You are on page 1of 2

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM Yang Berusaha 1. Tn Hj Md Nayan bin Othman, Pengetua SMK Ayer Hangat, 2.

En Anuar bin Ahmad Penolong Kanan Pentadbiran, 3. En Ahmad Shaker bin Abdul Majeed Penolong kanan Hal Ehwal Murid, 4. En Mohd Isham bin Saadon Penolong Kanan Kokurikulum, 5. Kaunselor-kaunselor, Guru Cemerlang, Rakan-rakan guru dan Para pelajar sekalian. ASSALAMUALAIKUM w.b.t DAN SALAM 1 MALAYSIA Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Illahi kerana dikurniakan kesejahteraan untuk kita bersama-sama berkumpul pada perhimpuan pagi ini. Untuk pengetahuan semua pada 11 hingga 16 Julai 2011, telah berlangsung satu aktiviti pengakap iaitu Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand yang telah diadakan di Thai Scout Chalermprakiat Camp, Huaiyood District, Trang Province, Thailand. Sehubungan dengan itu Kontigen Malaysia telah menghantar seramai 345 orang peserta dan diwakili oleh 12 buah negeri di semenanjung malaysia, Sekolah kita juga turut menghantar 2 orang wakil untuk menyertai jambori tersebut. Antara aktiviti wajib yang perlu diikuti oleh peserta ialah 1. Adventure 2. Visual Education 3. Sufficiency 4. Pioneering 5. Hiking 6. Water sport Terdapat juga satu aktiviti tambahan yang memerlukan keberanian dan jati diri yang tinggi iaitu LATIHAN PENERJUNAN PAYUNG TERJUN yang dikendalikan sendiri oleh Askar dari Thailand dan peserta dari sekolah kita telah dapat melakukan dengan jayanya dan telah dianugerah pingat keberanian. Sehubungan dengan itu, majlis dengan ini menjemput En Mohd Isham bin Saadon untuk mengiringi Tuan Pengetua Tn Hj Md Nayan bin Othman untuk menyampaikan sijil penyertaan, sijil pencapaian dan Pingat keberanian kepada kedua orang pelajar tersebut. Dipersilakan. Dipersilakan peserta pertama untuk menerima pingat dan sijil 1. Wafi bin Abd Talib dari Tingkatan 4ss Perserta kedua Siti Nurhazira binti Abu Bakar.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Md Nayan dan En Mohd Isham Sekian Terima kasih.

You might also like