You are on page 1of 1

Biodiversiti : Cabaran & Langkah Pemeliharaan

Apakah masalah dan cabaran biodiversiti dunia? Antaranya ialah :


Kegiatan pembangunan dan eksploitasi ekonomi oleh manusia telah mengubah dan sekaligus
menghapuskan habitat dan keseimbangan biodiversiti. Banyak aktiviti yang boleh merosakkan
yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya, banyak spesis yang belum lagi
dikenalpasti telah pupus. Ada di antara spesis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis
terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas
teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

Kerakusan penerokaan hutan khasnya Hutan Hujan Khatulistiwa dan Hutan Tropika dengan
tujuan mengaut keuntungan juga menjejaskan biodiversiti. Contohnya kemunculan pelancong
berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh
mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun andainya pelancongan eko tidak
dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversiti. Kemusnahanhabitat
akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan
sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

Namun begitu, keadaan dan perubahan iklim dunia dan faktor semulajadi sepeti bencana alam
juga merupakan cabaran bagi pengekalan biodiversiti dunia.Antaranya ialah seperti tanah runtuh,
banjir, kemarau, tsunami di Malaysia (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada
kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.

Malah, sikap pengguna yang menggunakan sumber biologi secara tidak lestari atau tidak mesra
alam seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda
kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

Apakah langkah untuk memelihara biodiversiti ini?
Untuk mengawal kemusnahan biodiversiti ini, langkah seperti mengadakan bengkel mengenai
pengurusan biodiversiti perlu diperbanyakkan dan secara telus tanpa mengira sempadan tempat.
Contohnya, Bengkel mengenai pengurusan biodiversiti : su Dasar dan Cabaran kepada Malaysia
yang telah dilangsungkan pada 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh nstitut Kajian
Pembangunan (SABAH), nstitut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MER) dan Queen's University,
Kingston, Canada. Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada
(CDA), NGO's dan badan-badan swasta. Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversiti,
bioprospek, pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan spesis terancam.
Dengan adanya bengkel seperti ini boleh memberi maklumat dan pendedahan kepada
masyarakat tentang kepentingan penjagaan kepelbagaian biologi.

Selain itu, kita juga perlu menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan Pusat Penyelidikan
dan Pembangunan (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan
kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam negara.
Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip,
memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan
penghasilan benih.ni boleh membantu memelihara kepelbagaian biologi dunia.

Pada waktu yang sama, kerajaan juga perlu mengetatkan kawalan dan melakukan pemantauan
yang lebih telus. Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan
secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit.
Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga
dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap
hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak
merugikan negara.

You might also like