You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI PPKI SJK(C) SALAK SOUTH 2011

DEFINISI PROJEK KEUSAHAWANAN UNTUK MURID KHAS Elemen Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan Edisi Ke-3). secara umum, Elemen Keusahawanan merupakan proses-proses yang terlibat dalam membentuk ciri-ciri , sikap, kaedah berfikir dan nilai dalaman seseorang murid khas ke arah menjadi seorang usahawan. Projek Mini Keusahawanan ini bermatlamatkan serampang dua mata iaitu sebagai landasan murid memperkembangkan bakat dalam ilmu keusahawanan dan mengumpul dana PPKI sekolah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah kepada semua murid pendidikan khas sekolah ini. Penyertaaan murid khas sama ada di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

MATLAMAT Penerapan elemen keusahawanan di dalam murid-murid khas bertujuan untuk membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan amalan keusahawanan melalui aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid khas. Dalam projek ini, murid dilatih dan didedahkan etika pengurusan pelanggan secara berhemah dan tatacara efektif melaksanakan urus niaga seperti kemahiran menerima pesanan, menerima wang, mengembalikan baki dan menyerahkan produk kepada pelanggan.

OBJEKTIF Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid khas mempelajari kemahiran keusahawanan. Antaranya, murid perlu belajar merancang, membuat keputusan dan mengambil risiko dalam aktiviti jualan supaya tidak mengalami kerugian. Sekiranya, murid gagal merancang dengan betul dan mengalami kerugian, murid perlu belajar menanggung risiko.

Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran penerapan elemen keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan: 1. Mengamalkan sikap keusahawanan yang cemerlang;

berkaitan

2. Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang diperlukan; 3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan; 4. Memformulasikan samada konsep, proses atau produk keusahawanan Berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional; 5. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan.

FOKUS Penerapan elemen keusahawanan secara eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas) merentas kurikulum teras asas dan teras tema melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum disiplin tersebut. Lima elemen utama yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan sikap keusahawanan, latihan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang sesuai, formulasi konsep, proses atau produk keusahawanan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional dan amalan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan.

TARIKH PERLAKSANAAN Bermula Januari 2012

TEMPAT Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah di dewan PPKI SJJK(C) Salak South kerana kedudukannya yang strategik untuk pelajar khas dan pelajar perdana..Tempat ini dipilih juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan.

KUMPULAN SASARAN Keperluan sasaran ialah murid-murid khas dari kelas PPKI Kelas merah.

SASARAN JUALAN Murid-murid Pendidikan Khas,murid-murid Aliran Perdana ,Guru Khas serta para pelawat dari sekolah-sekolah yang lain.

PRODUK JUALAN DAN RASIONAL Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah ?: Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat yang murid-murid khas mampu bersaing dalam menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak. Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan murid dan keperluan murid-murid khas.

PROSEDUR KERJA Tarikh 22-12-2011 Perkara Mesyuarat pertama diadakan di bilik mesyuarat SJK(C) Salak South untuk projek keusahawanan ini. 26-12 -2012 Memilih ahli jawatankuasa dan mengagihkan tugas untuk semua ahli jawatankuasa. 27- 12- 2012 Mesyuarat antara semua guru-guru, pembantu dan murid-murid PPKI. 04- 01- 2012 06- 01 -2012 Menghiasi lokasi menjual ? . Membeli bahan-bahan mentah dan menyediakan keperluan logistik membuat ?. 07- 01 -2012 Memasak dan menjual ?.

KOS PERBELANJAAN (SEMINGGU SEKALI) BIL NAMA BAHAN KUANTITI HARGA /UNIT JUMLAH

1 2 3 4 5

kulit popiah tauge sengkuang lobak kacang panjang Jumlah

50 keping 10 bungkus 3 biji 10 batang 1 kilo

RM 0.10 RM 0.50 RM2.20 RM 0.50 RM 4.00

RM 5.00 RM 5.00 RM 6.60 RM 5.00 RM 4.00 RM25.60

KOS PERBELANJAAN UNTUK SEBULAN :

RM 25.60 x 4 minggu= RM 102.40 RM 102.40 x 9 bulan= RM 921.60 Kos seunit= RM 0.50 Harga jualan seunit = RM1.20 Keuntungan = RM1.20 RM 0.50 = RM 0.70 Peratus keuntungan = RM 0.70 RM 0.50 x 100 = 140%

KEPERLUAN LOGISTIK a) Meja b) Rak c) Mesin kira d) Buku kira-kira e) Papan Putih

PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik untuk menjayakan program ini.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SJK(C) SALAK SOUTH PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI AJK EN. LIM CHOY EN PUAN NG PUI KHUEN PUAN TAN LI LING EN. YAP CHI GUAN PUAN LAU LI HUA (GURU PPKI) CIK SITI AISYAH (PPM PPKI) TAN JIA XI (MURID PPKI) YOLANDA TAN (MURID PPKI) CHAI CHEN YAN (MURID PPKI) TAN KOK WEI (MURID PPKI) YAP CHEE ONN (MURID PPKI) CHONG EE JIA (MURID PPKI)

JADUAL PROGRAM/MASA Setiap hari persekolahan (9.30am-10.10am)

RUMUSAN Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka.Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru khas .Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar khas ini.Selain daripada itu,ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas untuk pelajar yang kurang upaya ini.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

.................................... (PUAN TAN LI LING)

.............................................. (EN. LIM CHOY EN)

Gambar-gambar menarik semasa pembuatan produk jualan Perniagaan.....

Muffin yang sedia dimasak....

Produk yang dihasilkan untuk jualan...

You might also like