api fosil semakin berkurangan.

Bekalan bahan mentah untuk industri tenaga bahan api bio (biofuel) yang banyak. Di Malaysia, sisa pertanian yang paling popular digunakan sebagai bahan api bio ialah kelapa sawit kenana negara memiliki kawasan penanaman bahan komoditi tersebut dengan luas. Bahan api bio ini dibangunkan oleh MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) sejak tahun 1984 yang merupakan adunan 5% minyak sawit diproses (B5) dan 95% diesel petroleum. Teras pembangunan biodiesel di Malaysia ialah bahan api bio untuk pengangkutan, bahan api bio untuk industri, teknologi bahan api bio untuk penyelidikan, bahan api bio untuk dieksport dan bahan api bio untuk alam sekitar yang bersih.

Adanya sokongan dan galakan dari pihak kerajaan : Menyedari penggunaan bahan api bio secara strategik dan holistik membolehkan negara terhindar dari kemelut kenaikan harga minyak mentah dunia selain menjamin bekalan sumber tenaga yang mampan dan berdaya saing, kerajaan membekalkan teknologi, dan modal serta sokongan pelaburan kepada pengusaha serta penyelidik. Contohnya barubaru ini kerajaan telah meluluskan 20 projek biodiesel dengan pelaburan berjumlah RM1.9 bilion sehingga Jun 2006. Manakala pada tahun 2005, enam projek biodiesel dengan pelaburan berjumlah RM423.5 juta telah diluluskan oleh kerajaan.

Apakah Kepentingan Mencari Tenaga Alternatif?


Penting supaya bekalan tenaga mencukupi : Krisis tenaga berlaku sejak 1990-an lagi. Keadaan ini menyebabkan operasi sektor pengeluaran negara tidak berfungsi dengan lancar. Banyak kilang mengalami kerugian yang banyak. Ini menyebabkan pelabur asing akan hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia. Oleh itu dengan adanya pelbagai tenaga alternatif, bekalan tenaga pasti

Tenaga alternatif menjamin keselesaan masyarakat : Tenaga perlu untuk menggerakkan kenderaan, lampu isyarat boleh berfungsi, bekalan elektrik di rumah. Ini sekaligus tidak menyebabkan keadaan huru hara di atas jalan raya dan sebagainya. Oleh itu sumber tenaga alternatif penting bagi mengelakkan masalah sekiranya krisis tenaga fosil berlaku. Tenaga elektrik juga boleh dieksport : Minyak mentah dunia akan pupus. Oleh itu pembangunan tenaga elektrikhidro membolehkan kita mengeksport tenaga ke negara luar. Kita juga boleh menawarkan teknologi bkita dalam penghasilan tenaga dan ini akan menguntungkan negara dari segi tukaran wang asing.

Halangan Bagi Negara Dalam Usaha Membangunkan Tenaga Alternatif


Kekurangan tenaga pakar : Kita terpaksa mengimport tenaga dari negara luar. Contohnya penghasilan kereta Eleksuria, negara telah menggunakan tenaga pakar dari Jerman. Begitu juga dengan pembangunan Empangan Hidroelektrik Bakun, Malaysia telah mengimport tenaga dan teknologi dari Jerman dan Peranchis. Oleh itu sebahagian keuntungan akan mengalir ke luar negara. Oleh itu kita perlu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam bidang ini.

Masalah kewangan : Di antara masalah utama negara dalam usaha membangunkan sumber tenaga alternatifnya adalah kekurangan sumber kewangan. Contohnya kita memerlukan RM34 bilion untuk membina Empangan Hidoelektrik Bakun. Akibatnya buat sementara waktu projek ini terpaksa dihentikan. Selain itu, loji nuklear juga menelan belanja yang amat tinggi. Kita belum mampu memperuntukkan jumlah wang yang sebegitu banyak.

Contoh Soalan
Penggunaan tenaga suria, hidroelektrik, solar dan nuklear semakin meluas di seluruh dunia. Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang gigih mengusahakan penghasilan tenaga alternatif bagi sebagai menghadapi cabaran krisis tenaga dari bahan fosil. Huraikan kepentingan mencari tenaga alternatif dan apakah halanganhalangan yang bakal dihadapi oleh negara dalam usaha ini.

You might also like